Berita›Luar Negara
Mungkin Anggap ‘Makanan Tengah Hari’, Buaya Baham Kaki Gadis Ketika Kakinya Terjuntai Di Permukaan Air
Seorang remaja British dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas seekor buaya ‘membaham’ kakinya, lapor The Mirror. Menurut laporan, remaja tersebut dikatakan sedang berakit di jeram Zambia apabila seekor buaya besar menyerangnya di Sungai Zambezi, pada Selasa lalu. Menurut artikel susulan The Mirror, serangan itu dikatakan berlaku sebaik sahaja pemandu rakit itu memberhentikan lawatan untuk makan tengah […]

(Video) Kasihnya Ibu, Wanita Penuh Abu Letusan Gunung Semeru Tabah Lindungi Anak Dalam Baju Hujan
Susulan daripada kejadian letusan yang berlaku Gunung Semeru pada Sabtu lalu, media sosial dikejutkan dengan perkongsian video seorang ibu dengan wajah penuh dengan abu. Video telah dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram jejak_pendaki dan mendapat perhatian daripada warganet. Melalui video tersebut, kelihatan seorang ibu cuba menyelamatkan diri apabila Gunung Semeru memuntahkan isinya. Untuk makluman, Gunung […]

Niat Nak Halau Ular Guna Asap Dari Bara Api, Pemilik Dilapor Tak Sengaja Bakar Rumah RM7.6 Juta
Seorang penduduk di Maryland dilaporkan cuba menghalau keluar ular daripada rumahnya dengan menggunakan asap dari bara api, tetapi secara tidak sengaja telah membakar kediamannya, lapor CNN US. Menurut laporan, rumah seluas hampir 10,000 kaki persegi di Dickerson, Maryland itu terbakar pada 23 November lalu apabila pemilik rumah cuba menghalau ular untuk keluar, Pete Piringer, ketua […]
Lelaki Dilapor Sanggup Bunuh Isteri & 2 Anaknya, Dakwa Ingin ‘Bebaskan’ Mereka Daripada Varian Omicron
Seorang lelaki didakwa telah membunuh isteri dan dua orang anaknya dengan mengatakan bahawa varian Omicron adalah penyebabnya, lapor TNN memetik India Times. Lelaki tersebut dikatakan telah menghubungi abangnya dan memintanya untuk memaklumkan kepada pihak polis. Tertuduh merupakan seorang profesor perubatan forensik di sebuah kolej perubatan di Kanpur. Doktor itu didakwa berasa takut dengan varian COVID-19 yang […]

Beli Lukisan Dengan Harga RM123 Sahaja, Lelaki Terkejut Ketahui Ianya Karya Asli Bernilai RM207 Juta
Seorang lelaki secara tidak sengaja telah membeli sebuah lukisan hasil karya asli Albrecht Dürer (A.D) pelukis zaman Renaissance hanya pada harga £22 (RM123.19), lapor The Mirror. Dia sangat terkejut apabila mengetahui tentang karya seni itu selepas mengambil lakaran pada penjualan estet dengan harga tersebut. Menurut laporan, harga sebenar lukisan tersebut dianggarkan bernilai sekitar £37 juta […]

(Video) Baru Pukul 4.30 Petang Tapi Dah Gelap Gelita, Penduduk Kongsi Rakaman ‘Hujan’ Abu Akibat Letusan Gunung Berapi
Keadaan di perkampungan sekitar Gunung Semeru menjadi gelap gelita akibat daripada muntahan debu tebal dari gunung tersebut yang dilaporkan kembali aktif. Gunung berapi setinggi 3,676 meter dari paras laut ini mengeluarkan debu panas sehingga bercucuran seperti hujan jatuh ke tanah dan mengakibatkan kebimbangan penduduk terutamanya keselamatan mereka terjejas. Seperti rakaman yang dikongsikan penduduk sekitar, dia […]

Tunggang Motosikal Bersama Mayat Kawan Baik Sebagai Kenangan ‘Perjalanan Terakhir’
QUITO – Sekumpulan individu dilaporkan mengeluarkan mayat rakan mereka untuk membawanya menunggang motosikal buat kali terakhir. Tindakan tersebut dijadikan sebagai simbol ‘perpisahan terakhir’ aneh yang dilakukan di negara itu. Menurut Daily Mail, mayat Erick Cedeno dikeluarkan dari keranda oleh sekumpulan rakannya semasa majlis pengebumian berlangsung di Portoviejo, wilayah Manabi. Cedeno yang berusia 21 tahun itu […]

Paksa Diri Nyanyi Lagu Nada Tinggi Masa Karaoke, Lelaki Dikejarkan Ke Hospital, Alami Masalah Paru-paru Kecut
Karaoke adalah salah satu aktiviti waktu santai yang menjadi pilihan sebilangan orang, tambahan pula bila berkumpul dengan rakan-rakan. Baik suara sedap atau biasa-biasa, karaoke boleh dijadikan medium untuk hilangkan tekanan selepas seharian bekerja. Tambah-tambah pulak bila nyanyi lagu nada tinggi, dapat jerit tu rasa hilang semua stress. Tapi lain pula ceritanya dengan lelaki warga China […]

Ikan Pemancing Laut Dalam Atau ‘Anglerfish’ Ditemui Di Pantai San Diego
Seekor ikan bola sepak Pasifik yang jarang ditemui, iaitu ikan pemancing laut dalam atau anglerfish yang biasanya ditemui di kedalaman lautan lebih daripada 2,000 kaki telah ditemui di pantai di San Diego, California pada 13 November, menurut NBC San Diego. Jay Beiler, yang menangkap imej-imej ini, memberitahu Storyful bahawa dia menemui ikan itu di Pantai […]

Pengurus Kelab Bola Sepak Maut, Alami Serangan Jantung Lepas Pasukan Jaringkan Gol Kemenangan
Pengurus salah satu kelab bola sepak Mesir, El Magd dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas pasukan kendaliannya menjaringkan gol kemenangan 1-0 dalam saingan Liga Mesir Kedua baru-baru ini. Kegembiraan pasukan El Magd meraikan kemenangan menentang kelab El Zarqa Khamis lalu bertukar sugul apabila pengurus dan juga bekas jurulatih, Adham El-Selhadar mengalami serangan jantung semasa meraikan gol […]
Wanita ‘Bibir Paling Besar Di Dunia’ Mahu Besarkan Lagi Bibirnya, Jalani Suntikan Kali Ke-27 Krismas Ini
Wanita Bulgaria yang memiliki bibir ‘paling besar di dunia’ mahu menjalani prosedur suntikan bibir kali ke-27 pada Krismas nanti, lapor New York Post. Andrea Ivanova, 24, berasal dari bandar Sofia berkata dia berharap suntikan kali ini dapat membesarkan lagi bibirnya supaya kelihatan seperti anak patung Bratz. “Saya sangat menyukainya dan berasa lebih baik dengan bibir […]

(Video) Tiga Lelaki Terkejut, Temui Ikan Keli ‘Raksasa’ Terdampar Tepi Sungai, Rupa-rupanya…
Sesiapa sahaja pasti sudah tahu apa itu ikan keli. Keenakan isinya dan kerangupan siripnya jika dimakan pasti menambat hati sesiapa sahaja. Khususnya bagi penggemar makanan Jawa seperti nasi penyet pecal lele. Tular baru-baru ini apabila sebuah rakaman video yang memaparkan penemuan ikan keli ‘raksasa’ terdampar di tebing sungai di Indonesia. Video yang dikongsikan oleh Jombrong99 […]
Mirip ‘Puss in Boots’, Wajah Comel Kucing Ini Jadi Perhatian Ramai, Miliki Lebih 600k ‘Followers’ Di Instagram
Baru-baru ini, ada seekor kucing yang mula mendapat perhatian umum kerana mempunyai wajah yang iras-iras watak movie Shrek 2 iaitu ‘Puss In Boots , lapor Daily Mail. Kucing yang diberi nama Pisco The Cat itu tinggal di New York bersama tuannya. Sehingga kini, ia telah meraih lebih 600 ribu pengikut di laman Instagramnya iaitu @pisco_cat. […]
(Video) Letusan Gunung Semeru Ragut 13 Nyawa Akibat Melecur, 98 Lagi Termasuk Dua Wanita Hamil Cedera
JAKARTA, 5 Dis (Bernama) — Sekurang-kurangnya 13 maut akibat melecur manakala 98 lagi cedera susulan letusan Gunung Semeru di daerah Lumajang, Jawa Timur pada Sabtu. Jurucakap Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata mereka yang cedera termasuk dua wanita hamil dan kini menerima rawatan di hospital. Operasi mencari dan menyelamat masih berterusan untuk memindahkan penduduk yang terperangkap, […]

(Video) Lebih 13 Juta Tontonan, Lelaki ‘Selamber’ Redah Banjir Guna Basikal, Muka ‘Steady’ Kayuh Lawan Air
Siapa sahaja yang berani untuk redah banjir? Umum mengetahui bahawa orang ramai tidak digalakkan meredah banjir sendiri kerana bimbang akan berlaku perkara yang membahayakan diri dan nyawa mereka. Selain itu, ada juga yang takut sekiranya mereka terlanggar binatang-binatang berbisa seperti ular atau biawak ketika meredah banjir. Daripada elok nak ke kawasan yang selamat, terpijak pula […]
Pemandu Teksi Raih Pujian Selepas Memulangkan Bagasi Barang Kemas Emas & Wang Tunai Lebih RM4k
Seorang pemandu teksi roda tiga (rickshaw) di India raih pujian kerana memulangkan bagasi yang berisi barang kemas, wang tunai dan pakaian kepada pemiliknya asalnya, lapor India.com. Kejadian itu dikatakan berlaku pada Rabu lalu di mana seorang pemandu teksi roda tiga bernama Vinod Yadav menemui bagasi itu di luar pintu pagar Stesen Kereta Api Agra Cantt. […]
Lelaki Kahwini Bekas Isterinya Semula Selepas Dapat Tahu Wanita Itu Sakit Tenat
Seorang lelaki di China dikatakan sanggup menjual rumahnya untuk membiayai kos perubatan isterinya yang sedang sakit tenat, memetik laporan daripada Mothership. Lelaki berusia 39 tahun itu, tular di salah sebuah media sosial di China sebaik sahaja dia membuat keputusan untuk berkahwin semula dengan bekas isteri selepas mendapati dia sakit tenat, lapor media China Dingduan melalui […]
Sepatutnya Potong Kaki Kiri, Doktor Dilapor Tersalah Potong Kaki Kanan Pesakit
Seorang pakar bedah di Austria dikenakan denda sebanyak $3, 049 (RM 12, 900) kerana salah memotong kaki pesakit ketika pembedahan dijalankan, lapor New York Post. Pesakit yang merupakan warga emas itu dikatakan sepatutnya melakukan pembedahan pada kaki kiri. Sebaliknya, doktor tersebut melakukan kesalahan semasa pembedahan dijalankan dengan memotong kaki kanannya. Namun, kesilapan tersebut dilaporkan hanya […]
(Video) Ibarat Dalam Filem Hollywood, Keadaan Harta Benda Penduduk Dilitupi Debu Gunung Berapi Semeru
Kejadian letusan gunung berapi Semeru di Jawa Timur hari ini menyaksikan debu tebal telah bertebaran sehingga memberi kesan kepada penduduk di kawasan sekitar. Dalam beberapa rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, rumah seorang penduduk telah ditenggelami oleh debu tebal sehingga sehingga kelihatan seperti lumpur berwarna hitam. Manakala dalam satu rakaman lain, kenderaan penduduk […]
(Video) Muntahkan Debu Tebal, Suasana Matahari ‘Ditelan’ Ketika Gunung Semeru Meletus
Indonesia hari ini menjadi tumpuan dunia apabila gunung berapi Semeru di wilayah Jawa Timur telah meletus dan menyebabkan kawasan sekitar bergelap walaupun di siang hari. Manakan tidak, cahaya matahari dilaporkan tidak mampu ‘menembusi’ asap dan debu-debu tebal berwarna hitam pekat yang bertebaran di langit sehingga membuatkan kawasan itu seperti bertukar menjadi malam. Rakaman yang memaparkan […]