Berita›Luar Negara
Gempa Bumi 5.9 Magnitud Landa Rantau Sempadan Myanmar-India Pagi Ini
Satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan telah melanda Rantau Sempadan Myanmar-India pada jam 7.45 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa 5.9 magnitud itu berpusat di 22.3° U, 93.7° T dengan kedalaman 69 km. Ia berada di 147 km Barat dari Monywa, Myanmar. Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana […]
Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh Perjalanan Tidak Penting Ke Ethiopia
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Ethiopia susulan konflik antara Angkatan Tentera Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF). Menurut kenyataan kementerian hari ini, Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan, memaklumkan empat rakyat Malaysia di Ethiopia yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat. “Pegawai […]

Tak Sampai Beberapa Jam Dilantik, PM Wanita Pertama Sweden Letak Jawatan
Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Sweden, Magdalena Andersson dilapor meletak jawatan hanya dalam tempoh beberapa jam selepas menggalas jawatan tersebut, lapor BBC baru-baru ini. Menurut laporan itu, Magdalena yang juga dari Parti Demokrat Sosial tekad meletak jawatan selepas parti gabungan, Greens Party menarik diri daripada gabungan kerajaan campuran. Malah dalam masa yang sama, belanjawan […]

Tragedi Hari Guru, Pelajar Serang Sekolah Bawa Parang, Anak Panah & Batu
Makassar, CNN Indonesia – Sejumlah pelajar merosakkan sebuah sekolah menengah (SMA) di Kota Makassar, Sulawesi Selatan, hari ini. Serangan itu berlaku ketika sekolah itu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bertepatan dengan sambutan Hari Guru Kebangsaan. Kumpulan pelajar ini menyerang sekolah berkenaan menggunakan senjata tajam seperti parang, panah dan batu selainmenyerang pos keselamatan sekolah sehingga rosak. […]

Kemunculan Awan Aneh Di Langit Gemparkan Warga Kota Di Jakarta
Warga penduduk di sekitar Jakarta, Indonesia gempar dengan keadaan langit yang agak janggal dilihat pada petang tadi, lapor laman berita Detik hari ini. Foto yang sempat dirakam seorang penduduk, Lailani itu menunjukkan pemandangan unik segumpal awan di langit yang menutupi cahaya matahari. Difahamkan, pemandangan tersebut dirakam dari pejabatnya di Plaza Mutiara, Mega Kuningan di Jakarta […]

Ikan Jerung ‘Zombi’ Masih Memburu Mangsa Walaupun Sudah ‘Separuh Dimakan’ Semasa Pertempuran Ganas
Seorang saintis melepaskan jerung hitam ke dalam laut, terkejut apabila dia melihat ikan jerung yang cedera itu diserang dalam serangan kanibal. Dr Mario Lebrato, 35, dari Sepanyol, berkata dia merakam rakaman yang sangat jarang berlaku di pantai Mozambique, kira-kira satu hingga dua meter di bawah permukaan Lautan Hindi. Tetapi semasa dia dan kumpulannya melepaskan jerung […]

Lelaki Tak Sangka Batu Yang Disimpan 6 Tahun Di Rumah Rupanya Meteroit Berusia 4.6 Bilion Tahun
Seorang lelaki baru tersedar bahawa sebiji batu ‘kosong’ seberat 17 kilogram yang disimpan selama ini rupa-rupanya adalah batu meteroit dari angkasa yang berusia 4.6 bilion tahun, lapor Mirror. Lelaki berkenaan, David Hole menyedari hal sedemikian setelah dia membawa batu tersebut ke sebuah muzium di Melbourne baru-baru ini untuk disahkan. Pada awalnya, batu tersebut ditemuinya semasa […]

“Akhirnya, Saya Akan Pulang,” Tiket Bas VTL-Land Malaysia-Singapura Habis Dijual Dalam Masa 30 Minit
SINGAPURA, 25 Nov – “Akhirnya, saya akan pulang”, pastinya ungkapan itu bermain di minda kebanyakan rakyat Malaysia di Singapura termasuk Wan Muhammad Fazlan Nordin, 28, selepas berjaya mendapatkan tiket bas di bawah skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) yang diumumkan pada Rabu. Skim VTL-Land yang bermula Isnin depan (29 Nov) membolehkan orang ramai yang […]

Gadis Hilang Jari Kaki ‘Dikunyah’ Piranha & 30 Pengunjung Lain Cedera Dalam Serangan ‘Ngeri’ Di Sungai
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan selepas jari kakinya ‘dimamah’ oleh ikan piranha tersebut, manakala seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun telah hilang sebahagian jarinya, lapor The Sun. Menurut laporan, kira-kira 30 pengunjung yang lain turut tercedera akibat serangan serentak ikan piranha yang berlaku secara mengejut di Sungai Parana […]

Fokus Pandang Wartawan, Isteri ‘Bantai’ Suami Dipercayai Kerana Cemburu
Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti ada liku-liku kehidupan yang mereka akan harungi. Sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga untuk ada pasang dan surutnya. Sekali-sekala ada sahaja ujian yang mendatang. Begitu juga dengan pasangan suami isteri dari negara seberang ini. Dalam satu perkongsian video tular di laman Instagram kelihatan si isteri memukul bahu suaminya ketika […]
Lelaki Cedera Lengan Dibaham, Gara-gara Masuk Kolam & Berselfie Dengan Buaya Disangka Cuma Patung Plastik
Seorang pelancong telah membidas sebuah taman tema kerana dilaporkan tidak mempamerkan papan tanda amaran selepas dia diserang seekor buaya yang disangkakan sebagai patung buaya plastik pada hari kelahirannya. Lelaki yang berusia 68 tahun itu telah diterkam oleh haiwan pemangsa sepanjang 12 kaki itu selepas dia memanjat masuk kolam buaya untuk berswafoto dengan haiwan berkenaan di […]

Ngeri, Jerung Bagai ‘Zombie’ Dirakam Tanpa Separuh Badan Masih ‘Bertahan’ 20 Minit Sebelum Mati
Seekor jerung dilaporkan kehilangan separuh badannya tetapi masih lagi ‘berdaya’ untuk mempertahankan diri sebelum mati akibat daripada serangan kanibal yang berlaku, memetik laporan Daily Star. “Jerung itu bergelut selama kira-kira 20 minit sebelum akhirnya mati akibat kecederaan yang ada pada badan jerung itu.” kata Dr. Lebtrato, seorang penyelidik. “Jerung makan jerung itu memang perkara biasa, […]
Terkejut Dengar Muzik Kuat Dari Pesta Kahwin, Lebih 60 Ekor Ayam Dilapor Mati Terkena Serangan Jantung
Panik dengan muzik kuat yang dimainkan dalam perarakan perkahwinan, 63 ekor ayam dilaporkan mati disyaki terkena serangan jantung di sebuah ladang ayam di daerah Balasore, India pada malam Ahad. Insiden aneh itu terbongkar selepas pemilik ladang, Ranjit Kumar Parida membuat aduan kepada balai polis Nilagiri pada Selasa. Dalam aduannya, Parida menyatakan bahawa perarakan yang lengkap […]

Tenggelam Pada Tahun 90-an ‘Bandar Hantu’ Ditinggalkan Penduduk ‘Muncul Semula Selepas 30 Tahun
Sebuah bandar di Sepanyol dilaporkan muncul semula selepas tenggelam dalam pembinaan sebuah kawasan tadahan air. Bandar itu dikatakan muncul kembali selepas 30 tahun kerana paras airnya sudah menurun, memetik laporan daripada Daily Mail. Menurut laporan, bandar itu ditenggelami banjir pada tahun 1992 sewaktu loji hidroelektrik Portugis dikatakan telah menutup pintu airnya. Disebabkan itu sungai Limea […]

Dah Jual Perabot, Lelaki Nak Jual Bumbung Rumah Keluarganya Pula Supaya Dapat Duit Untuk Keluar Bersama Teman Wanita
Seorang lelaki sanggup menjual kelengkapan rumah ibunya demi mendapatkan wang kerana ingin menghabiskan masa dengan teman wanitanya, lapor Detik News. Tindakan tersebut dipercayai telah dilakukan ketika rumah itu sudah lengang kerana ketiadaan ibunya. Ketua Unit Siasatan Jenayah polis Pundong berkata, ayah petuduh sudah meninggal dunia dan ibunya masih perlu melangsaikan pinjaman bank ayahnya. Menurut wartawan […]
(Video) Suhu Menjunam Kepada 7 Celcius, Salji Dilapor Turun Di Utara Arab Saudi
Bahagian utara Arab Saudi dilaporkan telah dilitupi lapisan hujan batu dan salji halus sejak Ahad lalu. Memetik laporan Arab News, suhu di negara itu menjunam kepada kira-kira 7 Celcius. Salah satu bandar yang dilanda cuaca itu adalah Qurayyat yang terletak di wilayah Al Jawf, iaitu kira-kira 30 kilometer dari sempadan Jordan. Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi […]
Seludup Masuk Salinan Drama Squid Game Dari China, Lelaki Korea Utara Dilapor Dijatuhi Hukuman Mati
Seorang lelaki warga Korea Utara yang telah menyeludup salinan drama bersiri popular Korea Selatan, Squid Game dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati selepas pihak berkuasa telah menangkap beberapa orang pelajar sekolah yang menonton drama itu. Memetik laporan portal Variety, drama bersiri itu dipercayai telah diseludup masuk dari China dengan menggunakan pendrive. Difahamkan, pesalah berdepan hukuman mati […]
Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19, 3 Ahli Lain Masih Tunggu Keputusan Ujian Saringan
Salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal, Blackpink dilaporkan positif virus COVID-19 selepas melakukan ujian saringan tengah hari semalam, lapor media tempatan. Memetik laporan Soompi, keadaan terkini kesihatan Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa diumumkan oleh agensi mereka, YG Entertainment, melalui hebahan media tempatan semalam. Menurut portal tersebut, tiga ahli kumpulan yang lain iaitu Jisoo, […]
Cuti Krismas Dan Tahun Baharu Dibeku Bagi Membendung Covid-19 Di Indonesia
Kerajaan Indonesia telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan pembekuan cuti sambutan Krismas dan tahun baru. Larangan tersebut telah dikeluarkan kepada penjawat awam dan pekerja di syarikat swasta yang dimiliki oleh kerajaan tersebut. Menurut laporan daripada The Strait Times, pembekuan cuti tersebut diambil bagi membendung peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 akhir-akhir ini. Arahan tersebut akan melibatkan kira-kira 4.2 […]
NASA Lancar Kapal Angkasa ‘Pemburu’ Asteroid, Dakwa Bakal ‘Selamatkan’ Bumi Dari Dihentam
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) bertindak melancarkan sebuah kapal angkasa Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) hari ini, dipercayai untuk menghentikan asteroid yang mungkin menghentam bumi pada masa akan datang. Menurut Independent, DART dilancarkan dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg, California pada Rabu, sekitar jam 6.20 pagi waktu tempatan. Kapal angkasa berkenaan lepas landas dengan misi […]