Berita›Luar Negara
(Video) Juara Sebenar, Viral Aksi Jurufoto Ni ‘Join’ Acara Lari Pecut 100m Untuk Dapatkan Rakaman Sempurna
Sebagai seorang jurufoto ataupun videographer, sudut pengambaran yang terbaik sangatlah diperlukan oleh mereka supaya penonton dapat melihat hasil yang sangat menakjubkan. Disebabkan itulah, mereka juga sentiasa cuba merakamkan sesuatu detik terbaik walaupun terpaksa berkerja keras untuk mendapatkannya. Seperti seorang jurufoto di China ini, dia telah menarik perhatian ramai orang ketika merakamkan aksi perlawanan lumba lari […]
Pecah Rekod Dunia, Wanita Lahirkan Bayi Kembar 10, Timang 7 Bayi Lelaki & 3 Perempuan
Seorang wanita di Afrika Selatan memecah rekod dunia apabila dilapor melahirkan bayi kembar 10, memetik laporan Anadolu Agency. Gosiame Thamara Sithole, 37 tahun, melahirkan bayi kembar 7 lelaki dan 3 perempuan melalui pembedahan di sebuah hospital di Pretoria, Johannesburg. Menurut suaminya, mereka sebelum sudahpun mempunyai bayi kembar yang berusia 6 tahun. Mengikut laporan berita tempatan, […]

25 Tahun ‘Bersahabat Baik’, Gajah Ni Sanggup Berjalan Sekitar 24km Untuk Penghormatan Terakhir
Seekor gajah India berjalan 15 batu(24 kilometer) sehingga dia dapat mengucapkan selamat tinggal yang terakhir kepada rakan baiknya selama 25 tahun di pengebumiannya, lapor Daily Star. Gajah yang bernama Brahmadathan itu telah membuat perjalanan selama dua jam dengan anak kepada rakan baiknya itu untuk memberi penghormatan di pengebumiannya. Dipercayai, rakan baiknya itu merupakan penunggangnya, Omanchetan […]
(Video) ‘Seram’ Tengok, Detik Cemas Doktor Selamatkan Budak Perempuan Tertelan Syiling
Menjadi lumrah bagi anak-anak kecil untuk bermain dan meneroka segala perkara baharu. Pun begitu, terkadang rasa ingin tahu yang membuak itu juga boleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Manakan tidak, pantang nampak benda depan mata, pasti ia akan dimasukkan ke dalam mulut. Kadang-kadang sesetengah ibu bapa tidak sedar bahawa anak-anak telah menelan sesuatu benda yang berbahaya […]

Tak Sempat Nak Makan, Singa ‘Kecut Perut’ Selamatkan Diri Dari Kerbau, Dekat Sejam ‘Menggigil’ Atas Pokok
Bersatu teguh bercerai roboh. Kerbau pun boleh takutkan singa yang ingin membahamnya jika mereka bersatu dalam kumpulan. Melalui perkongsian seorang jurugambar Norway, Olav Thokle, 54, seekor singa jantan dilihat memanjat pokok bagi melarikan diri dari sekumpulan kerbau. Kompilasi gambar detik-detik kejadian di Masai Mara, Kenya itu telah dikongsikan semula oleh laman Daily Mail baru-baru ini. […]

Terserempak Suami Curang Dengan Perempuan Lain Dalam Kereta, Wanita Pengsan & Jatuh Dari Motor Ditunggangnya
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, sudah tentu berikrar untuk saling mencintai dan setia sehingga hujung nyawa. Bagi yang berpegang pada janji, sudah tentu sekali pun tidak akan terlintas dalam hati untuk menduakan orang yang dicintai. Namun, yang namanya manusia itu, pasti ada yang mungkir janji dan berlaku curang. Begitu jugalah kisah yang tular melalui […]
Katanya Direka Sebagai Anti Bencana, Ini Kisah Svalbard Global Seed Yang Pernah Hampir Ditenggalami Air
Tumbuhan merupakan sumber makanan utama baik kepada manusia, mahupun haiwan. Perubahan iklim yang ekstrem, bencana alam dan pencemaran boleh menjadi faktor kepada kepupusan sesetengah tumbuhan. Sebagai persediaan menghadapi krisis ini, sebuah gudang penyimpanan benih dibangunkan di Kepulauan Svalbard, Norway. Siapa sangka di sebalik salju memutih di pergunungan ais tersebut, tersimpan 13 ribu tahun sejarah evolusi […]
Wabak COVID-19 Merebak Di Zoo India, Seekor Singa Maut, Dua Lagi Kritikal Dipercayai Dijangkiti Virus
Hayat seekor singa tua di Zoo Vandalur, Chennai di India berakhir apabila mati dipercayai akibat dijangkiti COVID-19 selepas wabak berkenaan didakwa telah ‘sampai’ ke zoo tersebut. Pegawai zoo memaklumkan, pada awalnya mereka mula mengesyaki ‘sesuatu’ apabila kebanyakan singa berkenaan tidak mahu makan (hilang selera) dan sering terbatuk. Menyedari simptom-simptom awal COVID-19 berlaku, saringan swab dijalankan […]

Cari Objek Di Dasar Laut Seperti Bangkai Kapal, Ini Kehebatan Sistem SONAR Yang Ramai Tak Tahu
SONAR dikatakan telah membantu menerokai lautan kerana gelombang bunyi bergerak lebih jauh di perairan berbanding radar dan gelombang cahaya. Menurut sumber National Hydrographic Centre, mereka menggunakan SONAR untuk mengembangkan carta nautika, mencari bahaya di bawah laut untuk navigasi, mencari objek di dasar laut seperti bangkai kapal dan memetakan dasar laut itu sendiri. Jelas mereka, jenis […]

(Video) Masih Kecil Tapi Sudah Bantu Ibu Berniaga, Reaksi Budak Ini Raih Perhatian Ramai
Video seorang kanak-kanak lelaki menolong ibunya ketika berniaga berjaya menarik perhatian netizen, lapor Tribunnews. Menurut sumber, rakaman video itu telah dimuat naik di akaun TikTok oleh @founderqueenooil pada Sabtu lepas, 5 Jun. Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak lelaki dilihat cuba menolong ibunya. Semasa ibunya membersihkan meja, dia meraih gelas dan mangkuk kotor untuk dibawa ke […]

Hanya Tayang Reaksi Muka ‘Selamber’, Tak Sangka Khaby Lame Boleh Dapat Ratusan Ribu Ringgit Untuk Satu Video
Nama Khaby Lame semakin terkenal menerusi video-videonya yang bersahaja di TikTok dengan lebih jutaan tontonan setiap satu. Mula terkenal ketika ramai terpaksa berkurung semasa pandemik, rata-rata jelas terhibur dengan gelagat lelaki itu berkongsi cara mudah mengatasi masalah harian tanpa sebarang ‘lifehack’. @khaby.lame 🤷🏿♂️🤷🏿♂️🤷🏿♂️#learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok ♬ suono originale – Khabane lame Dengan lebih 67 juta […]
Kekasaran Isreal Ke Atas Wartawan Di Baitulmaqdis Semakin Meningkat
BAITULMAQDIS, 8 Jun (Bernama) — Sejak beberapa bulan terakhir, semakin banyak kekasaran dilakukan oleh pasukan keselamatan Israel terhadap wartawan yang membuat liputan peristiwa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, menurut Anadolu. Polis Israel baru-baru ini menangkap wartawan Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, Givara al-Budeiri dan aktivis Palestin, Muna al-Kurd. Ketegangan bermula di wilayah itu pada akhir April dengan serangan […]
Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Bakal Muncul Orang Termuda Yang Membuat Persembahan Di Carnegie Hall, New York
NEW YORK- Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun akan menjadi orang termuda yang pernah membuat persembahan di Carnegie Hall, New York. Menurut mothership, orang-orang terkenal sering ke Carnegia Hall seperti Beatles dan Pink Floyd. Bridgette Xie, tiga tahun berasal dari Ridgefield, Connecticut di Amerika Syarikat (AS). Dia dijadualkan akan membuat debutnya dengan muzik Mozart iaitu sebahagian […]

Terlalu Lama Menunggu, Segelintir Rakyat Thailand Dilapor ‘Terbang’ Ke Luar Negara Untuk Vaksin
THAILAND- Kerajaan Thailand kini terus meningkatkan pelaksanaan vaksinasi dan PM Prayut Chan-o-cha menegaskan ianya cukup untuk semua rakyat Thailand. Namun, rakyat Thailand kebanyakkannya sudah penat menunggu dan sebahagiannya telah terbang ke luar negara bagi mendapatkan vaksin walaupun memakan kos yang besar. Coconuts melaporkan bahawa terdapat pelbagai alasan mereka untuk mendapatkan vaksinasi dengan segera. Antaranya, masalah kesihatan […]
(Video) Seolah-olah Ada ‘Benda’ Dibawah Kulit, Viral Rakaman Didakwa Proses Keluarkan Susuk
Susuk merupakan sejenis azimat yang umumnya diperbuat daripada emas atau logam berharga seperti perak yang dicampur dengan tembaga. Susuk dimasukkan ke dalam bahagian tisu lembut badan, sehinggakan terlindung dari ternampak daripada luaran, lapor portal Kumparan.com. Susuk dipercayai dapat membuat awet muda, menambah kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan. Susuk atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai charm needles tidak […]
(Video) Bakal Menginjak Usia 18 Tahun, Polis Beli Kek Sambut Hari Jadi Remaja Ini Sebelum ‘Angkut’ Ke Penjara
Tidak pernah berlaku sebelum ini, beberapa orang anggota polis di Brazil dilaporkan telah menyambut ulang tahun kelahiran seorang remaja yang didapati melakukan jenayah sebelum menahannya. Menerusi satu ciapan di Twitter, remaja tersebut telah ditahan beberapa kali sebelum itu tetapi dilepaskan kerana masih lagi di bawah umur 18 tahun. Ketika dia melakukan kesalahan yang terbaru, dia […]

Terkenal Dengan Fizikal ‘Sado’, Kanggaru Gagah Ini Dilapor Mati Dilanggar Kereta
Popular kerana fizikalnya yang gagah, kanggaru bernama Whiskers dilaporkan maut selepas dilanggar kereta di sebuah bandar di Victoria, Australia. Menurut Daily Mail, haiwan yang disayangi ramai penduduk setempat itu ditemui mati di atas jalan berhampiran taman yang menjadi lokasi kegemarannya. “Seluruh keluarga saya sayangkan kanggaru ini dan hanya ibu bapa saya pernah bertemu dengannya. Sayangnya, […]

Pemandu Dilapor Terjunam Dari Jambatan Setinggi 70 Kaki, Kereta Remuk Tapi Dirinya Tidak Cedera
CCTV berjaya merakam momen menggerunkan seorang pemandu wanita yang menembusi penghadang di jalan tol dan terjunam 70 kaki (2 meter) ke bawah, namun dikatakan masih selamat tanpa cedera, lapor Daily Star. Menurut portal, Kelce Brianna Gold, 27 tahun sedang menuju ke Zoo Interchange di Milwaukee, Wisconsin, namun tidak semena-mena keretanya menembusi penghadang itu dan terjunam […]
(Video) Lubang Besar Muncul Secara Tiba-Tiba, ‘Telan’ Beberapa Kereta Di Jerusalem
Satu lubang besar yang secara tiba-tiba muncul di tempat letak kereta Pusat Perubatan Shaare Zedek di Jerusalem pada Isnin petang dilaporkan telah menelan sejumlah kereta, lapor The Times of Israel. Tujuh trak bomba dilaporkan digegaskan ke tempat kejadian. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Lubang besar itu dipercayai terbentuk hasil daripada kerja pembinaan berdekatan dengan […]

(Video) Tular Wanita Menangis Di Belakang Pengantin Kerana Didakwa Suami Kahwin Lain, Pengakuan Pemilik Video Buat Ramai Berang
Sebelum ini, tular seketika rakaman kononnya seorang isteri menangis di hari persandingan suaminya di media sosial. Biarpun ramai yang bersimpati, namun hakikat sebenarnya terbongkar apabila pemilik video membuat pengakuan yang akhirnya menyebabkan orang ramai panas hati. Dalam video tular, kelihatan seorang wanita asyik menangis di sebuah majlis pernikahan di Indonesia. Sambil memerhatikan pasangan mempelai yang […]