Berita›Luar Negara
Tentera India Temui 7 Mayat Anggotanya Yang Maut Dalam Runtuhan Salji Di Arunachal
NEW DELHI, 9 Feb (Bernama) — Tentera India menemui mayat tujuh anggotanya yang terkorban dalam runtuhan salji di wilayah timur laut pada ketinggian 14,500 kaki. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada Ahad selepas anggota yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh. “Mayat kesemua tujuh mangsa ditemui di tapak runtuhan salji. Malangnya, […]

Remaja Maut Ditetak Enam Lelaki, Dituduh Mencuri Padahal Tengah Cari Kucing
Seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan telah maut ditetak oleh enam orang penduduk di Tarumajaya, Kabupaten Bekasi selepas dituduh mencuri dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu. Memetik laporan Detik News, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak bernyawa dan berlumuran darah. Ketua Polis Tarumajaya, AKP Edy Supriyanto berkata bahawa mangsa telah didakwa mencuri di sebuah […]

(Video) Wanita Pesan Air Ais Limau Tapi Terkejut Dapat Perisa ‘Jentik-Jentik’ Hidup
Rakaman video yang menunjukkan terdapat jentik-jentik di dalam minuman yang dipesan oleh seorang wanita, menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Video yang dimuatnaik di akaun TikTok @s4ulberulah itu mendapat perhatian warganet berikutan beberapa ekor jentik-jentik itu dilihat masih hidup dan bergerak-gerak di dalam air minuman tersebut. Menerusi video, wanita tersebut menunjukkan segelas limau ais yang […]

TERKINI: Gempa Bumi Gegar Jepun
Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada 12.36 pagi sebentar tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 5.3 pada skala Ritcher tersebut terletak di 27.0 darjah utara dan 126.7 darjah timur. Ia juga berlaku dengan kedalaman 10 kilometer dalam serta berjarak sejauh 132 kilometer arah […]

Wanita Kongsi Di Jepun Guna Mesin AI Jadi Juri, Nyanyian Dinilai Tepat Tanpa ‘Bias’ & Markah Kesian
Hari ini, kita dapat lihat penyanyi-penyanyi baru yang menaikkan nama mereka dengan hanya melalui media sosial sahaja. Tanpa bertanding dan tanpa diberikan penilaian dari tempat duduk juri, mereka sudah mampu menjadi seorang yang terkenal. Kepada mereka yang sudah dianugerahkan suara yang merdu atau ‘basic’ dalam nyanyian, mungkin tidak menjadi masalah untuk mereka. Namun, jika dalam […]
(Video) Buat Pertama Kali, Rakaman Buaya Kena Makan Sampai Tinggal Tulang Didedahkan
Sebuah kejadian berlaku apabila tiga ekor bangkai buaya dibaham oleh makhluk laut yang lain. Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Youtube LUMCON, bangkai buaya tersebut dilepaskan ke dasar laut untuk melihat tindak balas makhluk laut yang lain. Apa yang lebih mengejutkan apabila mendapati bahawa reptilia tersebut dikatakan telah dibaham hanya dalam beberapa jam […]

Dakwa Hanya Bercakap Selama 16 Minit, Lelaki Hampir Pengsan Lepas Tahu Dicaj Bil Telefon Sejuta
Seorang lelaki hampir pengsan apabila mengetahui bil telefon yang dikenakan terhadapnya mencecah 200,000 pound sterling (RM1,133,755.34) semasa bercuti bersama keluarga selama empat hari di Turki. Lelaki yang berasal dari Skelmersdale di Lancashire itu mendakwa dia hanya menghantar beberapa e-mel dan menghabiskan hanya 16 minit dalam panggilan telefon semasa perjalanannya ke Marmaris pada bulan Oktober lalu. […]

(Video) Dipapah Saat Lihat Jenazah Anak Dikebumikan, Suasana Hiba Iringi Majlis Pengebumian Rayan
Pemergian Rayan Awram, kanak-kanak Maghribi yang terperangkap berhari-hari di dalam sebuah telaga sedalam 32 meter cukup memberi kesan mendalam kepada masyarakat dunia. Rayan yang meninggal dunia pada usia lima tahun dikebumikan semalam di daerah Ighran, dekat Chefchaouen di utara Maghribi. Pengebumian Rayan yang penuh emosi itu turut dihadiri ratusan penduduk bagi memberi penghormatan terakhir kepada […]
Gara-Gara Tak Nak Bayar Caj Bagasi, Lelaki Ni ‘Lahap’ Sekotak Limau Sekaligus
Bercakap soal perkhidmatan penerbangan, yang sering diberi perhatian adalan bayaran bagasi yang akan dikenakan. Terdapat peruntukan had bagasi berdaftar secara percuma mahupun berbayar yang diberikan oleh syarikat penerbangan. Namun, ada juga segelintir pengguna yang tidak sanggup kerana bayaran yang dikenakan agak mahal atau melebihi bajet yang telah diperuntukkan. Menerusi artikel Global Times, gara-gara enggan membayar […]
Korea Selatan Hasil Inovasi Baharu Pelitup ‘Separuh’ Muka, Hanya Tutup Hidung
Tular topeng muka terbaru yang dikeluarkan di Korea Selatan yang hanya menutupi hidung, ia mendapat perhatian ramai termasuk akhbar-akhbar dari Barat. Menurut Oddity, topeng itu digelar ‘kosk’ iaitu gabungan ‘ko’ yang membawa maksud hidung dalam bahasa korea. Topeng muka yang dikeluarkan oleh syarikat Antman, Korea selatan itu mempunyai dua bahagian. Salah satu dari bahagian tersebut […]

(Video) Warganet ‘Bengang’, Lelaki Tunjuk ‘Tutorial’ Goreng Telur Hasilnya ‘Mengecewakan’
Video tutorial adalah sebuah penjelasan oleh seorang tutor tentang sesuatu yang tersedia dalam bentuk video. Tujuan video tutorial adalah untuk memberi tunjuk ajar dan mendorong penonton untuk melakukan sesuatu perkara. Namun, berbeza pula dengan satu video tutorial berkenaan cara memasak telur ini. Ianya kerana hasilnya telah mengecewakan ramai warganet. Dalam video yang dimuat naik oleh […]

Hancur Hati, Wanita Tangkap Suaminya Jalin Hubungan Sulit Bersama Adik Kandungnya Sendiri
Hidup berpasangan merupakan fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya seperti siang malam, pasang surut dan sebagainya. Begitu juga dengan manusia, menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk bersama-sama mengharungi segala suka dan duka kehidupan. Tetapi, berbeza pula halnya dengan wanita ini apabila dia mendapati bahawa suaminya menjalin […]
Pecah Rekod Lagi, Ronaldo Muncul Manusia Pertama Miliki Lebih 400 Juta ‘Followers’ Di Instagram
Bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo dilaporkan sekali lagi memecahkan rekod dunia apabila menjadi manusia pertama yang mempunyai 400 juta pengikut di Instagram. Pemain yang berusia 37 tahun itu mempunyai 237 juta pengikut pada 27 September 2021, menjadikannya sebagai lelaki yang paling diikuti. Jumlah itu terus meningkat dan berkembang pesat dalam beberapa bulan. Menurut […]
(Video) Jarak Usia 12 Tahun Bukan Penghalang, Kisah Cinta Guru Ini Bersama Pelajarnya Tular Di Media Sosial
Setiap manusia dijadikan berpasangan, maka cepat atau lambat jodoh pasti akan berkunjung tiba. Tetapi, jodoh itu rahsia Tuhan, tiada siapa pun yang akan tahu mengenai bakal pasangannya kelak. Mungkin si dia merupakan seseorang yang paling tidak disangka-sangka. Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di Indonesia mengenai kisah cinta antara pasangan suami isteri yang dahulunya hanyalah mempunyai […]
(Video) Seram, Google Earth Rakam Kelibat Sosok Seakan Bayang-Bayang Makhluk Asing Di Bumi
Penemuan aneh lagi misteri bukanlah perkara yang janggal lagi buat masa ini. Seperti yang kita dapat lihat, kerap kali video pelik yang akan tular setiap hari, minggu mahupun setiap bulan, pasti ada. Terbaru, aneh dan dalam masa yang ia menyeramkan, menerusi akaun Tiktok Google Earth, ia berjaya merakam sebentuk bayang-bayang yang menyerupai alien di bumi. […]
(Video) Kecoh Rakaman Cahaya Hijau Didakwa UFO, Pakar Yakin Makhluk Asing Datang Melawat Bumi
Seorang wanita dari Taiwan mendakwa bahawa beliau telah berjaya merakam beberapa kilauan hijau yang dipercayai UFO di ladang ternakan di Taitung, Taiwan. Dalam masa sama, penemuan itu dipercayai ‘disahkan’ oleh pakar UFO, Scott C. Waring yang mendakwa bahawa itu adalah bukti bumi dilawati oleh ‘makhluk asing’. Menurut Daily Star, sinaran hijau tersebut dirakam sedang beterbangan […]
Sebanyak 4,700 Lapisan Gigaton Ais Telah Mencair Di Greenland, Cukup Untuk Tenggelamkan Amerika Syarikat
Sebanyak 4,700 lapisan gigaton ais telah hilang di Greenland sejak dua dekad lalu, dalam masa yang sama memberi amaran bahawa jumlah tersebut cukup untuk menenggelamkan Amerika Syarikat di bawah o.3 meter air. Menurut Daily Mail, penemuan itu adalah hasil kajian analisis data Denmark dari satelit Gravity Recovery and Climate Experiment (GRACE) yang terkumpul sejak April […]
Bas Pelancong Terbabas, 13 Individu Maut
Sebuah bas pelancong dilapor terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya di Kawasan Bukit Bego, Yogyakarta pada Ahad, lapor CNN Indonesia. Menurut pihak berkuasa tempatan menerusi CNN Indonesia, kemalangan tersebut telah meragut kira-kira 13 nyawa pelancong yang menaiki bas itu “Jumlah keseluruhan penumpang 42 orang termasuk kru dan 13 meninggal dunia, selebihnya hanya mengalami kecederaan […]
Kematian Tragis Adik Rayan Mengingatkan Arab Saudi Kepada Lama Al-Rouqi
Seluruh dunia kini berduka cita dengan pemergian adik Rayan Oram, kanak-kanak warga Morocco berusia lima tahun yang terperangkap ke dalam perigi berkedalaman 32 meter sejak Selasa lalu. Peristiwa yang bakal jadi sejarah pahit ini telah mencengkam jiwa kita semua. Namun takdir sudah ditentukan, usaha ramai pihak yang cuba menyelamatkan kanak-kanak itu akhirnya berakhir dengan kematian. […]
(Video) Sebak, Penyampai Berita Menangis Teresak-Esak Semasa Tengah ‘Live’ Lapor Kisah Rayan
Berita mengenai nasib kanak-kanak lima tahun, Rayan Oram yang terperangkap di dalam perigi di sebuah kampung di Maghribi mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia. Rata-rata warganet turut mendoakan agar kanak-kanak tersebut berjaya dikeluarkan dari perigi sedalam 32 meter itu. Memikirkan keadaannya yang duduk seorang diri di dalam perigi tersebut selama berhari-hari, sesiapa sahaja pasti […]