BeritaLuar Negara

Berita
(Video) Jarang Dapat Tengok, Sekitar 10 Ekor Lembu Diterbangkan Helikopter Rentasi Gunung
Istilah lembu atau gajah pun boleh terbang seringkali digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang mustahil. Namun di Switzerland, ia bukan lagi misi yang mustahil selepas kira-kira 10 ekor lembu diangkat menggunakan helikopter untuk dipindahkan ke lokasi baru, lapor Sky News. Menurut portal tersebut, haiwan-haiwan itu dihantar ke padang rumput di Klausenpass menggunakan helikopter manakala lembu yang […]
Luar Negara
(Video) Pemancing Berjaya Rakam Kemunculan Ular Sawa ‘Raksasa’, Sedang Menyusur Masuk Hutan
Seekor ular sawa berukuran besar telah menggemparkan penduduk di Desa Mekarsari Kecamatan Kintap, Kalimantan Selatan. Video yang viral di media sosial itu memperlihatkan seekor ular sawa berwarna kuning keputihan dan hitam sedang bergerak perlahan menuju ke pokok betik dan pokok getah di sebuah kebun. Menurut laporan, saiz ular sawa tanpa tulang belakang itu sangat besar, […]
Berita
‘Diratah’ City 5-0, Ozil Titip Pesan “Trust The Process” Dipercayai Untuk Penyokong Arsenal
Mesut Ozil adalah nama yang tidak asing lagi dalam pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Perpindahannya daripada Real Madrid ke The Gunners telah menggembirakan ramai penyokong-penyokong tegar Arsenal. Manakan tidak, prestasinya di Real Madrid sebelum memilih untuk menyertai Arsenal tidak perlu dipertikaikan lagi. Pelbagai kejuaraan berjaya disumbangkannya kepada kelab gergasi yang bertapak di Sepanyol itu. […]
Berita
Dipercayai Berusia Lebih 7000 Tahun, Ahli Arkeologi Temui DNA Tengkorak Purba Di Indonesia
Ahli arkeologi dilaporkan telah menemui tengkorak manusia yang dipercayai berusia 7,200 tahun di Indonesia. Penemuan tersebut dikatakan dapat dikaitkan dengan penghijrahan awal manusia yang tidak pernah ditemui di mana-mana tempat sebelum ini. Menurut The Guardian, tengkorak tersebut milik seorang remaja yang dinamakan Bessé, ia ditemukan di gua Leang Panninge di Pulau Sulawesi, Indonesia. Penggalian awal […]
Berita
(Video) Mungkin Kebosanan, Penyokong Arsenal Dirakam ‘Girang’ Raikan Jaringan City Di Etihad Tadi
Salah sebuah kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal yang pernah merangkul pelbagai kejuaraan terus dihurungi mimpi ngeri apabila dibelasah teruk oleh penyandang juara, Manchester City di Stadium Etihad sebentar tadi. Setelah perlawanan menentang skuad Manchester City selesai, Arsenal kini secara rasminya telah tewas kesemua tiga aksi awal pada musim ini. Nama-nama besar seperti Ilkay Gundogan, […]
Berita
“Ronaldo Effect”, Pengikut IG Man. United Meningkat Lebih 2 Juta Orang Dalam Masa 24 Jam
Kepulangan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo ke kelab lamanya iaitu Manchester United telah memberikan pelbagai kesan termasuklah pada pengikut di akaun sosial media rasmi kelab itu. Terdahulu, penyerang prolifik itu dilihat sudah hampir pasti berpindah ke kelab Manchester City. Walaupun sedemikian, Manchester City dilaporkan menarik diri daripada persaingan bagi mendapatkan khidmat pemain kelahiran Portugal […]
Luar Negara
(Video) Ular Sawa Ditemui Mati Dalam Keadaan Perut Terburai, Dipercayai Kerana Telan Seekor Lembu
Seekor ular sawa Burma sepanjang 4.5 meter ditemui mati dalam keadaan perutnya terburai, dipercayai kerana menelan seekor lembu baru-baru ini. Kejadian yang berlaku di wilayah Phitsanulok, Thailand itu dirakam oleh seorang penduduk yang juga merupakan pemilik kepada lembu berkenaan. Memetik laporan Mirror, pada awalnya individu tersebut mendakwa lembunya yang berusia dua tahun itu hilang selama […]
Berita
(Video) Lontar Bola Guna Kaki, Aksi Atlet Pingpong Paralimpik Main Guna Mulut Jadi Inspirasi Dunia
Ibrahim Hamadtou baru sahaja berusia 10 tahun ketika dia kehilangan kedua-dua belah tangannya dalam satu kemalangan kereta api ketika dia dalam perjalanan untuk pergi bekerja sebagai tukang kayu di Damietta, Mesir. Kekurangan upayanya itu tidak menghalangnya untuk mewakili negaranya dalam sukan pingpong di pentas paralimpik sebanyak dua kali. Atlet yang berusia 48 tahun itu mampu […]
Luar Negara
Tekad Nak Dapatkan Keadilan, Kisah Petani Tua Belajar Undang-undang Untuk Saman Syarikat Lakukan Pencemaran Di Kampungnya
Manfaat pendidikan bukan saja membolehkan seseorang membaca, menulis dan mendapatkan kerjaya yang hebat tetapi lebih dari itu. Pendidikan membuka ruang untuk kehidupan yang lebih baik dan mengubah sesuatu yang mungkin sebelum ini sukar untuk diatasi. Nampaknya itulah yang dilakukan oleh seorang warga emas di China ini yang berusaha belajar sendiri mengenai undang-undang selama 16 tahun […]
Berita
Vaksin Berasaskan Protein Keluaran India Dapat Kelulusan Ujian Klinikal Ke Atas Manusia
NEW DELHI, 27 Ogos (Bernama) — Bahagian kawal selia farmaseutikal India meluluskan ujian klinikal fasa I vaksin COVID-19 berasaskan protein, yang bakal dikendalikan Reliance Life Sciences Pvt Ltd, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat. “Pada Khamis, bahagian itu meluluskan permohonan Reliance Life Sciences untuk melakukan ujian klinikal ke atas manusia dengan menggunakan vaksin COVID-19 […]
Berita
Tiga Bulan Bergelap, Penduduk Kampung Di Itali Ini Cipta ‘Matahari’ Sendiri
Tidak menerima sinar matahari selama tiga bulan setiap tahun kerana ‘dihalang’ pergunungan Alps, sebuah perkampungan di Itali mempunyai cara yang sangat bernas untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan mencipta ‘cahaya matahari’ mereka sendiri. Menurut News18, ia juga telah dikongsikan oleh seorang pakar bedah, Dr Karan Rajan di TikTok miliknya. Menerusi video itu, dia menjelaskan bahawa […]
Berita
COVID-19: Thailand Bakal Longgar Sekatan Untuk Pulihkan Ekonomi
BANGKOK, 27 Ogos (Bernama) — Thailand bakal melonggarkan sekatan COVID-19 di Bangkok dan 28 wilayah berisiko tinggi bermula 1 September, dalam usaha untuk merancakkan kembali ekonomi. Pusat beli-belah, dine-in di restoran, salun dan kedai gunting rambut (hanya untuk potongan rambut), ruang urut (hanya untuk urut kaki), tempat sukan dan taman awam akan dibuka semula mulai Rabu […]
Berita
TERKINI: Rasmi, Ronaldo Kembali Ke Pangkuan Man. United, Bakal ‘Merumput’ Di EPL Semula
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini dilaporkan sah menjadi milik pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United. Perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Twitter rasmi Manchester United sebentar tadi. Welcome 𝗵𝗼𝗺𝗲, @Cristiano 🔴#MUFC | #Ronaldo — Manchester United (@ManUtd) August 27, 2021 Wartawan sukan Fabrizio Romano menyatakan bahawa urus janji yang dilakukan diantara […]
Berita
Man City Tak Jadi Beli, Ronaldo Dilapor Kian Hampir Sarung Jersi Man United Semula?
Sejak kebelakangan ini, nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sering disebut-sebut dalam arena sukan bola sepak. Ianya kerana berita berkenaan perpindahannya dari kelab Juventus yang bertapak di Itali telah hangat diperkatakan. Terdapat pelbagai khabar angin yang berlegar di media sosial berkenaan kelab yang bakal diwakili seterusnya menjadi perbualan warganet. Ada satu khabar angin menyatakan […]
Luar Negara
Gara-gara Fobia Duduk Dalam Kereta, Wanita Ikut 1000 Kelas Memandu Selama 30 Tahun, Tapi Tak Lulus-lulus
Nampak mudah tapi tidak semua orang boleh lulus ujian memandu dengan baik. Selama ini, kita mungkin pernah dengar mengenai individu yang ‘bergelut’ untuk lulus ujian tersebut sehingga perlu mengulanginya lebih dari tiga kali. Rupa-rupanya ada individu yang masih lagi belum mendapatkan lesen walaupun telah mengambil ujian sebanyak 1000 kali. Individu tersebut merupakan seorang wanita yang […]
Berita
Badan ‘Sado’ Berketul-ketul & Kepala Botak, Polis Ini Viral Gara-gara Muka Mirip The Rock
Seorang anggota polis menjadi tular di internet kerana rupa paras yang mirip dengan bintang Hollywood Dwayne Johnson. Polis tersebut telah dibandingkan dengan pelakon filem Jumanji yang berusia 49 tahun itu, The Rock, selepas satu gambarnya dimuat naik di page Facebook Morgan County Sheriff. Leftenan Eric Fields dari Alabama dapat dilihat tersenyum ketika dia bersandar di […]
Berita
Lelaki Temui Ajal, Gam Kemaluan Ganti Kondom Untuk Elak Kehamilan
Seorang lelaki yang menggunakan gam untuk ‘menutup’ kemaluannya bagi menggantikan kondom dilaporkan meninggal dunia. Lelaki yang berusia 25 tahun itu difahamkan telah menggunakan gam yang sangat kuat pada alat kemaluannya bagi mengelakkan tunangnya daripada hamil. Pasangan tersebut dilaporkan telah mendaftar masuk ke sebuah hotel di kawasan Juhapura di Ahmedabad, India pada 22 Jun. Namun polis […]
Luar Negara
Kalau Dah Jodoh, Perkahwinan Atuk 79 Tahun Dengan Wanita 36 Tahun Jadi Perhatian, Sebelum Ini Duda & Janda
Baru-baru ini telah beredar sebuah berita seorang lelaki berusia 79 tahun menikahi wanita blasteran China-Arab yang 43 tahun lebih muda daripadanya. Lelaki yang dikenali sebagai M Yakub itu berasal daripada Lingkungan Kandai Satu Kelurahan Kandai Satu Kecamatan Dompu telah mempersunting isterinya yang berusia 36 tahun. Mereka merupakan pasangan yang dahulunya merupakan seorang duda dan janda. […]
Luar Negara
(Video) Tunjuk Hebat, Gelagat Cimpanzi Buat ‘Push Up’ Jadi Perhatian, Siap Berlagak Depan Orang Ramai
Terdapat sebuah kejadian lucu di mana seekor cimpanzi telah meniru gelagat seorang pengunjung yang sedang melakukan aktiviti tekan tubi atau push-up di sebuah zoo. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Kota Chongqing, China, 23 Ogos lalu. Pada waktu itu, seorang pengunjung lelaki telah melakukan push-up di sebalik cermin kaca zoo berkenaan. Cimpanzi jantan yang berusia 20 […]
Luar Negara
(Video) Detik Cemas Van Hampir Rempuh Budak Sedang Lintas Jalan, Hanya Selang Beberapa Inci
Sebuah kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan detik-detik cemas seorang kanak-kanak yang nyaris dirempuh sebuah van yang sedang laju. Kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut sedang melintasi jalan menggunakan laluan pejalan kaki. Kanak-kanak tersebut bernasib baik apabila pemandu van berkenaan berjaya memberhentikan kenderaannya selang hanya beberapa inci daripada kanak-kanak itu. Semasa kejadian, kanak-kanak yang berusia […]