BeritaLuar Negara

Berita
Lelaki Maut Dipukul & Dibakar Hidup, Selepas Niat Baik Nak Bantu Padam Kebakaran Di Algeria Disalah Anggap Penduduk
Berhasrat untuk membantu tetapi telah disalah anggap, seorang lelaki di Algeria dilaporkan telah dipukul, dibunuh dan dibakar pada minggu lalu setelah dituduh menjadi punca kebakaran hutan yang melanda negara itu. Mangsa, Jamal Ismail, dilaporkan telah dibakar hidup-hidup setelah dia tiba di bandar Aljazair Tizi Ouzou, iaitu salah satu kawasan yang paling teruk dilanda kebakaran hutan. […]
Berita
(Video) Tak Sengaja Jatuhkan Stok Telur, Rakaman Wanita Tidak Bantu & Beredar Undang Kemarahan
Seorang wanita mengundang kemarahan netizen selepas secara tidak sengaja menjatuhkan telur yang diletakkan di atas sebuah motosikal di luar kedai, dipercayai di Indonesia. Menurut Suara Jatim, rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang membawa stok telur menggunakan motosikal. Sebaik sahaja meletakkan motosikal di hadapan kedai, lelaki itu kemudiannya membawa beberapa papan telur masuk ke dalam premis […]
Berita
Singapura: Remaja Diserang Sakit Jantung Selepas Divaksin Terima Pampasan
SINGAPURA, 16 Ogos – Remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung di luar hospital enam hari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 di sini, dan memerlukan rawatan intensif, kini semakin stabil, menurut Kementerian Kesihatan Singapura. Remaja itu menerima dos pertama pada 27 Jun 2021 dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan. “Dia menunjukkan kemajuan yang baik dan dapat […]
Luar Negara
Masuk Sempadan Tanpa Kebenaran, Pesawat Tentera Afghanistan Terhempas Di Uzbekistan
Sebuah pesawat tentera Afghanistan dilaporkan terhempas di Uzbekistan selepas masuk tanpa kebenaran ke sempadan negara tersebut, semalam. Jurucakap Kementerian Pertahanan Uzbekistan, Bakhrom Zulfikarov berkata kepada AFP, “Pesawat ketenteraan tersebut masuk ke sempadan Uzbekistan tanpa kebenaran. Siasatan masih giat dijalankan.” Menurut Zulfikarov insiden pesawat terhempas itu dilaporkan semalam, di selatan wilayah Surkhondaryo, bersempadan dengan Afghanistan. Memetik […]
Berita
(Video) Penduduk Di Afghanistan ‘Gadai Nyawa’ Berpaut Dibawah Pesawat Sampai Ada Yang Jatuh, Nak Keluar Dari Kabul
Tentera Amerika Syarikat dilaporkan mengawal ketat Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul bagi membolehkan operasi pemindahan keluar warga asing dan warga Afghanistan yang terancam dilaksanakan. Memetik daripada laporan AFP, buat masa ini kesemua penerbangan komersial ditangguhkan, hanya pesawat pengangkut tentera sahaja dibenarkan beroperasi. Beberapa rakaman berjaya dirakam di mana orang awam berkerumun di lapangan terbang tersebut untuk […]
Luar Negara
Nak Balas Dendam, Lelaki Dakwa Gigit Ular Berbisa Sampai Mati Selepas Dipatuk Ular Yang Sama
Seorang lelaki bernama Kishore Badar dilaporkan bertindak menggigit seekor ular jenis Krait sehingga mati. Perbuatan tersebut disebabkan oleh rasa dendam terhadap ular tersebut yang telah mematuknya ketika pulang dari bekerja. Lelaki yang berasal dari perkampungan kecil di Odisha itu berumur kira-kira 45 tahun itu menceritakan bahawa beliau telah menangkap ular tersebut lalu menggigitnya berulang kali […]
Berita
Dipercayai Berang Sering Diejek Masih ‘Single’, Lelaki Didakwa Pukul Kawan Hingga Mati
Dipercayai berang kerana diejek masih belum mempunyai pasangan hidup dan pekerjaan yang stabil, seorang lelaki di Jawa Timur bertindak memukul rakannya sehingga maut. Lapor Indo Zone, suspek yang berusia 38 tahun dan mangsa, 36 telah merantau bersama ke Blitar untuk bekerja sebagai nelayan. Dalam kejadian pada Selasa (10/8) itu, suspek dikatakan sempat berpura-pura tidur sehingga […]
Luar Negara
Kawasan Kediaman Israel Di Jerusalem Terbakar, Api Merebak Hingga Sekitar Masjid Al-Aqsa
Daerah tempat tinggal kaum Israel di Jerusalem dikhabarkan mengalami kebakaran. Angin yang bertiup di daerah itu membuatkan kawasan tersebut semakin dijilat api dan merebak ke kawasan-kawasan lain yang berdekatan. Menurut laporan Quds News Network, api tersebut berawal di kawasan kependudukan Beit Meir, Ksalon, Ramat Razeil, dan Givat Ye’arim. Pun begitu, pihak berkuasa Israel telah melakukan […]
Luar Negara
Taliban Dah Kuasai Wilayah Kabul, Presiden Afghanistan Larikan Diri Ke Tajikistan
Presiden Ashraf Ghani terbang keluar melarikan diri dari Afghanistan, semalam, setelah kekuasaannya dirampas Taliban yang sampai di pusat bandar Kabul, 10 hari lalu. Ketua gerakan keamanan, Abdullah Abdullah melalui video di laman Facebooknya berkata, “Mantan Presiden Afghanistan telah pergi meninggalkan rakyat dalam situasi genting begini.” Tak dapat dipastikan secara spesifik ke mana Ghani melarikan diri, […]
Luar Negara
Naomi Edwards Bakal Derma Semua Wang Hadiah Perlawanan Minggu Ini Untuk Mangsa Gempa Haiti
Bintang tennis Jepun, Naomi Osaka, yang juga merupakan pembawa obor terakhir di Olimpik Tokyo 2020 lalu akan mendermakan semua hadiah berupa wang perlawanannya minggu ini untuk mangsa gempa bumi di Haiti. Gempa bumi dengan magnitud 7.2 skala Ritcher telah menggegar Haiti Sabtu lalu, dan menewaskan 304 korban jiwa, sementara 1,800 lagi cedera. Melalui hantaran di […]
Gaya hidup
Penjual Dakwa Miliki Tisu Messi Guna Untuk Lap Air Mata, Nak Jual Dengan Harga RM4.2 Juta
Baru-baru ini, pemain bola sepak terkenal Lionel Messi mengesahkan bahawa beliau telah meninggalkan kelab Barcelona dan menyertai kelab Paris Saint Germain (PSG). Tidak dinafikan, situasi ini sangat dirasai bukan sahaja pada bekas pemain Kelab Barcelona tetapi peminat tegar dalam sukan bola sepak juga terasa dengan perpisahan tersebut. Seperti mana yang kita tahu, Lionel Messi mengesat […]
Sukan
Cucu Lagenda ‘Boxing’ Muhamammad Ali Ikut Jejak Datuk, Menang Perlawanan Profesional Pertama
Selepas 55 tahun lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, memasuki gelanggang perlawanan pertamanya, legasi beliau kini diteruskan pula oleh cucunya yang tak kurang hebat. Nico Ali Walsh membuktikan kehebatan legasi Muhammad Ali setelah berjaya meraih kemenangan pertama dalam debut profesionalnya semalam. Ali Walsh menang mudah selepas menumpaskan lawannya, Jordan Weeks, 70 saat setelah perlawanan dimulai. Ali […]
Berita
Warga Malaysia Di Hatyai Ditahan Polis Kerana Kurung Diri Bersama Isteri & Anak Hampir Seminggu
HATYAI, Ogos 15 – Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya. Dalam kejadian pada kira-kira 6 petang, polis baru sahaja beredar daripada rumah kedai dua tingkat yang dihuninya selepas si isteri yang merupakan warga Thai meminta bantuan setelah lelaki itu […]
Berita
(Video) Bukan Tenggelam ‘Dibadai’ Banjir, Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Rumah Condong Di Tengah Sungai Ini
Sekali pandang, rumah agam tiga tingkat ini kelihatan seperti tenggelam dalam banjir. Namun begitu, ia sebenarnya sebuah rumah yang dibina di tengah-tengah sungai Loire, kongsi Oddity Central. Dinamakan the House in the Loire, struktur ini merupakan idea anak seni Perancis, Jean-Luc Courcoult yang membinanya pada 2007 sebagai salah satu pameran seni, dengan kerjasama sebuah syarikat […]
Berita
(Video) Berani, Penyelam Jumpa ‘Anaconda’ Gergasi Di Dasar Sungai, Ini Yang Haiwan Itu Buat Bila Didekati
Dua penyelam di Brazil berjaya mendekati seekor anakonda gergasi berukuran sekitar 7 meter pada jarak dekat, lapor The Info. Menurut portal itu, Bartolomeo dan Juca Yagarape sedang menyelam di sungai Formoso di Amazon, Brazil sebelum menemui reptilia seberat 90 kg berwarna oren itu. Menerusi video dikongsikan, kelihatan ular itu sedang berada di dasar sungai. Ia […]
Luar Negara
Disyaki Ada Unsur Cemburu, Mayat Wanita Tanpa Pakaian Dengan 50 Kesan Tikaman ‘Screwdriver’ Ditemui Dalam Peti Sejuk
Mayat seorang ibu muda berusia 19 tahun ditemukan dalam keadaan terikat tanpa pakaian dengan lebih 50 kesan tikaman dipercayai menggunakan pemutar skru, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, wanita tersebut dilaporkan hilang lima bulan lalu di Venezuela sebelum ditemui dalam peti sejuk rumahnya sendiri pada 19 Julai. Mayat mangsa dijumpai di ruangan sejuk beku dalam […]
Berita
(Video) Cemas, Jambatan Tiba-tiba Runtuh Sesaat Setelah Ada ‘Sosok Tubuh’ Yang Melintas
Tular di sosial media mengenai satu rakaman yang memaparkan sebuah jambatan tiba-tiba runtuh, kongsi South China Morning Post. Namun, apa yang menarik perhatian dalam rakaman tersebut adalah apabila kelihatan satu ‘sosok tubuh’ dipercayai pengunjung di jambatan itu yang berjalan di atasnya sesaat sebelum binaan itu runtuh ke dalam sungai. Kejadian yang dipercayai berlaku di Zhejiang, […]
Berita
(Video) Lukaku ‘Selit’ Aksi Berdepan Farizal Marlias Dalam Video Pengenalan Pulang Ke Chelsea
Umum telah mengetahui bahawa pemain bintang pasukan bola sepak yang berasal daripada Belgium bernama Romelo Lukaku telah sah akan beraksi sebagai penyerang buat kelab bola sepak Chelsea pada musim baharu Liga Perdana Inggeris. Menjengah ke akaun Instagram rasmi miliknya, beliau ada berkongsikan satu video pengenalan berkenaan kepulangannya semula ke kelab Chelsea. Apa yang menarik berkenaan […]
Berita
Makin Ramai Rakyat Terima Vaksin, Denmark Kini Tak Lagi Wajibkan Topeng Muka
Pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dilaporkan tidak lagi diwajibkan di Denmark selepas negara itu memansuhkan peraturan COVID-19. Menteri Pengangkutan, Benny Engelbrecht, mengatakan bahawa ia sepatutnya bermula pada 1 September tetapi telah diawalkan semalam. “Kami sekarang berada dalam situasi di mana sebahagian besar penduduk telah divaksinasi dan kami sudah kembali kepada kehidupan yang lebih normal. […]
Berita
Warga Malaysia Mengurung Isteri Dan Dua Anak Kerana Takut Dijangkiti COVID-19
SONGKHLA, Ogos 14 (Bernama) — Oleh kerana fobia dengan jangkitan COVID-19 yang melonjak di Thailand, seorang lelaki warga Malaysia bertindak mengurung isteri warga Thai dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu di Hatyai, Songkhla, Selatan Thailand. Ketua Polis Hatyai Pol. Kol. Akrawut Taneerat berkata lelaki yang berusia 43 tahun dari Kuala Lumpur berada di Hatyai bersama isteri dan dua […]