Berita›Luar Negara

Kes Pemerdagangan Orang, Polis Thailand Tahan Wanita Tempatan
Kes Pemerdagangan Orang, Polis Thailand Tahan Wanita Tempatan BANGKOK, 1 Nov (Bernama) — Polis Thailand menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan Rohingya ke Malaysia tujuh tahun lalu. Menurut Biro Siasatan Pusat, wanita itu dipercayai menjadi ejen yang membekalkan Rohingya untuk bekerja di Malaysia dan telah ditahan di Kanchanaburi pada Isnin selepas tujuh tahun melarikan diri. “Polis […]

Detik Cemas 180 Penumpang Ketakutan, Enjin Pesawat Terbakar Berjaya Dirakam
Detik Cemas 180 Penumpang Ketakutan, Enjin Pesawat Terbakar Berjaya Dirakam Seramai lebih 180 orang penumpang sebuah pesawat di India berhadapan detik cemas selepas enjin pesawat yang dinaiki mereka dilapor terbakar sejurus ia berlepas, Menurut laporan Mail Online, penerbangan yang membawa seramai 184 orang penumpang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi menuju […]

14 Orang Termasuk Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Chicago
14 Orang Termasuk Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Chicago CHICAGO – Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk seorang kanak-kanak tiga tahun cedera selepas ditembak dalam kejadian yang berlaku pada malam Halloween di bandar Chicago semalam, lapor Mirror UK. Menurut pihak polis, kejadian itu juga memperlihatkan dua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun mengalami […]

Twitter Rancang Kenakan Bayaran Bulanan Bagi Pengguna Yang Ingin Kekalkan “Verification Badge”
Twitter Rancang Kenakan Bayaran Bulanan Bagi Pengguna Yang Ingin Kekalkan “Verification Badge” Twitter dilaporkan bakal mengenakan bayaran $19.99 (RM94.65) setiap bulan bagi langganan Twitter Blue baharu kepada penggunanya, lapor Business Insider. Difahamkan, pelan terbaharu itu bakal dilancarkan tidak lama lagi dan memerlukan pengguna untuk membayar bagi lencana pengesahan mereka (verification badge). Ia dikatakan termasuk dalam […]

Percubaan Seludup 110 Kotak Lebah, Lelaki Sangkut Di ‘Airport’
Percubaan Seludup 110 Kotak Lebah, Lelaki Sangkut Di ‘Airport’ Seorang lelaki warga Georgia ditahan setelah dipercayai menyeludup lebah dengan melekatkan 110 kotak yang mengandungi 1,100 lebah di badannya untuk diseludup ke Turkiye, lapor Daily Star. Difahamkan, lelaki itu yang dikenali sebagai TB telah ditahan di sebuah lapangan terbang di sempadan Turki-Georgia Sarp pada 22 Oktober […]

Lelaki Parah Jari Digigit Penyu
Niat untuk menangkap penyu bertukar menjadi tragedi apabila jari tengah digigit hingga cedera parah dan tidak mahu dilepaskan oleh haiwan itu. Seorang lelaki di Thailand cuba untuk menangkap seekor penyu liar dari sungai Tha Maka di wilayah Kanchanaburi, barat Thailand dalam kejadian baru-baru ini. Akan tetapi niatnya itu terbatal apabila penyu tersebut mengigit jari tengahnya […]

Mangsa Korban Jambatan Runtuh Di India Meningkat Kepada 141
Mangsa Korban Jambatan Runtuh Di India Meningkat Kepada 141 NEW DELHI, 31 Okt (Bernama) — Angka kematian akibat jambatan gantung runtuh pada Ahad di barat India meningkat kepada 141 orang pada tengah hari Isnin. Pasukan penyelamat dari agensi tindak balas bencana negara dan tentera sedang mencari mangsa yang hilang di sungai Machchhu di bandar Morbi di negeri […]

Polis Thailand, Malaysia Lumpuhkan Sindiket Pemerdagangan Orang
BANGKOK, 31 Okt (Bernama) — Polis Malaysia dan Thailand melumpuhkan sindiket pemerdagangan orang dan menyelamatkan empat mangsa yang ditahan di Malaysia. Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat Leftenan Jeneral Jirabhop Bhuridej berkata empat wanita, dua warga Thailand dan dua warga Indonesia, diselamatkan di sebuah hotel di Selangor pada Sabtu. Beliau berkata polis Thailand menahan dua lelaki, seorang di Chachoengsao dan […]

Korea Selatan Berkabung Mengenang Mereka Yang Terkorban Dalam Tragedi Itaewon
Korea Selatan Berkabung Mengenang Mereka Yang Terkorban Dalam Tragedi Itaewon SEOUL, 31 Okt (Bernama) — Jambangan bunga putih dan ucapan takziah diletakkan di altar peringatan, dan kedai-kedai yang menggantung mesej ucapan takziah menutup perniagaan masing-masing di daerah Itaewon di Seoul pada Isnin, ketika Korea Selatan meratapi kematian paling dahsyat akibat rempuhan orang ramai. Altar perkabungan yang sarat dengan […]

Pelakon Lee Ji Han Dilapor Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Itaewon
Pelakon Lee Ji Han Dilapor Terkorban Dalam Insiden Rempuhan Itaewon KOREA – Pelakon Korea Selatan, Lee Ji-Han yang juga dikenali sebagai peserta dalam rancangan televisyen Mnet Produce 101 Musim 2 dilaporkan turut terkorban dalam kejadian rempuhan yang berlaku di bandar Itaewon Sabtu lalu. Memetik laporan Korea JoongAng Daily, berita itu disahkan sendiri oleh agensinya, 935 […]

Jambatan Baru Diubahsuai Runtuh Di India, 132 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini
Jambatan Baru Diubahsuai Runtuh Di India, 132 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini Sekurang-kurangnya 132 orang dilaporkan maut dalam kejadian runtuhan jambatan gantung di Morbi Gujarat, India, semalam. Memetik Laporan Hindustan Times, angka kematian itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri Gujarat, Harsh Sanghavi pada pagi ini. Menurutnya pasukan penyelamat termasuk National Disaster Response Force (NDRF) telah […]

Tragedi Rempuhan Itaewon: Konsert, Perayaan, Promosi Dibatalkan
Persembahan artis-artis terkenal Kpop bersempena sambutan Halloween di Korea Selatan terpaksa dibatalkan ekoran tragedi kematian beramai-ramai di Itaeowon pada Ahad. Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan (Korea Selatan) berkata, pembatalan konsert Busan One Asia Festival K-pop itu dibuat hanya beberapa jam sebelum ia bermula. “Kami membuat keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada 1 hingga 4 […]

Hilang Mata Akibat Kanser, Lelaki Ubah Suai Mata Palsu Letak Lampu Suluh
Hilang Mata Akibat Kanser, Lelaki Ubah Suai Mata Palsu Letak Lampu Suluh Hilang mata akibat kanser, seorang lelaki di Amerika Syarikat (US) mencipta inovasi menarik perhatian ramai dengan menukar bola mata prostetiknya menjadi lampu suluh, lapor NDTV. Menerusi video yang dikongsi Brian Stanley, dia menunjukkan demonstrasi ringkas mengenai keupayaan lampu suluh matanya yang dipanggil sebagai […]

Seakan Tersenyum Ceria, Imej Matahari Dirakam NASA Ini Tular
Seakan Tersenyum Ceria, Imej Matahari Dirakam NASA Ini Tular Satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) dilaporkan berjaya merakam imej matahari yang kelihatan seakan sedang ‘tersenyum’ pada minggu lalu. Memetik laporan The Guardian, foto itu telah didedahkan di laman Twitter @NASASun pada Rabu lalu. “Hari ini Balai Cerap Dinamik Suria NASA merakam gambar matahari ‘tersenyum’. […]

Ribut Tropika Nalgae Landa Filipina, 45 Orang Dilapor Terkorban
Ribut Tropika Nalgae Landa Filipina, 45 Orang Dilapor Terkorban MANILA – Ribut Tropika Nalgae yang melanda Filipina pada Sabtu lalu dilaporkan telah menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang setakat ini. Memetik laporan CNA, ribut itu melanda kepulauan Luzon dengan angin maksimum 95kmj selepas ‘mendarat’ di Pulau Catanduanes sebelum subuh. Difahamkan, […]

Dunia Alami Kerugian Ekonomi Lebih RM75 Trilion Akibat Gelombang Haba Sejak 1990 – Kajian
Dunia Alami Kerugian Ekonomi Lebih RM75 Trilion Akibat Gelombang Haba Sejak 1990 – Kajian Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa dunia mengalami nilai kerugian ekonomi lebih $16 trilion (RM75.56 trilion) akibat fenomena gelombang haba yang mendorong perubahan iklim sejak tahun 1990-an. Memetik laporan Daily Mail, fenomena itu turut mendorong kesan suhu tinggi terhadap kesihatan manusia, produktiviti […]

Dipercayai Melebihi Kapasiti, Puluhan Pengunjung Festival Muzik Di Jakarta Dilapor Pengsan
Dipercayai Melebihi Kapasiti, Puluhan Pengunjung Festival Muzik Di Jakarta Dilapor Pengsan INDONESIA — Sebuah festival muzik dilaporkan terpaksa dihentikan oleh pihak polis berikutan puluhan penonton pengsan dalam kejadian di Istora Senayan, Jakarta Pusat malam tadi. Memetik laporan Detik News, kejadian itu berlaku disebabkan kehadiran pengunjung yang melebihi kapasiti di lokasi tersebut. Berdasarkan imej yang tular di […]

Rempuhan Itaewon: Presiden Korea Selatan Umum Tempoh Berkabung
SEOUL, 30 Okt (Bernama) — Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan insiden rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul yang mengorbankan 151 orang termasuk 19 warga asing, lapor Agensi Berita Yonhap. “Kejadian itu benar-benar ngeri. Tragedi dan bencana pada Sabtu itu tidak sepatutnya berlaku. “Kerajaan […]

Lebih 26 Ribu Haiwan Di Thailand Dilapor Terjejas Akibat Banjir
Lebih 26 Ribu Haiwan Di Thailand Dilapor Terjejas Akibat Banjir THAILAND – Lebih 26,000 haiwan yang terjejas akibat banjir di Thailand telah diselamatkan oleh sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Soi Dog. Memetik laporan The Thaiger, sebanyak 210 tan makanan telah dihantar untuk membantu haiwan-haiwan tersebut. Bantuan telah dihantar di beberapa wilayah khususnya di wilayah […]

Seoul: Sekurang-Kurangnya 149 Maut, 76 Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Pesta Halloween
SEOUL, 30 Okt (Bernama) — Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh manakala 76 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween, lapor Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad. Insiden itu berlaku pada Sabtu malam di kawasan berhampiran Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal, menurut saksi. Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu […]