Berita›Luar Negara

Terima Hadiah Bernilai RM1.3 Juta, Bekas Menteri Singapura Dihukum Penjara 12 Bulan
Terima Hadiah Bernilai RM1.3 Juta, Bekas Menteri Singapura Dihukum Penjara 12 Bulan Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran mengaku bersalah menerima hadiah berharga dalam tempoh tujuh tahun, daripada dua ahli perniagaan yang dianggap rakannya. Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 bulan selepas Iswaran, 62, membuat pengakuan bersalah dalam prosiding yang berlangsung hari ini. Mengikut pertuduhan, […]

Bas Tadika Terbakar: 3 Guru Digelar Wira, Terkorban Lindungi Anak Murid Hingga Ke Akhir Hayat
Bas Tadika Terbakar: 3 Guru Digelar Wira, Terkorban Lindungi Anak Murid Hingga Ke Akhir Hayat Sekurang-kurangnya 20 murid tadika termasuk tiga orang guru dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa. Bas yang membawa enam guru dan 39 murid itu dalam perjalanan pulang ke Uthai […]

Nak Hadir Majlis Pengebumian Rakan Muslim, Wanita Minta Jiran Ajarkan Pakai Selendang
Nak Hadir Majlis Pengebumian Rakan Muslim, Wanita Minta Jiran Ajarkan Pakai Selendang Sudah menjadi lumrah manusia yang hidup di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi, antara peraturan hidup yang sepatutnya disemai dalam diri setiap anggota masyarakat adalah saling menghormati dan berbuat baik kepada jiran tetangga. Apatah lagi, jiran mungkin menjadi antara […]

Coldplay Rancang Untuk ‘Bersara’ Selepas Lancar Album Ke-12
Coldplay Rancang Bersara Selepas Lancar Album Ke-12 Vokalis utama kumpulan Coldplay baru-baru ini mendedahkan rancangan kumpulannya untuk ‘bersara’ selepas pelancaran album studio ke-12 mereka nanti. Chris Martin, 47, berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual oleh Zane Lowe menerusi podcast Apple Music 1, lapor NBC News. “Kami hanya akan menghasilkan 12 album dan ia memang benar. […]

Wartawan Tengah Bersiaran Langsung Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Banjir
Wartawan Tengah Bersiaran Langsung Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Banjir Tindakan seorang wartawan cuaca meninggalkan siaran langsung bagi menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam kereta ketika banjir meraih pujian warga maya. Menurut Sky News, kejadian berkenaan berlaku ketika Bob Van Dillen melaporkan kejadian banjir berhampiran Peachtree Vreek di Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat. Pada awalnya, Van […]

Israel Lancar Serangan Udara Di Tengah Beirut
BEIRUT, 3 Okt. (Bernama) — Pusat Kesihatan yang mempunyai kaitan dengan Hizbullah di kawasan al-Bachoura, tengah Beirut menjadi sasaran serangan udara Israel hingga mencetuskan kebakaran besar pada malam Rabu, lapor Xinhua. Saluran TV tempatan, al-Jadeed, melaporkan bahawa asap tebal kelihatan berkepul dari bangunan itu menerusi rakaman video. Serangan udara itu turut menyebabkan kerosakan pada rumah-rumah […]

Syarikat Penerbangan Antara Tertua Di Dunia Bakal Ditutup
Syarikat Penerbangan Antara Tertua Di Dunia Bakal Ditutup Salah satu syarikat penerbangan tertua di dunia, Czech Airline bakal menutup operasinya pada hujung bulan Oktober ini. Menurut News.com.au, penerbangan terakhir syarikat itu akan tiba dari Paris pada 28 Oktober, menandakan berakhirnya operasi mereka secara rasmi. Czech Airlines yang pernah menjadi salah satu syarikat penerbangan terbesar di […]

IRGC Iran Lancar Puluhan Peluru Berpandu Balistik Ke Atas Israel
IRGC Iran Lancar Puluhan Peluru Berpandu Balistik Ke Atas Israel TEHRAN, 2 Okt (Bernama) — Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mula bertindak balas terhadap Israel dengan melancarkan peluru berpandu balistik ke atas kawasan Palestin yang diduduki Israel pada Selasa malam, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA). IRGC Iran menyatakan bahawa ia telah mula […]

23 Dikhuatiri Terkorban Selepas Bas Dua Tingkat Terbakar Di Bangkok
23 Dikhuatiri Terkorban Selepas Bas Dua Tingkat Terbakar Di Bangkok BANGKOK, (Bernama) — Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa. Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Pol. Gen. Kittharath Punpetch mengesahkan bahawa bas yang membawa enam guru dan 39 […]

Dipercayai Kerana Rosakkan Motor, Bapa Tikam Anak Hingga Maut
Dipercayai Kerana Rosakkan Motor, Bapa Tikam Anak Hingga Maut Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menikam anak kandungnya hingga maut di kawasan perumahan Lagosi, Kabupaten Maro, Indonesia. Menurut Detik.com, suspek bertindak demikian kerana mendakwa anaknya yang berusia 13 tahun telah merosakkan motosikal miliknya dalam kejadian pada 11 Ogos lalu. Ketua Unit PPA Polis Pangkep, Bripka Hidayat […]

Jasad Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah Telah Ditemui
Jasad Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah Telah Ditemui Jasad pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang dilapor terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut sudah ditemui, lapor AFP. “Jenazahnya ditemui pada Sabtu. Sudah dimandikan dan dikafankan,” kata sumber terdekat yang enggan dikenali. Bagaimanapun sumber itu menambah, majlis dan tarikh pengebumian jenazahnya masih belum ditetapkan lagi. Sebelum kematiannya […]

Pelakon Drama The Glory, Park Ji Ah Meninggal Dunia
Pelakon Drama The Glory, Park Ji Ah Meninggal Dunia Pelakon Korea Selatan, Park Ji Ah yang membintangi siri drama terkenal, The Glory dilapor meninggal pada usia 52 tahun. Berita kematian Park Ji Ah telah disahkan oleh agensinya, Billions dalam satu kenyataan menerusi Sports Donga. “Kami adalah agensi yang mewakili Park Ji Ah dan kami ingin […]

33 Terkorban, 195 Cedera Dalam Serangan Israel Ke Atas Lubnan – Kementerian Kesihatan
33 Terkorban, 195 Cedera Dalam Serangan Israel Ke Atas Lubnan – Kementerian Kesihatan ISTANBUL, 29 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya 33 orang terkorban manakala 195 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan negara itu. Pesawat perang Israel meneruskan serangan udara di pinggir selatan Beirut, menyasarkan kawasan […]

Belum Ada Maklum Balas Hizbullah, Tentang Dakwaan Pembunuhan Hassan Nasrallah
Belum Ada Maklum Balas Hizbullah, Tentang Dakwaan Pembunuhan Hassan Nasrallah ANKARA, 28 Sept (Bernama) — Belum ada lagi maklum balas diberikan oleh Hizbullah berikutan dakwaan tentera Israel pada Sabtu bahawa pemimpin utama mereka Hassan Nasrallah dan beberapa orang pemimpin lain maut dalam serangan udara Israel baru-baru ini di kawasan pinggir bandar selatan Beirut, lapor Agensi […]

Paip Tangki Septik Meletus Tengah Jalan, Kenderaan ‘Dihujani’ Najis
Paip Tangki Septik Meletus Tengah Jalan, Kenderaan ‘Dihujani’ Najis China – Beberapa kenderaan dicemari najis apabila satu saluran paip tangki septik meletus, mengeluarkan sisa kumbahan setinggi 10 meter, lapor Hindustan Times. Kejadian yang berlaku pada 24 September lalu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah jalan raya di Nanning, China. Pengguna jalan raya turut […]

Pelakon Harry Potter, Maggie Smith Meninggal Dunia
Pelakon ‘Harry Potter’, Maggie Smith Meninggal Dunia Pelakon Britain, Dame Maggie Smith yang pernah membintangi siri filem terkenal Harry Potter dan drama Downtown Abbey dilapor meninggal dunia pada usia 84 tahun. Menurut CNN, berita mendukacitakan itu diumumkan oleh anak lelakinya menerusi satu kenyataan, hari ini. “Kami hari ini bersedih dengan pemergian Dame Maggie Smith. Mendiang […]

Timang Anak Kembar Lima, Pasangan Ibu Bapa Terima Insentif RM529,000
Timang Anak Kembar Lima, Pasangan Ibu Bapa Terima Insentif RM529,000 Korea Selatan, negara dengan kadar kesuburan paling rendah di dunia menyambut kelahiran sensasi pasangan bayi kembar lima, baru-baru ini. Berita tersebut menjadi tumpuan penduduk disana selepas pasangan ibu bapa kepada kembar itu bakal menerima geran lumayan daripada kerajaan. Menurut Korea Herald, ibu bapa bayi kembar […]

Lubang Benam Selebar 30 Meter Muncul Di Tengah Kota Di Jepun
Lubang Benam Selebar 30 Meter Muncul Di Tengah Kota Di Jepun Satu kejadian lubang benam berukuran kira-kira 3o meter lebar dan sedalam satu meter dilapor berlaku di Nishi, Hiroshima di Jepun hari ini, lapor Mothership. Menurut pihak berkuasa tempatan, lubang benam yang muncul kira-kira jam 8.50 pagi (waktu tempatan) itu menyebabkan sebahagian jalan runtuh dan beberapa […]

Kucing Redah 1,287km Selama 2 Bulan, Cari Tuannya
Kucing Redah 1,287km Selama 2 Bulan, Cari Tuannya Seekor kucing baka Siam dilapor meredah perjalanan ribuan kilometer, dipercayai dalam misi untuk bersatu dengan tuannya. Kucing diberi Rayne Beau itu dilapor terpisah dari tuannya ketika dibawa berkhemah di sebuah kawasan perkhemahan di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat. Pemilik kucing itu, Benny dan Susanne Anguiano berkata, mereka […]

Akhirnya Terbongkar, Lelaki Ditahan Kerana Bunuh Teman Wanita 16 Tahun Lalu
Akhirnya Terbongkar, Lelaki Ditahan Kerana Bunuh Teman Wanita 16 Tahun Lalu Seorang lelaki di Korea Selatan yang ditahan polis telah mengaku membunuh teman wanitanya 16 tahun lalu, lapor AFP. Agensi Polis Daerah Gyeongnam menerusi Balai Polis Geoje mengesahkan suspek yang kini berusia dalam lingkungan 50an itu dituduh membunuh seorang wanita pada Oktober 2008 ketika berlaku […]