Berita›Luar Negara
Api Kian Marak, Palestin Hantar Pasukan Bomba Bantu Israel Padam Kebakaran Hutan
Pihak berkuasa Palestin dilaporkan telah menghantar empat pasukan pemadam kebakaran untuk membantu Israel pada Selasa, ketika kebakaran terus marak di kawasan Jerusalem. Menurut The Times of Israel, empat trak Pertahanan Awam Palestin dan 20 anggota bomba telah bergabung dalam usaha untuk memadamkan api yang marak melintasi bukit dan bandar di barat Jerusalem sejak Ahad lalu. […]
(Video) Cemas, Tempat Penyimpanan Kayu Roboh Hampir ‘Timbus’ Wanita Di Bawah, Nasib Anak Cepat Selamatkan
Sebuah video menerusi akaun Facebook South China Morning Post memaparkan kisah tragedi seorang wanita yang hampir mengalami kecederaan teruk apabila tempat penyimpanan kayu api roboh berhampiran dengannya. Tragedi tidak terduga itu berlaku semasa wanita itu sedang membasuh pinggan mangkuk di bawah tempat penyimpanan kayu api tersebut. Video yang berdurasi selama 1:28 saat itu turut memperlihatkan seorang gadis […]

(Video)“Bahagia Itu Sederhana,” Ayah Rakam Setiap Detik Indah Hantar Anak Nikah Buat Warganet Terharu
Seorang ayah mungkin tidak selembut ibu tetapi kasih sayang mereka terhadap anak tidak pernah berkurang. Walaupun ayah kadang kala kelihatan tegas, namun jauh di sudut hati, mereka ingin sentiasa dekat dengan anak-anak. Seperti yang berlaku dalam sebuah video yang dikongsikan menerusi akaun Tiktok @mantamumas, terlihat seorang ayah sedang merakam suasana rombongan pernikahan anaknya dengan menggunakan […]
(Video) Tak Puas Hati Kena Pecat, Pekerja Lepaskan Singa Peliharaan Majikannya Ke Jalan
Seekor singa yang dikesan berkeliaran di beberapa batang jalan di Phnom Penh, Kemboja, sengaja dibebaskan oleh seorang pekerja yang tidak berpuas hati kerana dipecat, lapor United Press International pada semalam. Singa yang bernama Hei Man itu telah menjadi tajuk berita utama di negara terbabit selepas haiwan tersebut disita oleh pihak berkuasa dan dikembalikan kepada pemiliknya […]
47 Termasuk 30 Orang Awam Terbunuh Dalam Serangan Pemberontak Di Burkina Faso
OUAGADOUGOU, 19 Ogos (Bernama) — Seramai 47 termasuk 30 orang awam, 14 tentera dan tiga anggota bantuan, terbunuh dalam satu serangan pemberontak pada Rabu di wilayah Sahel utara Burkina Faso, lapor Xinhua. Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi konvoi membabitkan orang awam, pasukan pertahanan dan keselamatan serta sukarelawan Defence of the Motherland (VDP) itu diserang di daerah berdekatan Gorgadji, […]
Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 3 Tahun, Denda Lebih RM 100k Kerana Bunuh Siput Babi
Seorang lelaki di Hong Kong telah ditahan pihak polis pada Isnin atas tuduhan berlaku kejam terhadap haiwan selepas dia dilihat membunuh siput di sebuah air pancut di Tsim Sha Tsui, lapor portal Coconuts. Polis menerima laporan pada 4 Ogos yang mendakwa bahawa seorang lelaki sedang menuangkan taburan garam ke atas haiwan itu di sebuah air […]
Thailand Disyor Beri Vaksin Covid-19 Kepada Remaja 12-18 Tahun Yang Alami Masalah Kesihatan
BANGKOK, 18 Ogos – Pihak berkuasa kesihatan Thailand mencadangkan suntikan vaksin COVID-19 diberikan kepada mereka berusia 12 hingga 18 tahun yang mengalami satu daripada tujuh masalah kesihatan yang disenaraikan, disebabkan peningkatan jangkitan terhadap golongan ini. Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Dr. Suwanchai Wattanayingcharoenchai ketika menyuarakan cadangan itu berkata sebanyak 7,787 kes COVID-19 dilaporkan melibatkan kumpulan umur itu pada […]

Pentadbiran Biden Beku Simpanan Afghanistan, Halang Taliban Dapat Akses RM39.7 Bilion
Pihak pentadbiran Biden telah membekukan simpanan Afghanistan dalam bank Amerika Syarikat (AS), Ahad lalu. Tindakan ini dipercayai untuk menyekat Taliban daripada mendapat akses kepada simpanan berbilion dollar tersebut. “Sebarang aset kerajaan Afghanistan dalam simpanan Bank Pusat di AS tak akan diberikan kepada Taliban,” kata jurucakap Jabatan Perbendaharaan AS. Keputusan tersebut dibuat pihak Perbendaharaan AS, bersama […]
Pakar Kesan 5 Tanda Pada Kuku, Mungkin Anda Dijangkiti Virus Covid-19 – Kajian
Satu kajian yang dijalankan mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku seseorang. Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar yang dikenali sebagai Profesor Tim Spector pada Mei lalu mengatakan bahawa terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan seseorang sama ada individu tersebut berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak. Selain itu, beberapa pendapat daripada pakar […]
(Video) Sederhana Tapi Bahagia, Suami Setia Hantar & Jemput Isteri Kerja Selama 26 Tahun Tanpa Mengeluh
Pada Ahad lalu, tular sebuah video yang memaparkan kisah romantik pasangan suami isteri dengan jumlah tontonan sehingga 3.1 juta. Rakaman tersebut dimuat naik menerusi akaun Tiktok @jovelynfamily oleh pemiliknya yang dikenali sebagai Inne. Inne yang berasal daripada Purbalingga, Jawa Tenggah itu menyingkap kisah di sebalik video tersebut. Menurutnya, pasangan suami isteri itu terlihat sangat romantik […]
“Covid Akan Datang Ke Sini Juga Nanti,” 20 Tahun Duduk Dalam Gua, ‘Petapa’ Ini Keluar Ambil Vaksin Kerana Takut Dijangkiti
COVID-19 sememangnya pandemik yang sangat menakutkan sehingga membuatkan lelaki yang telah bertapa di dalam gua selama 20 tahun keluar untuk mendapatkan vaksin. Panta Petrovic yang berasal dari Serbia dilaporkan keluar mendapatkan vaksin kerana takut virus tersebut akan merebak ke gua dan menjangkitinya. Memetik laporan India Times, Petrovic telah mendapat tahu mengenai COVID-19 semasa dalam perjalanan […]
Atas Dasar Cinta Katanya, Lelaki Sanggup Menyamar Jadi Kekasih Untuk Jawab ‘Exam’
Sejauh manakah anda sanggup berkorban demi kekasih hati? ‘Pengorbanan’ seorang lelaki yang berasal dari Senegal ini betul-betul besar walaupun pada akhirnya tidak berjaya. Lelaki yang berusia 22 tahun itu dilaporkan sanggup mengenakan pakaian wanita untuk menjawab peperiksaan bagi pihak teman wanitanya. Dia yang juga merupakan seorang pelajar universiti telah melakukan hal tersebut atas dasar cinta […]

Lelaki Dilapor Maut Setelah Jatuh Dari ‘Sky Ride’ Setinggi 50 Kaki, Saksi Ingatkan Cuma Aksi ‘Lagak Ngeri’
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas terjatuh daripada permainan Sky Ride di sebuah taman tema di Utah, lapor The Sun. Menurut portal itu, saksi melihat lelaki berusia 32 tahun itu bergayut pada kerusi permainan setinggi 50 kaki (anggaran 15.24 meter) berkenaan sebelum terjatuh. Memetik kenyataan polis tempatan, dia disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital […]
Pemandu Kurier Dipenjara, Didapati Bersalah Curi Lebih 100 “Parcel” Ditanda Hilang
Seorang pemandu penghantaran di Singapura telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 minggu pada Selasa kerana didapati bersalah menyalahgunakan berdozen-dozen bungkusan bernilai S$34,000 (RM105,825) yang telah ditandakan hilang olehnya tetapi sebenarnya telah disimpan di rumah ibu mertuanya. Menurut Channel News Asia, setelah syarikat kurier tempatnya bekerja mengetahui mengenai jenayah tersebut, mereka melaporkannya pada pihak polis. Hasil siasatan […]

(Video) Pelik, Rakaman Seakan ‘Piring Terbang’ Bergerak Atas Permukaan Air Bikin Keliru, Rupa-rupanya..
Satu rakaman terbaru memaparkan seakan-akan ‘piring terbang’ sedang bergerak di atas permukaan air membuatkan ramai yang kelirunya dengannya. Video yang dirakam dari sebuah bot dari Glacier Bay itu kemudiannya dimuatnaik ke Facebook Glacier Bay National Park and Preserve. Walaupun ia tampak seakan ‘piring terbang’ terapung di atas air, rupanya ‘misteri’ tersebut adalah sebuah pulau di […]
(Video) Berjaya Kuasai Afghanistan, Tular Taliban Sempat “Work Out” Di Gym Sambil Galas RPG
Satu video yang memaparkan pejuang Taliban menggunakan gimnasium telah menjadi tular di media sosial. Klip video yang luar biasa itu telah berlegar di internet selepas pejuang Taliban tersebut kini mula muncul di kawasan awam seluruh Afghanistan setelah mereka berjaya mengambil alih negara terbabit. Dalam video tersebut, dapat dilihat ada sekumpulan pejuan Taliban sedang menggunakan mesin […]
“Jerung Itu Didera, Ia Cuba Bernafas,” Lelaki Gunakan Gigi Jerung Untuk Buka Tin Arak, Anggap ‘Sekadar Berseronok’
Beberapa nelayan di Amerika membangkitkan kemarahan orang ramai apabila rakaman mereka menggunakan jerung untuk membuka tin bir tular di internet. Lapor NY Post, kejadian itu dipercayai berlaku di Florida, melibatkan jerung spesies sand tiger shark yang ditangkap mereka. Menerusi klip tular, salah seorang daripada mereka dilihat memegang mulut jerung manakala seorang lagi meletakkan tin bir di dalam […]
Kucing Jadi Wira, Mengiau Tak Henti-henti Bantu Penyelamat Temui Warga Emas Jatuh Dalam Saliran Sedalam 70 Kaki
Seperti yang diketahui, kucing sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam hidup manusia. Bukan sekadar menjadi haiwan peliharaan saja, haiwan comel itu juga menjadi peneman dan bahkan sudah seperti keluarga sendiri. Jadi, tidak hairanlah ia boleh menjadi penyelamat manusia bila-bila masa dan di mana saja. Sama seperti yang dilakukan oleh seekor kucing hitam di Bodmin, Cornwall, […]

Dua Rakyat Malaysia Masih Berada Di Afghanistan
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India yang turut ditauliahkan ke Afghanistan, mengesahkan dua rakyat Malaysia masih berada di Afghanistan. Suruhanjaya Tinggi itu memaklumkan, kedua-dua mereka bertugas dengan organisasi bantuan antarabangsa di Kabul, ibu negara Afghanistan. Bagaimanapun, suruhanjaya berkenaan tidak memberikan butiran lanjut mengenai mereka. Menurut suruhanjaya itu, seorang lagi rakyat Malaysia […]
New Zealand Umum ‘Lock Down’ Selepas Kesan Satu Kes Baharu Varian Delta Covid-19
New Zealand antara negara yang kurang mencatatkan bilangan kes positif Coid-19 dan boleh dikatakan hampir bebas daripada wabak pandemik tersebut. Terbaru, menerusi laporan CNN, New Zealand sekali lagi mengumumkan perlaksanaan ‘lockdown’ di seluruh negara setelah mencatat satu kes baru di bandar tersebut. Ini merupakan kes Covid-19 pertama tersebar sejak Februari lalu. Perdana Menteri, Jacinda Ardern […]