Berita›Luar Negara

‘Kapal Hantu’ Muncul Secara Misteri Selepas 9 Tahun Hilang di Lautan Pasifik
Sebuah ‘kapal hantu’ dengan kibaran bendera Indonesia bersamanya secara misteri muncul kembali di Lautan Hindi selepas lebih 9 tahun menghilang di Lautan Pasifik. Polis Yangon mengesahkan pada hari Jumaat lalu bahawa kapal yang diberi nama ‘Sam Ratulangi PB1600’ itu telah terbiar 11 kilometer dari Teluk Martaban ketika ditemui oleh nelayan minggu lepas. Laman web pengesanan […]

(Video) Anak Lemas Cuba Selamatkan Diri Sendiri Sementara Ibunya Leka Main Telefon
Rakaman mengejutkan menunjukkan detik cemas seorang kanak-kanak sedang mencuba sedaya menyelamatkan dirinya daripada terus lemas kira-kira 90 saat sementara ibu yang berada dihadapannya sedang leka bermain telefon pintar. Dalam klip video itu, kanak-kanak tersebut dilihat cuba mendapatkan perhatian ibunya tetapi dia langsung tak menyedari kejadian yang menimpa anak itu walau pun berada pada jarak yang […]

Saat Genting ‘Banana Boat’ Terbalik, Anak Saksi Ibu Maut Selepas Terperangkap Bawah Bot
Seorang ibu maut dihadapan anak perempuannya selepas terbalik dan terperangkap di bawah sebuah bot pelampung (‘banana boat’) ketika bercuti di perairan Mesir. Mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 50 atau 60 tahun dilaporkan tersangkut di bawah bot permainan tersebut selama beberapa minit selepas terbalik. Salah seorang penunggang bot berkenaan memberitahu media bahawa banana boat itu terbalik […]

14 Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Plastik Menjadi Misteri Penduduk Setempat
Pihak berkuasa dan orang ramai terkejut apabila menjumpai sekurang-kurangnya 14 mayat bayi baru lahir ditemui dalam bungkusan plastik di Haridebpur, Selatan Kolkata pada Ahad. Mayat yang ditemui di kawasan tanah berumput itu telah pun diliputi dengan pokok renek dan ranting. Datuk Bandar Sovan Chatterjee dan Pesuruhjaya Polis Rajeev Kumar yang bergegas ke tempat kejadian berkata, […]

Bawa Pulang Air Rebusan Orang Asli Amazon, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara 11 Tahun
Seorang lelaki warga Rusia dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun enam bulan kerana membawa pulang dua botol kecil sejenis ubat terkenal yang dihasilkan oleh orang asli di Amazon. Ubat yang dikenali dengan nama ‘ayahuasca’ itu dibeli oleh Maxim Gert ketika dia berkunjung ke bandar Peru dan membawanya pulang tanpa menyedari bahawa ubat itu akan menyebabkan dia […]

(Video) Kedai Diarah Tutup Selepas ‘Kantoi’ Lekatkan Mata Palsu Pada Ikan Untuk Nampak Segar
Seorang penjual ikan di Kuwait ‘kantoi’ menipu pelanggan dengan cara licik untuk membeli ikan jualannya dan menyebabkan premis miliknya diarah tutup oleh pegawai penguatkuasa tempatan. Peniaga itu dipercayai melekatkan mata plastik pada ikan jualannya bagi menjadikannya kelihatan lebih segar dan menarik minat pembeli di kedainya. Perbuatannya itu terbongkar apabila salah seorang pembeli di kedainya memuat […]

Gadis Jadi Mangsa Rogol Bergilir-Gilir Sebelum Ditattoo Seluruh Badan, 12 Suspek Berjaya Ditahan
12 orang suspek yang bertanggungjawab merogol dan mentattoo seorang gadis berusia 17 tahun di Maghribi, akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa. Media antarabangsa sebelum ini melaporkan mangsa, Khadija diculik sebelum dikurung selama 2 bulan oleh suspek-suspek tersebut. Selain menjadi mangsa rogol bergilir-gilir dalam tempoh tahanan, Khadija turut mendedahkan bahawa seluruh tubuhnya telah ditatookan secara paksa oleh suspek-suspek, […]

(Video)Budak Sekolah Lucu Tertidur Dalam Kelas, Mamai Sampai ‘Tergalas’ Kerusi Ketika Mahu Pulang Dari Sekolah
Sebuah video biasa namun kelakar tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu yang memaparkan gelagat lucu seorang budak sekolah yang melakukan satu aksi luar jangkaan. Sehingga ke saat ini, video tersebut sudahpun berjaya mendapat tontonan sebanyak 5.9 juta dan mendapat like sebanyak 85 ribu dan dikongsi lebih 165 ribu kali. Tidak dapat dipastikan dengan […]

(Video)Nelayan Tak berhati Perut, Tergamak ‘Tunggang’ Penyu Seperti Kuda
Perbuatan seorang nelayan tidak berhati perut dipercayai berlaku di China yang bertindak ‘menunggang’ seekor penyu di dalam sebuah bot nelayan mencetuskan kemarahan orang ramai, terutamanya aktivis hidupan liar. Kejadian tersebut mendapat liputan orang ramai apabila satu klip rakaman perbuatan tersebut tersebar di atas talian. Melalui klip video tersebut, nelayan itu dilihat duduk di atas cekerang […]

Bayangkan Jika Anda Hanya Mampu Mandi Dua Kali Sahaja Setahun? Wanita Ini Alami Penyakit Misteri Tak Boleh Kena Air
Seorang bekas jururawat berusia 52 tahun, menderita satu penyakit mesteri yang menyebabkan hanya boleh mandi sebanyak dua kali sahaja dalam tempoh setahun. Maxine Jones berkata, penyakit tersebut membuatnya hidup seolah-olah terperangkap di dalam penjara. Maxine ketika ini menderita satu penyakit aneh dikenali sebagai aquagenic urticaria, iaitu hypersensitif terhadap air. Sehingga kini, dunia perubatan hanya merekodkan seramai […]

(Video) Selamba Ikat Anak Belakang Kereta, Pandu Di Jalan Raya, Bapa Beri Alasan Anak Suka ‘Mengembara’ Dengan Cara Tersebut
Akibat melakukan perbuatan yang boleh merisikokan nyawa anaknya, seorang bapa ditahan oleh pihak berkuasa Turki. Lelaki itu mengikat anak perempuannya di belakang van, ketika kenderaan itu sedang dipandu di tengah Turki baru-baru ini. Insiden itu dirakam oleh seorang pemandu lain di sebatang jalan di daerah Yaylakent. Susulan itu, klip rakaman video itu menjadi tular dan […]

(Video)Dua Bulan Selepas Dibenarkan Memandu, CCTV Rakam Pencuri Kereta Wanita Pertama Di Arab Saudi
Seorang wanita yang terakam di dalam CCTV sedang mencuri kenderaan yang didakwa sebagai pencuri kereta wanita pertama di Arab Saudi, hanya dua bulan selepas kerajaan negara berkenaan menghapuskan larangan yang tidak membenarkan wanita memandu. Rakaman tersebut yang dipercayai daripada wilayah Al-Dammam, menunjukkan seorang wanita sedang mengumpil pintu sebuah kenderaan bewarna merah sebelum melarikannya. Melalui klip […]

Empangan Di Myanmar Pecah, Banjir Besar Melanda Dan Tenggelamkan Perkampungan
YANGON-MYANMAR: Lebih 50,000 penduduk hilang tempat tinggal dan berlindung di kem sementara berikutan kejadian empangan di tengah Myanmar yang pecah semalam akibat dari hujan monsun. Menurut kenyataan jabatan bomba, insiden itu turut menyebabkan bandar berhampiran, dua perkampungan serta sebatang lebuh raya menghubungkan tiga bandar terpenting negara itu, ditenggelami air. Lebuh raya yang terjejas menghubungkan ibu kota […]

Taksub Wajah Seperti Tengkotak, Lelaki Sanggup Potong Lidah, Hidung Dan Telinga
Seorang lelaki berusia 22 tahun berasal dari Colombia menjadi tajuk utama berita di Amerika Selatan kerana sanggup menjalani pembedahan ekstrim demi mendapatkan wajah yang diidamkannya. Dikenali dengan nama Kalaca Skull, lelaki ini mengakui bahawa dia menggemari corak tengkorak sejak kecil dan mengambil keputusan untuk mengubah wajahnya seiras tengkorak selepas kematian ibunya berikutan ibunya tidak menyetujui […]

Turki Beli Peluru Berpandu Rusia S-400, Amerika Syarikat ‘Panas Punggung’
Niat turki untuk membeli sistem pertahanan udara Rusia S-400 telah dianggap sebagai langkah kurang bijak oleh Washington. Menurut sumber, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), James Mattis berkata negaranya prihatin mengenai niat Turki tetapi memberi amaran kepada Ankara berhubung pembelian sistem pertahanan peluru berpandu tersebut dan berkata AS “tidak mengesyorkan” pembelian itu. “Sebagai negara berdaulat, Turki […]

(Video)Apa Salah Gadis Ini? Malang Berganda, Selepas Dirogol Bergilir-Gilir Badannya Pula Di Tattoo Oleh Perogolnya
Khadija Okkarou, 17, seorang gadis mendedahkan peristiwa sadis yang menimpa dirinya menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki dalm kejadian yang berlaku di Maghribi. Sudahlah dirogol, Khadija turut mendedahkan bahawa dirinya turut menjadi mangsa dera, dan yang paling teruk adalah tindakan melampau kumpulan perogol tersebut melakarkan tattoo di seluruh badannya termasuklah tattoo swastika (Nazi). Pendedahan mengejutkan itu […]

Ngeri, Lepas 12 Jam Makan Sushi Mentah, Tangan Lelaki Ini Bengkak Dan Melepuh, Sudahnya Terpaksa Dipotong
Seorang warga emas berusia 71 tahun di Korea Selatan terpaksa menanggung kesakitan apabila tangan kirinya terpaksa dipotong kerana dijangkiti bakteria selepas makan makanan mentah, sushi. Dalam satu peristiwa yang aneh, hanya selepas 12 jam warga emas itu memakan ikan tersebut, tapak tangan kirinya mula sakit dan mengalami bengkak sebesar bola golf. Keadaan warga emas yang tidak […]

Boss Tersilap Titik Perpuluhan, Pekerja Untung Dapat Gaji Berlipat Ganda
Seorang penjawat awam kerajaan Wilayah Utara di Australia mendapati dirinya menjadi separuh jutawan setelah bahagian pembayaran gaji di tempat kerjanya tersalah tempat perpuluhan ketika membuat kira-kira membayar gajinya. Penjawat awam yang enggan dikenali itu bertugas di Jabatan Perkhidmatan Koporat dan Maklumat (DCIS) mempunyai gaji $4921.76 (RM14,837.09), namun disebabkan kesilapan manusia, dia sebaliknya dibayar sebanyak $492,176 (RM1.5 […]

Kanser Ragut Momoko Sakura, Pencipta Animasi Chibi Maruko Chan
Momoko Sakura, pencipta siri manga dan anime “Chibi Maruko-chan” yang sangat disayangi meninggal akibat kanser payudara pada minggu lalu di usianya 53 tahun. Sakura yang memulakan debut sebagai artis manga pada tahun 1984 memulakan siri Chibi Maruko Chan dalam edisi majalah 1986 melalui majalah Ribbon. Karakter tersebut terbukti sangat popular sehingga pada tahun 1991, ia […]

Indonesia Terus Digegar Gempa Bumi Kuat, Kali Ini Di Wilayah Nusa Tenggara Timur
Selepas Pulau Lombok, Indonesia terus digegar gempa bumi, kali ini di wilayah Nusa Tenggara Timur dengan gempa bumi berkekuatan 6.2 magnitud, sebentar tadi. Info mengenai gempa tersebut dikongsi melalui twitter Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat yang tidak menyebut mengenai amaran tsunami. Prelim M6.2 Earthquake Timor region, Indonesia Aug-28 07:08 UTC, updates https://t.co/3jkUFHLFjy — USGS Big […]