Berita›Luar Negara

Tergamaknya Suami, Kerana Wanita Lain Sanggup Cekik Isteri Yang sedang Tidur Hingga Mati
Lelaki ini tergamak mencekik isterinya yang sedang nyenyak tidur sehingga mati. Amun, 42, melakukan perbuatan itu terhadap isterinya, Suhaeni, 45, di rumah mereka di Kampung Rawabagi, Karawang Timur, Indonesia. Hasil siasatan pihak polis mendapati, suspek mengaku membunuh isterinya kerana memiliki wanita lain. Mereka juga dilaporkan sering bertengkar. “Suspek mengaku membunuh isterinya secara bersendirian. Namun, kami […]

Kerajaan Belanda Haramkan Guna Telefon Ketika Berbasikal
Kerajaan Belanda mengumumkan akan mengharamkan penggunaan telefon ketika berbasikal di negara itu. Menerusi satu portal berita, Menteri Pengangkutan Cora van Nieuwenhuizen pada Selasa berkata undang-undang itu hanya akan berkuat kuasa pada Julai tahun hadapan. Keputusan itu dibuat susulan peningkatan kemalangan membabitkan telefon dan basikal di negara tersebut yang semakin membimbangkan. Sebelum itu, pemandu kereta dan […]

Pengharaman Straw Minuman? Sebenarnya Puntung Rokoklah ‘World Largest Ocean Trash’ Yang Sebenar
Usaha murni untuk menyelamatkan alam yang semakin tercemar sememangnya dialu-alukan. Evironmentalist daripada seluruh dunia giat menjalankan kempen kesedaran ‘hidup tanpa plastik’ yang menyaksikan beberapa buah negara mula mengharamkan penggunaan pelbagai barangan berasaskan plastik terutamanya dalam industri makanan seperti polisterin, sudu dan beg plastik. Terkini, termasuklah beberapa buah negeri turut melaksanakan tanggunjawab untuk mengharamkan penggunaan penyedut […]

(Video)Bila ‘Suspek’ Penjual Syabu Melutut Lamar Teman Wanita Dengan Tangan Bergari
Tular di media sosial di Filipina apabila seorang netizen telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan tangan bergari melamar teman wanitanya selepas ditahan pihak berkuasa. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Julio Vinluan ditahan pihak berkuasa atas kesalahan memiliki dadah. Ketika ditahan di rumahnya, Julio ditemani teman wanitanya, Oba, dan anak mereka […]

Produk Jeruk Kulit Limau Dari China Dikesan Ada Plumbum, Turut Popular Di Malaysia
Sebuah produk jeruk kulit limau yang berasal daripada China dikesan mengandungi plumbum melebihi had yang ditetapkan, menurut laporan akhbar tempatan, South China Morning Post. Produk yang terkenal di negara Tembok Besar itu turut dipasarkan kepada beberapa buah negara antaranya Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia. Bagaimanapun, syarikat pengeluar produk berkenaan menjelaskan bahawa kemungkinan untuk berlaku […]

Puluhan Ribu Lebah ‘Berehat’ Dalam Enjin Pesawat, Penerbangan Terpaksa Ditunda
Pesawat Mango Airlines di Durban, Afrika Selatan terpaksa menunda penerbangannya selepas sekumpulan lebah menyerang dan memasuki enjin pesawat. Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa dipanggil untuk mengeluarkan kira-kira 20,000 ekor lebah dari enjin kapal terbang itu. Menurut salah seorang pakar lebah, kemungkinan kumpulan lebah itu sedang berehat di dalam enjin pesawat sebelum meneruskan perjalanan mereka. Insiden […]

Tuah Lelaki Sekali Cuba, Jadi Jutawan Menang Loteri Sejuta
Bagai mendapat durian runtuh, hanya dengan sekali sahaja percubaan pertama membeli tiket loteri di pusat Bebas Cukai Dubai, ternyata membawa tuah bagi seorang lelaki apabila dia kini bergelar jutawan. Nouman Arif, 32, seorang ahli perniagaan Pakistan tidak menyangka akan terpilih. Dia hanya mencuba nasib mengambil bahagian dalam cabutan bertuah terkenal tersebut dengan membeli kupon secara atas […]

Kerap Dapat Penumpang Mabuk Dan Kaki Gaduh, Grab Singapura Hentikan Perkhidmatan ‘GrabHitch’ Dari Jam 1 Hingga 5 Pagi
SINGAPURA: Grab di Singapura menghentikan perkhidmatan lewat malam mereka dari jam 1 hingga 5 pagi berikutan sering mendapat aduan dari pemandu mengenai penumpang yang mabuk dan sering bertengkar. Susulan aduan dari pemandu tentang penumpang mabuk dan muntah dalam kereta mereka selain bertengkar sepanjang perjalanan, syarikat itu bakal menghentikan perkhidmatan GrabHitch antara jam 1 hingga 5 […]

Kazakhstan Perkenal Hukuman Suntikan Lemahkan ‘Kemaluan’ Bagi Pesalah Pedofilia
Kazakhstan kini menjadi negara pertama yang akan mengenakan hukuman secara kimia ke atas pesalah pedofilia selepas menerima terlalu banyak aduan mengenai jenayah ini terhadap kanak-kanak. Selain penjara, hukuman ini antara inisiatif kerajaan negara tersebut dalam menangani masalah gangguan seksual terhadap anak kecil. Presiden negara itu sendiri, Nursultan Nazarbayev telah mengenepikan dana sebanyak RM100,000 untuk membawa […]

Bayi Umur 3 Hari Hampir Maut, Kala Jengking Dijumpai Dalam Lampin Dengan 7 Kesan Sengatan
Seorang bayi berusia tiga hari di Brazil, secara ajaibnya terselamat selepas disengat oleh kala jengking kuning apabila haiwan berbisa itu bersembunyi di dalam salah satu lampin pakai buang bayi tersebut. Ibu kepada bayi malang itu, Fernanda Ferreira hanya menyedari tentang apa yang berlaku apabila bayinya itu dilihat secara tiba-tiba lemah dan mulutnya mula mengeluarkan buih. […]

India Miliki Jumlah Juruterbang Wanita Tertinggi Di Dunia
India mempunyai nisbah tertinggi juruterbang wanita di seluruh dunia pada kadar 12.4 peratus berbanding kira-kira lima peratus secara global, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Rabu. Menurut laporan akhbar harian berbahasa Inggeris, The Times of India, jumlah juruterbang wanita telah meningkat hampir dua kali ganda sejak empat tahun lepas. Pada masa ini, terdapat 1,092 juruterbang […]

(Video) Bernilai 1,000,000,000 Pound, Begini Rupanya Rumah Paling Mahal Di Dunia.
Struktur bangunan unit yang terletak di Mumbai, India ini dikatakan adalah rumah paling mahal dan paling besar di dunia, yang hanya didiami oleh lima orang sahaja. Rumah berkenaan yang dinilai berharga 1 bilion Pound (RM 5.46 bilion) menempatkan lima tempat pendaratan helokopter (helipad), sebuah pawagam, beberapa buah kolam renang dan pemiliknya mengupah seramai 600 orang […]

Buah Oren Jadi Warna Ungu, Wanita Hantar Kepada Saintis Untuk Disiasat
Baru-baru ini tular di media sosial apabila gambar yang dikongsi oleh pengguna Facebook mendapat perhatian pihak berkuasa kesihatan Australia. Gambar tersebut merupakan gambar potongan buah oren yang bertukar menjadi warna ungu selepas beberapa jam dibiarkan terdedah. Kejadian ini menjadi misteri pihak berkuasa apabila seorang wanita Brisbane, Neti Moffitt, meminta disiasat potongan sebiji oren dimana sebahagiannya […]

(Video) Trauma Selepas Naik Roda Ferris Sendirian, Leher Budak Ini Tersangkut Dan Kaki Terjuntai Keluar
Bejing: Seorang kanak-kanak lelaki trauma apabila bahagian leher hingga kakinya tergantung pada buai roda ferris setinggi 48 meter di taman tema di Yuhuan. Budak lelaki berusia lima tahun itu datang bersama ibunya ke taman tema tersebut sebelum dipercayai menaiki roda ferris itu berseorangan. Insiden tersebut berlaku apabila dia cuba untuk duduk di atas besi pengunci […]

Persis Filem ‘Life of Pi, Remaja Indonesia Dibawa Arus Hingga Ke Lautan Pasifik, Terkandas Selama 49 Hari
Seorang remaja Indonesia telah terselamat selama 49 hari di laut di sebuah pondok penangkapan ikan, sebelum ia diselamatkan oleh sebuah kapal yang membawanya pulang ke rumah. Aldi Novel Adilang, yang berusia 19 tahun dari Sulawesi, bekerja sebagai penjaga lampu di perangkap ikan terapung, dikenali orang tempatan sebagai rompong, terletak 125km di laut. Remaja itu bekerja […]

(Video) Rahsia Wanita Ini Akhirnya Terbongkar, 5 Tahun Simpan Mayat Bayi Dalam Lokar Duit Syiling
Polis Tokyo menahan seorang wanita berusia 49 tahun pada hari Selasa selepas dia dilaporkan mengaku membuang bayinya yang meninggal dunia ketika dilahirkan di dalam lokar syiling dan menyimpannya selama 5 tahun. Menurut polis, “Suspek meninggalkan mayat bayi itu sejak beberapa tahun lalu di dalam lokar berhampiran Stesen Uguisudani.” “Saya panik melahirkan bayi yang tidak bernyawa itu […]

Salji Lebat, 45 Dilaporkan Hilang Ketika Mendaki Di Utara India
Sekurang-kurangnya 45 orang termasuk 35 pelajar Institut Teknologi India (IIT) Roorkee, dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan pergunungan di Himachal Pradesh, utara India akibat salji lebat. Kumpulan pendaki itu dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti di daerah Lahaul-Spiti, lapor agensi berita Xinhua, Selasa. “Pendaki tersebut sepatutnya kembali semula ke hab pelancong Manali,” memetik jurucakap sebuah agensi berita […]

Nak Bagi Pengajaran Anak Suka Buli Rakan, Wanita Ini Paksa Anaknya Pakai Baju ‘I Am Bully’ Ke Sekolah
AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita memaksa anaknya memakai kemeja T yang tertulis ‘I Am Bully’ ke sekolah selepas mendapat tahu kanak-kanak lelaki itu menggelar rakan sekelasnya ‘bodoh’. Kanak-kanak itu diminta ibunya untuk memakai baju yang membawa maksud ‘saya pembuli’ bagi memberi pengajaran kepadanya supaya tidak membuli rakan lain di sekolah. Wanita yang dikenali sebagai Star itu memuat […]

Kerajaan Baru Di Maldives Baru Dimenangi Pembangkang, Logo Parti Tak Ubah Seperti BN
Nampaknya, rakyat Maldives kini bertukar tampuk pemerintahan baru seperti Malaysia. Kerajaan mereka mendapat pimpinan baru setelah parti pembangkang berjaya menumbangkan parti yang sedia ada memerintah negara itu. Menurut laporan Aj Jazeera, ketua pembangkang, Ibrahim Mohamed Solih, telah berjaya mengalahkan Presiden Abdulla Yameen dalam Pilihan Raya Presiden selepas Solih mendapat 58.3 peratus undi popular berbanding Yameen […]

Ingatkan Patung, Bayi Hampir Digilis Dijumpai Merangkak Atas Jalan
Seorang bayi perempuan ditemui sedang merangkak di atas jalan raya di Lakewood, New Jersey. Seorang pemandu trak yang melalui jalan tersebut terkejut ketika melihat susuk tubuh bayi kecil yang disangka patung berada di tengah jalan raya. Cory Cannon, yang mula risau memperlahankan kenderaan dan mendekati bayi tersebut. Ternyata susuk yang disangka patung adalah seorang bayi […]