BeritaLuar Negara

Kesihatan
Pesakit Ini Dilapor Merupakan Wanita Pertama Di Dunia Yang Dipercayai ‘Sembuh’ Dari Virus HIV
Buat pertama kalinya, seorang wanita di Amerika Syarikat dilaporkan telah sembuh daripada penyakit HIV. Wanita yang digelar sebagai ‘pesakit New York’ oleh saintis di Pusat Perubatan New York-Presbyterian Weill Cornell di New York City itu telah berjaya melawan virus tersebut selepas menerima kaedah rawatan sel stem. Wanita itu merupakan manusia keempat yang pernah sembuh daripada […]
Berita
TERKINI: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangkap 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan
Usaha kini sedang giat dilakukan bagi menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap sedalam 10 meter (33 kaki) di dalam perigi di wilayah Zabul, selatan Afghanistan. BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar Pasukan penyelamat yang dibantu dengan mesin jentolak beserta orang awam berkumpul di kawasan tersebut, […]
Luar Negara
Hari Bahagia Bertukar Tragedi, 13 Tetamu Majlis Perkahwinan Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Perigi
Detik bahagia bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, maut selepas terjatuh ke dalam perigi di satu majlis perkahwinan di utara India, kata pihak berkuasa dari negeri Uttar Pradesh pada hari Rabu. Menurut polis daerah Kushinagar, mangsa yang kesemuanya terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak itu sedang duduk di atas kepingan […]
Luar Negara
Gempar, Kota ‘Hantu’ Ini Muncul Semula Selepas Hampir 30 Tahun ‘Menghilang’
Sebuah bandar hantu di Sepanyol telah kembali muncul selepas tenggelam dalam empangan terbiar selama beberapa dekad. Kemunculan bandar ini juga telah menggemparkan penduduk tempatan dan menjadi tempat pelancongan baharu untuk pelancong. Dilaporkan oleh news.com.au, runtuhan bandar Aceredo timbul semula selepas musim kemarau melanda kawasan itu. Hujan yang tidak turun selama dua bulan telah membawa runtuhan […]
Berita
Aneh, Wanita Panik Alami Bengkak Susu Hingga Bahagian Bawah Ketiak Selepas Bersalin, Rupa-rupanya…
Tular satu video di laman Tiktok mengenai seorang wanita mengalami perkara yang tidak dijangka selepas melahirkan bayi kembar tiga. Difahamkan ketiaknya dipenuhi dengan susu ibu. Berdasarkan laporan daripada Insider, wanita ini pada mulanya tidak dapat menghasilkan susu namun selepas tiga hari melahirkan anak-anaknya, payudaranya mula membengkak. Pada awalnya, wanita ini tidak terkejut kerana dia pernah […]
Berita
Kenali ‘Graham’, Mutan Yang Dicipta Pakar, Satu-satunya ‘Manusia’ Dipercayai Paling Selamat Dalam Kemalangan Kereta
Sebuah kumpulan yang terdiri daripada doktor, artis dan juga pakar dalam kemalangan kereta bekerjasama dalam menciptakan manusia mutan bernama Graham, satu-satunya ‘manusia’ dipercayai terselamat dalam kemalangan kereta. Menurut Mirror, mutan itu diciptakan tanpa leher, selain mata dan hidung yang cekung dan terdapat beg udara di antara setiap rusuknya. Difahamkan, Ia adalah gambaran manusia yang diperlukan […]
Luar Negara
(Video) Gara-gara Percaya Bomoh, Wanita Rela Kepala Ditanam Paku Sebab Teringin Nak Anak Lelaki
Seorang wanita hamil di Pakistan membiarkan kepalanya ditanam dengan sebatang paku sebagai ‘petua’ untuk mendapatkan zuriat lelaki, memetik laporan Oddity Central. Lebih malang lagi, paku tersebut ditanam oleh seorang bomoh yang dia percaya boleh beri jaminan bahawa dirinya akan melahirkan bayi lelaki kelak. Bagaimanapun wanita itu terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Peshawar akibat cedera […]
Berita
(Video) Pasar Unik, Beli Barang Tak Pakai Duit Sesen Pun, Hanya ‘Bayar’ Pakai Doa Je
Membeli barangan dapur suatu perkara rutin yang dilakukan individu khususnya bagi mereka yang sudah berumahtangga. Sedar tak sedar, setiap kali membeli barangan dapur mesti cecah ratusan ringgit, maklumlah sekarang harga barangan basah memang melambung tinggi. Jadinya, jika dengan kos yang kecil, terpaksalah membeli barangan yang penting sahaja atau beli dengan kuantiti yang sedikit. Kalau ada […]
Luar Negara
(Video) Bekas Presiden Honduras Ditangkap, Disyaki Terlibat Jenayah Dadah & Seludup Senjata
Bekas presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dilapor telah dihadapkan ke mahkamah persekutuan pada 16 Februari semalam, lapor NPR. Menurut NPR, Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan bekas presiden tersebut ditahan untuk perbicaraan atas tuduhan pengedaran dadah dan senjata. Beliau diiringi keluar dari rumah dengan kedua-dua tangan digari dan buku lali di rantai. Selain itu, polis juga […]
Luar Negara
Hari Pertama Jadi “Runner” Motor Dah Kena Curi, Presiden Jokowi Tolong Gantikan Motor Baharu
Presiden Joko Widodo menghantar motosikal baharu kepada pemandu motosikal dalam talian (ojol) selepas mendengar khabar tersebut, lapor CNN Indonesia. Kes pencurian tersebut berlaku ketika Novi, warga Gogor, Wiyung, Surabaya ,yang pertama kali bekerja, sedang mengambil tempahan makanan yang dipesan daripada pelanggan di sebuah gerai. Motosikalnya pada ketika itu diletakkan di suatu tempat yang tidak jauh […]
Luar Negara
Thailand Tukar Nama Rasmi Bangkok, Kini Dipanggil Krung Thep Maha Nakhon
Nama rasmi Bangkok, ibu negara Thailand akan bertukar dan dipanggil Krung Thep Maha Nakhon, lapor Bangkok Post. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pejabat Persatuan Diraja Thailand (ORST). Walau bagaimanapun, menurut laporan, ‘Bangkok’ masih dikekalkan dan diletak di dalam kurungan di sebelah nama baharu dalam urusan rasmi.. Kabinet telah meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai nama […]
Luar Negara
Perenang Dilaporkan Maut Dipercayai Dibaham Jerung Besar
Seorang perenang dilaporkan maut selepas diserang seekor jerung putih besar sepanjang 13 kaki di pantai Buchan Point, Sydney, pada Rabu. Memetik laporan Mirror, nelayan tempatan dan pengunjung pantai tersebut hanya mampu melihat detik ngeri itu dan tidak berdaya membantu mangsa. Perenang yang belum dikenal pasti itu meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan […]
Berita
(Video) Penduduk Dakwa Pokok Mangga Keluarkan Suara ‘Misteri’, Ini Jawapan Pihak Polis
Satu video yang didakwa memaparkan pokok mangga mengeluarkan suara misteri tular di Indonesia beberapa hari lalu, lapor Detik News. Dalam kejadian yang berlaku di Kabupaten Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara itu, penduduk di situ mendakwa bahawa pokok mangga itu mengeluarkan suara seperti orang bernafas. Menerusi video itu, dapat dilihat beberapa orang penduduk menghampiri pokok mangga itu […]
Luar Negara
(Video) Lain Dari Kebiasaan, Lelaki ‘Terkejut’ Jumpa Masjid Bersebelahan Dengan ‘Club’
Tular di media sosial, seorang lelaki berkongsi pengalaman uniknya ketika mencari tempat solat di Tokyo. Pengalaman itu diabadikan melalui video dan dimuat naik di rangkaian media sosial TikTok menerusi akaun @hariwibowo26 pada Selasa 15 Februari 2022. Pada awalnya, lelaki itu membalas komen netizen yang menunggu video tentang pusat hiburan yang terdapat di Tokyo. Bagaimanapun, dia […]
Berita
16 Kali Cuba Kemuka Bukti, Lelaki Akhirnya Dibebaskan Selepas 44 Tahun Dipenjara
Seorang lelaki di Louisiana telah dibebaskan selepas 44 tahun dipenjarakan apabila dia dituduh cuba merogol dua wanita kembar pada ketika itu. Memetik laporan Daily Mail, hakim pada Isnin lalu memutuskan bahawa dia menghadapi perbicaraan yang tidak adil pada tahun 1977. Vincents Simmons yang kini berusia 70 tahun telah berjuang untuk membersihkan namanya sekurang-kurangnya 16 kali […]
Luar Negara
Kisah Bumbung Pesawat Tercabut Di Ketinggian 24 Ribu Kaki Tapi Selamat Mendarat
Setiap kali menaiki kapal terbang, pastinya kita sedikit sebanyak diselubungi perasaan khuatir, tambahan pula bagi yang jarang menggunakan pengangkutan udara ini. Selama pesawat digunakan sebagai salah satu medium pengangkutan, bermacam-macam peristiwa berkait nahas kapal terbang yang telah berlaku di seluruh dunia. Salah satu peristiwa kapal terbang yang sehingga kini tercatat dalam sejarah penerbangan adalah insiden […]
Luar Negara
(Video) Tak Tahan Bunyi Bising Masa ‘Zoom Meeting’, Lelaki Nekad Acu Pistol Pada Pekerja Binaan
Aksi lelaki yang seakan koboi kerana mengacukan pistol ke arah pekerja binaan selepas tidak tahan terganggu semasa ‘Zoom Meeting’ jadi tular di media sosial. Seperti yang diketahui, suspek lelaki berumur 54 tahun yang berlagak seperti ‘koboi’ itu telah mengacukan pistol ke arah pekerja binaan di Pondok Indah, Jakarta Selatan. Lelaki itu kini berjaya ditahan. Ketua […]
Luar Negara
Misteri Kanak-Kanak Hilang Dua Tahun Terungkai, Ditemui Selamat Bawah Tangga
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang telah dilaporkan hilang sejak dua tahun lalu akhirnya ditemukan selamat setelah disembunyikan di sebuah bilik rahsia yang terletak di bawah tangga. Menurut Mirror, kanak-kanak berkenaan ‘diculik’ oleh ibu bapanya ketika dia berumur empat tahun, selepas mereka kehilangan hak penjagaan terhadap anak mereka sendiri. Kanak-kanak itu dilaporkan hilang dari […]
Berita
(Video) Padah Tak Menyabar Nak Lintas, Motosikal Lelaki Ini Hancur Dirempuh Kereta Api
Mengerikan, seorang penunggang motosikal nyaris digilis kereta api dalam kejadian yang dirakam pada Sabtu lalu. Memetik laporan Suara.com, video tular itu memperlihatkan keadaan ‘lalu lintas’ di bahagian jalan persimpangan kereta api. Beberapa orang pengguna jalan itu dilihat memberhentikan kenderaan mereka di belakang palang kereta api. Pun begitu, seorang lelaki yang menaiki motosikal terus meluru ke […]
Luar Negara
Jika Rusia Menyerang Ukraine, Perang Terbesar Selepas Perang Dunia Kedua Boleh Berlaku
Lebih 70 tahun berlalu sejak Perang Dunia Kedua berlaku. Namun, sekiranya Rusia menyerang Ukraine, ia dikatakan akan menjadi perang terbesar di Eropah selepas tahun 1945. Untuk pengetahuan, Ukraine dan Rusia telah mengalami konflik sejak tahun 2014 dan ia sedikit demi sedikit menambahkan ketegangan antara kedua negara itu. Menurut Profesor dalam bidang Sains Politik Universiti California, […]