BeritaLuar Negara

Luar Negara
43 Ekor Monyet Untuk Kajian Penyakit Terlepas Dari Pusat Penyelidikan Amerika
43 Ekor Monyet Untuk Kajian Penyakit Terlepas Dari Pusat Penyelidikan Amerika Sebanyak 43 ekor monyet yang digunakan untuk kajian penyakit dilapor terlepas dari kemudahan penyelidikan di South Carolina, Amerika Syarikat pada Rabu lepas. Menurut NBC News, sebanyak 25 ekor monyet dipercayai daripada kumpulan haiwan itu yang terlepas sudah berjaya ditangkap semula setakat Ahad. Pihak polis […]
Berita
Lapangan Terbang Komodo Ditutup Akibat Letusan Gunung Lewotobi
Lapangan Terbang Komodo Ditutup Semula Akibat Letusan Gunung Lewotobi Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo, Bandar Labuan Bajo di Indonesia mengumumkan penutupan semula akibat letusan Gunung Lewotobi. Menurut portal Kompas.com, perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Unit Penyelenggara Lapangan Terbang (UPBU) Komodo Labuan Bajo, Ceppy Triono. “Hari ini (10 November), Lapangan Terbang Komodo diisytiharkan tutup bagi penerbangan […]
Sukan
FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia
FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) mengenakan empat penalti ke atas pasukan kebangsaan Indonesia menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun, lapor Suara.com. Dalam 27 senarai penalti yang dikeluarkan daripada Jawatankuasa Tatatertib FIFA terhadap pasukan yang menyertai Kelayakan Piala Dunia 2026, empat daripada melibat skuad Garuda […]
Berita
Gunung Marapi Indonesia Meletus
Gunung Marapi Indonesia Meletus JAKARTA, 7 Nov (Bernama-Xinhua) — Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis dan menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua. Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah. Penduduk […]
Berita
Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial
Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial Australia bakal meluluskan undang-undang baharu berkenaan sekatan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun, lapor AFP. Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, tindakan ini bagi membanteras syarikat teknologi gergasi yang gagal melindungi pengguna rentan. “Platform seperti Facebook, TikTok dan Instagram mesti bertanggungjawab melaksanakan sekatan […]
Berita
Padang Pasir Arab Saudi Bersalji Buat Pertama Kali Dalam Sejarah
Padang Pasir Arab Saudi Bersalji Buat Pertama Kali Dalam Sejarah Kawasan Al-Jawf di Arab Saudi dilitupi salji putih buat pertama kali dalam sejarah. Penduduk setempat terkejut apabila bangun dari tidur dan melihat kawasan pergunungan dan lembah yang biasanya gersang bertukar kepada pemandangan musim sejuk yang menakjubkan. https://x.com/mededov_nurlan/status/1853046855707316318 Menurut Agensi Berita Arab Saudi, fenomena ini merupakan […]
Berita
Gunung Fuji Diselimuti Salji Pertama Musim Ini, Paling Lewat Pernah Direkodkan
Gunung Fuji Diselimuti Salji Pertama Musim Ini, Paling Lewat Pernah Direkodkan KOFU (Jepun), 6 Nov (Bernama-Kyodo) — Gunung Fuji, ikon Jepun diselimuti salji pertama musim ini pada Rabu, menjadikannya tarikh paling lewat dalam rekod berikutan cuaca panas yang luar biasa, menurut Agensi Berita Kyodo. Puncak gunung setinggi 3,776 meter yang terletak di antara wilayah Shizuoka […]
Berita
Republikan Kuasai Majoriti Senat AS
Republikan Kuasai Majoriti Senat AS Parti Republikan dipercayai berjaya kuasai majoriti Senat Amerika Syarikat (AS) daripada kawalan Demokrat, menurut jangkaan media AS pada awal Rabu. Kemenangan ini menamatkan empat tahun kuasa Demokrat di Senat dan memberi dorongan besar kepada Republikan untuk menguasai setiap cabang kerajaan. Ini juga bermakna presiden yang bakal dilantik kelak akan mendapat […]
Berita
Dakwa Tak Dapat Perhatian Ibu Bapa, Lelaki Nekad Bakar Rumah
Dakwa Tak Dapat Perhatian Ibu Bapa, Lelaki Nekad Bakar Rumah Indonesia – Seorang lelaki ditahan dengan pertuduhan membakar rumah ibu dan bapanya di Desa Gombang, Jawa Barat pada Selasa, lapor detik. Ketua Polis Depok, AKP Affandi mengesahkan kejadian yang berlaku. Menurutnya, pelaku, 21, bertindak demikian akibat berang apabila ibu dan bapanya didakwa tidak memberikan perhatian […]
Luar Negara
Jepun Lancar Satelit Kayu Pertama Di Dunia
Jepun Lancar Satelit Kayu Pertama Di Dunia ANKARA, 6 November (Bernama) — Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas, lapor Agensi Anadolu. Satelit yang diperbuat daripada kayu ini akan digunakan untuk penerokaan bulan dan Marikh. LignoSat, dinamakan sempena perkataan Latin untuk kayu, dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy milik NASA di […]
Sukan
“Man United Tak Boleh Bermain Seperti Sporting Lisbon” – Amorim
“Man United Tak Boleh Bermain Seperti Sporting Lisbon” – Amorim LISBON — Bakal jurulatih Manchester United, Ruben Amorim mendedahkan kelab itu tidak mampu bermain seperti permainan yang ditampilkan Sporting Lisbon sewaktu kelab dari Portugal itu bangkit ‘membantai’ Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam. “Apa yang saya boleh beritahu, kemenangan ini tidak […]
Berita
Pengundian Bermula Di AS, Trump & Harris Bersaing Sengit
Pengundian Bermula Di AS, Trump & Harris Bersaing Sengit Washington – Proses pengundian bagi warga Amerika Syarikat (AS) sedang berlangsung dengan melihat pertandingan paling sengit dalam sejarah AS, lapor AFP. Setakat ini, calon Demokratik, Kamala Devi Harris,60, dan bekas Presiden AS, Donald Trump, 78, mencatatkan kemenangan awal apabila enam pusat pengundian ditutup. Keputusan setakat ini […]
Gara-Gara Tuntut Wang, Adik Tergamak Bakar Kakak Ketika Solat Asar
Gara-Gara Tuntut Wang, Adik Tergamak Bakar Kakak Ketika Solat Asar MALANG — Gara-gara perselisihan faham mengenai pembayaran balik kos pembinaan bilik mandi ibu, seorang adik sanggup membakar kakak kandungnya hidup-hidup ketika sedang solat Asar dalam satu kejadian di Desa Tamanharjokuncaran, Kecamatan Tirtoyudo baru-baru ini, lapor Detikjatim. Ketua Perhubungan Awam Polis Malang, AKP Ponsen Dadang Martianto […]
Sukan
Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi
Hanya 7 Perlawanan Bermain Di Al-Hilal, Neymar Cedera Lagi Bintang Brazil, Neymar dilaporkan kembali cedera sewaktu Al-Hilal membenam Esteghlal dengan kemenangan penuh bergaya 3-0 dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Kingdom Arena, Riyadh awal pagi tadi. Memetik Stadium Astro, pemain berusia 39 tahun itu yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua hanya sempat […]
Berita
UK Mulakan Percubaan Minggu Kerja 4 Hari Dengan 1,000 Pekerja
UK Mulakan Percubaan Minggu Kerja 4 Hari Dengan 1,000 Pekerja ISTANBUL, 4 Nov — United Kingdom (UK) melancarkan percubaan pertama minggu kerja empat hari yang disokong kerajaan pada Isnin, membolehkan lebih 1,000 pekerja bekerja dengan hari yang lebih sedikit tanpa pemotongan gaji. Sebanyak 17 syarikat, termasuk British Society for Immunology dan Crate Brewery, akan menguji […]
Berita
Empat Remaja Cedera Diserang Dengan Kapak Di Kereta Api
Empat Remaja Cedera Diserang Dengan Kapak Di Kereta Api Empat remaja cedera, dengan dua daripadanya parah, selepas diserang dengan kapak di dalam sebuah kereta api. Difahamkan, kejadian dilaporkan berlaku di stesen Ozoir-la-Ferrière di tenggara Paris. Ketika kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan ke sekolah menengah sebelum tercetusnya pergaduhan dalam kereta api tersebut. Dalam insiden terbabit, seorang […]
Berita
8 Pemain Bola Rebah Serentak, Seorang Maut Dipanah Petir
8 Pemain Bola Rebah Serentak, Seorang Maut Dipanah Petir Seorang pemain bola sepak dilaporkan maut akibat dipanah petir ketika beraksi dalam satu perlawanan liga sosial di Peru, pada Ahad. Jose Hugo de la Cruz Meza, 39, pemain pertahanan yang mewakili Familia Chocca meninggal dunia sejurus tiba di hospital untuk menerima rawatan, kira-kira pukul 4 petang […]
Berita
Pemuzik Terkenal & Pemenang 28 Grammy, Quincy Jones Meninggal Dunia
Pemuzik Terkenal & Pemenang 28 Grammy, Quincy Jones Meninggal Dunia Ikon industri muzik, Quincy Jones, yang menerbitkan beberapa album untuk beberapa orang penyanyi yang dianggap antara terbaik di dunia dilapor meninggal dunia pada usia 91 tahun. Menurut AFP, berita dukacita itu disahkan oleh jurucakapnya, Arnold Robinso dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun, punca kematian mendiang […]
Berita
Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki Di Indonesia Meletus, 10 Maut Setakat Ini
Gunung Berapi Lewotobi Laki-laki Di Indonesia Meletus, 10 Maut Setakat Ini Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Indonesia dilapor meletus pada pagi Isnin, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut setakat ini, lapor AFP Jurucakap Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari, mengesahkan angka korban itu pada satu sidang media, hari ini. Abdul Muhari juga memaklumkan kira-kira […]
Berita
6 Maut Dalam Letusan Gunung Berapi Di Pulau Flores, Indonesia 
6 Maut Dalam Letusan Gunung Berapi Di Pulau Flores, Indonesia JAKARTA, 4 Nov (Bernama-dpa) — Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Mangsa terbunuh apabila rumah mereka runtuh akibat letusan itu, kata ketua kampung […]