Berita›Luar Negara
Lelaki Rogol Kanak-Kanak Ditemukan Mati Dalam Lokap, Dipercayai Kena ‘Belasah’ Beramai-Ramai
Seorang suspek kes rogol kanak-kanak dilaporkan maut selepas dipukul beramai-ramai oleh banduan di dalam lokap, lapor Tribun News. Kejadian tersebut dikatakan berlaku beberapa jam selepas dia dimasukkan ke dalam lokap di Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat. Memetik laporan Tribun News, lelaki yang berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di hospital, dengan beberapa kesan lebam […]

Peminat Kagum, Sadio Mane Dilihat Bawa Sejadah Saat Yang Lain Raikan Kemenangan Piala Carabao
Pemain bola sepak Muslim Liverpool, Sadio Mane dilihat memegang sejadah di dalam bilik persalinan dipercayai sedang bersiap untuk memunaikan solat selepas tamat perlawanan dan memenengi Piala Carabao. Beliau juga dilihat sudah menukar pakaian dan mengenakan seluar panjang, berbanding pemain-pemain lain yang masih lagi mengenakan jersi utama kelab. Kelibat Mane itu kelihatan di dalam sebuah gambar […]

(Video) Menara Pemancar TV Ukraine Musnah, Media Dedah Mayat-mayat Bergelimpangan Hangus Terbakar
Terbaharu, tular rakaman video memaparkan situasi orang awam di Ukraine yang dipercayai maut akibat serangan bom Russia ke atas menara pemancar siaran televisyen (tv) di bandar raya Kyiv. Rakaman video itu dikongsikan di laman sosial rasmi milik In The Middle Media. Menerusinya, kelihatan beberapa mayat bergelimpangan dipercayai hangus terbakar berikutan serangan dahsyat itu. Menurut CNN, […]
Chelsea Sedia Untuk Dijual, Roman Abramovich Pertimbang Terima Bidaan
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sedang mempertimbangkan untuk menjual kelab berpangkalan Stamford Bridge itu, menurut laporan Daily Express. Abramovich bersedia untuk menerima tawaran untuk Chelsea pada akhir minggu ini, dengan sekurang-kurangnya tiga pihak berminat untuk membeli The Blues. Pembeli berpotensi percaya bahawa jutawan itu bersedia untuk menjual kelabnya buat kali pertama. Berdasarkan laporan Daily Mail, Abramovich […]

Russia Bakal Disiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Disyaki Lakukan Jenayah Perang
Russia bakal disiasat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court – ICC) di The Hague, Belanda kerana disyaki lakukan jenayah perang. Memetik The Guardian, bekas ‘gergasi’ Soviet Union itu juga turut didakwa melakukan jenayah kemanusiaan dalam pencerobohan ke atas Ukraine. Peguam British, Karim Khan berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan berpandukan siasatan terdahulu yang pernah dibuat […]
Kenali Bom Vakum & Cara Bom Bukan Nuklear Paling Dahsyat Ini Berfungsi
Rusia dituduh bakal menggunakan bom thermobaric atau bom vakum, bom bukan nuklear paling dahsyat dalam serangan-serangan akan datang ke atas Ukraine. Penggunaan bom ini sangat kontroversi kerana ia mempunyai kesan kemusnahan yang sangat dahsyat, jauh lebih dahsyat berbanding senjata konvensional lain yang sama saiz. Malah, penganalisis dunia pertahanan menyifatkan bom vakum, bon bukan nuklear paling […]

(Video) Viral Petani Ukraine Curi Kereta Kebal Russia, Jual Sebagai Besi Buruk Untuk Dapatkan Wang
Seorang petani dipercayai warga Ukraine menjadi bualan hangat serta viral di media sosial selepas dia dilihat curi sebuah kereta kebal milik Russia dengan menggunakan traktor, memetik laporan Daily Star. Menurut laporan, tindakan petani itu dianggap menghiburkan kerana ia berjaya mengalih perhatian dunia seketika daripada isu pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak beberapa hari lalu. Menerusi […]

TERKINI: (Video) Detik Serangan Rusia Pada Menara TV Di Kyiv, Siaran Dilaporkan Mula Terhenti
Rusia dilaporkan cuba menyerang sebuah menara pemancar siaran televisyen yang terletak di bandar raya Kyiv, lapor media tempatan. Insiden cubaan serangan ke atas menara setinggi 1,263 kaki (kira-kira 384 meter) itu turut disahkan Parlimen Ukraine melalui satu hantaran ringkas di laman sosial rasmi, sebentar tadi. ”Tentera Rusia baru sahaja melepaskan tembakan ke arah Menara TV […]

Patung Lilin Vladimir Putin Dikeluarkan Dari Muzium Grevin Ekoran Pencerobohan Rusia
Patung lilin presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan telah dikeluarkan dari muzium berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Foto menunjukkan seorang kakitangan Muzium Grevin di Paris sedang mengemas patung yang seakan hidup itu. Ianya berlaku selepas Putin dikecam atas tindakan tidak wajarnya menceroboh Ukraine. Rusia dipercayai mengalami kerugian besar ketika pencerobohan memasuki hari keenam harini, yang […]

Sekali Lagi Gempa Bumi Gegar Indonesia Malam Ini
Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan Jawa, Indonesia pada pukul 11:12 malam tadi, gegaran kedua yang berlaku di negara itu selepas jam 7:04 malam. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku 135 kilometer (km) Barat Daya dari Tasikmalaya, Indonesia. Pusat gempa berada di 8.2 darjah Selatan dan 107.4 darjah Timur, […]

(Video) Diplomat Dari Seluruh Eropah Bertindak Keluar Semasa Menteri Luar Rusia Berucap
Sejumlah besar barisan diplomat negara-negara Eropah dilaporkan keluar dari dewan semasa ucapan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, pada Persidangan Pelucutan Senjata Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva pada Selasa. Mereka dilihat beredar beramai-ramai ketika rakaman mesej video Lavrov mula ditayangkan dipercayai sebagai simbolik sokongan mereka terhadap Ukraine. Perkara itu turut disuarakan wakil Perancis di persidangan […]
“Lebih Banyak Pasukan Akan Dikerahkan…,” Tentera Belarus Dilapor Telah Memasuki Ukraine
“Tindakan Untuk Hentikan Provokasi,”, Tentera Belarus Dilapor Memasuki Sempadan Ukraine Pihak berkuasa Ukraine mendakwa bahawa tentera Belarus telah memasuki wilayah Chernihiv di utara negara itu untuk menyertai pencerobohan yang dilakukan oleh Rusia. Memetik laporan Independent, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Parlimen Ukraine pada hari ini selepas media tempatan membuat laporan awal mengenai kejadian tersebut. “Tentera […]
Sebagai Tindak Balas Terhadap Pencerobohan Rusia Ke Atas Ukraine, YouTube Dilapor ‘Block’ Saluran Berita Rusia
YouTube dilaporkan menyekat saluran berita Russia Today (RT) dan Sputnik News sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor The Hollywood Reporter. “Disebabkan perang yang berterusan di Ukraine, kami menyekat saluran YouTube RT dan Sputnik di seluruh Eropah, berkuat kuasa serta-merta. “Pasukan kami akan terus memantau keadaan terkini untuk mengambil tindakan yang pantas,” […]
TERKINI: Gempa Bumi Berukuran 5.3 Skala Ritcher ‘Gegar’ Indonesia
Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 7:04 malam tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tersebut terletak di 3.9 darjah Utara dan 95.8 darjah Timur. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 41 kilometer Barat Daya dari Meulaboh, […]
Berang Dapat Tahu Roket Rusia Keluaran Bosnya Bedil Kampung Halaman, Lelaki Ukraine Nekad Tenggelamkan Kapal Bos Sendiri
Seorang kelasi warga Ukraine dilaporkan telah ditangkap di Mallorca dan dituduh cuba menenggelamkan kapal layar yang dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif pengeksport senjata Rusia dan bekas ketua persekutuan helikopter Rusia, Alexander Mikheev. Memetik laporan The Guardian, lelaki yang tidak dinamakan itu telah bekerja di atas kapal tersebut sejak 10 tahun lalu sebagai mekanik. Dia berkata […]

Hollywood Henti Tayang Filem Di Russia, Antara Yang Dibatalkan Ialah ‘The Batman’
Warner Bros dilapor menghentikan terbitan The Batman di Russia beberapa hari sebelum ia ditayangkan di pawagam di sana. Hollywood bertindak sedemikian berikutan menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Menurut Al-Jazeera, Warner Bros, Walt Disney Co dan Sony Pictures berkata pada Isnin lalu bahawa mereka akan ‘menjeda’ tayangan filem mereka di Russia. Setiap studio mempunyai keluaran […]
TERKINI: Letupan Dahsyat, Detik Bom Rusia Didakwa Hentam Kawasan Orang Awam Di Ukraine
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kubala, mendakwa Rusia terus menyasarkan kawasan orang awam dalam serangan terbaharunya. Melalui video yang dikongsi beliua, sebutir misil yang dilancarkan tentera Rusia meletup di kawasan orang awam di Central Freedom Square di Kharkiv. ”Putin tidak mampu mematahkan semangat Ukraine. Jadi, kerana marah dia melakukan jenayah perang, membunuh orang awam yang tidak […]
Enggan Pakai Baju Solidariti Untuk Ukraine, Ini Alasan Pemain Bola Turki
Tindakan pemain bola sepak Turki, Aykut Demir yang enggan memakai t-shirt Solidariti Untuk Ukraine dalam satu perlawanan menerima kecaman banyak pihak. Bagaimanapun, beliau tampil mendedahkan alasan tersendiri disebalik tindakan tersebut. Pemain bola sepak Turki itu yang merupakan kapten kelab Erzurumspor merupakan satu-satunya pemain di atas padang yang tidak menyarung t-shirt Solidariti Untuk Ukraine yang tertera […]
Padah Serang Ukraine, Tali Pinggang Hitam Taekwondo Putin Ditarik Balik
Persatuan Taekwondo Dunia (World Taekwondo) memutuskan untuk menarik balik tali pinggang kehormat ke-9 hitam yang pernah diberikan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin pada November 2013. Menurut kenyataan rasmi World Taekwondo, pihak mereka menentang sekeras-kerasnya serangan kejam Russia terhadap Ukraine yang bermula sejak beberapa hari lalu. Difahamkan, peperangan yang berlaku antara Russia dan Ukraine adalah bertentangan […]
Markas Tentera Ukraine Dibom Rusia, Sekurang-kurangnya 70 Terbunuh
Sebuah pangkalan tentera Ukraine di Okhtyrka, bandar antara Kharkiv dan Kyiv, dilapor telah dibom tentera Rusia. Serangan itu menyebabkan sekurang-kurannya 70 askar terbunuh lapor New York Post. Dmytro Zhyvytskyy, Timbalan Menteri Infrastruktur Ukraine, menyiarkan gambar bangunan empat tingkat yang hangus. Pasukan penyelamat dipercayai masih lagi mencari mangsa dalam runtuhan. Kemudian, selain pangkalan tentera Ukraine yang […]