Berita›Luar Negara
TERKINI: Gempa Bumi ‘Gegar’ Yunnan, China Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Yunnan, China pada 3:02 petang tadi Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 27.8 utara dan 100.6 timur, kira-kira 335 kilometer (km) timur laut dari Baoshan, China. Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 64 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada […]

(Video) Lelaki Nampak Selamba Riba Singa, Ngaumannya Buat Meremang Bulu Roma
Bukan kucing, arnab mahupun anjing. Tapi pempengaruh TikTok ini memelihara singa dan harimau. Dikatakan seorang hartawan di UAE, @humaidalbuqaish seringkali berkongsi rakamannya bersama haiwan peliharaan yang digeruni orang ramai. Dalam salah satu video dikongsinya, lelaki ini telah meriba seekor singa jantan sambil duduk di atas sofa. Tampak bersahaja, dia bahkan tidak menggelabah semasa haiwan pemangsa […]
Gara-gara Bekas Isteri Failkan Penceraian, Lelaki Australia ‘Terperangkap’ Di Israel Selama 8,000 Tahun
Seorang lelaki warga Australia berkemungkinan akan menghabiskan sisa umurnya di Israel selepas undang-undang negara itu tidak membenarkannya keluar untuk tempoh 8,000 tahun. Noam Huppert, 44, ‘terperangkap’ di sana sejak 2013 disebabkan tindakan bekas isterinya, warganegara Israel, menfailkan penceraian di mahkamah. Menurut undang-undang, Huppert tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut sehingga 31 Disember 9999, kecuali dia menjelaskan […]

Aneh, Kambing Dilapor Lahirkan Anak Dengan Wajah Mirip Manusia
Seekor kambing di India milik seorang petani telah mengejutkan tuannya apabila melahirkan anak yang berwajah ‘manusia’. Berita tersebut tersebar dan mengejutkan penduduk tempatan di sebuah kampung di Dholau Vidhan Sabha di timur laut negeri Assam, India. Anak kambing tersebut dikatakan memiliki ciri-ciri seperti wajah manusia di mana memiliki mata, hidung, dan mulut seperti manusia. “Jiran-jiran […]
(Video) “Saya Masih Di Tadika Ketika Suami Jadi Pegawai Polis”, Wanita Dedah Beza Umurnya Dengan Pasangan, Curi Tumpuan Netizen
Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai satu video yang memaparkan perbezaan umur yang ketara di antara pasangan suami isteri. Menurut Tribun News, video yang dimuatnaik oleh @Jennypuspita_11 di TikTok itu memperlihatkan foto seorang kanak-kanak memakai baju sekolah, seorang anggota polis dan foto pernikahan. Menurut keterangan di video itu, wanita tersebut berkata dia masih lagi di […]
Semata-mata Nak Bina Hidup Baru Dengan Teman Wanita, Bapa Tergamak Campak Anak Sendiri Dari Tingkat 15
Seorang lelaki dan teman wanitanya dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati di China selepas dia membuang dua anaknya dari bangunan pangsapuri dengan alasan teman wanitanya tidak mahu menjaga anak dari perempuan lain. Menurut Daily Mail, kedua-dua mangsa dicampak dari tingkat 15 blok menara di perbandaran Chongqing, China pada 2 November tahun lalu. Anak pertama yang berusia […]
Ikan Jerung Gergasi Ditemui Dengan Kesan Gigitan Besar Pada Badan, Cetus Tanda Tanya “Benda Apa Gigit?”
Seorang penyelam membuat penemuan yang menggemparkan apabila berjaya merakam foto seekor ikan jerung putih gergasi dengan kesan gigitan besar pada badannya. Foto-foto berkenaan dirakam oleh Jalil Najafov, 40, ketika dia menyelam di kawasan Isla Guadalupe di Mexico. Menurutnya, dia melihat ikan jerung berkenaan menyelam di kawasan berdekatan pulau berkenaan sebelum menyedari kesan gigitan misteri pada […]
China Larang Pemain Bola Sepak Cacah Tatu Di Badan, Arah Tunjukkan Contoh Yang Baik Kepada Masyarakat
China dilaporkan telah melarang pemain bola mereka mencacah tatu untuk menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Memetik laporan CNN, arahan yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Am Sukan China itu turut terpakai kepada pemain yang sedia ada mempunyai tatu. Mereka diminta untuk menanggalkan atau menutup tatu tersebut. Arahan dengan tajuk ‘Cadangan untuk memantapkan pengurusan pemain bola sepak’ […]
Gigit Tangan Tukang Cuci Zoo, Harimau Malaya Terpaksa Ditembak Mati
Seekor harimau Malaya ditembak mati selepas menyerang dan menggigit lengan seorang tukang cuci zoo ketika memasuki kandang tersebut, lapor The Mirror. Kejadian berlaku di Zoo Naples di Florida, Amerika Syarikat sekitar jam 6.30 petang. Berdasarkan laporan, seorang pegawai polis ‘dipaksa’ untuk membunuh harimau jantan bernama Eko apabila mendapati haiwan tersebut menggigit lengan lelaki berusia lingkungan […]

Seludup 9 Juta Pil Dadah Dalam Buah ‘Oren’
Sebanyak 9 juta pil amphetamine Captagon berjaya dirampas dalam satu operasi oleh agensi berkuasa Lubnan di pelabuhan Beirut semalam, lapor Al-Jazeera. Menurut portal itu, pil-pil tersebut telah dimuatkan ke dalam buah-buahan oren plastik yang bakal diseludup ke sebuah negara teluk yang tidak dinamakan. Menteri Dalam Negeri, Bassam Mawlawi berkata, mereka tidak dapat mendedahkan maklumat suspek […]

(Video) Lembu Ini Dilaporkan ‘Terperangkap’ Di Atas Bumbung Gara-gara Lalu Di Laluan Timbunan Salji
Seekor lembu dilaporkan terperangkap di atas bumbung selepas ia mendaki timbunan salji yang disodok ke tepi bangunan untuk tujuan pembersihan jalan, memetik laporan Daily Mail. Menurut laporan, salji turun dengan sangat lebat di bandar Tongliao, wilayah Timur China Inner Mongolia. Disebabkan itu penduduk di sana kemudiannya mengambil alternatif untuk menyodok salji ke tepi bangunan bagi […]

McDonald’s Di China Gantikan Kerusi Dengan ‘Basikal’, Galak Pelanggan Berkayuh Bakar Kalori Sambil Makan
Rangkaian restoran McDonald’s di China kini menggantikan kerusi dengan basikal bagi menggalakkan pengguna bersenam, kongsi Oddity Central. Menurut laman itu, basikal diperbuat daripada plastik kitar semula itu bukan sahaja untuk membantu pelanggan membakar kalori, malah ia boleh menjana elektrik untuk mengecas telefon pintar. Memetik kenyataan McDonald’s China, setakat ini terdapat 10 “Green Charging Bikes” di […]

(Video) Muka Dikatakan Iras-Iras Ronaldo, Bilal Masjid Ini Jadi Viral
Siapa je yang tak kenal dengan Christiano Ronaldo, pemain bola sepak terkenal seluruh dunia. Tidak sahaja hebat di padang menyepak bola dia juga sangat terkenal dengan sifat baiknya dan sangat menghormati orang. Tetapi bukan di Eropah sahaja ada Ronaldo, sekarang di negara jiran pun ada Ronaldo. Tapi Ronaldo versi yang ini memang sejuklah mata memandang. […]
Demi ‘Garuda’, Persatuan Dukun Indonesia Buat Ritual Khas Minta Thailand Kalah
Persatuan bomoh Indonesia atau dikenali sebagai Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) dilaporkan mengadakan ritual istimewa untuk mendoakan kemenangan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2020 menentang Thailand. Memetik laporan Detik News, ritual yang dipanggil sebagai Samar Wulu itu dianggap sebagai salah satu bentuk sokongan sebagai rakyat Indonesia. Pengerusi Perdunu, Abdul Fatah Hasan berkata pihaknya […]
18 Orang Dilapor Cedera, Jadi Mangsa Serangan Tupai Kelabu ‘Mengganas’ Selama 48 Jam
Seekor tupai kelabu dilaporkan bertindak ‘ganas’ selama 48 jam sehingga menyebabkan 18 orang mengalami kecederaan. Memetik laporan New York Post, penduduk di bandar Buckley, Wales panik selepas tupai kelabu itu bertindak menyerang penduduk di kawasan itu termasuk warga emas, kanak-kanak dan haiwan peliharaan mereka. Ramai individu dilaporkan mengalami luka di bahagian tangan selepas digigit dan […]
Arab Saudi Laksanakan Semula Penjarakan Fizikal Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi Mulai Hari Ini
Kerajaan Arab Saudi kini melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setelah hampir dua bulan memberi kelonggaran, sejak Oktober lalu. Memetik laporan Saudi Gazette, Presidensi Umum yang menguruskan hal ehwal dua masjid suci berkenaan memutuskan untuk melaksanakan semula prosedur penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka mandatori berkuatkuasa […]

Gempa Berukuran 7.4 Gegar Maluku, Indonesia
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia. Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini. Menurut Xinhua, gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45 km barat laut […]

(Video) Gelagat Comel Wanita Warga Emas Hidap Alzheimer’s Berbual Dengan Imej Sendiri Di Cermin
Benarlah, bila kita menjangkau usia emas, kita akan kembali menjadi seperti anak kecil. Sepertimana gelagat comel seorang wanita warga emas yang menghidap Alzheimer’s mencuit hati ahli keluarganya apabila dilihat berbual dengan pantulannya pada cermin. Memetik Daily Mail, Betty Pettit, 84 telah pergi bercuti dengan keluarganya di mana dia terlihat satu pantulan pada sebuah cermin di […]
Dipercayai Berusia Sekitar 326 Juta Tahun, Fosil Lipan Gergasi Ditemui
Beberapa orang saintis dilaporkan telah menemui fosil lipan gergasi di pantai di Northumberland. Memetik laporan BBC, lipan yang dikenali sebagai Arthropleura itu dianggarkan mempunyai panjang lebih daripada 2.5 meter dan berat kira-kira 50 kilogram. Difahamkan, fosil itu pertama kali dikesan pada 2018 apabila bongkah batu pasir yang besar jatuh ke pantai di Teluk Howick. “Ia […]

Anak Suka Conteng Dinding? Wanita Ini Kongsikan Cara ‘Mudah & Senang’ Untuk Bersihkan Dinding
Dinding, permanent marker, dan pensil warna memang kawan baik kanak-kanak. Tambahan lagi, dinding bukan lagi tempat asing bagi mereka untuk meluaskan imaginasi mereka. Maklumlah dinding kan lebih besar berbanding kertas kosong atau buku. Tetapi yang susah kemudiannya ibu bapalah yang perlu membersihkan dinding itu semula. Lagi-lagi dinding yang putih, bersih itu. Oleh itu, seorang ibu […]