Berita›Luar Negara
Hari Bahagia Bertukar Tragedi, Majlis Kahwin Disambar Petir Ragut 16 Nyawa Wakil Rombongan Pengantin Lelaki
Panahan kilat yang menyambar satu majlis perkahwinan di Bangladesh pada Rabu telah membunuh 16 orang dan mencederakan pengantin lelaki, kata pegawai. Rombongan itu baru sahaja meninggalkan bot di tepi sungai bandar Shibganj untuk mendapatkan perlindungan ketika ribut petir melanda, kata seorang pentadbir kerajaan bandar tersebut. Ketika kejadian, pengantin perempuan tidak ada di majlis perkahwinan tersebut, […]
(Video) Mujur Khemah Tak Terbang, Individu Didakwa Datang Kenduri Kahwin Bekas Kekasih Naik Helikopter
Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang menyaksikan suasana tidak terjangka di sebuah majlis. Menerusi video tersebut, sebuah helikopter dilihat tiba-tiba datang dan cuba untuk parkir di padang luas yang terletak di hadapan rumah itu. Video yang dimuatnaik oleh Makassar_iinfo di Instagram itu dimuatnaik dengan kapsyen yang mendakwa bahawa individu yang berada di dalam […]
Kajian Dapati Atlet Lebih ‘Gembira’ Menang Pingat Gangsa Olimpik Berbanding Menang Pingat Perak, Tapi Kenapa? Ini Jawapannya
Tidak kira apa jua jenis kejuaraan atau temasya sukan sekalipun, setiap atlet pastinya menanam impian di dalam diri agar dapat membawa pulang pingat kemenangan buat negara masing-masing. Pun begitu, adat setiap pertandingan ada kalah dan menangnya. Terkadang, nasib tidak berpihak kepada sesetengah atlet walaupun telah mencuba sehabis baik. Bagi yang mendapat tiga tempat teratas pula […]

(Video) Pelik, Ikan ‘Berwajah’ Manusia Munculkan Diri, Siap ‘Senyum’ Nampak Gigi
Masih banyak perkara yang belum diterokai manusia di dunia ini. Di atas darat pun ada sahaja perkara baru yang kita lihat setiap hari, inikan pula dunia di bawah air. Mungkin ia perkara normal bagi kaki pancing, tapi buat mereka yang tak biasa, sedikit sebanyak pasti ‘ternganga’ melihat spesies ‘pelik’ atau ikan yang memiliki ciri unik […]
Asyik Dibayangi Bolt Di Olimpik, Akhirnya de Grasee Menang Pingat Emas Pertama Olimpik Acara 200m
Atlet pecut Kanada, Andre de Grasse, menunaikan janjinya hari ini apabila bergelar juara Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 200 meter lelaki akhir. Ketinggalan di belakang Usain Bolt di Olimpik Rio 2016, de Grasse terpaksa berpuas hati dengan pingat perak musim lalu. Namun kali ini, de Grasse berjaya menamatkan larian dalam masa 19.62 saat, sekaligus meraih […]

Banyak Benda ‘Tidak Sihat’ Akan Datang, Ibu Padam Akaun Media Sosial Anak Yang Ada 1.7 Juta Pengikut
Ketagihan melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan sikap negatif kerana terpengaruh dengan kandungan di media sosial. Tindakan drastik seorang ibu ‘influencer’ berusia 14 tahun ini memadam akaun media sosial anak perempuan setelah membuat pemerhatian bahawa Tiktok dan Instagram akan mendatangkan perkara yang ‘tidak sihat’ untuk anaknya. Fernanda Rocha […]
6 Bulan Hidup Normal, China Catat 71 Kes Baharu Covid-19 Selepas Buat ‘Swab Test’ Besar-Besaran
China mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi hari ini, melibatkan kes tempatan. Ujian saringan besar-besaran telah dilakukan setelah varian Delta menyebar ke bandar-bandar besar di China. Kerajaan China telah melakukan saringan terhadap penduduk di seluruh bandar dan mengarahkan perintah berkurung kepada jutaan penduduk di sana. Hari ini, China mencatatkan 71 kes positif baharu, di mana ia […]
Bapak Borek Anak Rintik, Anak Ulang Kejayaan Ayah Menang Emas Olimpik 2020 Selepas 33 Tahun
Pasukan Great Britain (GB) sekali lagi meraih pingat emas di kejohanan Olimpik Tokyo 2020, kali ini melalui acara perahu layar 470 wanita. Gandingan hebat Hannah Mills bersama pasangan layar barunya Eilidh McIntyre, nampaknya tak mengecewakan. Mills yang sebelumnya dipasangkan dengan Saskia Clark di Olimpik Rio 2016, masih kekalkan gelaran juara di Olimpik Tokyo kali ini. […]
(Video) Dato’ Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Berjaya Mara, Menangi Pusingan Repechages
Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus berjaya mengalahkan pesaing-pesaing mereka dalam pusingan 1/32 Finals Repechages bagi acara pecut lelaki untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya di pentas Olimpik Tokyo 2020. Muhammad Shah Firdaus berjaya menamatkan perlumbaan yang turut disertai oleh atlet dari Poland dan Kanada itu. Walaupun pada awalnya beliau tampak seakan ketinggalan, namun […]
(Video) Tular Cahaya Hijau ‘Misteri’ Terangi Langit Turki, Ada Yang Dakwa Kononnya UFO
Sebuah video yang memaparkan detik sebuah objek berwarna hijau menerangi langit di Turki. Insiden aneh yang telah tular di media sosial itu menunjukkan sebuah objek menerangi langit di bandar Izmir, sebelum hilang di sebalik kepulan awan dengan cahaya yang terang. Kejadian pelik tersebut telah menggemparkan penduduk serta telah menimbulkan spekulasi bahawa objek itu adalah satelit […]
(Video) Kayuhan Bertenaga 2 Pelumba Basikal Trek Negara Berjaya Layakkan Diri Ke Pusingan Seterusnya
Pelumba basikal trek negara yang bertanding di dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dilaporkan berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak ke pusingan pertama (1/32) acara pecut lelaki #Olympics #Tokyo2020 #DemiMalaysia #mas 🇲🇾 pic.twitter.com/GziTswu12m — BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 4, 2021 Kayuhan bertenaga Dato’ Azizulhasni Awang […]
(Video) Tanggal 4 Ogos, Letupan Beirut Genap Setahun, Penduduk Akui Trauma, Kaca Masih ‘Tertanam Dalam Tubuh
Hari ini, 4 Ogos 2021 genap setahun tragedi letupan di Beirut, Lubnan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 200 nyawa dan mencederakan lebih 6,000 yang lain, lapor South China Morning Post (SCMP). Sementara itu lapor The Guardian, salah seorang pekerja pelabuhan yang terselamat, Yusuf Shehadi menceritakan semula pengalaman ketika hari kejadian. Tragedi yang dipercayai berpunca daripada bahan letupan […]
Gempa Bumi Berkekuatan 6.0 Skala Richter Dilapor ‘Gegarkan’ Olimpik Tokyo
Satu gempa bumi berkekuatan 6 skala richter dilaporkan berlaku di pantai Jepun awal pagi tadi, menyebabkan gegaran yang boleh dirasai orang ramai di Olimpik Tokyo. Menurut The Independent, memetik Agensi Meteorologi Jepun, pusat gempa yang berlaku sekitar 5.30 pagi waktu tempatan itu dicatatkan sekitar 40 kilometer daripada daratan. Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan fenomena […]
Pernah Tular Jual Motosikal Ayah Untuk Jumpa ‘Kekasih’, Remaja Ini Dilapor Lari Dari Rumah Sekali Lagi
Pernah tular kerana menjual motosikal ayah untuk berjumpa rakan lelaki yang dikenali melalui permainan siber, seorang remaja perempuan sekali lagi meraih perhatian apabila dilaporkan lari daripada rumahnya baru-baru ini. Menurut Tribun News, gadis berusia 16 tahun itu menghilangkan diri sejak petang Jumaat lalu, dipercayai untuk menemui teman lelaki yang dikenali melalui permainan Free Fire itu. […]
(Video) Mungkin Rindu, Anak Rapatkan Telinga Ke Tanah & Tanya “Mama Tengah Buat Apa” Saat Ziarah Kubur Ibu
Kehadiran seorang ibu dalam hidup merupakan rahmat yang amat bermakna dari Allah SWT. Manakan tidak, ibu menjadi individu penting yang membentuk jati diri anak-anak dengan penuh kasih sayang. Pun begitu, tidak semua orang berkesempatan melalui momen-momen tersebut kerana ada yang sudah kehilangan ibu sejak dari kecil lagi. Sama seperti yang dialami oleh dua orang kanak-kanak […]
Pakar Sakit Puan Didakwa Hamilkan Wanita Guna Sperma Salah Termasuk Miliknya Sendiri, Libatkan Ratusan Mangsa
Seorang pakar sakit puan di Kanada berhadapan tuduhan penyalahgunaan sperma, termasuk benih miliknya bagi menghamilkan pesakit yang mendapatkan khidmatnya, lapor USA Today. Menurut portal itu, salah seorang mangsa telah mendapati anaknya mempunyai DNA berbeza dengan si suami pada tahun 2016 yang lalu. Pasangan itu dilaporkan telah mendapatkan khidmat perubatan daripada tertuduh pada 1989 dengan menjalani […]
(Video) Walau Ikhlas, Wanita Sebak Jadi Saksi Suami Menikah Kali Kedua Dengan Bekas Kekasih
Hati wanita mana yang tidak luluh apabila perlu berkongsi kasih dengan wanita lain. Mungkin mulut boleh melafaz perkataan redha tetapi hati yang lara tidak akan pernah menipu. Baru-baru ini, tular satu video di Indonesia yang menyaksikan ketabahan seorang wanita ketika suaminya berkahwin dengan wanita lain. Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa orang memenuhi ruang bilik […]

Sambal Bilis Bini Nak Habis, Wartawan Liput Olimpik Tokyo Resah Sampai Mengadu Dalam ‘Live’
Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 hampir melabuhkan tirainya beberapa hari lagi setelah lebih seminggu berlangsung. Temasya Olimpik kali ini dijangka selesai pada 8 Ogos 2021. Empat hari penuh debaran ini akan menjadi detik-detik akhir untuk atlet negara meraih pingat sebagai ‘buah tangan’ kepada rakyat Malaysia sepulang mereka ke tanah air. Di saat ini rakyat Malaysia mungkin […]

Bagaikan Dongeng ‘Jack dan Pokok Kacang Ajaib’, Pokok Kaktus Ini Tumbuh Tinggi Sampai Tingkat 3
Masa kecik-kecik dulu, mesti ramai yang pernah dengar cerita kanak-kanak ‘Jack dan Pokok Kacang Ajaib’. Dongeng ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Jack menanam benih kacang yang akhirnya tumbuh sangat tinggi sampai mencecah awan. Lebih kurang sama dengan cerita dongeng ni, sebuah pokok kaktus di Singapura mendapat sorotan apabila tumbuh setinggi tiga tingkat. Walaupun tak setinggi […]
Tiba Di Thailand, Pemenang Emas Olimpik Tokyo Ini Sujud & Kalung Pingat Kepada Ayahnya
Pemenang pingat emas Olimpik dalam acara Taewando, Panipak Wongpattanakit telah disambut dengan meriah oleh peminat serta keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand pada 26 Julai yang lalu. Berusia 23 tahun, Panipak telah berhasil memenangi pingat emas pertama untuk Thailand dalam acara taekwando wanita kategori 49kg. Dianggap sebagai wira negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dikatakan […]