Berita›Luar Negara

Luar Negara
COVID-19: Perancis Dijangka Tawarkan Suntikan ‘Booster’ Pada September
PARIS, 24 Ogos (Bernama) – Warga emas Perancis mungkin akan diberikan suntikan tambahan atau booster untuk vaksin COVID-19 mulai September, kata Menteri Kesihatan Oliver Veran pada Isnin. Beliau berkata kementerian sedang menunggu keputusan akhir daripada badan khas yang ditugaskan untuk menilai mengenai dos tambahan itu, lapor Agensi Anadolu. “Dos ketiga mungkin akan disyorkan bagi mereka […]
Luar Negara
Boleh Guna Dan Jual Secara Sah, Thailand Keluarkan Ketum Dari Senarai Dadah Haram
Thailand hari ini mengeluarkan ketum dari senarai dadah yang diharamkan di negara itu. Ketum atau dikenali sebagai kratom oleh masyarakat Thailand merupakan sejenis daun tropika yang digunakan untuk tujuan perubatan. Ia turut digunapakai di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara dan Papua New Guinea. Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa dikatakan berfungsi sebagai ubat tahan […]
Gaya hidup
Elak Penyakit Bawaan Menular, China Guna Teknologi Nuklear Untuk Hapus Nyamuk
Sekumpulan saintis dari China kini sedang melakukan kajian bioteknologi untuk menghapuskan penyakit tertular akibat sesetengah spesis nyamuk menggunakan teknologi nuklear. Ketua penyelidikan tersebut berkata, buat masa ini hanya itu cara yang punya potensi besar. Teknologi nuklear ini mampu menghapuskan spesis nyamuk tertentu di sesuatu kawasan untuk mengekang wabak penyakit bawaan nyamuk. Teknik anti-nyamuk ini menggunakan […]
Luar Negara
Israel Serang Gaza Lagi Melalui Udara, Remaja 13 Tahun Antara Yang Cedera Parah
Israel sekali lagi melancarkan serangan udara terhadap Gaza, mendakwa membalas serangan belon api dari arah selatan negara tersebut. Ketegangan tersebut timbul selepas pertempuran di perbatasan minggu lalu yang mengakibatkan puluhan individu tercedera. Namun tiada kematian dilaporkan dalam serangan terhadap dua bandar Gaza iaitu di selatan wilayah Khan Younes dan utara Jabalia. Pun begitu, sumber dari […]
Berita
(Video) Macam Sedang Dibelai ‘Sesuatu’, Rakaman Kucing ‘Meracau’ Seakan ‘Terganggu’ Undang Seram
Pernah tak kucing atau haiwan peliharaan anda berkelakuan pelik secara tiba-tiba? Sebelum ini, kita pernah membaca kisah di mana seorang wanita menyaksikan kucingnya ‘bermain’ dengan seorang ‘akak‘ berambut panjang pada jam 1 pagi. Rakaman ketika dia sedang mencari kucingnya yang hilang ternyata membuatkan orang ramai berdiri bulu roma tatkala melihat kelibat dimaksudkan seakan sedang ‘membelai’ […]
Gaya hidup
(Video) Kena Merangkak Untuk Masuk, Tular Warung ‘Tersembunyi’ Disebalik Batu
Video seorang pemuda yang mengunjungi sebuah warung makan yang unik tular di media sosial baru-baru ini dengan jumlah tontonan sebanyak 3.3 juta kali. Video tersebut pertama kali disiarkan oleh akaun Tiktok @ridhex pada hari Rabu, 16 Ogos 2021 yang lalu beserta keterangan “Ada warung nyempil di bawah batu.” Dalam video yang berdurasi selama 22 saat […]
Luar Negara
Lelaki Gigih Panjat Kamera Perangkap Kelajuan, Suluh Kereta Dengan ‘Handphone’ Untuk ‘Prank’
Seorang pelancong didapati telah memanjat tiang kamera perangkap kelajuan lalu menyuluh kereta yang sedang bergerak menggunakan lampu telefon bimbitnya. Perbuatan yang tidak senonoh itu berlaku pada awal pagi hari Khamis di Taman Percutian Lyons Winkups di North Wales Sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook menunjukkan dia sedang duduk di dalam ‘rumah’ kamera perangkap kelajuan […]
Luar Negara
Ribuan Penduduk Terputus Bekalan Elektrik, Ribut Tropika Henri Landa Rhode Island
NEW YORK, 23 Ogos (Bernama) – Ribut Tropika Henri dengan kelajuan angin 60 kilometer sejam yang melanda Westerly, Rhode Island pada Ahad, mengakibatkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC). Amaran ribut tropika itu membabitkan kawasan pantai Connecticut dan Rhode Island sehingga ke Hamptons di bahagian timur Long Island, New York. Lebih […]
Luar Negara
Lebih 20 Maut, 50 Hilang Banjir Kilat Di Tennessee
WASHINGTON, 23 Ogos (Bernama) – Angka kematian akibat banjir di Tennessee pada Ahad melebihi 20 orang dengan lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Amerika Syarikat (AS). Bayi kembar adalah antara yang meninggal dunia, lapor NBC pada Ahad memetik Syerif Humphreys County, Chris Davis. Sementara itu, Ketua Timbalan Pejabat Syerif Humphreys County Rob […]
Berita
“Penyewa Dari Neraka,” Bilik Tidur Dibuat Tempat Buang Najis, Rumah Sewa ‘Jahanam’ Buat Tuan Rumah Tergamam
Kisah penyewa tidak menjaga rumah dengan baik bukanlah satu perkara baru pada zaman sekarang. Sudah banyak isu tentang perkara ini bukan hanya di dalam negara malah di luar negara juga mempunyai masalah yang sama. Bila awal masuk rumah kelihatan cantik, namun bila sudah ditinggalkan keadaan rumah ini seperti ‘tongkang pecah’ dibuatnya. Sama seperti kisah pemilik […]
Berita
(Video) Penyokong Mengamuk Masuk Padang Lepas Pemain Ini Baling Botol Ke Arah Penonton
Perlawanan Ligue 1 antara Nice dan Marseille terpaksa ditangguhkan sebelum dibatalkan selepas salah seorang pemain bola sepak terkenal, Dimitri Payet mencampakkan semula botol minuman ke arah penyokong sehingga menjadi punca pergaduhan. Satu rakaman menunjukkan Payet diserang oleh penonton yang mencampak botol air dari arah belakangnya berhampiran di penjuru padang. Bintang terkenal Marsielle itu kemudian bertindak […]
Berita
“Antara Pasrah & Sakit,” 4 Tahun Jaga Jodoh Orang, Rupanya Bekas Kekasih ‘Milik’ Adik Kandung Sendiri
Ajal dan jodoh di tangan tuhan. Meski 10 tahun bersama, belum tentu berakhir dengan pernikahan. Sudah tentu peritnya perpisahan hanya dapat dirasai oleh mereka yang melaluinya, seperti seorang lelaki yang terpaksa redha menyaksikan bekas kekasihnya bernikah dengan adik sendiri. Menurut Suara.com, lelaki itu dikatakan telah berhubungan selama empat tahun dengan wanita pujaannya sebelum wanita itu […]
Luar Negara
Tiga Sekeluarga Dilapor Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Bawah Dangau Tengah Sawah
Nasib malang menimpa sebuah keluarga di Lampung Selatan, Lampung apabila tiga daripadanya dilapor maut disambar petir pada hari Sabtu, kira-kira jam 1:50 petang. Tragedi menyayat hati itu berlaku ketika mereka sedang berteduh di sebuah dangau yang berada di tengah sawah. Mangsa-mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Sutini, 65 tahun, Lina, 22 tahun dan Ivan yang […]
Gaya hidup
(Video) Diuji Mata Tak Boleh Melihat, Pakcik Ni Selalu Sampai Awal Di Masjid Sebelum Azan Bikin Warganet Sebak
Walaupun hidup dalam serba kekurangan, ia tidak menjadi penghalang kepada umat manusia untuk beribadat kepada Allah. Boleh jadi kekurangan tersebut merupakan pemangkin dan semangat untuk lebih meningkatkan amal ibadat. Kekurangan yang dimaksudkan di sini ialah kekurangan dari segi fizikal, harta, kebendaan dan sebagainya. Seperti sebuah video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram @sahabatsurga, kisah seorang warga […]
Berita
Hujan Dilapor Turun Di Puncak Ais Greenland Buat Pertama Kali, Pemendakan Cetus Petanda Krisis Iklim
Buat pertama kali, hujan dilaporkan turun di puncak gunung di Greenland, lapor The Guardian. Tambah portal itu, suhu biasanya berada di bawah suhu beku pada puncak 3,216 meter (10,551 kaki) dan pemendakan adalah petanda krisis iklim. Menurut portal itu, saintis di US National Science Foundation melaporkan hujan turun sepanjang 14 Ogos lalu namun tidak dapat […]
Luar Negara
(Video) Remaja Cacah Tatu ‘QR Code’ Sijil Vaksin Di Lengan, Masuk Kedai Cuma Hulur Lengan
Seorang pelajar di Itali telah meraih perhatian warga maya dengan tindakan “kreatifnya” apabila dia membuat tatu sijil vaksinasi Covid-19 di bahagian lengan. Andrea Colonnetta yang berusia 22 tahun itu mengatakan bahawa dia tidak berfikir lama untuk membuat tatu tersebut setelah berbincang dengan seorang artis yang dikenali sebagai Gabriele Pellerone. “Ini pastinya sesuatu yang asli dan […]
Kesihatan
China Dijangka Capai Imuniti Kelompok Menjelang Hujung Tahun Ini
BEIJING, 22 Ogos (Bernama) — China dijangka mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini apabila lebih 80 peratus populasinya lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, kata pakar epidemiologi, Zhong Nanshan. Beliau berkata, dapatan kajian ke atas kluster baharu di Guangzhou pada Mei menunjukkan, vaksin mampu memberikan perlindungan sebanyak 60 peratus terhadap varian Delta, manakala 100 peratus […]
Berita
Israel Lancar Serangan Udara Di Gaza Semalam, 41 Dilaporkan Cedera Parah
Tentera Israel melancarkan serangan melalui udara terhadap Gaza semalam susulan daripada dakwaan penunjuk perasaan oleh masyarakat Palestin. Kejadian tersebut telah menyebabkan puluhan cedera termasuk seorang polis yang menjaga sempadan Israel dan seorang remaja berusia 13 tahun. Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah. Menurut laporan, tentera Israel telah melakukan serangan sejak tiga bulan lalu. Daripada kejadian tersebut […]
Berita
Taliban ‘Warisi’ RM4 Trilion Sumber Mineral Afghanistan Yang Belum ‘Disentuh’
Taliban kini menguasai sumber mineral Afghanistan selepas mengambil tampuk pemerintahan negara tersebut. Ini termasuk sumber asli bernilai $1 trilion atau RM4 trilion yang masih belum diteroka. Nilai ini dianggarkan oleh US Geological Survey (USGS), namun pemerintahan Afghanistan terdahulu menganggarkan tiga kali ganda daripada jumlah tersebut. Menurut USGS, sumber mineral ini termasuk bauksit, tembaga, bijih besi, […]
Berita
Gadis Maut Terjatuh Dari Bumbung Apartment Ketika Buat Video TikTok
ISTANBUL, 21 Ogos (Bernama) — Gadis berusia 23 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah apartment ketika asyik membuat rakaman video untuk platform media sosial TikTok, di Istanbul, Turki pada Jumaat. Detik-detik kematian gadis itu dirakam sepupunya, lapor Agensi Anadolu. Difahamkan, mangsa dan sepupunya dikenali sebagai Helen naik ke bumbung apartment itu untuk melihat dan […]