Berita›Luar Negara

Lelaki Dilapor Buta, Doktor Dipercayai Tersilap Keluarkan Mata Yang Sihat Sewaktu Pembedahan
SLOVAKIA – Seorang lelaki dilaporkan buta selepas doktor bedah dipercayai tersilap keluarkan mata yang sihat sewaktu pembedahan. Menurut Daily Star, lelaki yang merupakan pesakit di sebuah hospital besar di Slovakia itu sepatutnya menjalani pembedahan pada mata yang rosak, namun kesilapan doktor itu telah memberikan kesan yang buruk pada dirinya serta keluarga. Ekoran itu, pihak hospital […]

Detik Cemas Pentas ‘Roboh’ Tular, Empat Dilapor Maut Puluhan Lagi Cedera Parah Akibat Tertimbus
Sekurang-kurangnya empat orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut manakala puluhan lagi mengalami kecederaan parah selepas pentas utama di gelanggang laga lembu di Colombia runtuh semalam, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku di pusat bandar El Espinal itu, pentas tiga tingkat yang diperbuat daripada kayu dilihat dipenuhi dengan penonton sebelum runtuh dan menghempas ke tanah. Detik-detik […]

Padah Masukkan Rantai Manik Demi Kepuasan Seks, Doktor Terpaksa Belah Zakar Seorang Lelaki
TAIWAN – Seorang lelaki berdepan dengan detik mengerikan apabila zakarnya perlu dibelah dua oleh doktor bagi mengeluarkan rantai manik logam yang tersangkut di dalamnya. Menurut akhbar Daily Star, lelaki itu telah ke hospital kerana mengadu kesakitan yang dialami pada kemaluannya rasa seakan-akan seperti terkena renjatan elektrik. Doktor dari Hospital Shuang-Ho Universiti Perubatan Taipei dilaporkan mendapati […]

Mirip Makhluk Asing, Wanita Gempar Temui Hidupan Pelik Di Pantai Britain
LONDON – Seorang wanita dilaporkan telah menjumpai satu makhluk aneh yang kelihatan seperti makhluk asing di pesisir pantai di Britain. Menurut portal Metro UK, makhluk tersebut telah ditemui di pantai Bennar, berhampiran di Gwynedd, Wales Utara. Shell Longmore, wanita yang menemui makhluk tersebut telah bertindak berkongsikan gambar penemuannya itu di Facebook bagi mencari jawapan Tidak […]

Jepun Umum Warga Asing Boleh Jemput Rakan, Keluarga Guna Visa Pelawat Selama 3 Bulan
Baru-baru ini, kerajaan Jepun mengumumkan visa pelawat baharu yang membenarkan warga asing untuk membawa pasangan, rakan, keluarga atau orang penting ke negara itu, lapor Japan Moments. Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pelancaran visa itu membolehkan mereka yang memasuki negara itu tinggal selama 90 hari bermula Jun 2022 ini. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan visa […]

Johnny Depp Taknak Marah-Marah Amber Heard Dah, Nak ‘Move On’
Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp tidak mahu berdendam lagi dengan bekas isterinya, Amber Heard walaupun selepas hampir sebulan kemenangan kes mahkamah berpihak padanya. Malah menurut sumber rapatnya menerusi Hollywood Life, difahamkan Depp kini mahu ‘move on’ meneruskan hidup baharu dan mendoakan bekas isterinya itu agar tidak lagi mempunyai ‘toksik’ dalam hidupnya. “Dia hanya mahu meneruskan […]

Jokowi Nak Jumpa Zelenskyy & Putin, Damaikan Konflik Ukraine-Rusia
Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berhasrat ingin damaikan konflik tegang yang sedang berlaku antara Ukraine dan Rusia. Menerusi laman Twitter miliknya, beliau bersedia untuk berjumpa dengan presiden kedua-dua negara tersebut, Volodymyr Zelenskyy dan Vladimir Putin bagi mencapai hasrat itu. “Dari Jerman, saya memulakan misi perdamaian ke Ukraine dan Rusia. Saya akan mengunjungi Ukraine, bertemu […]

Bayi Sebulan Maut Selepas Diculik Sekumpulan Monyet Ketika Menyusu
Seorang bayi berusia sebulan dilapor maut selepas diculik oleh sekumpulan monyet ketika menyusu di luar rumah dalam kejadian di Tanzania baru-baru ini, lapor Metro UK. Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan monyet menceroboh sebuah rumah di Kampung Mwamgongo di Kigoma yang bersempadan dengan Taman Negara Gombe pada Sabtu. Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, […]

17 Dilapor Maut Di Sebuah Kelab Malam Di Afrika Selatan, Punca Kejadian Masih Disiasat
Sekurang-kurangya 17 orang telah ditemui maut di sebuah kelab malam di bandar Timur London, Afrika Selatan, lapor BBC. Kesemua mangsa ditemui pada awal pagi hari ini di Enyobeni Tavern. Selain mangsa yang maut, terdapat juga beberapa orang yang mengalami kecederaan. Bagaimanapun, punca kejadian yang membabitkan 17 orang maut di sebuah kelab malam tersebut masih tidak […]

“Aku Dari Keluarga Broken,” Wanita Menangis Histeria Di Kubur, Tak Dapat Terima Pemergian Ayah
Sukar untuk menerima kenyataan bahawa ayahnya telah pergi untuk selamanya, wanita ini menangis histeria sambil memeluk kubur ayahnya. Ikuti artikel ini seperti berikut: Hati anak mana yang tidak hancur apabila kehilangan ibu bapa? Walau bagaimanapun, pemergian insan tercinta itu terpaksa diredhai sungguhpun berat untuk diterima. Begitulah kisah yang terjadi terhadap seorang wanita yang memaparkan dia […]

Pengantin Lelaki Didakwa, Tak Sengaja Tembak Mati Kawan Sendiri Ketika Bersanding
Seorang pengantin lelaki di India dilaporkan telah membunuh seorang kawannya secara tak sengaja sewaktu melakukan upacara tembak tradisional di majlis perkahwinannya. INDIA – Seorang pengantin lelaki di India dilaporkan telah membunuh seorang rakannya secara tidak sengaja sewaktu melakukan upacara tembakan tradisional di majlis perkahwinannya. Memetik Daily Mail, kejadian itu berlaku dalam sebuah majlis perkahwinan yang […]

Hanya Guna iPhone, Remaja Singapura Berjaya Rakam Fenomena 4 Planet ‘Duduk’ Sebaris
SINGAPURA – Seorang remaja berusia 16 tahun berjaya memotret fenomena 4 planet yang ‘duduk’ sebaris menggunakan kamera telefon pada pagi semalam. Menurut Mothership.sg, remaja bernama Charmaine Lee itu hanya menggunakan iPhone 13 miliknya untuk memotret fenomena yang melibatkan planet Jupiter, Marikh, Venus serta Bulan berada dalam satu barisan. Tambahnya lagi, gambar yang diambil pukul 6.33 […]

Penuh Lebam Satu Badan, Remaja 18 Tahun Pukul Ibu Guna Batu Hingga Mati Berjaya Ditahan
Seorang remaja 18 tahun dilaporkan telah ditahan selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dengan memukul menggunakan batu dalam kejadian di Langkat, Desa Paya Bengkuang, Medan, Indonesia. Memetik laporan Tribun News, mangsa yang berusia 54 tahun itu telah ditemui terbaring kaku di atas katil dan berlumuran darah oleh seorang jiran. Melihat keadaan itu, jiran mangsa segera […]

Bangkai Kapal Perang Dunia II Milik Tentera Laut AS Ditemui Di Dasar Laut Filipina
Bangkai sebuah kapal pemusnah milik Tentera Laut AS yang tenggelam semasa Perang Dunia II dilaporkan telah ditemui dalam kedalaman 7,000m dari aras laut di Filipina, sekaligus menjadikannya sebagai kapal karam paling dalam di dunia. Menurut Independent, dua pasukan peneroka dari syarikat teknologi bawah laut iaitu Caladan Oceanic dan EYOS Expedition telah menemui bangkai kapal itu […]

China Dilanda Banjir Terburuk, Netizen Kongsi Detik Cemas Penduduk Terperangkap Diselamatkan
China kini dilaporkan sedang bergelut dengan cuaca ekstrem, yang menyaksikan berlakunya banjir terburuk dan gelombang haba yang tinggi di wilayah tengah dan utara negara itu. Memetik laporan New York Times, paras air di lebih seratus sungai di seluruh negara telah meningkat melebihi paras amaran banjir. Pihak berkuasa di Wilayah Guangdong pada Selasa telah meningkatkan amaran […]

Gara-Gara Mabuk, Lelaki Jepun Dilaporkan Hilangkan USB Mengandungi Data Peribadi Penduduk Bandar
TOKYO – Gara-gara mabuk, seorang pekerja dilaporkan telah menghilangkan pemacu USB yang mempunyai kira-kira setengah juta maklumat peribadi penduduk sebuah bandar di Jepun. Menurut media tempatan, pekerja lelaki yang tidak dinamakan itu telah meletakkan pemacu USB tersebut di dalam begnya sebelum keluar minum bersama rakan sekerja di bandar Amagasaki, barat laut Osaka. Dia dilaporkan telah menghabiskan […]

Saintis Temui Bakteria Dipercayai Terbesar Di Dunia, Bakteria Pertama Dapat Dilihat Dengan Mata Kasar
Saintis dilapor berjaya menemui bakteria dipercayai terbesar di dunia, dikenali sebagai Thiomargarita. Bakteria berkenaan dilaporkan mempunyai saiz kira-kira 50 kali lebih besar berbanding baktera lain dengan panjang 1 cm. Para saintis menemui bakteria tersebut dalam bentuk filamen putih sebesar bulu mata manusia di sebuah paya, Guadeloupe, di Perancis. Secara tidak langsung, ianya dapat diklasifikan sebagai […]

China Bina Jalan Miliki Lebih 200 Selekoh, Bentuk Seakan Naga
Sebuah jalan di China Barat, Jalan Panlong yang dibina berdasarkan laluan purba berjaya mencuri tumpuan dunia apabila mengandungi lebih 200 selekoh dan berbentuk seakan naga. Jalan itu kini menjadi tarikan pelancongan terbaharu di negara tersebut. Bukan itu sahaja, jalan itu kini juga menjadi kawasan tumpuan pemandu-pemandu khususnya bagi mereka gemar dengan pemanduan lasak dan mencabar. […]

Kuwait Umum Cuti Sembilan Hari Untuk Penjawat Awam Sempena Aidiladha
Majlis Menteri Kuwait telah mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan cuti selama sembilan hari untuk menyambut Aidiladha yang akan menjelang tidak lama lagi. Menurut Arab News, menerusi pengumuman tersebut, semua institusi awam, kementerian dan badan kerajaan akan ditutup bermula 10 Julai hingga 14 Julai. Ini bermakna sektor awam akan mendapat cuti sembilan hari secara keseluruhan sempena […]

Masjid Al-Aqsa Mungkin Runtuh, Israel Dipercayai Gali Tapak Bawah Masjid
Pegawai di Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis telah menzahirkan rasa bimbang terhadap kerja-kerja gali dipercayai dilakukan oleh pihak Israel yang didakwa menyebabkan kerosakan dan keretakan pada struktur bangunan Masjid Al-Aqsa hingga berisiko runtuh. Ketua Jabatan Wakaf Islam Al-Aqsa di bandar itu, Azzam Al-Khatib telah memberi amaran bahawa masjid itu mungkin akan runtuh jika penggalian itu […]