Berita›Luar Negara

Singapura Bakal Buka Pusat Daging Ayam ‘Dibiak’ Dari Sel Terbesar Asia
Singapura dilapor bakal membuka pusat ternakan daging ayam dibiak daripada sel terbesar Asia hasil kerjasama dengan firma teknologi makanan dari Amerika Syarikat, Eat Just’s Good Meat, seluas 30,000 kaki persegi di Bedok. Sebelum ini, negara berkenaan juga menjadi negara pertama yang meluluskan penjual daging berasaskan sel, yang juga merupakan produk keluaran firma daripada negara Uncle […]

Mata Sebelah Tak Berkelip, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Lumpuh Sebelah Muka
Pada Jumaat yang lalu, seorang penyanyi dan penulis lagu terkenal, Justin Bieber memaklumkan kepada peminat bahawa beliau akan berehat daripada membuat persembahan kerana mengalami lumpuh pada sebelah muka. Menerusi satu video di akaun Instagram miliknya, penyanyi tersebut menjelaskan bahawa beliau disahkan menghidap Sindrom Ramsay Hunt. Sindrom tersebut menyebabkabnya tidak dapat menggerakkan hampir separuh mukanya. “Semuanya […]

Kelibat Makhluk ‘Pelik’ Persis Manusia Dirakam CCTV, Pihak Berkuasa Mohon Penjelasan Orang Awam
Penduduk di bandar Amarillo, Texas, Amerika Syarikat dilaporkan gempar mengenai penampakan makhluk ‘pelik’ persis manusia yang dilihat di luar zoo tempatan baru-baru ini. Memetik laporan CBS News, pihak berkuasa di bandar itu telah memohon bantuan orang ramai untuk mengenalpasti ‘makhluk misteri’ tersebut. Menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter, gambar yang memaparkan makhluk tersebut dipercayai […]

Fenomena La Nina Diramal Akan Berlarutan Hingga 2023 – Pertubuhan Meteorologi Sedunia
Geneva – Fenomena La Nina diramal akan terus berlarutan sehingga bulan Ogos atau mungkin sehingga musim luruh dan permulaan musim sejuk. Ia dijangka akan memburukkan lagi musim kemarau dan bencana banjir di dunia. Ramalan telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dalam kenyataan akhbar hari ini. Menurut kenyataan itu, beberapa ramalan jangka panjang juga mendapati […]

‘Selfie’ Bertukar Tragedi, Wanita Cemas Rambut ‘Direntap’ Ungka Dalam Sangkar
Belum reda isu seorang lelaki ditarik oleh orang utan, kini negara jiran heboh dengan satu lagi video yang memaparkan rambut seorang wanita telah ditarik seekor ungka. Menurut Suara.com, video tersebut telah tular sejak beberapa hari lalu dan dikongsikan oleh akaun @fakta.indo di Instagram. Menerusi video itu, wanita terbabit dilihat sedang berjalan sendirian di sebuah zoo […]

Dua Pekerja Kilang Terjatuh Dalam Tangki Coklat Diselamatkan
Dua orang pekerja dilaporkan berjaya diselamatkan selepas terjatuh di dalam tangki dipenuhi coklat, dalam kejadian yang berlaku di kilang Mars M&M di Pennysylvania pada Khamis. Memetik laporan CNN, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. “Seorang mangsa dibawa menaiki ambulans dan seorang lagi diangkut dengan helikopter,” kata penolong penyelia Lancaster County 911 Dispatch, […]

Unik, Pengantin Ini Jadikan Udang Galah Goreng Sebagai Mas Kahwin
Majlis akad nikah enam pasangan pengantin di Jogjakarta tular selepas mereka menjadikan udang galah goreng sebagai mas kahwin, lapor Kompas.com. Menurut laporan, majlis pernikahan itu diadakan di kawasan Pantai Krakal, Kapanewon Tanjungsari, Gunungkidul pada Rabu lalu. Difahamkan, pernikahan unik itu juga turut dimulakan dengan tarian nirboyo dan gambyong. Malah, pasangan pengantin juga datang ke lokasi […]

Hiba Dapat Tahu 3 Anak Bukan Zuriat Sendiri, Lelaki Nekad Ceraikan Isteri Dikahwini 16 Tahun
Seorang lelaki berusia 45 tahun di China mahu menceraikan isterinya yang dinikahi selama 16 tahun setelah mendapat tahu dia telah membesarkan tiga anak perempuan yang bukan dari zuriat sendiri. Difahamkan lelaki yang bernama Chen, berasal dari Wilayah Jiangxi, Timur China, mula mengesyaki isterinya berlaku curang padanya pada awal 2022. Menurut Lapor Radio dan Stesen TV […]

Elon Musk Rancang Bina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’, Mahu Angkut 1 Juta Manusia Ke Marikh
Manusia terkaya di dunia, yang juga pemilik SpaceX dan Tesla, Elon Musk merancang untuk membina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’ dimana ia akan digunakan bagi mengangkut satu juta manusia k Marikh. Menurut laporan Bussiness Insider, Musk berkata dengan menjadikan manusia sebagai hidupan multiplanet, ia akan membantu untuk memelihara ekosistem Bumi dengan lebih baik. Beliau bagaimanapun mendedahkan […]

Mujur Tak Kudung, Lelaki ‘Cuak’ Tangan Tersangkut Dalam Sangkar Harimau
Tular video lelaki ‘cuak’ tangan tersangkut pada sangkar harimau, raih dua juta tontonan di TikTok baru-baru ini Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan kejadian seorang lelaki di Indonesia telah ditarik oleh orang utan sehingga menyebabkan bajunya terkoyak. Lelaki itu dipercayai sengaja melompat ke dalam kawasan kandang orang utan tersebut untuk menghasilkan kandungan video. Terbaru, […]

Tak Siapkan Kerja Sekolah, Wanita Tergamak Ikat, Jemur Anak Hingga Melecur Kulit
Gara-gara tak siapkan kerja sekolah, seorang ibu di India dilaporkan tergamak mengikat kaki dan tangan anak perempuannya yang berusia lima tahun serta ‘menjemur’ kanak-kanak itu di bawah panas terik matahari. Memetik laporan India Today, tindakan itu dilakukan sebagai hukuman kerana tak siapkan kerja sekolah terhadap kanak-kanak tersebut. Pihak polis telah menjalankan siasatan selepas video kejadian […]

Kelahiran Anak Lembu Bermata Tiga Gemparkan Penduduk
JAKARTA – Penduduk kampung di Sinjai, wilayah Sulawesi Selatan gempar apabila dikejutkan dengan kejadian yang jarang dilihat iaitu kelahiran seekor anak bermata tiga, lapor laman berita Detik semalam. Apa yang menjadi tumpuan ramai penduduk di situ ialah mata ketiga yang ada pada lembu berkenaan berada di bahagian tengah kepala haiwan tersebut. Menurut Ketua Jabatan Penternakan […]

Berhenti Jual Kentut, ‘Influencer’ Ini Nekad Jual Peluh Payudara Berharga RM2K Sebalang
Stephanie Matto sekali lagi raih perhatian ramai lepas dedah jual peluh berharga RM2K di Instagram miliknya baru-baru ini Beberapa bulan yang lalu, pempengaruh terkenal dari Amerika Syarikat, Stephanie Matto menjadi tular di media sosial selepas mendakwa bahawa dia meraih pendapatan dengan menjual kentutnya di dalam balang. Terbaru, bekas bintang realiti TV itu kini dilaporkan sedang […]

Thailand Membenarkan Rakyatnya Hisap Ganja Di Rumah
Susulan kebenaran tanam pokok ganja bermula hari ini, rakyat Thailand turut dibenarkan hisap ganja di rumah. Pihak berkuasa di Thailand akan membenarkan rakyatnya menghisap ganja di rumah dan tidak akan menahan mereka, lapor Bangkok Post. Bagaimanapun, hukuman akan dikenakan jika ada individu yang menghisap ganja di kawasan awam sehingga menganggu ketenteraman awam. Perkara itu dimaklumkan […]

Berang Disuruh Berhenti Main ‘Game’, Remaja Nekad Tembak Ibu Sendiri
INDIA – Seorang remaja berusia 17 tahun yang ketagihan dalam permainan pertempuran atas talian telah menembak mati ibu kandungnya sendiri dengan menggunakan pistol berlesen milik ayahnya. Insiden sadis itu berlaku apabila ibunya enggan memberi wang sebanyak RM 565 (Rs 10,0000) yang dimahukan untuk dia meneruskan permainan ke peringkat seterusnya, lapor Times of India. Menurut polis, […]

Stesen Penyiaran Korea Selatan Haramkan Dua Lagu Baharu BTS Disiarkan
Dua buah lagu baharu BTS diharamkan untuk disiarkan atau dipersembahkan di stesen penyiaran popular di Korea Selatan. Baru-baru ini, stesen penyiaran popular di Korea Selatan iaitu KBS, telah menyatakan bahawa dua buah lagu dari kumpulan K-Pop terkemuka iaitu BTS di dalam album ‘Proof’ tidak akan disiarkan atau dipersembahkan secara terbuka di rancangan muzik stesen mereka. […]

Lelaki Tekad Tikam Teman Wanitanya, Bengang Diri Diabaikan
Seorang lelaki tekad tikam teman wanitanya menggunakan pisau sebelum bertindak menelan asid dalam satu kejadian di Ranhola, barat Delhi baru-baru ini. Menurut polis, suspek dikatakan baru saja berkahwin dengan seorang wanita lain, namun dalam masa sama, teman wanitanya itu tidak mahu melayannya lagi hingga membuatkannya marah. Difahamkan, segalanya bermula apabila mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke […]

Gambar Kahwin Pasangan Suami Isteri Tular Kerana Suami ‘Sebaris’ Budak
Sepasang pasangan suami isteri di Vietnam menjadi perhatian media selepas gambar perkahwinan mereka tular di media sosial baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian adalah si isteri memiliki ketinggian normal orang dewasa, manakala si suami pula hanya ‘sebaris’ sama tinggi dengan kanak-kanak di sebelahnya. Menurut portal media Wolipop, si isteri, Li Thie Die yang memiliki ketinggian […]

Ahli Arkeologi Mesir Temui Ratusan Artifak Purba, Termasuk Buku Ritual Kematian, Keranda & ‘Dewa’
Sekumpulan ahli arkeologi Mesir temui ratusan artifak purba seperti buku ritual kematian, keranda dan patung gangsa di Tanah Perkuburan Nekropolis Saqqara, dekat Kaherah baru-baru ini. Menurut The Washington Post, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata, artifak-artifak itu dijumpai selepas proses penggalian dijalankan di tanah perkuburan tersebut. “Dalam salah satu sarkofagus (keranda) kayu […]

Ladang Ternakan Tular, Tawar Tiket Percuma Kalau Dapat Tidurkan Kambing
MUTSUSAWA – Sebuah acara yang diadakan di ladang ternakan kambing di Timur Jepun telah tular kerana membenarkan para pengunjung masuk secara percuma dengan syarat, boleh tidurkan kambing dalam pelukan mereka, lapor akhbar The Mainichi. Inisiatif itu membenarkan para pengunjung ladang Mutsuzawa Yagi Bokujo untuk memeluk, mendodoikan dan tidurkan anak kambing yang diabaikan oleh induknya. Menurut […]