Berita›Luar Negara

Gempa Bumi Gegar Selatan Sumatera
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan satu kejadian gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 di Selatan Sumatera, Indonesia pada 1:50 petang, sebentar tadi. MetMalaysia dalam kenyataan menyatakan gempa bumi tersebut berpusat pada kedudukan 5.7° S dan 104.3° T dengan kedalaman 148 kilometer (km) serta 117 km barat dari bandar Lampung, Indonesia. Bagaimanapun, menurut MetMalaysia gempa bumi itu […]

Banjir Kilat Landa Selatan Thailand, Hatyai & Songkhla Antara Terjejas Teruk
Hujan lebat yang turun sejak beberapa hari menyebabkan beberapa bandar dan wilayah di selatan Thailand seperti Hatyai di Songkhla, Nakhon Si Thammarat dan Narathiwat dilanda banjir besar. Memetik laporan media tempatan, difahamkan bendera merah amaran telah dikibarkan di pantai Chalatat di Songkhla bagi menasihatkan orang ramai supaya tidak pergi ke laut berikutan ombak setinggi empat […]

Messi: “Saya Tidak Percaya…”
Bintang Argentina, Lionel Messi menyatakan rasa gembiranya yang tidak terhingga tentang pencapaian mereka menjulang semula trofi Piala Dunia pada tahun ini. Messi dalam satu kenyataan berkata, peluang bergelar juara Piala Dunia adalah sesuatu yang sudah lama diimpikannya, sehinggakan dirinya bagai sukar untuk percaya apabila berjaya merangkulnya jua. “Juara dunia! Berkali-kali saya mengimpikannya, saya sangat menginginkannya […]

Tiga Dilapor Maut & 17 Cedera Parah Dalam Insiden Ombak Besar Di Pantai Afrika
Tiga Dilapor Maut & 17 Cedera Parah Dalam Insiden Ombak Besar Di Pantai Afrika JOHANNESBURG – Tiga mangsa dilapor maut serta 17 lagi cedera parah susulan insiden ombak besar yang melanda sebuah pantai di bandar tenggara Durban, Afrika Selatan pada Sabtu. Memetik laporan VOA News, insiden itu berlaku sekitar jam 5 petang di Bay of […]

Legenda Brazil, Ronaldinho Jangka Messi Boleh Bermain Sehingga Usia 50 Tahun
Legenda Brazil Ronaldinho menjangkakan bintang bola sepak terkenal Argentina, Lionel Messi boleh bermain sehingga berusia 50 tahun, lapor Yahoo. Ronaldinho yang juga merupakan sebahagian daripada pasukan Selcao yang memenangi Piala Dunia 2002, memaklumkan dirinya tidak terkejut melihat Messi masih beraksi pada tahap tertinggi di usianya. Apabila ditanya sama ada dia menjangkakan untuk melihat Messi bermain […]

Lebih 100,000 Maut, Ini 10 Tragedi Tanah Runtuh Terburuk Dalam Sejarah
Tanah runtuh adalah bencana alam yang mengancam nyawa. Tidak dinafikan bahawa bencana ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui dan jangkakan. Terdapat banyak punca terjadinya tanah runtuh dan antara yang biasa terjadi adalah akibat pembukaan hutan tidak terkawal, pembangunan di bahagian curam, gegaran gempa bumi dan sebagainya. Oleh itu, kita dinasihatkan untuk sentiasa […]

MBSA Nasihat Tangguh Aktiviti Di Kawasan Berisiko Termasuk Di Setia Alam Hiking Trail
MBSA Nasihat Tangguh Aktiviti Di Kawasan Berisiko Termasuk Di Setia Alam Hiking Trail Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihati orang ramai untuk menangguhkan rancangan di kawasan-kawasan berisiko buat masa sekarang. Menurut akaun rasmi MBSA (@sacitycouncil), kawasan-kawasan berisiko yang dimaksudkan termasuklah aktiviti di kawasan lereng bukit atau cerun dan sebagainya. Selain itu, MBSA turut menasihati orang awam […]

Tak Senang Hati Tengok Bapa Selalu Runsing, Lelaki Nekad Jual Rumah Demi Langsaikan Hutang Bapa
Tak Senang Hati Tengok Bapa Selalu Runsing, Lelaki Nekad Jual Rumah Demi Langsaikan Hutang Bapa Seorang lelaki Arab nekad menjualkan rumahnya demi melunaskan hutang bapanya sebanyak SR 1 juta (RM 1,256,480). Pemberi pinjam tersebut sangat tersentuh dengan tindakan lelaki itu dan mengembalikan semula SR 1 juta kepadanya. Memetik laporan Life In Saudia Arabia (LISA), lelaki […]

Kanak-Kanak Dua Tahun Cedera, Kena Telan Dengan Badak Air Sebelum Dimuntahkan Semula
Kanak-Kanak Dua Tahun Cedera, Kena Telan Dengan Badak Air Sebelum Dimuntahkan Semula Seekor badak air yang kelaparan dilaporkan telah menggigit dan menelan budak lelaki berusia dua tahun sebelum memuntahkannya semula. Difahamkan budak lelaki tersebut sedang bermain di rumahnya di bandar Katwe Kabatoro di daerah Kasese Barat Uganda sebelum disambar oleh haiwan itu dengan menelan kepala […]

Akuarium Gergasi Di Hotel Berlin Pecah, Ribuan Ikan Bergelimpangan Atas Jalan
Akuarium Gergasi Di Hotel Berlin Pecah, Ribuan Ikan Bergelimpangan Atas Jalan Sebuah akuarium gergasi yang mengandungi hampir sejuta liter air di lobi hotel Radisson Blu di Berlin dilaporkan telah pecah dan membanjiri hotel serta kawasan berhampiran, lapor BBC. Akuarium AquaDom adalah akuarium terbesar di dunia yang berketinggian 14 meter dan berbentuk silinder menempatkan kira-kira 1,500 […]

Sering Jerit “Gol” Tengah Pagi, Jiran Nekad Tulis Surat Mohon Perlahankan Suara
Sering Jerit “Gol” Tengah Pagi, Jiran Nekad Tulis Surat Mohon Perlahankan Suara Demam Piala Dunia kini bakal berada di penghujungnya, ramai peminat yang tidak tidur malam semata-mata mahu menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 secara langsung dari Qatar melalui televisyen. Terdapat juga segelintir individu yang sanggup pergi ke restoran untuk menonton perlawanan itu bersama […]

Remaja 15 Tahun Larikan Ambulans Hospital Berjaya Dicekup
Remaja 15 Tahun Larikan Ambulans Hospital Berjaya Dicekup Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun nekad melarikan sebuah ambulans sejauh lapan kilometer tanpa disedari oleh kakitangan hospital di daerah Thrissur, India pada Isnin lepas. Sebelum ini remaja itu dimasukkan ke hospital kerana demam sebelum melarikan kenderaan Ambulans 108 yang diletakkan di perkarangan Hospital Besar Thrissur. Memetik […]

Kem Perancis Diserang Virus MERS, Beberapa Tonggak Utama Disahkan Positif
Kem Perancis Diserang Virus MERS, Beberapa Tonggak Utama Disahkan Positif Persediaan pasukan Perancis untuk perlawanan akhir Piala Dunia menjadi terganggu selepas kem mereka diserang wabak MERS-coronavirus (MERS-CoV) atau ‘selesema unta’. Memetik Sports Brief, pemain pasukan Perancis iaitu Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano menunjukkan petanda positif dan sudah mula cergas menjelang perlawanan akhir menentang Argentina yang […]

Berang Keturunan Dihina, Lelaki Naik Angin Tikam Isteri & Adik Ipar Guna Gunting
Berang Keturunan Dihina, Lelaki Naik Angin Tikam Isteri & Adik Ipar Guna Gunting Seorang lelaki didakwa menikam isteri dan tiga iparnya dalam kejadian yang berlaku dirumah keluarga mangsa di Gampong Ujong Pulo Rayeuk, Kabupaten Bakongan Timur, Indonesia. Menurut Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Balai polis Aceh Selatan, Deno Wahyudi berkata kejadian itu berlaku selepas suspek […]

Inflasi Di UK Mula Susut, Turun Kepada 10.7 Peratus Berbanding Rekod Tertinggi Oktober
Kadar inflasi di negara UK dilaporkan bergerak perlahan pada bulan November daripada kemuncak bulan Oktober dalam data yang ditunjukkan pada hari Rabu, namun ia terus meningkat apabila krisis kos sara hidup melanda seluruh sektor ekonomi. Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) dalam satu kenyataan, Indeks Harga Pengguna telah susut kepada 10.7 peratus bulan lepas. Data itu […]

Niat Perompak Untuk Merompak Terbantut, Dapat Tahu Pemilik Kedai Emas Juara Menembak
Niat sekumpulan empat perompak bersenjata untuk merompak sebuah kedai emas terbantut, selepas usaha mereka digagalkan oleh pemilik kedai yang juga merupakan seorang juara pertandingan menembak di Thailand, lapor The Thaiger. Semasa kejadian, sekumpulan perompak itu bertindak menembak pintu kaca di kedai emas berkenaan untuk membuka laluan mereka masuk. Ketika salah seorang perompak cuba untuk memotong […]

Cemas, Pengunjung Tergantung Dalam Permainan “Slingshot”, Tali Putus Secara Tiba-Tiba
Cemas, Pengunjung Tergantung Dalam Permainan “Slingshot”, Tali Putus Secara Tiba-Tiba Pengunjung di sebuah taman tema di Hyde Park berdepan detik cemas apabila tali permainan ‘slingshot’ tiba-tiba terputus sewaktu sedang beroperasi. Menurut Daily Mail, pod tempat duduk permainan di taman tema popular sempena Krismas di London itu difahamkan telah melanggar penghadang sokongan dan menyebabkan kedua-dua mangsa yang […]

Puteri Raja Thailand Masuk Hospital Kerana Masalah Jantung, Tidak Sedarkan Diri
Puteri Thailand Bajrakitiyabha Narendira Debyavati telah dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan tidak sedarkan diri kerana masalah jantung, menurut kenyataan Biro Rumahtangga Istana Thai. Lapor CNN, puteri sulung Raja Maha Vajiralongkorn itu diterbangkan ke Bangkok dengan helikopter selepas berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan di hospital Chulalongkorn. Kejadian berlaku semasa puteri itu melatih anjingnya […]

Remaja Terselamat Dalam Rempuhan Itaewon Ditemui Mati
Seorang remaja lelaki yang terselamat dalam rempuhan di Itaewon, Korea Selatan yang mengorbankan 158 mangsa pada 29 Oktober lalu ditemui mati pada 12 Disember baru-baru ini, lapor Mothership. Menurut kenyataan polis, mayat remaja lelaki yang juga merupakan pelajar sekolah menengah itu ditemui di sebuah penginapan di barat Seoul pada 11:40 malam hari kejadian. Difahamkan, polis […]

Lelaki Nekad Palsukan Kematian, Semata Nak Lari Tinggal Isteri Duduk Dengan Kekasih Baru
Lelaki Nekad Palsukan Kematian, Semata Nak Lari Tinggal Isteri Duduk Dengan Kekasih Baru Seorang lelaki Thailand nekad memalsukan kematiannya untuk melarikan diri dan memutuskan hubungan dengan isterinya, lapor Thaiger. Lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Bird itu meninggalkan nota bunuh diri kepada isterinya pada Selasa, 13 Disember. Bird berkata bahawa dia akan menamatkan segala-galanya […]