Berita›Luar Negara

Luar Negara
Pesawat Bawa 126 Penumpang ‘Terhempas’ & Terbakar, Gear Pendaratan Gagal Berfungsi
Sebuah pesawat yang membawa 126 penumpang dilaporkan telah terhempas ketika ingin mendarat di Lapangan Terbang Miami dan terbakar, semalam. Memetik laporan Sky News, pesawat Red Air MD-82 itu dilaporkan terpaksa mendarat secara terhempas dan ‘tergelincir’ di landasan sebelum ‘merempuh’ menara komunikasi dan terus terbakar. Difahamkan, kapal terbang tersebut baru tiba dari Santo Domingo, Republik Dominica […]
Berita
Peralatan Banyak Kena Sekat, Rusia Terpaksa Hasilkan Kereta Tanpa Beg Udara, ABS & ESC
Syarikat pengeluaran kereta terkenal di Russia terpaksa mengeluarkan kenderaan tanpa beg udara (airbags) disebabkan oleh sekatan berikutan perang Ukraine, lapor NBC. Difahamkan, kilang milik Avtovaz yang mengeluarkan kereta model Lada tidak dapat mengimport alat ganti yang paling penting disebabkan oleh sekatan tersebut. Oleh itu, mereka terpaksa mencipta jenis kenderaan baru Lada Granta dengan hanya mempunyai […]
Luar Negara
Gempa Bumi Afghanistan: Sekurang-Kurangnya 255 Terkorban, Ratusan Cedera
Satu gegaran gempa bumi bermagnitud 5.9 berlaku di Afghanistan hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 255 terkorban, selain ratusan lagi cedera, lapor AFP sebentar tadi. Jurucakap kerajaan, Mohammad Naeem berkata, gempa bumi itu berpusat di wilayah Paktika di timur negara berkenaan hingga dirasai kira-kira 119 juta penduduk, merujuk SCMP. “Berdasarkan maklumat, bilangan mangsa korban di wilayah Paktika dan […]
Luar Negara
Tak Sempat Serang, Buaya ‘Terciduk’ Kepala Kena Ketuk Dengan Kuali
Belum sempat nak menyerang, seekor buaya terpaksa ‘terciduk’ malu selepas kepala kena ketuk dengan kuali oleh seorang lelaki dalam kejadian di Australia baru-baru ini, lapor Metro UK. Dalam satu rakaman video, lelaki tersebut, Kai Hansen yang juga pemilik sebuah resort sempat bertindak pantas ‘membantai’ haiwan reptilia sepanjang 2.5 meter itu secara dekat-dekat. Difahamkan, kejadian itu […]
Luar Negara
Kanak-Kanak Tertusuk Sengat Ikan Keli Di Dada Ketika Memancing
Seorang kanak-kanak dilaporkan tertusuk sengat ikan keli sewaktu keluar memancing bersama keluarganya dalam kejadian di US baru-baru ini, lapor Metro UK. Menurut sumber Bomba dan Penyelamat Pasco, kejadian itu berlaku semasa budak 10 tahun itu sedang memancing di New Port Richey di Utara Tampa, Florida. Jurucakapnya, Corey Dierdroff berkata, selepas terkena sengat ikan itu, ibu […]
Berita
Restoran Terapung Jumbo Hong Kong Karam Di Laut China Selatan
HONG KONG, 22 Jun (Bernama) — Restoran Terapung Jumbo, destinasi menjamu selera terbesar di dunia, karam di Laut China Selatan beberapa hari selepas ia ditunda dari pelabuhan Hong Kong setelah hampir setengah abad berlabuh di situ. Restoran terapung tiga tingkat setinggi 260 kaki itu mempunyai rekaan unik seperti sebuah istana empayar China, berlabuh di pelabuhan Aberdeen […]
Luar Negara
Warga Emas Beli Ayam Guna Duit Mainan, Kantoi Tipu Polis
Seorang warga emas ditahan polis selepas guna duit mainan untuk beli ayam di sebuah pasar di Tulang Bawang Barat, Lampung, Indonesia baru-baru ini. Menurut laporan Tribun, warga emas berusia 72 tahun tersebut melakukan perkara itu kerana mahu mendapatkan duit yang sebenar. Difahamkan, pada asalnya suspek mendakwa bahawa duit mainan yang digunakannya itu diberi oleh majikannya […]
Berita
Singapura Kesan Satu Kes Import Cacar Monyet
SINGAPURA, 22 Jun (Bernama) — Singapura mengesahkan satu kes import jangkitan cacar monyet atau monkeypox di republik itu membabitkan seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), lelaki itu berada di sini antara 15 hingga 17 Jun 2022 dan sekali lagi pada 19 Jun. “Beliau disahkan positif cacar monyet pada […]
Berita
Singapura Lapor Kes Import Pertama “Monkeypox” Libatkan Warga Britain
SINGAPURA- Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)mengesahkan terdapat satu kes import jangkitan Monkeypox dikesan di sana. Pesakit tersebut merupakan seorang lelaki warga Britain berusia 42 tahun bekerja sebagai seorang pramugara. Difahamkan lelaki itu berada di Singapura pada 15 dan 17 Jun serta 19 Jun ketika dia memasuki dan keluar dari negara itu. Dia kemudiannya disahkan […]
Luar Negara
Youtuber Rugi RM176 Juta Gara-Gara Melabur Di Kripto
Seorang ahli tinju US yang juga merupakan Youtuber, Jake Paul terpaksa berputih mata apabila rugi sebanyak RM176 juta gara-gara melabur di platform kripto, lapor Inven Global. Menurut podcast abangnya, Logan Paul, mendedahkan bahawa adiknya itu kini ‘miskin’ selepas sebahagian besar kekayaannya musnah sekelip mata dalam platform mata wang digital itu. Dalam sebuah klip video, Logan […]
Berita
Lelaki Dihukum Penjara Seumur Hidup, Bunuh Jiran Sebab ‘Parking’
ENGLAND – Seorang bekas tentera, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 38 tahun setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh jirannya kerana parking. Lelaki berusia 35 tahun itu telah didapati bersalah membunuh sepasang suami isteri di rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset dengan menggunakan keris istiadat ketenteraan miliknya pada November tahun lalu. Kejadian […]
Luar Negara
Wanita Berdepan Detik Cemas, Dipatuk Ular Di Bahagian Mata Ketika Hendak Buka Pintu Rumah
KENTUCKY – Seorang wanita mengalami detik cemas selepas dipatuk seekor ular tepat pada bahagian mata sewaktu dia sedang membuka pintu rumahnya. Menurut Daily Star, ular tersebut dilaporkan membelit dirinya di penyangkut perhiasan yang tergantung di pintu rumah wanita berkenaan sebelum bertindak mematuk matanya. Ibu kepada tiga anak itu, Mara Jo Thomas, turut menceritakan kejadian itu […]
Luar Negara
Sekumpulan Saintis Dakwa Manusia Mampu Bernafas Melalui Punggung
Sekumpulan saintis mendapati bahawa adalah tidak mustahil untuk bernafas melalui punggung, lapor Daily Star. Menerusi laporan di dalam jurnal Clinical and Translational Resource and Technology Insights, para saintis telah menjalankan beberapa eksperimen terhadap tikus dan babi berdasarkan metabolisme perlahan bagi penyu. Dalam eksperimen itu, usus haiwan-haiwan tersebut akan digosok bagi menipiskan lapisan mukosa yang mengurangkan halangan […]
Berita
Bayi Berusia Sebulan Dilapor Maut, Dirampas & ‘Diculik Sekumpulan Monyet Semasa Menyusu
Seorang bayi berusia sebulan di Tanzania dilaporkan maut selepas ‘diculik’ oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah. Menurut portal The Citizen, insiden itu berlaku di kampung Mwamgongo di Kigoma, Tanzania pada Sabtu lalu. Difahamkan bahawa sekumpulan monyet itu telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan merampas bayi tersebut daripada pangkuan ibunya sebelum melarikannya. Kejadian […]
Luar Negara
Bugatti RM9 Juta Milik Ronaldo Yang Dipandu Pekerjanya ‘Barai’, Tak Sengaja Rempuh Dinding
Sebuah kereta mewah jenama Bugatti milik bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan di Sa Coma, Majorca, Sepanyol, semalam. Memetik laporan Economic Times, kereta Bugatti Veyron yang dibeli pada 2018 itu telah dipandu oleh pekerja Ronaldo. Difahamkan, pekerja itu telah merempuh tembok di pusat peranginan pantai timur Sa Coma. Dia yang […]
Berita
Kos Perkahwinan Di Arab Saudi Antara Paling Murah Di Dunia – Statistik
RIYADH – Kos mengadakan majlis perkahwinan di Arab Saudi dilaporkan adalah antara yang paling rendah di dunia, walaupun berlaku peningkatan kos sejak tahun lalu. Kos purata untuk membuat majlis perkahwinan di Arab Saudi selama setahun menyaksikan lonjakan besar sebanyak 32 peratus. Namun, apa yang menariknya ia lebih rendah daripada kos perkahwinan yang di buat seperti […]
Luar Negara
Nelayan Tangkap Ikan Pari Gergasi Sepanjang 4 Meter
Seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan pari gergasi sepanjang kira-kira empat meter di Sungai Mekong di selatan Stung Treng, timur laut Kemboja baru-baru ini, lapor CNA. Difahamkan, ikan air tawar itu telah ditangkap oleh seorang nelayan tempatan sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama, sekumpulan penyelidik perikanan turut turun padang dan tiba di lokasi […]
Berita
Guna Telefon Sambil Tengah Cas, Tangan Wanita Melecur Pengecas Terbakar
Seorang wanita warga Singapura yang tinggal di Melbourne, Australia dilaporkan melecur tahap pertama dan kedua pada bahagian tangan selepas pengecas telefon miliknya terbakar ketika sedang digunakan. Berita Harian Shin Min (SMDN) melaporkan bahawa wanita berusia 51 tahun itu sedang melakukan penggilan video dengan rakannya dan menyedari bahawa bateri telefonnya hampir habis. Oleh itum dia mengecas […]
Berita
Elak Bergaduh, Lelaki Belanja RM 50 Ribu Belikan Hadiah Sama Untuk Lapan Isteri
Seorang lelaki dan ‘influencer’ terkenal Brazil, Arthur O Urso mendedahkan dia telah berbelanja wang hampir RM 50 ribu untuk membahagiakan lapan isteri sempena Hari Valentine. Lelaki berkenaan sebelum ini menjadi tajuk utama apabila dia berkahwin dengan sembilan wanita atas alasan untuk meraikan ‘kebebasan bercinta’. Bagaimanapun baru-baru ini, dia memfailkan penceraian dengan salah satu isterinya dan […]
Berita
Krisis Minyak Makin Meruncing, Sri Lanka Terpaksa Tutup Semua Sekolah
Kementerian Pendidikan Sri Lanka mengarahkan pada Sabtu lalu untuk melaksanakan penutupan sekolah di Colombo pada minggu ini kerana sedang bergelut dengan krisis kekurangan bahan api yang teruk yang menjejaskan pengankutan darat seluruh negara hampir terhenti. Difahamkan, Sri Lanka telah menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948 dulu lagi, kejatuhan mata wang asing untuk […]