Berita›Luar Negara
(Video) Ditonton Lebih 12 Juta Kali, Tular Ular Besar Syok ‘Bergayut’ Di Kabel Elektrik Atas Kepala Orang Ramai
Mengerikan, seekor ular dengan saiz yang sangat besar telah ditemui melingkar di atas kabel elektrik berdekatan dengan Pasar Cogon di Filipina. Menerusi video tular yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, @michaelyufull, orang ramai di situ dilihat berkumpul dan menjerit semasa menyaksikan ular itu yang ‘terkapai-kapai’ di atas kabel elektrik. Lebih meresahkan, ular tersebut berusaha untuk melarikan […]

Serangan Ala-ala “Hawk Eye”, Lima Orang Awam Dilapor Maut Dipanah Individu Tak Dikenali Di Norway
Lima orang awam terbunuh dan sekurang-kurangnya sebanyak dua yang lain tercedera akibat diserang oleh busur dan panah dalam serangan di bandar Kongsberg di Norway. Suspek yang dipercayai dalang disebalik serangan ini dikhabarkan sudah pun ditahan dan dipercayai bertindak seorang diri dalam serangan malam berdarah di Norway. Menurut ketua polis daerah Drammen Øyvind Aas, beliau menyatakan […]

Pemuda Palestin Peluk Ayah yang Lumpuh, Ucap Selamat Tinggal Sebelum Ditahan Tentera Israel
Hari ini, sempat beredar di media sosial momen menyedihkan seorang pemuda Palestin memeluk ayahnya yang lumpuh sebelum dibawa tentera Israel. Pemuda tersebut dikatakan mengucapkan selamat tinggal kepada sang ayah sebelum ditahan tentera Israel yang menyerbu kediamannya malam tadi. Pemuda yang dikenali sebagai Ahed Yousef al-Shomali ini merupakan salah seorang warga Palestin yang ditahan tentera Israel […]

Tiga Tahun Tunggu Jantung ‘Baru’, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Jalani Pemindahan Organ
Seorang lelaki dikatakan maut selepas seminggu menjalani pemindahan jantung. Pemindahan jantung itu merupakan pemindahan yang amat dinanti-nantikannya sejak tiga tahun lalu. Lelaki tersebut baru sahaja berusia 25 tahun ketika dilaporkan maut. Sebelum ini, Liam Taylor dikatakan telah mengalami beberapa masalah kesihatan yang lain sebelum menjalani pemindahan jantung tersebut. Ibunya iaitu Sarah Taylor, menyatakan bahawa anaknya […]
Sebagai Ucapan ‘Selamat Datang’, Kartel Dadah Mexico ‘Hadiahkan’ Kepala Manusia Kepada Ketua Polis Baharu
Hari pertama Ketua Polis Tijuana, Mexico yang baharu bertugas dilaporkan telah disambut dengan ‘pemberian’ satu kepala manusia sebagai tanda selamat datang daripada kumpulan kartel dadah disana. Kepala tersebut telah ditemui dibungkus dalam plastik beg berwarna hitam yang ditinggalkan di sebuah jalan. Selain daripada itu juga, mereka turut menemui bersama mesej yang menuduh ketua polis baharu […]
Aktres Jelita Korea, Hwang Jung Eum Dilapor Hamil Anak Kedua Selepas Hampir Bercerai Tahun Lalu
Hwang Jung Eum yang begitu popular dengan drama bersiri She Was Pretty, Kill Me Heal Me dan Fullhouse Take 2 dikhabarkan telah mengandung anak kedua. Pasangan ini dilaporkan berkenalan pada 2016. Sebulan selepas pengumuman perkenalan itu mereka telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama 8 bulan selepas perkahwinan mereka. Pada September tahun lalu, pelakon tersebut dikatakan […]
Teruja Nak ‘Unboxing’, Lelaki Beli iPhone Terkejut Dapat Dua Paket Sabun
Hampir setiap tahun, kes mengenai scam penjualan iPhone sering berlaku tidak kira di dalam negara mahupun luar negara. Terbaru, seorang lelaki di India dilaporkan telah ditipu apabila membeli iPhone 12 di platform beli-belah secara dalam talian. Dengan rasa teruja, lelaki tersebut membuka bungkusan yang sampai kepadanya, dengan harapan ia merupakan iPhone yang dipesannya. Namun, dia […]

Korea Selatan Sumbang Vaksin COVID-19 Kepada Vietnam Dan Thailand
SEOUL, 12 Okt (Bernama)– Kementerian Luar Seoul menyatakan bahawa mereka akan menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada Vietnam dan Thailand. Menurut laporan Xinhua, Korea Selatan akan menyumbangkan vaksin AstraZeneca sebanyak 1.1 juta dos kepada Vietnam dan 470,000 dos kepada Thailand. Dikhabarkan lagi bahawa, penghantaran dijadualkan tiba pada hari Rabu. Sumbangan tersebut diberikan berdasarkan pertimbangan permintaan vaksin, keselamatan […]

Makhluk Seakan Sotong Gergasi Dikatakan ‘Lebih Besar Dari Manusia’ Dilapor Ditemui Berhampiran Kapal Karam
OceanX, iaitu pasukan biologis tentera laut, kumpulan media dan pembuat filem telah ke Laut Merah untuk melakukan misi di sana. Misi ini adalah bertujuan untuk mencari kapal Pella yang telah tenggelam pada November 2011. Kapal itu dikatakan tenggelam pada kedalaman 2800 kaki bawah paras laut. Apa yang mengejutkan mereka apabila seekor makhluk gergasi telah ditemui […]
Dipercayai Untuk Ritual Ilmu Hitam, Lelaki Ditahan Bunuh, Gunting Mayat & Minum Darah Kawan Sendiri
Seorang lelaki dilaporkan telah ditahan kerana membunuh rakannya dan selepas itu memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting, membakar dan meminum darah dalam satu ritual ilmu hitam yang pelik. Menurut Daily Star, suspek dipercayai telah melompat ke atas badan mangsa ketika mangsa sedang tidur di dalam sebuah rumah di Samambaia, berdekatan Brasilia, Brazil, pada 1 Oktober […]
(Video) ‘Dibadai’ Ribut Solar, Tular Rakaman Keindahan Aurora Yang Sempat Dirakam Semalam
Seperti yang dilaporkan semalam, fenomena ribut solar akan melanda bumi dan mengakibatkan berlakunya kejadian aurora borealis yang luar biasa. Ia dijangka akan dapat dilihat dengan jelas di England dan Ireland Utara. Walaupun aurora borealis boleh berlaku di banyak tempat namun ia biasanya terletak pada garis lintang antara 60˚ dan 75˚. Menurut Explorersweb, terdapat kawasan di […]
(Video) Nak Ajak ‘Picnic’, Dua Gadis Guna Slaid Untuk Minta Izin Dari Suami Sahabat, Siap Ada Dokumen Sokongan
Salah satu bentuk untuk taat kepada suami bagi seorang isteri adalah dengan meminta izin untuk melakukan sesuatu aktiviti di luar pengetahuannya.. Walau sekecil mana pun perkara itu, isteri tetap kena minta izin. Dipercayai untuk mengajak rakan mereka untuk pergi berkelah, dua orang gadis menyediakan slaid untuk meminta keizinan suami kepada rakan mereka. Lebih menarik lagi, […]
(Video) Betul-betul Lewat, Wanita Terima Parcel Dipesan Selepas 2 Tahun, “Padahal, Saya Dah Redha” Katanya
Tular berkenaan kisah seorang wanita yang menerima parcel selepas menantinya selama 2 tahun. Kisah tersebut dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok bernama Yyyxxxsyg pada baru-baru ini. Dalam video yang singkat itu, tampak sebuah parcel berbungkus dengan plastik berwarna putih dipegang oleh pemilik akaun tersebut. Dia menyatakan bahawa parcel pembeliannya itu mengalami mengalami kelewatan selama 2 tahun. […]

Masing-masing Tak Nak Kalah, Pertarungan ‘Kejam’ Anaconda & Aligator Hingga 40 Minit Untuk Bertahan Hidup
Baru-baru ini berlaku sebuah pertarungan epik antara dua jenis reptilia paling ‘berkuasa’ di air tawar, iaitu seekor ular anaconda dan seekor aligator caiman. Pertarungan dua reptilia ganas yang berlaku di tebing Sungai Cuaiba, Brazil itu berlaku selama kira-kira 40 minit, kata jurugambar hidupan liar yang merakamnya, Kim Sullivan. Kim yang berasal dari Indiana, US berkata, […]

Tiada Lagi Skirt dan Kasut Tumit, Syarikat Penerbangan Ini Tetapkan Kod Pemakaian Baharu Untuk Stafnya
Pramugara dan pramugari sesebuah penerbangan haruslah kelihatan cantik, kemas dan menarik untuk memastikan para penumpang sentiasa tertarik. Mereka perlu memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan tempat mereka bekerja. Seperti sudah menajadi kebiasaan, pramugari di kebanyakan negara perlu memakai skirt dan kasut bertumit tinggi untuk kelihatan feminin. Terdahulu, syarikat penerbangan di Ukraine juga tidak […]
UMRAH: Malaysia Negara Pertama Asia Tenggara Membuka Sempadan Untuk Menunaikan Umrah
Malaysia merupakan negara Asia Tenggara yang pertama membuka sempadan ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah. Lebih 200,000 jemaah dijangka mengerjakan ibadah bagi musim 1443 hijrah. Walau bagaimanapun, SOP akan diperketatkan bagi mewujudkan gelembung umrah pertama. Syarat asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membenarkan individu menunaikan umrah mestilah berumur 18 tahun dan […]
Kerajaan Peralihan Sudan Keluar Waran Tangkap Pengurus Petronas, Rampas Aset Tanah & Kompleks Ibu Pejabat Petronas
Kerajaan peralihan Sudan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pengurus syarikat gas dan petroleum negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas). Menurut laporan portal Turki, Daily Sabah, pengeluaran waran tersebut dilakukan susulan ketegangan antara Malaysia dan Sudan, setelah Sudan merampas aset tanah dan kompleks ibu pejabat milik Petronas di negara tersebut. Susulan penggulingan Omar al-Bashir, kerajaan peralihan itu […]

China Larang WHO Melawat Gua Kelawar, Dipercayai Menjadi Laluan Covid-19 Disebarkan
BEIJING, CHINA: Dalam New York Post kelmarin, China menafikan kebenaran bagi WHO untuk melawat gua kelawar dan juga kawasan ladang ternakan hidupan liar yang terletak di barat Wuhan. Pendedahan baharu dibuat termasuk beberapa pasar basah di bandar Wuhan dilarang daripada menjual haiwan hidup, iaitu beberapa hari sebelum Beijing mengesahkan wujudnya virus baharu. WHO cuba mendapatkan […]
Ribut Solar Dijangka Landa Bumi Hari ini, Dilapor Mungkin Beri Kesan Kepada Satelit
Pejabat Meteorologi Britain dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat (NOAA) telah mengeluarkan amaran mengenai fenomena ribut solar yang dijangka akan melanda bumi pada hari ini. Menurut laporan Sky News, ribut solar itu berlaku disebabkan oleh suar matahari yang dikenali sebagai Coronal Mass Ejection (CME) dan ia telah dikesan sejak Sabtu lalu. NOAA mengatakan […]
Aksi Cikgu Didakwa Cabul Pelajar Ketika Mengajar Jadi Viral, Cetus Kemarahan Warga Indonesia
Tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan aksi seorang guru sekolah menengah di Sulawesi Utara, Indonesia yang didakwa melakukan tindakan tidak senonoh kepada salah seorang anak muridnya. Dalam foto-foto yang dikongsikan di sebuah akaun Facebook terlihat seorang guru lengkap berseragam menyentuh kawasan sensitif salah seorang murid yang sedang belajar. Dalam gambar itu, terlihat murid […]