Berita›Luar Negara

China Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia
China Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia Kapal pengangkut kereta terbesar dunia yang dibina sepenuhnya di China, “Anji Ansheng”, telah memulakan pelayaran sulungnya ke Eropah pada Khamis malam. Ia membawa kira-kira 7,000 kenderaan buatan China. Kapal ini berlepas dari Terminal Automotif Antarabangsa Haitong, Shanghai, sekali gus mencatatkan pencapaian penting dalam sejarah industri maritim dan […]

Biawak Ditemukan Makan Mayat Bayi Baru Lahir
Biawak Ditemukan Makan Mayat Bayi Baru Lahir Satu penemuan menggemparkan berlaku apabila seekor biawak ditemukan sedang memakan mayat seorang bayi yang masih kecil dipercayai baru lahir. Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan semak berhampiran rumah sewa di daerah Bang Phli, wilayah Samut Prakan, Thailand. Menurut Bangkok Post, kejadian ngeri itu dilaporkan kepada Balai Polis Bang Kaeo […]

Akibat Tabiat “Ini”, Lelaki 25 Tahun Alami Sindrom Kepala Jatuh
Akibat Tabiat “Ini”, Lelaki 25 Tahun Alami Sindrom Kepala Jatuh Seorang lelaki berusia 25 tahun mengalami sindrom kepala jatuh, menyebabkan otot lehernya menjadi sangat lemah sehingga dia tidak lagi mampu mengangkat kepalanya sendiri. Menurut laporan kes yang diterbitkan dalam JOS Case Reports oleh sekumpulan doktor dari Jepun, lelaki berkenaan datang mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit […]

Bekas Presiden AS Joe Biden Disahkan Hidap Kanser Prostat ‘Agresif’
Bekas Presiden AS Joe Biden Disahkan Hidap Kanser Prostat ‘Agresif’ Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, 82, telah disahkan menghidap kanser prostat yang ‘agresif’, menurut kenyataan rasmi daripada pejabatnya. Menurut kenyataan itu, Biden telah menjalani pemeriksaan doktor minggu lalu selepas mengalami simptom berkaitan masalah kencing. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat ketumbuhan pada prostat. Ujian […]

Kapal Latihan Tentera Laut Mexico Rempuh Jambatan Brooklyn, 2 Dilapor Maut
Kapal Latihan Tentera Laut Mexico Rempuh Jambatan Brooklyn, 2 Dilapor Maut Dua maut manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah kapal layar latihan milik Tentera Laut Mexico, Cuauhtémoc, merempuh Jambatan Brooklyn di New York selepas dipercayai mengalami masalah mekanikal dan gangguan kuasa. Menurut polis, insiden berlaku pada Sabtu ketika kapal tersebut yang membawa 277 kru […]

Kira-Kira 27 Maut Akibat Puting Beliung, Ribut Di AS
Kira-Kira 27 Maut Akibat Puting Beliung, Ribut Di AS Sekurang-kurangnya 27 maut selepas beberapa puting beliung dan ribut kuat melanda bahagian tengah Amerika Syarikat (AS) sejak lewat Jumaat lalu, menyebabkan kemusnahan besar di negeri Missouri, Kentucky dan Virginia. Datuk Bandar St. Louis, Cara Spencer menyifatkan bencana itu sebagai antara yang terburuk dalam sejarah bandar itu, […]

Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut
Pemuda Dedah Gaji Guru Kontrak Di Indonesia Buat Ramai Terkejut Guru ialah insan yang memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan. Mereka bukan sahaja menyampaikan ilmu, namun memberi inspirasi dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri murid. Tanpa para pendidik ini, proses pendidikan tidak akan sempurna dalam sesebuah negara bagi melahirkan golongan yang berdaya saing. […]

Pencipta Kandungan Lubnan, Abir El Saghir Selamat Berkahwin
Pencipta Kandungan Lubnan, Abir El Saghir Selamat Berkahwin Pencipta kandungan makanan terkenal dari Lubnan, Abir El Saghir, mengumumkan berita gembira apabila dia kini sah bergelar seorang isteri. Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Abir menerusi beberapa hantaran di TikTok dan Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Abir tampil anggun dalam busana serba putih bersama […]

Ronaldo Kekal Dominasi Atlet Terkaya Dunia 2025
Ronaldo Kekal Dominasi Atlet Terkaya Dunia 2025 Biarpun sudah berusia 40 tahun, Cristiano Ronaldo membuktikan dirinya sebagai atlet dengan bayaran tertinggi di dunia bagi tahun 2025, menurut senarai tahunan yang dikeluarkan oleh Forbes. Menurut laporan ESPN, ini merupakan kali ketiga berturut-turut dan kali kelima sepanjang karier Ronaldo berada di tangga teratas senarai tersebut. Bintang kelab […]

Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas
Saintis Cipta Sejarah, Pertama Kali Berjaya Ubah Plumbum Jadi Emas Saintis di Eropah mencipta sejarah apabila berjaya menukar plumbum menjadi emas menggunakan sebuah alat khas dengan menghasilkan kira-kira 89 ribu atom emas setiap saat. Menurut laporan ABC News, pasukan kerjasama ALICE menggunakan sebuah alat pemecut zarah, Large Hadron Collider (LHC) bagi menghancurkan atom pada kelajuan […]

Kait Saiz Jeans Dengan Risiko Mati Awal, Menteri Indonesia Akui Salah Cakap
Kait Saiz Jeans Dengan Risiko Mati Awal, Menteri Indonesia Akui Salah Cakap Indonesia – Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin memberi penjelasan terhadap kenyataan beliau berkenaan lelaki yang memakai seluar jeans bersaiz lebih dari 32 berisiko meninggal awal. Ketika memberi penjelasan terhadap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Budi menegaskan niat sebenarnya berkata demikian untuk menyampaikan […]

Tular Video Graduasi Pelajar Sekolah Di Indonesia Persis Majlis Konvokesyen IPT Curi Perhatian
Tular Video Graduasi Pelajar Sekolah Di Indonesia Persis Majlis Konvokesyen IPT Curi Perhatian Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan majlis graduasi pelajar SMK Citra Bangsa Mandiri (CBM) Purwokerto, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah yang berlangsung pada Khamis lalu mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut, majlis itu mencuri perhatian ramai apabila para guru dan pelajar turut dilihat […]

Lelaki Indonesia Kongsi Pernah Kerja Warung Sate Sebelum Rangkul PhD Di Malaysia
Lelaki Indonesia Kongsi Pernah Kerja Warung Sate Sebelum Rangkul PhD Di Malaysia Tiada kejayaan yang datang bergolek. Itulah yang dapat digambarkan menerusi kisah inspirasi lelaki Indonesia ini, yang pernah kerja di warung sate sebelum merangkul PhD di Malaysia. Nama Thoriqul Haq, atau lebih mesra dikenali sebagai Cak Thoriq, bukan lagi asing dalam dunia politik Indonesia. […]

Tragedi Belon Udara Panas Terbakar, Seorang Maut
Tragedi Belon Udara Panas Terbakar, Seorang Maut Mexico – Seorang maut manakala dua lagi dilaporkan cedera apabila belon udara panas yang dinaiki terbakar ketika berada di udara pada 11 Mei lalu, lapor BNO News. Menurut pihak berkuasa Zacatecas, siasatan jenayah dilancarkan selepas sebuah belon udara panas terbakar dan terhempas ketika Festival Belon Pertama berlangsung. Pihak […]

Lelaki Maut Dibaham Singa Peliharaan Di Halaman Rumah
Lelaki Maut Dibaham Singa Peliharaan Di Halaman Rumah Seorang lelaki warga Iraq, Aqil Fakhr al-Din, 50, maut selepas dibaham dan sebahagian tubuhnya dimakan oleh singa peliharaannya sendiri. NDTV melaporkan, kejadian berlaku di rumah kediaman mangsa di kawasan Al-Hasinat, dalam daerah Al-Barakiya, Wilayah Najaf, pada Khamis lalu. Insiden dipercayai terjadi hanya beberapa hari selepas mangsa membeli […]

Rusia, Ukraine Akan Bertemu Di Istanbul Buat Pertama Kali Sejak 2022
Rusia, Ukraine Akan Bertemu Di Istanbul Buat Pertama Kali Sejak 2022 ISTANBUL, 15 Mei (Bernama) — Media global menantikan perbincangan mengenai penyelesaian konflik Ukraine yang dijangka diadakan di Istanbul pada Khamis atas inisiatif Presiden Rusia Vladimir Putin. Mesyuarat ini mungkin menandakan hubungan langsung pertama antara delegasi Rusia dan Ukraine sejak Mac 2022, apabila perunding dari […]

TikToker Wanita Maut Ditembak Ketika “Live”
TikToker Wanita Maut Ditembak Ketika “Live” Seorang TikToker wanita dilaporkan maut ditembak ketika sedang “live” di aplikasi TikTok, dalam satu kejadian di sebuah salon kecantikan di Mexico pada Selasa lalu. The New York Times melaporkan, Valeria Márquez, 23, sedang duduk di kerusi sambil memeluk anak patung berwarna merah jambu di atas riba ketika kejadian. Tidak […]

AS, Arab Saudi Meterai Perjanjian Pertahanan Bernilai US$142 Bilion
AS, Arab Saudi Meterai Perjanjian Pertahanan Bernilai US$142 Bilion RIYADH, 13 Mei (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi menandatangani perjanjian pertahanan bernilai hampir US$142 bilion pada Selasa, yang disifatkan Rumah Putih sebagai “perjanjian jualan pertahanan terbesar dalam sejarah”. Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi Rumah Putih, perjanjian itu menyasarkan untuk membekalkan Arab Saudi […]

Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica Meninggal Dunia
Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica Meninggal Dunia Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica telah meninggal dunia pada usia 89 tahun, lapor BBC. Mentadbir Uruguay dari 2010 hingga 2015, Mujica dikenali sebagai ‘presiden termiskin di dunia’ kerana gaya hidupnya yang sederhana. Berita kematian Mujica telah diumumkan oleh Presiden terkini, Yamandu Orsi dalam laman media sosial X. “Terima […]

Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Di Gaza, 28 Terkorban
Israel Lancar Serangan Ke Atas Hospital Di Gaza, 28 Terkorban Sekurang-kurangnya 28 orang dilaporkan terbunuh akibat serangan Israel yang disasarkan di sekitar hospital Eropah di Khan Younis pada Selasa. Angka kematian itu disahkan oleh Agensi Pertahanan Awam Gaza . Memetik laporan AFP, serangan itu berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan tentera akan memasuki […]