Berita›Luar Negara

Gelandangan Bina Bilik Tidur Di Jejantas, Siap Berlangsir
Baru-baru ini tular seorang gelandangan mengubah sebahagian jejantas pejalan kaki menjadi sebuah ‘bilik tidur’ seperti yang berlaku di daerah Au Thai di wilayah Ayutthaya, Thailand, lapor TheThaiger. Berita itu tersebar selepas seorang pengguna TikTok di Thailand memuat naik video yang memaparkan keadaan ‘bilik’ yang diubahsuai oleh gelandangan tersebut. Berdasarkan rakaman video seperti yang dilapor TheThaiger, […]

18 Terbunuh Dalam Serangan Bom Ketika Solat Jumaat Di Masjid Afghanistan
18 Terbunuh Dalam Serangan Bom Ketika Solat Jumaat Di Masjid Afghanistan Seorang ulama terkemuka dilaporkan adalah antara 18 orang yang terbunuh dalam satu letupan bom di luar sebuah masjid di bandar Herat, Afghanistan. Mujib Rahman Ansari bersama dengan abangnya, anggota keselamatannya dan beberapa orang awam yang berkumpul untuk solat Jumaat dilaporkan telah terbunuh dalam letupan […]

Penyakit Pneumonia ‘Misteri’ Dikesan Di Argentina, Tiga Maut Setakat Ini
Penyakit ‘Misteri’ Dikesan Di Argentina, Tiga Maut Setakat Ini Sekurang-kurangnya tiga maut dan lima lagi dirawat di hospital selepas menghidap radang paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui asal-usulnya, umum pihak berkuasa kesihatan Argentina. Menurut Kementerian Kesihatan Tucuman sebelum ini, sembilan orang individu yang bertugas di sebuah unit kesihatan di pusat kesihatan swasta didapati menghidapi penyakit misteri […]

Tular Rakaman Dipercayai Cubaan Bunuh Timb. Presiden Argentina, Pistol Diacu Depan Muka
Tular Rakaman Dipercayai Cubaan Bunuh Timb Presiden Argentina, Pistol Diacu Depan Muka Seorang lelaki ditahan di Argentina selepas mengacukan pistol ke arah Timbalan Presiden Cristina Fernandez de Kirchner ketika dia beramah mesra dengan penyokongnya di luar kediaman di Buenos Aires pada malam Khamis, 1 September 2022. Memetik Bloomberg, rakaman video tersebut tersebar di media sosial […]

Imej Satelit Dedah Kemusnahan Di Pakistan, Sahkan 1/3 Kawasan Ditenggelami Air
Imej Satelit Dedah Kemusnahan Di Pakistan, Sahkan 1/3 Kawasan Ditenggelami Air Lebih satu pertiga daripada Pakistan dilaporkan telah ditenggelami air akibat banjir selepas neagara itu berbulan-bulan dilanda hujan lebat. Difahamkan, angin monsun yang membawa hujan lebat telah melanda negara Asia itu sejak pertengahan Jun yang lalu. Ia melebihi 10 kali ganda purata nilai hujan tahun […]

Cikgu Tolong Gunting & Bersih Rambut Murid, Kutu Hidup Penuh Di Kepala
Cikgu Tolong Gunting Rambut & Bersih Rambut Murid, Kutu Hidup Penuh Di Kepala Seorang cikgu di Jakarta tular di media sosial selepas dia memuat naik satu video yang memaparkan dia bersama rakan sejawatan memotong rambut dan membersihkan kepala pelajarnya yang penuh dengan kutu menurut Wolipop. Detik cikgu membantu pelajarnya bebas dari kutu menjadi tular selepas […]

Sejam Tak Sedarkan Diri, Pemburu Monyet Tak Sengaja Tertembak Wanita Dengan Ubat Penenang
Sejam Tak Sedarkan Diri, Pemburu Monyet Tak Sengaja Tertembak Wanita Dengan Ubat Penenang JEPUN – Seorang wanita dilapor telah ditembak dengan damak yang diisi dengan ubat penenang secara tidak sengaja oleh pasukan pemburu monyet, lapor Sora News. Kejadian berlaku di Bandar Fuji, selepas beberapa penduduk melaporkan melihat monyet itu berhampiran Stesen Fujikawa, laporan Sora News […]

Perkelahan Bertukar Tragedi, Enam Sekeluarga Maut Ketika Selamatkan 2 Beradik Lemas Berdekatan Air Terjun
Perkelahan Bertukar Tragedi, Enam Sekeluarga Maut Ketika Selamatkan 2 Beradik Lemas Berdekatan Air Terjun INDIA – Enam sekeluarga dilapor maut selepas cuba menyelamatkan dua gadis yang masuk ke dalam air terjun untuk berswafoto. Perkelahan bersama 15 ahli keluarga di Air Terjun Ramdana Chhattisgarh bertukar menjadi tragedi ngeri selepas dua adik beradik masuk ke dalam air […]

Fosil Dinosaur Tertua Ditemui Di Afrika
Fosil Dinosaur Tertua Ditemui Di Afrika Ahli paleontologi dilaporkan berjaya menemui rangka dinosaur tertua di utara Zimbabwe. Fosil dinosaur yang dinamakan Mbiresaurus raathi itu pertama kali ditemui di dua tempat penggalian, iaitu pada tahun 2017 dan 2019 kata saintis, termasuk dari Virginia Tech di AS. Menurut Journal Nature, Mbiresaurus raathi berkemungkinan berketinggian 6 kaki (1.8m) […]

Lelaki Kasari Bini Orang Ditahan Polis, Bengang ‘Chat’ WhatsApp Tak Dibalas
Lelaki Kasari Bini Orang Ditahan Polis, Bengang ‘Chat’ WhatsApp Tak Dibalas Indonesia – Seorang lelaki berasal dari daerah Kediri, Indonesia ditahan oleh pihak polis atas kesalahan mengasari isteri orang. Ketua Polis Daerah Pagu, AKP Agus Sudarjanto menjelaskan kejadian bermula pada Khamis, semasa suspek mengambil mangsa di rumah rakannya dengan menaiki motosikal. Kemudian suspek memberhentikan motosikalnya […]

Bidan Didakwa Cuai, Bapa Terpaksa Saksikan Kepala Bayinya Putus & Tertinggal Dalam Perut Isteri
Bidan Didakwa Cuai, Bapa Terpaksa Saksikan Kepala Bayinya Putus & Tertinggal Dalam Perut Isteri Kepala seorang bayi perempuan dilaporkan telah terputus ketika dilahirkan di sebuah pusat kesihatan di Gajah Mada, Indonesia baru-baru ini. Memetik laporan Detik.com, kejadian itu disaksikan sendiri oleh bapa bayi tersebut ketika proses bersalin. Dakwanya, kepala anaknya putus dan tertinggal di dalam […]

Padi Ditanam Angkasawan China Berjaya Tumbuh Di Stesen Angkasa
Angkasawan China melaporkan telah berjaya menanam anak benih padi di atas stesen angkasa Tiangong dan eksperimen tersebut mungkin memberi gambaran penting tentang cara angkasawan boleh menyediakan sumber makanan untuk menyokong misi angkasa lepas dalam jangka masa panjang, jelas pakar. Walaupun terdapat eksperimen tanaman padi yang sama di stesen angkasa lepas lain, eksperimen yang dijalankan di […]

Budak 12 Tahun Ditahan, Tembak Pelajar Di Sekolah
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditahan polis selepas menembak seorang pelajar dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Oakland di kejiranan Sobrante Park, California dalam kejadian baru-baru ini, lapor Daily Mail. Dalam kejadian yang berlaku di Akademi Madison Park itu, suspek yang melakukan perbuatan tersebut kemudiannya cuba melarikan diri sekitar beberapa jam kemudian […]

Impak Dilanda Banjir Dahsyat, Tasik Seluas 100km Dilapor Terbentuk Di Pakistan
Impak Dilanda Banjir Dahsyat, Tasik Seluas 100km Dilapor Terbentuk Di Pakistan Imej baharu satelit mendedahkan bahawa sebuah tasik seluas 100 kilometer terbentuk di wilayah Sind, Pakistan, dipercayai impak daripada kejadian banjir dahsyat dan luar biasa yang melanda negara itu ketika ini. Menerusi imej-imej yang diambil pada 28 Ogos lalu menggunakan MODIS NASA, ia menunjukkan keadaan […]

Wanita Sangka Dicabul & Dicium ‘Hantu’ Ketika Tidur, Ternyata Meleset Rupanya Kerja Tuan Rumah
Sangkaan seorang wanita yang percaya bahawa dia dicabul oleh hantu ternyata meleset apabila mengetahui bahawa pelaku sebenar jenayah tersebut sebenarnya adalah pemilik rumah yang disewanya. Wanita berkenaan yang tinggal di kompleks perumahan awam HDB mendedahkan seringkali merasa ada ‘sesuatu’ yang menyentuh tubuh termasuk menciumnya ketika tidur. Pada mulanya, dia beranggapan ada gangguan makhluk halus dirumah […]

Ribut Ekstrem Badai Sepanyol, Kanak-Kanak Satu tahun Maut ‘Dihempap’ Hujan Batu
Ribut Ekstrem Badai Sepanyol, Kanak-Kanak Satu tahun Maut ‘Dihempap’ Hujan Batu Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun dilaporkan maut selepas ‘dihempap’ hujan batu besar berukuran empat inci ketika ribut ekstrem melanda Sepanyol. Memetik laporan Daily Mail, kanak-kanak itu adalah salah seorang daripada 30 mangsa yang cedera akibat kejadian hujan batu itu di bandar Catalan, La […]

Suami Disaran Berpoligami Bendung Jangkitan HIV – Timbalan Gabenor Jawa Barat
Suami Disaran Berpoligami Bendung Jangkitan HIV – Timbalan Gabenor Jawa Barat Timbalan Gabenor Jawa Barat, Uu Ruzhanul Ulum menyarankan agar para suami dibenarkan untuk berpoligami bagi mengurangkan masalah jangkitan HIV dalam kalangan masyarakat. Memetik laporan CNN Indonesia, Uu juga meminta lelaki yang sudah berkahwin supaya berhenti melakukan seks bebas kerana berpotensi menularkan HIV kepada isteri […]

Terletak 32 Juta Tahun Cahaya Dari Bumi, NASA Dedah Imej Terbaharu Galaksi Phantom
Terletak 32 Juta Tahun Cahaya Dari Bumi, NASA Dedah Imej Terbaharu Galaksi Phantom Menakjubkan, itu yang dapat diperkatakan apabila melihat gambar terbaharu Galaksi Phantom yang dicerap oleh Teleskop James Webb milik Pentadbiran Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) baru-baru ini. Memetik laporan CNN, Galaksi Phantom merupakan lingkaran sistem suria yang terletak di 32 juta tahun […]

Ngeri, Lori Langgar Tiang Dekat Sekolah, 10 Maut Termasuk Murid Tengah Tunggu Dijemput Pulang
Ngeri, Lori Langgar Tiang Dekat Sekolah, 10 Maut Termasuk Murid Tengah Tunggu Dijemput Pulang Sebuah lori dilapor menlanggar sebatang tiang berdekatan sebuah sekolah hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut, di Bekasi Barat, Indonesia hari ini. Difahamkan lori berkenaan terbabas dipercayai berpunca daripada masalah brek yang gagal berfungsi. Menerusi video yang dimuat naik oleh Detik.com, kebanyakkan […]

Saintis Jangka 110 Trilion Tan Ais Di Greenland Akan Mencair, Paras Air Laut Berisiko Naik Hampir 30cm
Saintis Jangka 110 Trilion Tan Ais Di Greenland Akan Mencair, Paras Air Laut Berisiko Naik Hampir 30cm Kajian sekumpulan saintis mendapati bahawa pencairan ais di Greenland kini tidak dapat dielakkan, biarpun manusia mengambil tindakan segera menghentikan pelepasan gas rumah hijau. Menurut kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal Nature Climate Change, menjangkakan kira-kira 3.3 peratus kawasan […]