Berita›Luar Negara
Kereta Kotor Kena Denda Rm3,000, Ini 3 Undang-Undang Pelik Tapi Perlu Dipatuhi Di Dubai
Setiap negara pasti ada undang-undang tersendiri yang perlu dipatuhi. Peraturan dan undang-undang yang dibuat adalah untuk mendisiplinkan individu supaya lebih bertamadun. Tahukan anda di Dubai, terdapat 3 undang-undang yang pelik dan perlu dipatuhi jika berada di negara ini. Perkara ini disampaikan oleh Tuan Irfan Khairi, seorang usahawan yang tinggal di Dubai. 3 undang-undang pelik di […]
Tak Hadir Kelas ‘Online’ Sejak Januari, Budak 7 Tahun Dilapor ‘Dikurung’ Oleh Kekasih Bapanya Hingga Mati Kelaparan
Ketidakhadiran seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ke kelas atas taliannya sejak Januari lalu rupanya menjadi tanda dia didera kekasih ayahnya sendiri, lapor Daily Star. Menurut portal itu, kanak-kanak lelaki itu telah didera dengan dikurung di dalam bilik serta dibiarkan kebuluran oleh suspek sehingga meninggal dunia. Mangsa dikatakan tinggal bersama wanita itu setiap hari (kecuali […]

Pengantin Pakai Perhiasan Emas 60kg ‘Pemberian’ Suami Ketika Hari Perkahwinan, Para Tetamu Rasa Kasihan
Bukan kagum, malah orang ramai meluahkan rasa kasihan melihat seorang pengantin perempuan yang perlu memakai perhiasan emas dipercayai seberat 60 kilogram semasa hari pernikahannya. Lapor Tribun Solo, pengantin dari Hubei itu telah menarik perhatian ramai ketika melangsungkan majlisnya pada 30 September lalu. Menurut portal itu, wanita tersebut menghadapi kesukaran untuk bergerak disebabkan perhiasan emasnya yang […]

“Saya Tak Dengar Apa-apa Tentang COVID,” 29 Hari Hilang Di Laut, Dua Lelaki Akui Nikmati Cuti Dari ‘Dunia Sebenar’
Dua lelaki berjaya diselamatkan selepas hanyut di sekitar lautan Oceania selama 29 hari gara-gara sistem pengesanan global (GPS) mereka mengalami kerosakan. Bagaimanapun, kedua-duanya, Livae Nanjikana dan Junior Coloni mendakwa ‘kehilangan’ mereka sepanjang tempoh itu bagaikan satu ‘percutian panjang yang menarik’. Pada awalnya , mereka yang juga bekerja sebagai kelasi kapal itu memulakan perjalanan dari Pulau […]

Tular Lelaki Sedang Sibuk ’Fitting’ Baju Pengantin Bersama Gadis Didatangi Isteri & Anak- Anak Buat ‘Suprise’
Seorang lelaki yang sedang sibuk mencuba baju nikah berwarna merah bersama seorang gadis dipercayai pasangannya di sebuah butik terpaksa ‘menutup muka’ apabila isteri dan anaknya tiba-tiba datang membuat kejutan. Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, isteri lelaki tersebut turut tampil membawa sebekas kuih yang dipercayai sebagai simbolik ulang tahun perkahwinan mereka. Video kejadian tersebut […]
Wanita Hampir Maut, Batu Dipercayai Meteorit Tembusi Bumbung & ‘Mendarat’ Atas Bantal Ketika Tidur
Seorang wanita nyaris maut apabila sebutir batu dipercayai meteorit jatuh dan menembusi bumbung rumahnya di Canada. Lapor Daily Star, kejadian pada 4 Oktober lalu telah menyebabkan Ruth Hamilton terjaga daripada tidurnya selepas terdengar bunyi kuat pada malam tersebut. “Saya terkejut dan terus buka lampu. Tak tahu apa yang terjadi,” katanya yang terjaga dalam keadaan diselaputi […]

(Video) Disangka Trik Persembahan, Pelakon Opera Dilapor Maut Ditimpa Prop Atas Pentas
Para penonton orkestra di sebuah teater di Rusia menyaksikan kemalangan ngeri melibatkan seorang pelakon opera semasa pertukaran set di atas pentas pada Sabtu, lapor Daily Mail. Menurut portal itu, penonton pada awalnya menyangka kemalangan itu adalah salah satu persembahan sehinggalah melihat para pelakon menjadi panik dan terdengar jeritan ‘panggil ambulans, ada darah (di pentas)’. Kemalangan […]

Kejam, Gadis 14 Tahun Didakwa Disuntik Dadah, Dirogol & Diancam Dengan Api ‘Blowtorch’
Seorang wanita berusia 24 tahun didakwa atas kesalahan terlibat dalam jenayah rogol dan dera yang teruk ke atas seorang remaja perempuan 14 tahun, baru-baru ini, lapor The Sun. Memetik pendakwaan, pada awalnya suspek menemui remaja tersebut dalam sebuah parti yang dihadiri mereka beberapa bulan lalu, sebelum masing-masing mula berkenalan di media sosial. Suspek kemudiannya mengajak […]

(Video) Mencair & Berbau, Wanita Loya Tong Beras ‘Bertukar Coklat’ Lepas Setahun Tak Buka
Dipercayai kerana setahun tak pulang ke rumah, seorang wanita dinanti dengan ‘kejutan’ yang membuatkan dirinya loya. Menurut Suara.com, seorang wanita berkongsi rakaman di saat dirinya membuka tong beras di rumahnya selepas setahun tidak dibuka sejak dia berpindah pada tahun lalu. Kongsi wanita itu, beras di dalamnya sudahpun mencair, berbau dan bertukar menjadi warna coklat. Rakaman […]
TERKINI: Lubnan Dilapor Sedang Gelap-gelita, Stesen Kuasa Habis Bekalan Bahan Api Untuk Jana Elektrik
Lubnan dilapor sedang gelap-gelita berikutan stesen janakuasa di negara itu dilapor kehabisan bekalan bahan api untuk menjana tenaga elektrik. Berita berkenaan menjadi tular di media sosial dan dikongsi beberapa portal berita dan wartawan di Timur Tengah. Stesen-stesen janakuasa berkenaan dikatakan bergantung kepada bekalan diesel untuk beroperasi. Menurut laporan RT, krisis bekalan tenaga di negara itu […]
Budak Ini Miliki Nama Terpanjang Dengan 19 Perkataan, Tapi Makna Disebaliknya Sungguh Indah
Seorang kanak-kanak yang dilahirkan pada 2019 pernah menggemparkan media sosial apabila diberi nama terpanjang yang mengandungi 19 perkataan. Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta yang kini berusia 3 tahun bagaimanapun mempunyai nama panggilan yang terdiri daripada 5 huruf sahaja iaitu Cordo. Menurut laporan […]
Timbulkan Panik, Demam ‘Misteri’ Landa Beberapa Kawasan Di India, Sekurang-kurangnya 24 Kanak-kanak Dilapor Maut
Seramai 24 orang kanak-kanak di India dilaporkan telah meninggal dunia secara tiba-tiba setelah dijangkiti demam misteri. Menurut Mirror, pegawai kesihatan juga buntu untuk menjelaskan mengenai demam misteri itu dan telah menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar. Difahamkan, mereka yang menghidap demam itu akan mengalamii sakit sendi, sakit kepala, dehidrasi dan loya. Tiga kanak-kanak yang berusia […]
Tahi Jadi Duit, Lelaki ‘Ubah’ Najis Lembu Jadi Kepingan Medium Tanaman, Jana Ribuan Ringgit Sebulan
Siapa sangka bahawa najis lembu juga boleh ditukar menjadi satu barang yang menjana ekonomi untuk penduduk tempatan di Indonesia ini. Menerusi laporan Suara.com, kumpulan penternak di Desa Nagrak, Kabupaten Bandung Barat telah berusaha mengubah bahan buangan dari lembu menjadi ‘permata’ yang menghasilkan jutaan rupiah sebulan. Mereka dipercayai telah membuat briket atau media tumbuh-tumbuhan dari najis […]

Facebook, Instagram Sekali Lagi Alami Gangguan, Kali Kedua Dalam Tempoh Seminggu
ANKARA, 9 Okt (Bernama) — Beberapa pengguna dilaporkan sekali lagi tidak dapat mengakses laman sosial Facebook dan Instagram pada Jumaat, kali kedua masalah sama berlaku dalam tempoh seminggu, menurut Agensi Anadolu. “Kami sedar beberapa orang menghadapi masalah untuk akses aplikasi dan produk kami. Kami sedang berusaha untuk mengatasi masalah itu secepat mungkin dan kami meminta […]
Disangka 30 Tahun Lebih Muda, Nenek 81 Tahun Cantik Berseri Tak Berkedut, Dedah Selalu Pakai ‘Sunscreen’
Tidak dimamah usia, seorang nenek di Indonesia tular kerana mempunyai wajah yang cantik berseri tanpa kedutan yang banyak walaupun sudah meniti usia tua. Kecantikannya itu menjadi tular setelah videonya dikongsikan oleh cucunya di TikTok, lapor Suara.com. Berkongsikan rahsianya, nenek itu mengatakan bahawa dia menggunakan pelindung matahari (sunscreen) sejak usia muda. Justeru, tidak hairanlah wajahnya kelihatan […]
Berang Anak Dedah Hubungan Sulitnya Kepada Suami, Wanita Tergamak Bakar Anak Sendiri Hidup-hidup
Seorang wanita tergamak membakar anak sendiri hidup-hidup selepas hubungan terlarangnya terdedah, dalam kejadian yang berlaku di Rusia. Menurut laporan Daily Mail, akibat perbuatan tersebut, wanita berkenaan kini berdepan hukuman penjara 15 tahun. Wanita berkenaan yang berusia 32 tahun, bertindak kejam selepas tidak berpuas hati apabila mangsa yang berusia 8 tahun telah mendedahkan hubungan sulitnya itu […]
(Video) Panas Hati Suruh Cuci Akuarium Tapi Tak Mahu, Wanita Goreng ‘Rangup’ Arowana Milik Suami
Gara-gara suami malas membersihkan akuarium, seorang wanita dilaporkan telah menggoreng beberapa ekor ikan arowana milik suaminya. Menurut Suara.com, wanita itu telah memuatnaik video di akaun TikTok @miakurniawan10 dan menunjukkan ikan-ikan yang telah digoreng olehnya. Menerusi video itu juga, dia menjelaskan sebab mengapa dia menggoreng ikan itu walaupun ia sangat disayangi oleh suaminya. Menurutnya, dia pada […]
(Video) Meremang, Akak Ni Tengah Buat “Live” Jual “Bundle”, Tiba-tiba Patung Kat Belakang Gerak Sendiri
Di sosial media sekarang, ramai orang yang menggunakan platform tersebut membuat live untuk menjual barang. Ada yang sampai ribuan penonton turut serta menonton sesi live berkenaan. Tapi lain pula ceritanya dalam satu video di TikTok yang tular ini. Video tersebut memaparkan seorang wanita yang sedang sibuk melakukan sesi live untuk menjual pakaian. Segalanya tampak normal dan tidak […]
(Video) Detik-detik Lubang Besar ‘Telan’ Kereta Di China, Satu-persatu Jatuh Terus ‘Lesap’
Menakutkan, beberapa kenderaan di sebuah tempat parkir di China dilaporkan telah ‘ditelan‘ lubang besar secara tiba-tiba. Menerusi video yang dimuatnaik oleh South China Morning Post, kereta milik orang awam dilihat pada awalnya ‘tergantung’ di tepian sebelum jatuh satu persatu di dalam lubang besar itu. Difahamkan, keadaan itu berlaku selepas hujan yang lebat melanda di wilayah […]
Letak Kasut Tempat Tak Sesuai, Suami Fail Saman Terhadap Isteri, Dakwa Jadi Punca Tersadung & Jatuh Tangga Hingga Cedera
Seorang lelaki di Ohio, Amerika Syarikat cuba memfailkan saman terhadap isterinya kerana didakwa meletakkan kasut di tempat yang tidak sesuai sehingga menyebabkan dia tersadung dan jatuh tangga. Ekoran daripada itu, lelaki tersebut dilaporkan menderita patah tulang. Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan pada baru-baru ini telah menolak tuntutan lelaki tersebut terhadap isterinya atas kejadian yang berlaku pada […]