Berita›Luar Negara

Vietnam Haramkan Rokok Elektronik, Denda & Penjara Menanti
Vietnam Haramkan Rokok Elektronik, Denda & Penjara Menanti Vietnam dilapor menguatkuasakan pengharaman penggunaan rokok elektronik di negara itu bermula 1 Januari 2025. Menurut South China Morning Post, hukuman berkenaan turut terpakai kepada semua pengembara asing yang melancong ke negara itu. Dengan pengharaman berkenaan, Vietnam kini mengikuti jejak langkah beberapa buah negara yang telah menguatkuasakan perintah […]

Tumbuk Tok Imam Selepas Sentap Dengar Khutbah Tentang Rasuah
Tumbuk Tok Imam Selepas Sentap Dengar Khutbah Tentang Rasuah Seorang imam dilapor telah diserang oleh anak ketua kampung selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al Anshor, Kampung Hapung Torop, Padang Lawas di Indonesia. Menurut iNews Medan, insiden tersebut dikatakan berpunca daripada suspek yang merasa tersinggung dengan teks khutbah tentang rasuah yang disampaikan mangsa. Difahamkan, kejadian […]

Pernah Tular, Paus Orca Dikesan Usung Bangkai Anak Sekali Lagi
Pernah Tular, Paus Orca Dikesan Usung Bangkai Anak Sekali Lagi Seekor ikan paus orca yang pernah tular mengusung bangkai anaknya yang telah mati pada 2018 dilihat kembali mengusung satu lagi bangkai anaknya baru-baru ini, lapor AFP. Kejadian tersebut dilaporkan oleh penyelidik hidupan laut Amerika Syarikat dan disahkan oleh Pusat Penyelidikan Paus di Washington. Ikan paus […]

Komposer Lagu Tema Ultraseven, Toru Fuyuki Meninggal Dunia
Komposer Lagu Tema Ultraseven, Toru Fuyuki Meninggal Dunia Komposer Jepun yang terkenal dengan hasil karyanya termasuk lagu tema siri televisyen Ultraseven, Toru Fuyuki atau nama sebenarnya Shoko Maita, meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor The Japan Times. Pemergian mendiang disahkan akibat pneumonia aspirasi ketika berada di salah sebuah hospital di Tokyo pada 26 Disember […]

Pesawat Siberian Airlines Bawa 79 Penumpang Tergelincir Dari Landasan Ketika Mendarat
Pesawat Siberian Airlines Bawa 79 Penumpang Tergelincir Dari Landasan Ketika Mendarat ISTANBUL — Sebuah pesawat pesawat Siberian Airlines dilaporkan tergelincir dari landasan selepas mendarat di bandar Norilsk, Rusia, lapor Astro AWANI. Memetik agensi Anadolu, pesawat Airbus A321 itu tergelincir dari landasan sewaktu membelok ke arah laluan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Alykel. Pihak berkuasa tempatan […]

Polis Serbu Lapangan Terbang Muan Berkaitan Nahas Pesawat Jeju Air
Polis Serbu Lapangan Terbang Muan Berkaitan Nahas Pesawat Jeju Air MUAN (Korea Selatan), 2 Jan (Bernama-Yonhap) — Polis pada Khamis menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pejabat Jeju Air dan beberapa lokasi lain berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Agensi Berita Yonhap. Polis Wilayah Jeonnam melaksanakan operasi geledah dan rampas di […]

Tular Detik Cemas Sambutan Tahun Baharu Di Indonesia
Tular Detik Cemas Sambutan Tahun Baharu Di Indonesia Sambutan Tahun Baharu sering dikaitkan dengan harapan baharu, kemeriahan dan perayaan yang mengasyikkan. Seperti tradisi setiap tahun, pelbagai negara di dunia, termasuk Indonesia, menyambut detik istimewa ini dengan pelbagai acara menarik. Ini termasuklah sambutan meriah dengan pesta kembang api dan hiburan umum. Namun, suasana di salah satu […]

Kes Peras Ugut Rakyat Malaysia, Ketua Pengarah Unit Narkotik Polis Jakarta Dipecat
Kes Peras Ugut Rakyat Malaysia, Ketua Pengarah Unit Narkotik Polis Jakarta Dipecat Ketua Pengarah Jabatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya Jakarta dipecat ‘dengan tidak hormat’ berhubung kes dakwaan memeras ugut warga Malaysia. Menurut BBC Indonesia, keputusan pemecatan itu adalah berdasarkan penemuan pelanggaran kod etika dan profesion Polis Republik Indonesia. “Keputusan mesyuarat disiplin menetapkan tindakan ‘pemberhentian […]

Isteri Tolong Gendong, Doktor Kerdil Sudah Rawat Lebih 2,000 Pesakit
Isteri Tolong Gendong, Doktor Kerdil Sudah Rawat Lebih 2,000 Pesakit Seorang doktor bertubuh kerdil berjaya merawat lebih 2,000 penduduk di sebuah kampung di China, hasil bantuan si isteri yang membantu memudahkan pergerakannya. Xiao Jiulin, 60, sentiasa bergantung kepada isteri untuk memikul atau membawanya ke rumah pesakit sepanjang dia bertugas di kawasan luar bandar. Menurut SCMP, […]

Tesla Cybertruck Meletup Di Luar Hotel Milik Donald Trump
Tesla Cybertruck Meletup Di Luar Hotel Milik Donald Trump Sebuah letupan mengejutkan berlaku di luar Trump International Hotel di Las Vegas, melibatkan sebuah kenderaan Tesla Cybertruck. Seorang mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut dilaporkan terkorban. Manakala, tujuh lagi dilaporkan mengalami kecederaan ringan, menurut pihak berkuasa tempatan. “Kami percaya ini adalah ‘insiden terpencil’, dan tiada […]

Larangan Menutup Wajah Di Khalayak Ramai Berkuat Kuasa Di Switzerland
Larangan Menutup Wajah Di Khalayak Ramai Berkuat Kuasa Di Switzerland MOSCOW, 1 Jan (Bernama) — Larangan menutup wajah di tempat awam yang diluluskan pada 2021 kini berkuat kuasa di Switzerland bermula Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti. Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (US$1,100). Pada 6 Nov, Kerajaan Switzerland menetapkan tarikh […]

Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024
Pesawat Ini Berlepas Pada 2025, Mendarat Pada 2024 Sebuah pesawat penerbangan Cathay Pacific 880 yang berlepas dari Hong Kong pada tahun 2025 telah ‘mengembara ke masa lalu’ apabila mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada tahun 2024. Menurut New York Post, pesawat berkenaan berlepas hanya beberapa minit selepas China menyambut tahun baharu. Selepas hampir 14 […]

Dua Pegawai Kemanusiaan MAPIM Terkorban Dalam Serangan Udara Di Gaza
Dua Pegawai Kemanusiaan MAPIM Terkorban Dalam Serangan Udara Di Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memaklumkan dua pegawai kemanusiaan lapangan organisasi tersebut terkorban dalam satu serangan udara di Gaza sebentar tadi. Menerusi muat naik di laman Facebook pertubuhan tersebut, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, Dato Sani Arabiy memaklumkan Shadi Afana dan Saed Al-Ghafir terkorban […]

Bangun Tidur Terus Nyanyi, Ibu Dedah Anak Ketagih Lagu “APT”
Bangun Dari Tidur Asyik Nyanyi Lagu Sama, Ibu Dedah Anak Ketagih Lagu “APT” Lagu berjudul APT dendangan penyanyi terkenal Korea Selatan, Rose Blackpink bersama Bruno Mars yang dilancarkan dua bulan lepas masih lagi menjadi bualan di serata dunia. Lagu tersebut menjadi salah satu hit terbesar pada 2024 dan video muzik rasminya sudah pun mengumpul lebih […]

Cemas, Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Jet Peribadi
Cemas, Pesawat Penumpang Hampir Berlanggar Dengan Jet Peribadi Minggu terakhir Disember menjadi antara minggu paling tragik dalam dunia aviasi apabila beberapa kemalangan udara yang meragut ratusan nyawa dilapor berlaku. Pada 25 Disember, pesawat Azerbaijan airlines J2-8243 dilapor terhempas di Kazakhstan yang menyaksikan seramai 38 orang penumpang, termasuk kru maut. Manakala pada 29 Disember, Jeju Air […]

Indonesia Akan Terima Jet Pejuang T-50 Korea Selatan Pada 2025, 2026
Indonesia Akan Terima Jet Pejuang T-50 Korea Selatan Pada 2025, 2026 JAKARTA, 30 Dis (Bernama) — Tentera Udara Indonesia akan memperoleh beberapa jet pejuang T-50 yang dikeluarkan oleh Korea Aerospace Industries sepanjang 2025 dan 2026, kata Ketua Turus Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) Marsyal Mohamad Tony Harjono, lapor Agensi Berita Indonesia (ANTARA). “Berdasarkan […]

Pesawat Jeju Air Terlibat Nahas Kendali 13 Penerbangan Dalam 48 Jam Sebelum Insiden
Pesawat Jeju Air Terlibat Nahas Kendali 13 Penerbangan Dalam 48 Jam Sebelum Insiden SEOUL, 30 Dis (Bernama-Yonhap) — Pesawat Jeju Air Co. yang terlibat dalam nahas maut yang meragut 179 nyawa didapati mengendalikan 13 penerbangan dalam tempoh 48 jam sebelum kejadian, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik sumber industri pada Isnin, menimbulkan kebimbangan mengenai penggunaan berlebihan […]

Lebih 60 Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Ethiopia
Lebih 60 Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Ethiopia ADDIS ABABA, 30 Dis (Bernama) — Lebih 60 orang maut pada Ahad dalam satu kemalangan jalan raya di wilayah Sidama, selatan Ethiopia, apabila sebuah lori yang membawa penumpang terjunam ke dalam Sungai Galana semasa melintasi sebuah jambatan, menurut pejabat komunikasi wilayah itu, lapor agensi berita Xinhua. […]

Pesawat Penumpang Korea Selatan Patah Balik Akibat Masalah Gear Pendaratan
Pesawat Penumpang Korea Selatan Patah Balik Akibat Masalah Gear Pendaratan SEOUL, 30 Dis (Bernama-Xinhua) — Sebuah pesawat penumpang Korea Selatan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo pada Isnin akibat masalah gear pendaratan, sehari selepas insiden serupa yang menyebabkan nahas pesawat semasa mendarat, lapor agensi berita Yonhap seperti dipetik Xinhua. Pesawat Jeju Air penerbangan […]

179 Disahkan Terkorban Dalam Nahas Pesawat Jeju Air
179 Disahkan Terkorban Dalam Nahas Pesawat Jeju Air Sejumlah 179 orang maut dalam nahas pesawat yang melibatkan penerbangan Jeju Air di Korea Selatan pada Ahad lalu. Pesawat Boeing 737-800 itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di bahagian selatan negara itu. Kejadian ini meragut nyawa hampir semua penumpang dan kru di dalam pesawat, […]