Berita›Luar Negara

Luar Negara
Antara Yang Terbesar Di Dunia, Lebih 700,000 Orang Hadiri Pesta Muzik Di Arab Saudi
Seramai 732,000 orang dilaporkan telah menghadiri festival MDLBeast di Arab Saudi dalam tempoh empat hari. Ia menjadikannya sebagai salah satu festival muzik yang terbesar di dunia. Memetik laporan Alarabiya News, Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Am Kerajaan (GEA), Turki Al-Sheikh berkata festival itu juga menyaksikan penyertaan seramai 200 artis antarabangsa. “Dengan kehadiran lebih 700,000 dan penyertaan […]
Berita
(Video) Cemas Dengan Jeritan Mangsa, Detik Bumbung Pusat Perlindungan Diterbangkan Taufan Odette Di Filipina
Satu rakaman video yang menakutkan membabitkan ribut taufan Odette yang membadai Filipina telah menjadi tular di media sosial. Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @anthraxxx781 itu memaparkan detik-detik ribut taufan Odette yang melanda negara Filipina meranapkan bumbung di sebuah pusat perlindungan. Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa bumbung di pusat perlindungan itu kelihatan […]
Luar Negara
(Video) Lorong Sempit Je Tapi Dihias Mewah, Pengantin Terkejut Tengok Macam Hotel Lima Bintang
Setiap pasangan pengantin pastinya memasang angan-angan untuk melangsungkan majlis mereka. Ada yang buat di dewan, di hotel dan ada juga pasangan yang buat di rumah. Tidak kisahlah di mana, asalkan kahwin dan bahagia. Akan tetapi, lain pula halnya yang berlaku di negara jiran kita. Tidak perlu menyewa dewan atau hotel mewah, buat di lorong yang […]
Hiburan
(Video) Kanak-kanak Ini Menangis Tengok Abang Kena Pukul, Ternyata Hanya ‘Prank’
Sebuah video tular memaparkan aksi seorang lelaki dipukul oleh dua orang rakannya sehingga menyebabkan adik perempuan lelaki tersebut menangis, memetik laporan suara.com. Menurut laporan, lelaki tersebut pura-pura dipukul oleh dua orang rakannya. Di hadapan lelaki itu kelihatan adik perempuan dia yang sudah menangis saat melihat abangnya dipukul. Kanak-kanak itu memberontak untuk dilepaskan daripada pegangan salah […]
Luar Negara
Badan Pekerja Syarikat Air Minuman Ditemui Hancur, Disedut Masuk Mesin Air
Seorang pekerja mesin pam air Perusahaan Daerah Air Minuman (PDAM) Tirta Musi, Palembang, Sumatera Selatan, maut selepas disedut mesin pam air di tebing Sungai Ogan. Ayah mangsa, Bahusin, 53, mengatakan kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang mesin pam air milik PDAM di lokasi kejadian. Ketika kejadian berlaku mangsa sedang menggunakan pemampat oksigen sebelum alat itu […]
Luar Negara
(Video) Ajar Lain Buat Lain, Viral Kelatah Ayah Gigih Ajar Anak Comel Buat “Snow Angel”
Dengan Krismas yang semakin menghampiri, sudah tentulah negara luar yang memiliki empat musim ketika ini sedang dituruni salji. Kita sebagai orang Malaysia yang tiada salji pun tertarik melihat mereka bermain apalagi mereka di sana. Kanak-kanak ketika ini sangat gembira kerana boleh bermain salji diluar rumah mereka, ada yang suka membina orang salji, ada juga bermain […]
Luar Negara
“Jadi Nia Itu Satu Kutukan” Nia Ramadhani Dedah Tersiksa Dilahirkan Hidup Mewah, Terpaksa Pura-pura Bahagia
Berkait isu pengambilan dadah Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie, Nia akhirnya menjelaskan sebab dia mengambil keputusan untuk mengambil dadah. Hal ini telah diungkapkan Nia Ramadhani di hadapan hakim dalam perbicaraan di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat, pada hari Khamis, 16 Disember lalu. Mengakui bahawa, walaupun hidupnya mewah sebagai isteri kepada Ardi Bakrie namun dia sejak […]
Kebajikan
Simpati Nasib Rakyat Malaysia & Filipina, CEO Apple Umum Bakal Hulurkan Sumbangan
Beberapa negeri di Malaysia kini dilanda bencana banjir ekoran cuaca hujan berterusan baru-baru ini. Malah sebahagian kawasan terlibat turut mengalami impak yang serius. Pada masa yang sama, negara jiran Filipina turut dibadai Taufan Rai atau turut dikenali sebagai Odette oleh penduduk setempat. Taufan Rai disifatkan sebagai taufan paling teruk melanda Filipina tahun ini dan telah […]
Berita
Bayi Ini Curi Tumpuan, Lahir Dengan Berat 5.1kg, Lebih ‘Besar’ Dari Bayi Lain
Umum mengetahui berat ideal bagi seorang bayi yang baru dilahirkan antara minggu ke37 dan 40 akan mempunyai berat badan ideal bermula daripada 2.5 hingga 4.0 kilogram (kg). Tetapi mungkin ada juga bayi yang baru dilahirkan mempunyai berat badan yang kurang daripada 2.5 dan lebih daripada 4.0 kilogram. Tidak ketinggalan juga bagi seorang bayi lelaki dari […]
Luar Negara
(Video) Macam Dalam Keranda, Wanita Menangis Kongsi Keadaan Dari Dalam Peti Pengasingan Diri Akibat COVID-19
Sebuah video merakamkan situasi di mana seorang pesakit wanita yang terlantar di hospital akibat dijangkiti virus corona, lapor suara.com. Video yang dimuat naik berkongsikan mengenai pemandangan dari dalam peti COVID, iaitu tempat dia berbaring. Detik itu dikongskan sendiri oleh pemilik akaun TikTok safilamarina sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1 juta. “Saya tidak mahu gusti lagi. […]
Luar Negara
(Video) Wanita ‘Terperanjat’ Dapat Hadiah Berisi Sepasang Telinga Arnab
Sebuah video tular memaparkan seorang wanita ‘terperanjat’ setelah melihat hadiah yang diperolehnya itu berisi ‘telinga arnab’ yang telah dikeringkan, memetik laporan Suara.com. Video tular itu telah mendapat perhatian warganet dan telah memperoleh lebih daripada 1.4 juta tontonan. Menurut laporan, video itu telah dimuat naik di akaun TikTok @carinaanjani. Melalui video tersebut wanita itu dilihat menunjukkan […]
Luar Negara
Wanita Yang Berkahwin Dengan Pokok Kongsikan Yang Mereka Masih Bahagia Setelah 3 Tahun Jadi ‘Suami’ Isteri
Seorang wanita dilaporkan mengahwini sebatang pokok dalam salah satu upacara ‘bark-ing’ dan dia menyatakan bahawa cinta dia dan ‘suaminya’ itu masih teguh walaupun selepas bersama selama tiga tahun, memetik laporan Daily Star. Menurut laporan, wanita yang berusia 37 tahun dan menetap di Merseyside, England itu telah berkahwin dengan pokok itu pada tahun 2019. Wanita itu […]
Berita
TERKINI: Gempa Bumi ‘Gegar’ Kepulauan Andaman, Rantau India Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Kepulauan Andaman, Rantau India pada 11:19 pagi, 19 Disember 2021. Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 13.8 utara dan 92.2 timur, kira-kira 99 kilometer (km) barat laut dari utara Andaman, India. Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 10 km. Bagaimanapun, […]
Berita
Dipercayai Takut Masuk Neraka, Kisah Lelaki Minta Dikuburkan Dengan Duit, Untuk ‘Sogokkan’ Di Alam Sana
Setiap yang hidup, pasti akan merasa kematian. Hanya menunggu giliran sahaja. Biasanya, seseorang yang hidup itu akan meninggalkan wasiat kepada keluarganya sebelum dia meninggal dunia. Terdapat satu kisah unik dari negara Uganda yang menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin dikebumikan dengan wang miliknya. Lelaki tersebut telah membuat wasiat supaya jenazahnya dikebumikan bersama wang tersebut sekiranya […]
Berita
Manusia Tertua Di China Meninggal Dunia Pada Usia 135
URUMQI, 18 Dis (Bernama) — Manusia tertua di China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis pada usia 135 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua. Menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, beliau berasal dari Perbandaran Komuxerik di Daerah Shule di Wilayah Kashgar, Alimihan Seyiti dilahirkan pada 25 Jun 1886. Pada 2013, beliau mendahului […]
Luar Negara
Dipercayai Tertekan Akibat Dibuli Di Media Sosial, ‘Influencer’ Ditemui Mati
Seorang ‘influencer’ media sosial warga Serbia ditemui mati dipercayai selepas menjadi mangsa buli selama bertahun-tahun di media sosial, lapor Daily Mail. Menurut laporan, mangsa yang berusia 21 tahun itu dijumpai maut di Bandar Belgrade kira-kira pukul 11.40 malam pada 8 Disember baru-baru ini. Kesan-kesan yang disyaki dikaitkan dengan kematiannya tidak dijelaskan, namun kesnya sedang disiasat […]
Berita
(Video) Dipercayai Serangan ‘Balas Dendam’, Kumpulan Monyet Dilapor Bunuh 250 Ekor Anjing
Beberapa ekor monyet dilaporkan telah membunuh 250 ekor anjing di sebuah daerah di India dengan mengheret haiwan itu ke puncak bangunan dan pokok sebelum menjatuhkannya ke bawah. Memetik laporan Daily Mail, penduduk mendakwa bahawa keganasan yang berlaku itu merupakan tindakan ‘balas dendam’ selepas sekumpulan anjing membunuh salah seekor bayi monyet tersebut. Insiden ngeri itu telah […]
Berita
(Video) Suara ‘Sebiji’ Macam Rossa, Juri Sangka Lelaki Ini Hanya “Lipsync”, Sampaikan Rossa Sendiri Pun Tak Percaya
Seorang peserta program X Factor Indonesia 2021 yang berasal dari Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia telah membuat lima juri profesional program tersebut tergamam. Ianya adalah kerana suara unik yang dilontarkan pemuda bernama Gan Gan Wigandi itu semasa dia menyanyikan lagu nyanyian asal Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti di pentas ujibakat X Factor Indonesia 2021. Pada […]
Berita
UNESCO Senaraikan Gamelan Indonesia Sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara
JAKARTA, 17 Dis (Bernama) — UNESCO telah menyenaraikan muzik gamelan, genderang dan peralatan muzik tradisonal gamelan Indonesia ke dalam senarai warisan budaya tidak ketaranya. Kerajaan Indonesia menghantar inskripsi gamelan pada 2019 dan kini ia diangkat menjadi warisan budaya ke-12 negara yang diiktiraf oleh agensi itu. “Saya dengan bangga mengalu-alukan inskripsi ini. Gamelan sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat di pelbagai […]
Berita
Menggerunkan, Tentera Laut AS Berjaya Uji & ‘Tayang’ Kehebatan Senjata Laser Baharu Di Teluk Aden
Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa ujian senjata laser yang dilakukan ke atas satu sasaran terapung di Teluk Aden berjaya dilakukan. Menurut laporan, sistem itu mampu digunakan untuk menyasarkan bot dron yang digunakan oleh pemberontak Houthi Yaman. USS Portland telah menembak senjata laser pada Selasa lalu di laluan air yang memisahkan semenanjung Arab […]