Berita›Luar Negara

4 Terbunuh, Beberapa Yang Lain Cedera Letupan Di Universiti Di Karachi, Pakistan
ISLAMABAD, 26 April (Bernama) — Empat orang maut dan beberapa mangsa cedera dalam satu letupan di premis sebuah universiti di Karachi, Pakistan pada Selasa, memetik laporan tempatan. Sebuah van yang diletakkan di premis universiti tiba-tiba meletup dan terbakar, lapor Xinhua. Jenis bahan letupan belum dapat dipastikan lagi dan polis memanggil skuad pemusnah bom untuk menentukan […]

“Tukang Masak Putus Cinta, Restoran Tutup Seminggu”, Notis Penutupan Restoran Ini Tular
Sebuah restoran di Jurong, Singapura dipercayai telah ditutup selama seminggu selepas tukang masaknya didakwa patah hati kerana putus cinta. Memetik laporan Mothership, foto papan tanda sementara dalam bahasa Cina yang memaklumkan mengenai penutupan restoran itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook. “Cef kami putus cinta, dia kini sedang mencari ketenangan. Kami akan berehat selama seminggu […]

Siasatan Selesai, Polis Sahkan Tangmo Bukan Mati Dibunuh Sebaliknya Disebabkan Kecuaian
Selepas siasatan selama berbulan-bulan ke atas kematian pelakon Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong selesai, pihak polis akhirnya membuat kesimpulan bahawa mendiang meninggal dunia disebabkan lemas dan kecuaian rakan-rakannya. Memetik laporan The Thaiger, lima rakannya dan seorang lelaki yang didakwa melatih mereka telah didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuk kecuaian yang membawa kematian. Mereka juga menghadapi pertuduhan kerana […]

Wanita Dilapor Maut Lepas Bergaduh Dengan Anak Yang Menghidap Autisme & Kemurungan
Singapura – Seorang wanita dilapor meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya di kepala selepas bergaduh dengan dua anak lelakinya yang merupakan penghidap autisme dan mengalami kemurungan. Memetik laporan The Straits Times, insiden yang menimpa wanita berusia 52 tahun itu bermula setelah anak lelaki sulungnya mengesyaki bahawa dia mempunyai hubungan sulit. Difahamkan, pergaduhan antara mereka tercetus […]

Elon Musk Terima Kunjungan Delegasi Indonesia Hanya Dengan Berbaju T-Shirt
Pengasas Tesla, Elon Musk hari ini menerima kunjungan sebuah delegasi korporat dari Indonesia, namun apa yang menariknya, beliau kelihatan begitu ‘santai’ dengan berbaju t-shirt sahaja. Salah seorang ahli perniagaan Indonesia yang menyertai delegasi tersebut, Anindya Novyan Bakrie berkongsi detik bersejarah bertemu dengan orang antara terkaya di dunia itu menerusi laman Facebook miliknya hari ini. “Alhamdulillah […]

Keluarga Tertinggi Di Dunia, Purata Masing-masing Setinggi 2 Meter
Sebuah keluarga di Esko, Minnesota di US secara rasminya diiktiraf sebagai keluarga tertinggi di dunia dengan memiliki ketinggian purata 203.29 sentimeter. Ketua keluarga tersebut, Scott Trapp memiliki ketinggian setinggi 202.7 sentimeter, manakala dua anak perempuannya, Savanna dan Molly masing-masing setinggi 203.6 sentimeter dan 197.26 sentimeter. Sementara itu, isterinya, Krissy Trapp pula menganggap dirinya merupakan yang […]

Israel Buka Semula Lintasan Erez Untuk Pekerja Palestin
Israel buka semula Lintasan Erez untuk pekerja Palestin yang memasuki negara itu, selepas serangan roket dari arah Gaza kian reda. Kerajaan Israel akan membuka semula Lintasan Erez yang merupakan satu-satunya laluan dari Gaza ke negara itu untuk golongan pekerja selepas menutupnya dua hari lalu, lapor AFP baru-baru ini. Unit dari Kementerian Pertahanan Israel, COGAT memaklumkan, […]

Sepanyol Beku Akaun Bank, Sita Kapal Dan Harta Milik Oligarki Rusia
OVIEDO (Sepanyol), 26 April (Bernama) — Pihak berkuasa Sepanyol membekukan 12 akaun bank dan dana serta menyita tiga kapal layar dan 23 harta milik oligarki Rusia sejak krisis di Ukraine bermula, kata ketua setiausaha negara pada Isnin. Bercakap di parlimen Sepanyol, Oscar Lopez berkata rampasan itu sejajar dengan sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah ke atas […]

Rasmi, Elon Musk Beli Twitter RM 191 Billion
Manusia terkaya di dunia dan juga pengasas jenama Tesla, SpaceX dan beberapa syarikat teknologi lain, Elon Musk secara rasmi telah membeli aplikasi sosial popular, Twitter. Menurut laporan GSM Arena, beliau membayar sebanyak USD 44 billion (RM 191 billion) bagi menjadi pemilik aplikasi tersebut, dengan setiap saham perlu dibayar USD 54.20 ( RM 236) seunit. Bagaimanapun, […]

Saintis Beri Amaran, Dunia Diramal Kehabisan Makanan Menjelang 2050
Masa semakin suntuk, saintis beri amaran bahawa dunia diramal akan kehabisan makanan sepenuhnya menjelang tahun 2050. Memetik laporan India Times, amaran itu menandakan bahawa dunia sedang menuju ke arah krisis makanan global besar-besaran. ‘Kiraan detik kiamat’ dilancarkan Mereka telah melancarkan ‘kiraan detik kiamat’ bermula pada Ahad lalu dan mengatakan bahawa dunia mempunyai masa selama 27 […]

Banduan Paling Ganas & Berbahaya Di Britain Dibenar Pelihara Burung Dalam Penjara
Banduan paling ganas dan berbahaya di Britain telah dibenarkan untuk memelihara burung di penjara sebagai langkah untuk menghilangkan tekanan dalam penjara kepada mereka. Memetik laporan The Sun, banduan itu adalah banduan Kategori A yang melibatkan pengganas, pembunuh dan perogol. Mereka dilaporkan perlu mendapat kebenaran mengikut budi bicara gabenor terlebih dahulu. Mereka dipercayai boleh membeli burung […]

Berang Kena Campak Dulang, Peniaga Nekad ‘Ketuk’ Kepala Pelanggan Guna Senduk
Tular satu video yang memaparkan seorang peniaga bertindak nekad memukul remaja lelaki yang merupakan pelanggannya dengan menggunakan senduk dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Sengkang, Singapura. Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan penjaja tersebut sedang bertengkar dengan seorang pelanggan, lapor Mothership. Sebelum kejadian, peniaga itu pada awalnya dilihat sedang memasak mi […]

‘Stress’ Kena Buang Kerja, Lelaki Nekad Lempar 7 Butir Bom Tangan Dalam Rumah Jiran
Seorang lelaki dilaporkan telah membaling tujuh butir bom tangan ke arah rumah jirannya dalam kejadian di wilayah Ubon Ratchathani, Thailand. Memetik laporan Utusan TV, kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada Sabtu. Difahamkan, tiga orang jiran suspek telah cedera pada bahagian kaki dan muka selepas terkena kesan letupan bom tersebut. Ketika kejadian, […]

Tular Video Jemaah Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Jumaat
Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan detik-detik seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat. Memetik laporan portal Radar Tegal, lelaki yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 50 tahun itu sedang bersujud sebelum rebah dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Masjid Al-Muhajidin, Petukangan Utara, Jakarta Selatan, Indonesia pada 22 […]

14 Kucing Terperangkap Dalam Kebakaran, Ditemui Tidak Sedarkan Diri
Sebanyak 14 ekor kucing yang terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Singapura baru-baru ini ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Menurut Singapore Civil Defence Force (SCDF), kebakaran tersebut berlaku di Blok 422, Jalan Fajar di sana pada 21 April, kira-kira 8:30 pagi hari kejadian. “Kebakaran tersebut melibatkan barang/kandungan yang berada di kawasan servis […]

Remaja Temui Peti Besi Berisi Duit Berusia 22 Tahun Dalam Sungai
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Peribahasa itu sangat sesuai untuk menggambarkan situasi yang terjadi kepada seorang remaja dan bapanya yang dilaporkan menemui sebuah peti besi yang mengandungi wang ribuan dolar di sebuah sungai. Memetik laporan Daily Mail, George Tindale, 15, telah melakukan aktiviti ‘magnet fishing’ menggunakan magnet kuat di Sungai […]

Makam Imam al-Bukhari Di Uzbekistan Yang Diiktiraf Dunia
Imam al-Bukhari merupakan salah seorang ulama hadis yang terkemuka dalam dunia Islam. Beliau dilahirkan di Bukhara pada 21 Julai 810 dan meninggal dunia di Khartang (sekarang di daerah Chelak Wilayah Samarkand), iaitu 25km dari Samarkand, Uzbekistan. Imam al-Bukhari juga dikebumikan pada tahun 870. Dikatakan tempat itu telah lama ditinggalkan selama berabad-abad. Walau bagaimanapun, makam itu […]

Wanita Dihukum Penjara, Kantoi Menyamar Jadi Doktor Lebih 3 Tahun
Seorang wanita di Perancis telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menyamar sebagai doktor dan pakar oftalmologi selama bertahun-tahun tanpa sebarang latihan perubatan. Memetik laporan Oddity Central, wanita berusia 31 tahun itu mula memutuskan untuk menjadi seorang doktor pada tahun 2018. Difahamkan, wanita itu sebenarnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Hartanah. Pun begitu, […]

Lelaki Dipenjara 18 Minggu & Sebatan, Pasang Kamera Intip Anak Sendiri Salin Pakaian
Singapura – Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 minggu dan sebatan selepas didapati bersalah merakam video anak perempuannya sendiri yang berusia 13 tahun sedang membuka pakaian di dalam bilik, lapor CNA. Memetik laporan The Mothership, lelaki berusia 43 tahun itu telah mengaku memasang kamera pengintip yang menyerupai pengecas USB untuk merakam anak perempuannya […]

Mike Tyson Tumbuk Lelaki Mabuk, Bengang Kena Provok
Bekas juara tinju dunia, Mike Tyson menumbuk seorang lelaki mabuk semasa dalam pesawat yang dinaikinya gara-gara hilang sabar selepas diprovok banyak kali, lapor TMZ Sports. Menurut laporan, kejadian yang berlaku kira-kira 10:30 malam itu terjadi semasa pesawat berkenaan baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang San Fransisco menuju ke Florida. Difahamkan, menurut saksi kejadian, segalanya bermula […]