Berita›Luar Negara

TERKINI: Ukraine Belum Reda, Ruang Udara Taiwan Pula Diceroboh 9 Pesawat China
Keadaan krisis yang semakin hangat antara Russia dan Ukraine masih lagi tidak menemukan jalan pengakhiran. Kini, timbul pula isu ruang udara Taiwan yang didakwa telah dicerobohi oleh China. Menurut Kementerian Pertahanan Nasional Taiwan, beberapa buah pesawat udara dipercayai milik China dilapor telah memasuki ruang udara negara tersebut. “Sembilan pesawat PLA (Y-8 RECCE dan J-16*8) telah […]
Kenapa Rusia Serang Ukraine?
Presiden Rusia, Vladimir Putin menggariskan dua alasan utama kenapa Rusia serang Ukraine dengan memasuki Donbas, wilayah yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Moscow. Dakwaan Ukraine akan menyerang wilayah Donbas Memetik daripada laporan media tempatan, alasan pertama kenapa Rusia serang Ukraine adalah kerana pemimpin pemisah pro-Moscow telah meminta bantuan selepas mendakwa Ukraine akan menyerang wilayah mereka. Jelasnya […]
Harga Minyak Dunia Melonjak 8 Peratus Selepas Rusia Serang Ukraine, Harga Minyak Brent Lepasi RM 420 Per Barel
Harga minyak mentah melonjak pada Khamis berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dengan harga Brent mencecah USD 100 (RM 420) setong buat kali pertama sejak 2014, lapor CNBC. Serangan itu dijangka mempunyai implikasi yang meluas untuk pasaran tenaga memandangkan Russia merupakan pengeluar gas asli kedua terbesar di dunia dan salah satu negara pengeluar minyak terbesar […]
Pesawat Tentera Ukraine Bawa 14 Penumpang Terhempas, Sekurang-Kurangnya 5 Dipercayai Terkorban
Sekurang-kurangnya 5 orang penumpang dipercayai maut selepas sebuah pesawat tentera Ukraine terhempas berhampiran Kyiv. Memetik daripada laporan khas dari Indiatoday, kejadian ini disahkan oleh Perkhidmatan Kecemasan Ukraine yang menyatakan pesawat yang membawa 14 penumpang tersebut terhempas berhampir ibu negara, Kyiv. Tidak dapat dipastikan punca kemalangan tersebut. Difahamkan, kira-kira 40 orang tentera Ukraine dilapor terkorban setakat […]

(Video) TERKINI: Tentera Ukraine Tangkap Dua Penceroboh Russia, Salah Seorangnya Baru Berusia 20 Tahun
Dua penceroboh tentera Russia yang dipercayai terlibat dalam pencerobohan ke atas Russia hari ini dilapor berjaya ditawan sebentar tadi. Kementerian Pertahanan Ukraine mengesahkan penahanan dua penceroboh tersebut menerusi satu laporan ringkas di Twitter sebentar tadi. “Tentera Ukraine dari Brigef Mechanized Ke-93 telah menangkap dua penceroboh Russia,” maklum jabatan tersebut. Berdasarkan laporan itu, turut dirampas ialah […]
Seru Rakyat Bersedia Pertahan Tanah Air, Presiden Ukraine Pesan, “Kami Akan Beri Senjata Kepada Sesiapa Yang Mahu Berjuang”
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy hari ini menyeru rakyat Ukraine bersedia untuk berperang dan akan membekalkan senjata kepada sesiapa sahaja yang mahu keluar mempertahankan negara daripada pencerobohan Rusia. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan bahawa Ukraine telah memutuskan hubungan dengan Rusia susulan insiden pencerobohan tersebut. ”Kami akan berikan sejanta, kepada sesiapa sahaja yang mahu berjuang. Bersiap sedialah […]

TERKINI: Finland Sedia Terima Pelarian Ukraine Jika Perang Semakin Teruk – Marin
Finland dilapor sedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine sekiranya peperangan menjadi semakin genting, lapor Aljazeera. Perdana menterinya, Sanna Marin menganggarkan akan ada sejumlah besar pelarian dari Ukraine yang cuba melarikan dari ke Kesatuan Eropah. “Kementerian Dalam Negeri (Finland) dalam bahagiannya sedang bersedia menerima pelarian-pelarian dari Ukraine,” kata Marin, memetik Aljazeera. Dalam pada itu, Marin dan juga […]
TERKINI: Ukraine Lapor Sekurang-kurangnya 40 Askarnya Terkorban & Berdozen Lagi Cedera Setakat Ini
Penasihat Presiden Ukraine memaklumkan lebih 40 orang tenteranya terkorban dan berdozen-dozen lagi cerdera setakat ini sejak Rusia memulakan serangan pada pagi Khamis. Sebanyak 10 orang awam juga dilaporkan terbunuh. Memetik daripada laporan Livemint mendakwa tentera Rusia telah melancarkan serangan peluru berpandu dan senjata berat secara bertubi-tubi ke arah beberapa lokasi di Ukraine sejak awal pagi […]

TERKINI: Presiden Ukraine Seru Rakyat Keluar Berperang
Berikutan krisis pergolakan antara Russia Dan Ukraine yang semakin genting ketika ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengarahkan semua rakyat mereka bersedia untuk berperang. “Zelenskyy telah menyeru semua rakyat yang bersedia untuk mempertahankan negara daripada tentera Russia dan tampil berdepan dengan mereka. “Beliau mengatakan Kyiv akan mengeluarkan dan memberikan senjata kepada semua orang yang ingin berdepan […]

Pilu, Anak Jadi Saksi Ibu Meninggal Dunia, Maut Dihempap Barbel 180kg Di Gym
Seorang wanita maut ketika cuba untuk mengangkat barbel seberat 180 kilogram di sebuah gym di Mexico City, Mexico. Menerusi satu rakaman video, seorang lelaki yang memakai baju hitam sedang melaraskan berat plat pemberat tersebut sebelum wanita berkenaan mengangkatnya. Barbel tersebut bagaimanapun terjatuh menghempap lehernya ketika dia mencuba untuk mengangkat berat tersebut dan didakwa meninggal dunia […]
”Dunia Ada Bersama Kita” – Presiden Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dikatakan masih berunding dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan dalam cubaan menghentikan pencerobohan Russia ke atas negara mereka. “Saya sambung berunding dengan para pemimpin. (Ukraine) peroleh sokongan dari pemimpin Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani. Dunia bersama kita,” katanya. Pada masa yang sama, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden turut mengutuk tindakan Rusia […]

(Video) Serangan Berterusan Russia, Penduduk Ukraine Bersesak Tinggalkan Ibu Kota Kyiv
Beberapa siri letupan dilaporkan kedengaran di Ukraine hari ini, setelah presiden Russia, Vladimir Putin mengisytiharkan perang terhadap negara tersebut. Perkara ini turut menimbulkan kegusaran rakyat Ukraine yang terhimpit ketegangan antara dua negara yang setakat ini tidak menampakkan tanda-tanda bakal reda. Memetik laporan wartawan Al-Jazeera, Sara Cincurova, penduduk dilihat mulai panik dan ketakutan dengan berita pencerobahan […]
Harga Bitcoin Dilapor ‘Menjunam’ Selepas Rusia Umum Operasi Ketenteraan Di Ukraine
Harga bitcoin dilaporkan jatuh di bawah USD 35,000 (RM147,262) selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan di wilayah Donbas di Ukraine, hari ini. Memetik laporan CNN, bitcoin didagangkan pada USD 34,969 (RM147,132) setakat 1.22 pagi waktu tempatan. Penurunan itu lebih daripada 8 peratus berbanding sehari sebelumnya, kata CoinMarketCap. Mata wang kripto paling bernilai di […]
Amaran Letusan Gunung Berapi Aso Di Barat Jepun
TOKYO, 24 Feb (Bernama) — Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Khamis meningkatkan amaran kepada tahap tiga daripada lima selepas mengesan aktiviti gunung berapi di Gunung Aso, barat daya Jepun, lapor Xinhua. JMA memberi amaran agar orang ramai tidak menghampiri Gunung Aso, berikutan ancaman letusan gunung berapi boleh mengakibatkan runtuhan dan aliran piroklastik dalam radius dua […]
Tentera Ukraine Dakwa Berjaya Tembak Jatuh Lima Pesawat Dan Satu Helikopter Rusia
Tentera Ukraine mendakwa telah menembak jatuh lima pesawat tentera dan satu helikopter Rusia di wilayah Luhansk, beberapa jam selepas Rusia melancarkan serangan di beberapa bandar utama negara itu, lapor Hindustan Times. Beberapa saat kemudian, Rusia dilaporkan secara rasminya telah memusnahkan pangkalan udara dan pertahanan udara Ukraine. Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata beliau telah […]
(Video) Seram, Detik-Detik Peluru Berpandu Bedil Lapangan Terbang Ukraine Berjaya Dirakam
Konflik di antara Rusia dan Ukraine memasuki fasa baharu apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengarahkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine hari ini. Ekoran itu, letupan dilaporkan telah berlaku di beberapa bandar utama termasuk di lapangan terbang Ukraine. Menerusi video yang dimuatnaik oleh BNO News di Twitter, detik-detik ketika peluru berpandu terkena lapangan terbang di Ivano-Frankivsk […]
TERKINI: (Video) Kereta Kebal Tentera Dari Belarus Dirakam Masuk Ke Ukraine
Kereta kebal dan kenderaan berperisai lain dilaporkan telah memasuki Ukraine melalui lintasan sempadan berdekatan Belarus. Menurut CNN, pergerakan itu dapat dilihat melalui video strim secara langsung yang dirakam di persimpangan Senkivka, Urkaine dan Veselovka, Belarus sekitar jam 6.48 pagi waktu tempatan. Sementara itu, Jabatan Pertahanan AS sedang menjejaki laporan pencerobohan tentera dari Belarus ke Ukraine, […]

(Video) Wartawan Ketakutan, Peluru Berpandu Lalu Atas Kepala Waktu Tengah ‘Live’ Di Ukraine
Rusia kini sedang melancarkan serangan demi serangan ke atas Ukraine dan keadaan kini dikatakan semakin tegang. BACA: Perang Ukraine Russia, Kharkiv Dihujani Tembakan & Letupan Sejurus Putin Isytihar Perang Situasi semasa di Ukraine turut dilaporkan oleh seorang wartawan foto dan penerbit dari Australia, Bryce Wilson yang kini berada di negara berkenaan. Melalui laman Instagram miliknya, […]
Presiden Belarus Dilapor Arahkan Tentera Bantu Rusia Serang Ukraine
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dilaporkan telah memberi arahan kepada tentera Belarus untuk membantu Rusia menceroboh Ukraine, lapor Market Rebellion. Menurut laporan PM Breaking News, pasukan pertahanan di sempadan Ukraine mengesahkan bahawa para tentera Belarus turut terlibat dalam penyerangan terhadap Ukraine. Sebelumnya, Lukashenko sempat mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Moscow, Jumaat lalu. Memetik […]
TERKINI: (Video) Bunyi Siren Amaran Serangan Udara Kuat Kedengaran Di Bandar Kyiv
Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengisytiharkan perang ke atas Ukraine dan telah mengarahkan pasukan tenteranya untuk melancarkan serangan ketenteraan hari ini. Berikutan itu, siren serangan udara yang ‘mengerikan’ kedengaran di tengah-tengah ibu kota Ukraine, Kyiv sebentar tadi. Memetik laporan Mirror, Rusia telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Ukraine dengan letupan kedengaran di seluruh bandar utama. […]