Berita›Luar Negara

Rusuhan Stadium: Angka Maut Meningkat 174, Jokowi Rasa Kesal
Insiden rusuhan di Stadium Kanjurahan, Malang malam tadi yang meragut hingga kira-kira 174 nyawa termasuk dua anggota polis mendatangkan rasa kesal kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo. Joko Widodo atau Jokowi dalam satu kenyataan berkata, beliau berharap kematian tragis itu adalah yang kali terakhir berlaku dan tidak berulang lagi pada masa akan datang. “Saya menyesal terjadinya […]

Bilangan Dipercayai Bertambah Setiap Hari, 16 Lubang Gergasi Ditemui Di Turki
Sebanyak 16 mendapan lubang gergasi ditemukan selepas beberapa bulan kemarau berlaku di Lembah Konya, Turki. Memetik Daily Mail, gambar yang diambil memaparkan beberapa lubang yang terbentuk di lembah berkenaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Pakar dari Universiti Teknikal Konya (KTUN), Fetullah Arık menjelaskan bahawa kini terdapat lebih 2,600 mendapan lubang di kawasan tersebut. […]

Rakyat Korea Utara Kembali Pakai Pelitup Muka Hadapi Gelombang Baharu COVID-19
SEOUL, 2 Okt (Bernama) — Bermula Oktober penduduk Korea Utara kembali menggunakan pelitup muka dan pakar kesihatan negara itu menasihatkan orang ramai supaya memakainya sebagai langkah berwaspada terhadap kemungkinan gelombang baharu COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap. Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), di Seoul, pada Ahad menyiarkan gambar warga emas memakai pelitup muka semasa menghadiri sambutan Hari Warga Emas […]

India: Traktor Terbalik, Sekurang-kurangnya 26 Maut
NEW DELHI, 2 Okt (Bernama) — Sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk kanak-kanak dan wanita, terbunuh apabila sebuah trolly tractor terbalik dan terjunam ke dalam kolam di Uttar Pradesh, utara India, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai pada Sabtu. Pegawai pentadbiran daerah Vishak G Iye berkata nahas berlaku di daerah Kanpur Nagar lewat Sabtu apabila traktor yang menarik troli dinaiki mangsa terbalik dan terjunam […]

Mampu Hidup Di Semua Jenis Iklim, Saintis Thailand Cipta Benih Padi Kalis Banjir
Mampu Hidup Di Semua Jenis Iklim, Saintis Thailand Cipta Benih Padi Kalis Banjir Sekumpulan saintis di Thailand telah mencipta benih padi kalis banjir bagi mengatasi masalah sewaktu hujan lebat yang terus melanda di negara itu, lapor The Thaiger semalam. Hom Le Noi merupakan baka baharu dan mampu hidup di semua persekitaran iklim, maklum pasukan penyelidik […]

Insiden Rusuhan Di Stadium: PSSI Gantung Liga Utama Indonesia Selama Seminggu
Insiden Rusuhan Di Stadium: PSSI Gantung Liga Utama Indonesia Selama Seminggu Liga Utama Bola Sepak Indonesia, Liga 1 BRI 2022 digantung selama seminggu selepas insiden rusuhan yang berlaku dalam perlawanan antara Arema FC menentang Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Indonesia. Memetik laporan Tribun Kaltara, Presiden PT liga Indonesia, PT LIB Akhmad Hadian Lukita berkata keputusan itu […]

Insiden Rusuhan Penyokong Indonesia: Angka Kematian Terus Meningkat, 127 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini
Insiden Rusuhan Penyokong Indonesia: Angka Kematian Terus Meningkat, 127 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini Seramai 127 orang dilaporkan terbunuh manakala 180 orang lagi sedang menerima rawatan di hospital dalam satu insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Solo, Indonesia, malam tadi. Memetik laporan Detik.com, Ketua Polis Jawa Timur di Ibu Pejabat Polis (IPD) Malang, Inspektor Jeneral Nico […]

Dunia Diambang Kemelesetan Global, Dubai Siap Sedia Mesin Layan Diri Bekal Roti Percuma Untuk Orang Susah
Dunia Diambang Kemelesatan Global, Dubai Siap Sedia Mesin Layan Diri Bekal Roti Percuma Untuk Orang Susah Dubai, sebuah emiriah Arab yang kaya dengan jutawan di UAE dilapor menyediakan mesin layan diri bagi membekalkan roti secara percuma kepada rakyatnya serta imigran yang kurang berkemampuan dan tertekan dengan kenaikan kos sara hidup. UAE yang kaya dengan minyak […]

Bagi Alasan Sakit Elak Disiasat Kes Rasuah, Ahli Politik Papua Dakwa Hidap Sakit Jantung, Kencing Manis & 4 Kali Strok
Bagi Alasan Sakit Elak Disiasat Kes Rasuah, Ahli Politik Papua Dakwa Hidap Sakit Jantung, Kencing Manis & 4 Kali Strok Seorang ahli politik dari Papua akan dipanggil buat kali ketiga Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia selepas gagal hadir buat kali kedua berturut-turut berhubung siasatan kes rasuah. KPK sebelum ini menyiasat kes rasuah Pemerintah Provinsi Papua […]

Letupan Nord Stream Didapati Bersamaan Dengan Kesan Letupan Ratusan Kilogram TNT
Letupan Nord Stream bersamaan dengan ratusan kilogram TNT Empat kebocoran yang menjejaskan saluran paip gas Nord Stream di lautan Baltik berpunca daripada letupan dalam air yang bersamaan dengan ratusan kilogram bahan letupan TNT, kata laporan Denmark-Sweden pada Jumaat. “Magnitud letupan masing-masing diukur pada 2.3 dan 2.1 Skala Ritcher, dan sepadan dengan muatan bahan letupan seberat […]

Kapten Terbilang, Maguire Mungkin Terlepas “Derby” MU VS MC, Paha Cedera
Maguire bakal terlepas perlawanan Manchester kerana kecederaan di paha Kapten Manchester United, Harry Maguire dijangka akan terlepas perlawanan penting, derby menentang pasukan jiran satu bandar, Manchester City, esok selepas mengalami kecederaan peha. Maguire dilaporkan mendapat kecederaan tersebut ketika rehat antarabangsa dimana dia dipanggil beraksi bersama England untuk beraksi dalam Nation League. Bagaimanapun, dua lagi tonggak, […]

Kapal Perang AS Terpaksa Berlabuh, Ramai Kelasi Kapal Jatuh Sakit Minum Air Tercemar
Kapal Perang AS Terpaksa Berlabuh, Ramai Kelasi Kapal Jatuh Sakit Minum Air Tercemar Lima orang kelasi kapal USS Nimitz dilaporkan telah mengalami refluks asid dan beberapa lagi penyakit lain selepas sistem air pada kapal tercemar dengan bahan api jet. Pegawai tentera laut yang berada di atas kapal tersebut telah mengarahkan semua anak kapal untuk bertemu […]

Tular Detik Cemas Kuil Purba Berusia 500 Tahun Runtuh Dibadai Taufan
Tular Detik Cemas Kuil Purba Berusia 500 Tahun Runtuh Dibadai Taufan Sebuah kuil pagoda lama berusia 500 tahun dan penuh dengan sejarah di Chiang Mai dilaporkan runtuh akibat dari taufan yang melanda bandar tersebut pada petang Jumaat, 30 September 2022. Menurut laporan akhbar berita Coconut Jakarta, kuil yang terletak di Wat Sri Suphan itu telah […]

WHO Dedah 99 Peratus Penduduk Dunia Kini Terdedah Kepada Udara Tercemar
WHO Dedah 99 Peratus Penduduk Dunia Kini Terdedah Kepada Udara Tercemar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir keseluruhan manusia atau 99 peratus populasi global hidup dengan menghirup udara tercemar yang berisiko mengancam nyawa ketika ini. Berdasarkan pemantau kualiti udara yang dibuat ke atas 6000 bandar melibatkan 117 buah negara, didapati warganya menghirup udara tidak sihat […]

Padah Bawa 226KG Daging Dalam Bagasi Ke Singapura, Pelancong China Didenda RM 57k
Padah Bawa 226KG Daging Dalam Bagasi Ke Singapura, Pelancong China Didenda RM 57k Seorang warga China didenda RM 57,000 oleh mahkamah pada Khamis lalu kerana menimport pelbagai produk daging secara haram ke Singapura, menurut kenyataan bersama Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA). Mengikut laporan media tempatan, bagasi miliknya ditemui […]

Pusat Pengajian Di Afghanistan Dibom, Sekurang-kurangnya 23 Pelajar Maut
23 maut selepas letupan bom nekad di Pusat Pendidikan Kabul Satu serangan bom dipercayai serangan berani mati berlaku di sebuah pusat pendidikan di Kabul mengorbankan sekurang-kurangnya 23 nyawa, kebanyakannya dipercayai wanita, hari ini. Pengeboman itu berlaku ketika pelajar di Pusat Pendidikan Kaaj sedang menduduki peperiksaan kemasukan univerisiti, kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Polis […]

Glasier Di Switzerland Mencair Berkali Ganda Cepat Dari Sebelumnya
Glasier Di Switzerland Mencair Berkali Ganda Cepat Dari Sebelumnya Glasier Switzerland telah merekodkan kadar pencairan paling teruk sejak seabad yang lalu dengan kehilangan 6% dari jumlah bakinya tahun ini atau hampir dua kali ganda dari rekod sebelumnya pada 2003. Memetik CNN, pada tahun ini ais cair dalam keadaan yang melampau sehingga batu kosong yang telah […]

Taktik ‘Roket’ Dadah Terbongkar, Polis Temui 8.09 Gram Heroin Dalam Dubur Lelaki Australia
Taktik ‘Roket’ Dadah Terbongkar, Polis Temui 8.09 Gram Heroin Dalam Dubur Lelaki Australia INDONESIA – Seorang lelaki warga Australia telah ditahan oleh Agensi Narkotik Kebangsaan Wilayah Bali (BNNP) kerana menyeludup 8.09 gram heroin. Menurut Ketua BNNP Bali Brigedier Jeneral Gde Sugianyar Dwi Putra mendedahkan suspek menyembunyikan heroin dalam duburnya. “Selepas pemeriksaan, ia ditemui dalam badannya. […]

Penumpang Pesawat America Airlines Bingung, Rakam Suara Aneh Ketika Penerbangan
Penumpang Pesawat America Airlines Bingung, Rakam Suara Aneh Ketika Penerbangan Sebuah video memaparkan bunyi aneh yang dihasilkan daripada sistem pengumuman awam pesawat semasa penerbangan American Airlines dari Los Angeles ke Dallas awal bulan ini menjadi tular. Dilaporkan, penumpang yang menaiki pesawat tersebut bingung apabila mendengar bunyi aneh yang dihasilkan daripada sistem pengumuman pesawat itu. Salah […]

Putin Tandatangani Dekri Iktiraf Kemerdekaan Wilayah Kherson, Zaporizhzhia
MOSCOW, 30 Sept (Bernama) — Presiden Rusia Vladimir Putin pada awal Jumaat menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan wilayah Kherson dan Zaporizhzhia di Ukraine yang ditawan oleh tentera Rusia, lapor Agensi Anadolu. Pungutan suara (referendum) untuk menyertai Rusia diadakan antara 23-27 Sept di Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk, yang berada di bawah kawalan kumpulan pemisah pro-Rusia, dan di wilayah […]