Berita›Luar Negara

Makam Imam al-Bukhari Di Uzbekistan Yang Diiktiraf Dunia
Imam al-Bukhari merupakan salah seorang ulama hadis yang terkemuka dalam dunia Islam. Beliau dilahirkan di Bukhara pada 21 Julai 810 dan meninggal dunia di Khartang (sekarang di daerah Chelak Wilayah Samarkand), iaitu 25km dari Samarkand, Uzbekistan. Imam al-Bukhari juga dikebumikan pada tahun 870. Dikatakan tempat itu telah lama ditinggalkan selama berabad-abad. Walau bagaimanapun, makam itu […]

Wanita Dihukum Penjara, Kantoi Menyamar Jadi Doktor Lebih 3 Tahun
Seorang wanita di Perancis telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menyamar sebagai doktor dan pakar oftalmologi selama bertahun-tahun tanpa sebarang latihan perubatan. Memetik laporan Oddity Central, wanita berusia 31 tahun itu mula memutuskan untuk menjadi seorang doktor pada tahun 2018. Difahamkan, wanita itu sebenarnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah. Pun begitu, […]

Lelaki Dipenjara 18 Minggu & Sebatan, Pasang Kamera Intip Anak Sendiri Salin Pakaian
Singapura – Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu dan sebatan selepas didapati bersalah merakam video anak perempuannya sendiri yang berusia 13 tahun sedang membuka pakaian di dalam bilik, lapor CNA. Memetik laporan The Mothership, lelaki berusia 43 tahun itu telah mengaku memasang kamera pengintip yang menyerupai pengecas USB untuk merakam anak perempuannya […]

Mike Tyson Tumbuk Lelaki Mabuk, Bengang Kena Provok
Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson menumbuk seorang lelaki mabuk semasa dalam pesawat yang dinaikinya gara-gara hilang sabar selepas diprovok banyak kali, lapor TMZ Sports. Menurut laporan, kejadian yang berlaku kira-kira 10:30 malam itu terjadi semasa pesawat berkenaan baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang San Fransisco menuju ke Florida. Difahamkan, menurut saksi kejadian, segalanya bermula […]

Pemimpin Korea Utara-Selatan Bertukar Surat, Jalin Hubungan ‘Mesra’
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dilapor bertukar surat dan jalin hubungan ‘mesra’ dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, lapor Aljazeera. Menurut Aljazeera, bagi media Korea Utara, tindakan Kim tersebut disifatkan sebagai berita positif yang jarang berlaku antara kedua-dua negara. Difahamkan, media Korea Utara melaporkan bahawa Moon menghantar surat kepada Kim awal minggu ini dan berkata, […]

Budak 4 Tahun Maut, Nenek Paksa Minum Arak
Seorang budak perempuan berusia empat tahun maut selepas dipaksa minum minuman beralkohol di Baton Rouhe, Louisiana baru-baru ini, lapor CNN. Namun lebih malang, dia dipaksa minum minuman tersebut oleh nenek dan ibu kandungnya sendiri dalam kejadian tragis itu. Berdasarkan laporan, segalanya bermula apabila kanak-kanak tersebut meminum sedikit minuman itu yang berada di kaunter di sebuah […]

Bot Persiaran Hilang Di Jepun, 4 Mangsa Ditemukan
TOKYO, 24 April (Bernama) — Empat penumpang bot pelancong KAZU 1 yang dilaporkan hilang di pantai Hokkaido Jepun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor Sputnik memetik penyiar NHK. Dalam kemas kini pada Ahad, NHK melaporkan penyelamat menjumpai tiga lagi penumpang namun keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan. Pada Sabtu, bot persiaran KAZU 1 menghantar isyarat […]

Lebih 100 Terbunuh Letupan Di Kilang Penapisan Minyak Haram Di Nigeria
ABUJA, 24 April (Bernama) — Lebih 100 orang terbunuh berikutan letupan di loji penapisan minyak haram di Imo, selatan Nigeria, lapor Agensi Berita Xinhua memetik sumber rasmi dan tempatan pada Sabtu. Letupan berlaku lewat Jumaat di loji penapisan minyak haram di kawasan Egbema dekat sempadan antara Imo dan Rivers. “Berlaku kebakaran di tapak loji haram yang mengakibatkan lebih 100 rentung […]

Pengantin & Katerer Ditahan, Didakwa Jamu Ganja Dalam Hidangan Kenduri
Pengantin dan katerer ditahan selepas semua tetamu undangan di sebuah majlis perkahwinan dilapor sakit akibat makan makanan yang dipercayai dicampur dengan ganja. Menurut Insider, pengantin tersebut yang dikenali sebagai D (bukan nama sebenar), 42, melangsungkan perkahwinan di The Springs Clubhouse di Longwood, Florida pada 19 Februari lalu. Berdasarkan laporan, majlis tersebut yang dihadiri seramai 40 orang […]

Bayi Lahir Dengan Dua Zakar, Satu Terpaksa Dibuang
Seorang bayi lelaki di Sao Paulo, Brazil dilapor lahir dengan memiliki dua zakar yang masing-masing bersaiz kecil dan besar, lapor Mirror. Bagaimanapun salah satu zakarnya yang bersaiz besar terpaksa dipotong dan dibuang kerana dibimbangi mendapat risiko kesihatan. Menurut Mirror, kelahiran unik yang digelar sebagai Diphallia itu merupakan keadaan yang jarang berlaku dan hanya terjadi satu […]

Macam “Thesis”, Tajuk “Asignment” Budak Sekolah ‘Pondok’ Di Indonesia Ini Buat Ramai Ternganga
Tidak dinafikan, ketika berada di peringkat sekolah menengah banyak subjek yang memerlukan pelajar melakukan pembentangan di hadapan murid lain, seperti diperingkat universiti juga. Bagaimanapun, di peringkat lebih rendah ini, biasanya tajuk-tajuk yang diberikan tidaklah terlalu “advance” dan boleh difahami sesuai dengan peringkat umur pelajar itu. Lain pula yang berlaku di salah sebuah sekolah agama di […]

Lelaki Didenda Kerana Bayang-Bayang Keretanya Melepasi Parkir OKU
Seorang pemandu tidak percaya bahawa dia telah dikenakan saman sebanyak RM364 hanya kerana bayang keretanya berada di ruang parkir Orang Kurang Upaya (OKU). Menurut Metro UK, Matthew Cole telah meninggalkan kereta jenis Ford bewarna perak di luar Pajabat Pos Blackheath di Lewisham, London pada Mac yang lalu. Difahamkan, bayang-bayang keretanya telah masuk ke tapak parkir […]

Netflix Dilapor Akan Masukkan Iklan
Syarikat penstriman atas talian, Netflix dilapor bakal menawarkan harga pakej lebih murah, tapi turut memasukkan sekali ruangan iklan dalam penstrimannya, lapor CNBC. Ketua pegawai eksekutifnya, Reed Hastings berkata, pertambahan iklan tersebut adalah bagi menampung harga pakej yang semakin murah serta kos yang tinggi. Jelas Hastings, menawarkan pakej lebih murah kepada pelanggan sambil ‘diselangi’ dengan ruangan […]

Fasiliti Nuklear Israel ‘Diserang’ Landak Perosak
Sebuah fasiliti nuklear paling ‘terahsia’ di Israel berada dalam ancaman bahaya gara-gara ‘diserang’ landak perosak yang menjadikan kawasan itu sebagai ‘rumah’ mereka. Menurut Daily Star, Pusat Penyelidikan Nuklear Shimon Peres di Negev, Tel Aviv itu mula didatangi kawanan landak sejak beberapa tahun yang lalu. Difahamkan, pada awalnya haiwan itu datang sebagai satu kumpulan yang kecil, […]

Empat Planet Di Langit Singapura, Sejajar Dalam Garisan & Boleh Dilihat Dengan Mata Kasar
Empat planet di langit Singapura yang berada dalam kedudukan sejajar dalam garisan dapat dilihat jelas dengan mata kasar pada 19 April baru-baru ini. Menurut Mothership, gambar-gambar fenomena tersebut telah dimuat naik di laman Facebook milik CloudSpoting dan SkySpoting Singapura dan beberapa halaman astronomi lain. Kelihatan sejak Mac 2022 Menurut laman Facebook Stargazing Singapura, Marikh, Zuhrah […]

Sibuk Kerja Sampai Tak Sempat Ambil Cuti, Doktor Nekad Buat Majlis Kahwin Di Hospital
Kerana terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat mengambil cuti, seorang doktor memutuskan untuk mengadakan majlis kahwin di hospital. Doktor bius dari China ini telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya yang juga seorang jururawat, pada 16 April lalu. Menurut media tempatan, kedua-dua mereka yang dikenali sebagai Zhou Guanhua dan Wang Bingbing berkhidmat di hospital yang sama iaitu […]

Melawan Stigma, Peniaga ‘Street Food’ Bersih & ‘Handsome’ Di India Tular
Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan satu video penjual makanan yang berwajah tampan dan bersih di negara India. Penjaja makanan di negara India sering dianggap kurang pembersih kerana video-video yang berlegar di media sosial menunjukkan cara mereka menyediakan makanan yang terlihat kurang beretika dan memualkan. Malah ada sesetengah dari mereka menyediakan makanan menggunakan tangan […]

Lelaki Dakwa Dirasuk Roh Pendendam, Tuntut Bayar ‘Hutang’ Kalau Tak Mahu Disumpah
Seorang lelaki Thailand dari wilayah Chon Buri mendakwa bahawa roh pendendam telah merasuki tubuhnya dan memaksanya untuk membunuh diri sebanyak dua kali serta memintanya untuk membayar hutang sebanyak 20,000 baht (RM2,531). Memetik laporan portal The Thaiger, seorang sami Buddha yang berkomunikasi dengan roh tersebut memberitahu bahawa roh berkenaan telah meminta lelaki itu supaya menjadi sami […]

Cemas, Troli Meluru Laju Dari ‘Travelator’ Pasar Raya, Rempuh Pengunjung Sampai Terlentang
Dalam kesesakan di pasar raya, terlanggar satu sama lain mungkin perkara biasa, tapi lain pula dengan pengunjung yang kena langgar dengan troli ini. Kalau sebelum ini para pengunjung yang berlanggar sesama sendiri, pengunjung salah sebuah pasar raya di Singapura ini pula kena ‘langgar lari’ dengan troli. Dua pengunjung ini terakam kamera litar tertutup (CCTV) dilanggar […]

Dikehendaki Di 200 Negara, Raja Dadah Mexico Berjaya Ditahan Lepas Kekasih ‘Upload’ Gambar Di FB
Seorang raja dadah terkenal yang dikehendaki di hampir 200 negara akhirnya berjaya dikesan dan ditahan pihak berkuasa selepas teman wanitanya memuat naik gambar mereka berdua di Facebook. Memetik laporan Daily Mail, lelaki berusia 39 itu telah ditangkap di sebuah kompleks pangsapuri di bandar Cali di Colombia di Valle del Cauca, barat daya ibu kota Bogota. […]