Berita›Luar Negara

(Video) Pengantin Tiba-tiba Histeria, MUA Terpaksa Solek Wajah Pengantin Tengah Pengsan
Bermacam-macam ragam yang kita lihat mengenai kisah MUA dan juga pengantin. Antara yang selalu kita dengarkan apabila solekan yang diminta menjadi mimpi ngeri buat pengantin pada hari perkahwinannya. Namun, tular satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok yusnitanurwijayant mengenai kejadian yang dirasainya semasa menyolek wajah pengantin. Apa yang anehnya adalah dia berkongsikan pengalamannya […]

Masuk Hari 3 Serangan Rusia, Ukraine Lapor 198 Orang Awam Terkorban & Lebih 1,000 Cedera
Menteri Kesihatan Ukraine memaklumkan angka kematian akibat serangan dari Rusia terus meningkat kepada 198 dan lebih 1,000 telah cedera pada Sabtu. Memetik daripada laporan tempatan, Menteri Kesihatan, Viktor Lyashko berkata seramai 198 orang awam terbunuh termasuk 3 kanak-kanak setakat ini. Tambahnya lagi, jumlah mangsa yang cedera turut meningkat kepada 1,115 orang termasuklah 33 kanak-kanak di […]

Maut Dipercayai Selepas Terjatuh Dari Bot Laju, Mayat Pelakon Terkenal Thailand Ditemui
Pelakon Thailand terkenal, Tangmo Nida yang jatuh dari sebuah bot ditemui terapung di Sungai Chao Phraya berhampiran jeti Pibul Songkhram 1 di Nothaburi pada Sabtu. Nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong dipercayai terjatuh daripada bot laju pada Khamis lalu. Abang mangsa, Dayos Detjob yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat telah mengesahkan mayat tersebut adalah adiknya. Dia […]
India Tarik Diri Sertai Latihan Pesawat Multinasional Di UK
NEW DELHI, 26 Feb (Bernama) — Tentera Udara India (IAF) berkata pihaknya tidak akan menghantar jetnya untuk menyertai latihan multinasional di Britain bulan depan. “Berikutan peristiwa baru-baru ini, IAF memutuskan untuk tidak menggunakan pesawatnya untuk Exercise Cobra Warrior 2022 di United Kingdom (UK),” ciap Tentera Udara India di akaun Twitter pada Sabtu, tanpa menyatakan sebabnya. […]

‘Dimarahi’ Anak Kerana Tak Kaya, Ayah Hanya Mampu Ketawa & Sabar Layan Karenah Anak
Anak merupakan permata hati kedua-dua ibu bapa. Segala perkara yang dilakukan adalah untuk memberikan keselesaan dan kebahagian kepada anak-anak mereka. Namun, setiap anak pastinya akan berasa sedih melihat ibu dan ayah mereka bertungkus lumus mencari wang bagi menyara mereka. Walaupun hasil yang didapatinya sedikit, namun ia sudah cukup memadai. Asalkan anak dan keluarganya tidak putus […]

(Video) Rakyat Ukraine Beratur Dapatkan Senjata Untuk Menentang Rusia
Setelah tentera Rusia menceroboh Kyiv Jumaat lalu, pasukan tentera Ukraine dilaporkan mula membekalkan senjata kepada rakyat untuk sama-sama mempertahankan ibu negara mereka. Para penduduk dilaporkan berbaris di pusat pengedaran senjata di pusat kota Kyiv bagi mengambil senapang selepas presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyeru sukarelawan untuk mengangkat senjata. Menurut The New York Times, dianggarkan sebanyak 18,000 […]

Kereta Kebal Rusia Didakwa Langgar Kereta Penduduk Ukraine
Beberapa video yang menunjukkan kereta kebal melanggar kereta warga tempatan dipercayai di Ukraine, tular di media sosial. Kereta kebal yang datang dari arah bertentangan itu didakwa milik Rusia dan dilihat merempuh sebuah kereta jenis sedan berwarna hitam, lapor Daily Mail. Memetik laporan Daily Mail, kereta kebal tersebut berkemungkinan adalah 9K35 Strela-10 milik Rusia yang berfungsi […]

(Video) Aksi Berani Wanita Ukraine, Selamba Tempelak Tentera Rusia Bersenjata
Seorang wanita Ukraine dengan berani bersemuka dengan tentera Rusia yang lengkap bersenjata setelah tentera pimpinan Presiden Vladimir Putin itu menceroboh negara mereka. Rakaman video aksi berani wanita berkenaan sempat beredar di media sosial, dipercayai berlaku di wilayah Kherson, tepatnya di daerah Henychesk, timur Ukraine. Dalam video itu, dapat dilihat seorang wanita berdiri di tepi jalan […]
Perancis Umum Bantuan €300 Juta Untuk Ukraine
PARIS, 26 Feb (Bernama) — Perancis akan menghantar €300 juta (US$337.56 juta) bantuan kepada Ukraine, umum Presiden Emmanuel Macron pada Jumaat, lapor Xinhua. “Kami juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyediakan peralatan pertahanan yang mereka perlukan,” kata Macron. “EU (Kesatuan Eropah) mesti menjadi kuasa yang lebih berdaulat dalam hal tenaga, teknologi dan ketenteraan […]

Presiden Ukraine ‘Turun Padang’ Bersama Tentera, “Ini Mungkin Kali Terakhir Anda Melihat Saya Hidup”
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dipercayai ‘turun padang’ bersama pasukan pertahanan dan rakyat Ukraine untuk menentang Rusia, setelah negara itu bertindak melancarkan serangan sejak beberapa hari lalu. Zelenskyy juga sempat merakam dirinya bersama barisan pimpinan Ukraine yang lain di luar bangunan presiden di Kyiv dan kini dikatakan berada di bunker rahsia. “Kami semua di sini. Tentera kita […]
(Video) “Saya Tampil Bukan Sebagai Presiden..,” Ucapan ‘Menyentuh Hati’ Presiden Ukraine Untuk Rakyat Rusia
Sejak serangan demi serangan dilancarkan oleh Rusia, presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melakukan seribu satu cara untuk menghentikan serangan tersebut. Selain cuba menghubungi kerajaan Rusia untuk menarik semula arahan serangan, Zelenskyy turut memberi ucapan ‘menyentuh hati’ buat rakyat Rusia sebagai usaha pendamaian. Dalam ucapan tersebut, Zelenskyy menyeru rakyat Rusia menggunakan kuasa mereka bagi menghentikan tindakan pemerintah […]
Tujuh Terkorban Akibat Gempa Bumi Di Sumatera Barat – BNPB
JAKARTA, 25 Feb (Bernama) — Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 85 lagi cedera selepas gempa bumi melanda beberapa kawasan di Sumatera Barat pada Jumaat, menurut Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB). Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata lebih 5,000 orang telah ditempatkan di 35 pusat pemindahan di daerah Pasaman Barat. Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota […]

(Video) Rupanya Dulu Pelawak & Pernah Berlakon Jadi Presiden, Kenali Siapa Volodymyr Zelenskyy
Semenjak tercetus ketegangan antara Rusia dan Ukraine baru-baru ini, dunia kini tertumpu kepada pemimpin dua negara seteru tersebut yang bertanggungjawab mentadbir dalam situasi krisis. Nama Vladimir Putin, pemimpin Rusia yang telah dua kali memegang gelaran presiden ini mungkin sudah tidak asing lagi di telinga masyarakat dunia. Namun berbeza pula dengan presiden Ukraine, Volodymyr ZelenskyY ini. […]
Tentera Russia Dilapor Berjaya ‘Mendarat’ Di Lapangan Terbang Gostomel, Luar Kyiv
Tentera Russia telah berjaya melakukan operasi pendaratan di Lapangan Terbang Gostomel di luar Kyiv, lapor CTGN. Memetik daripada laporan Business Insider, angkatan tentera Ukraine dan Russia telah berjuang untuk mengawal lapangan terbang tersebut. Peranan lapangan terbang tersebut adalah sebagai pusat kargo dan lokasinya berdekatan dengan ibu negara. Jadi, ia dapat membantu serangan Russia. Selain itu, […]

(Video) Tanya Pemimpin 27 Negara Eropah, “Adakah Kami Diterima Masuk NATO”, Presiden Ukraine Dakwa Semua Takut Nak Jawab
Semenjak Rusia melancarkan serangan skala penuh terhadap Ukraine, banyak kerosakan dilaporkan berlaku di Ukraine dan turut melibatkan kehilangan nyawa. Namun setakat ini, Ukraine dikatakan masih bertahan tanpa bantuan dari negara luar walaupun telah berunding dengan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Hal ini turut disuarakan presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy melalui sebuah rakaman video […]
Amerika Syarikat Lancar Serangan Udara Pertama Terhadap Somalia Selepas 6 Bulan
Amerika Syarikat dilaporkan telah melancarkan serangan udara melalui dron terhadap militan Al-Shabab di Somalia minggu ini selepas serangan pertama pada Ogos tahun lalu. Menurut Markas Pemerintahan Afrika Amerika Syarikat (AFRICOM), serangan terdahulu yang dilancarkan ke atas Al-Shabab di Cammaara, Somalia pada 24 Ogos 2021 adalah sebagai bentuk bela diri. Memetik The New York Times, serangan […]
Ukraine Dakwa Tahap Radiasi Di Loji Nuklear Chernobyl Meningkat Selepas Ditawan Rusia
Agensi Nuklear Ukraine mendakwa bacaan tahap radiasi di tapak bekas Loji Nuklear Chernobyl meningkat selepas kawasan berkenaan ditawan Rusia semalam. Ahli Parlimen, Verkhovna Rada, dilapor turut memuat naik peta haba Chernobyl yang menunjukkan bacaan radiasi meningkat bermula 6 pagi tadi. Peta haba berkenaan dikeluarkan oleh Pusat Keselamatan Nukler dan Radiologi Ukraine. Bacaan radiasi juga didakwa […]
Selepas Diserang Rusia, Ukraine Perintahkan Lelaki Umur 18 Hingga 60 Tahun Jangan Tinggalkan Negara
Semua lelaki Ukraine berusia 18 hingga 60 tahun kini dilarang keluar dari negara, menurut perkhidmatan kawalan sempadan Ukraine. Menurut laporan Vice, larangan ini akan berkuatkuasa sepanjang tempoh darurat yang diisytiharkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Khamis, setelah Rusia melancarkan serangan ke atas negara itu. “Perkhidmatan Kawalan Sempadan Ukraine melaporkan, oleh kerana perintah darurat diisytiharkan di […]
Tentera Rusia Didakwa Memakai Seragam Tentera Ukraine Menuju Ke Kyiv
Russia kini didakwa dalam perjalanan menuju ke ibu kota, Kyiv dengan memakai pakaian seragam tentera Ukraine selepas merampas kenderaan tentera milik negara itu, lapor The Spectator Index. Agensi Maklumat Bebas Ukraine (UNIAN) memetik portal Republic World melaporkan, pergerakan tentera Russia dalam pakaian seragam Ukraine menuju ke Kyiv itu telah disahkan oleh pegawai pertahanan. Sebelum itu, […]

(Video) Kami Telah ‘Ditinggalkan’ Sendirian Untuk Mempertahankan Negara – Presiden Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa mereka telah ‘ditinggalkan sendirian’ untuk mempertahankan negara daripada serangan berskala penuh oleh tentera Russia sehingga mengorbankan ratusan nyawa rakyat Ukraine. Menerusi satu rakaman video, Zelenskyy menyoal mengenai ‘bantuan’ daripada negara luar untuk menyekat kemaraan Russia ke atas bumi Ukraine. ”Kami telah ‘ditinggalkan’ sendirian untuk mempertahankan negara kami, siapa yang berani […]