Berita›Luar Negara

Berita
(Video) Helikopter Pemilik Leicester City Terhempas Sebaik Tinggalkan Stadium, Dikhuatiri Terkorban
Sebuah helikopter yang dipercayai membawa Vichai Srivaddhanaprabha, pengerusi Leicester City, terhempas di luar King Power Stadium. Identiti para penumpang masih tidak diketahui. Pun begitu, sumber mengatakan bahawa Srivaddhanaprabha berada di atas kapal, dan tidak jelas keadaannya samada terselamat atau tidak. Kejadian berlaku selepas perlawanan membabitkan Leicester City dan West Ham United yang berkesudahan seri 1-1. Helikopter […]
Berita
(Video) Penumpang ‘Sakit’ Buka Pintu Kecemasan Hampir Kena Sedut Enjin Kapal Terbang
Seorang penumpang pesawat hampir tersedut ke dalam enjin selepas cuba membuka pintu kecemasan kerana terdesak untuk keluar. Kejadian berlaku di pesawat Frontier Airlines ketika pesawat berada di atas landasan di Cancun, Mexico. Walau bagaimanapun, penumpang tersebut sempat dihalang kru penerbangan selepas menyedari gelongsor kecemasan tiba-tiba keluar daripada pintu pesawat. Rakaman video insiden tersebut diambil yang […]
Berita
Hina Rasullulah Bukan Hak Bebas Bersuara
Tindakan menfitnah Nabi Muhammad SAW adalah satu kesalahan tertakluk dibawah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR). Keputusan ini dibuat apabila seorang wanita Austria melabelkan Rasullulah sebagai pedofilia. Es, 40, mendakwa dalam 2 seminar terbuka awam pada 2009 bahawa perkahwinan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aishah adalah salah satu perbuatan pedofilia. Mahkamah Vienna dalam pada […]
Berita
(Video) Najib Hilang Sabar, Hampir Tinggalkan Set Ketika Temuramah Bersama Al Jazeera
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengawal perasaan sepanjang pertemuannya dengan media antarabangsa terkemuka, Al Jazeera semalam. Kejadian berlaku apabila wartawan, Mary Ann Jolley yang menemubual beliau bertanyakan soalan berkaitan Altantuya, berlian merah jambu dan dana RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum ini. Beliau dilihat gagal untuk berlagak tenang sepanjang 25 minit […]
Berita
Ambil Pengajaran, Gara-Gara Bulu Mata Palsu, Gadis Cantik Ini Hampir Buta
Mungkin gadis di luar sana boleh mengambil pengajaran dari kisah ini sekiranya ingin mendapatkan rawatan kecantikan. Hampir buta, seorang pelajar di United Kingdom mendakwa dia tidak dapat melihat selama dua jam selepas kelopak matanya tertutup akibat tersalah pasang bulu mata palsu. Megan Rixson dalam media sosialnya menggesa pengikutnya supaya amat berhati-hati apabila memasang bulu mata […]
Berita
”Mama, Tolong Mama,” Rayu Anak Kecil Dilumur Minyak Tanah Sebelum Mati Dibakar Ibu Kandungnya
Setelah 41 hari berjuang untuk hidup, kanak-kanak malang yang dipercayai menjadi mangsa penderaan ibu kandungnya sendiri akhirnya meninggal dunia baru-baru ini. Jessica Mananohas yang berusia 10 tahun terbakar 85% peratus dari bahagian badan akibat dilumur minyak tanah dan dibakar oleh wanita itu dalam satu kejadian yang menggemparkan ramai di Kabupaten Kepulauan Sangihe, Sulawesi Utara, Indonesia. […]
Berita
(Video)Tadika Berdarah, 14 Kanak-Kanak Cedera Teruk Diserang Wanita Bersenjatakan Pisau
Sekurang-kurangnya 14 orang kanak-kanak cedera teruk selepas seorang wanita bersenjatakan sebilah pisau menyerang sebuah tadika di China, semalam. Dalam kejaidan yang berlaku di Chongqing, Bandar Banan itu polis berkata, kesemua mangsa diserang oleh suspek ketika berjalan kaki untuk kembali semula ke tadika selepas selesai menjalani senaman di taman berdekatan, kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan. […]
Berita
Padah Melakukan Gangguan Seksual, Google Pecat 48 Pekerja
Syarikat gergasi internet Amerika Syarikat (AS) Google, berkata pada Khamis dalam tempoh dua tahun lalu, seramai 48 pekerja termasuk 13 pegawai kanan dipecat atas kesalahan melakukan gangguan seksual. Dalam memo dalaman kepada pekerja syarikat, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai berkata pekerja yang diberhentikan itu tidak menerima sebarang pampasan. “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak […]
Berita
Angkara Percaya Rakan Sendiri, Isteri Jadi Mangsa Rogol 5 Lelaki Dalam Kereta
Harapkan pegar, pegar makan padi. Begitulah perumpamaan bagi lima lelaki yang tergamak merogol seorang wanita yang juga kenalan mereka dalam kereta yang sedang bergerak. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Nalbari, daerah Assam, Inida pada petang rabu lalu. Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa bersama suaminya sedang menunggang basikal untuk pulang ke rumah selepas membeli barang […]
Berita
(Video)China Rancang Lancar Bulan Buatan Ke Orbit Untuk Ganti Lampu Jalan
Pemain industri teknologi angkasa lepas China merancang untuk melancarkan bulan buatan ke orbit menjelang tahun 2020 sebagai ganti kepada lampu jalan dalam usaha untuk mengurangkan kos utiliti elektrik di beberapa bandar. Mengikut pelan asal, China merancang untuk menempatkan bulan berkenaan di atas bandar Chengdu iaitu ibu kota wilayah Sichuan. Bulan buatan ataupun satelit berkenaan akan […]
Berita
Keji, Nenek Usia 100 Tahun Pun Jadi Mangsa Rogol Lelaki
Keji. Begitu apa yang boleh digambarkan mengenai perbuatan seorang pemuda yang tergamak merogol nenek berusia 100 tahun dalam satu kejadian yang mencetuskan kemarahan ramai di Bengal Barat isnin lalu. Kejadian itu terbongkar selepas jiran mangsa terdengar jeritan nenek berkenaan dan bergegas menangkap pemuda tersebut di kediaman warga emas itu di daerah Nadia. Sebaik sahaja polis […]
Berita
(Video) Sinead O’Connor, Penyanyi Terkenal Ireland Kongsi Kegembiraan Peluk Islam
Sinead O’Connor, penyanyi popular kelahiran Ireland dilaporkan telah memeluk Islam, melalui satu tweetnya di Twitter. Dia turut memaklumkan sudahpun menukar nama kepada Shuhada’ Davitt. Perkembangan terbaru penyanyi tersebut yang sebelum ini pernah menjadi paderi Kristian Khatolik pada tahun 1990 turut dilaporkan oleh beberapa buah portal berita terkemuka dunia, termasuklah Dailymail. ”Saya dengan ini berbangga untuk […]
Berita
(Video) Belasan Pelajar terlibat Dalam Pergaduhan Guna Parang Di Afrika Selatan
Satu keganasan pelajar meletus di sebuah sekolah di Arika Selatan apabila rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar bertempur menggunakan parang. Dalam rakaman yang tersebar tersebut, pelajar-pelajar ini dilihat saling melibas parang ke arah satu sama lain dan pada masa yang sama kedengaran suara jeritan pelajar lain ketika melarikan diri. Pertempuran terbabit […]
Berita
Tutup 6 Bulan, Pulau Boracay Dibuka Semula Esok Kepada Pelancong
Susulan penutupan Pulau Boracay enam bulan lalu kerana kerosakan akibat kehadiran pelancong yang tidak terkawal, Filipina menerusi satu kenyataan mengumumkan akan membuka semula pusat peranginan terkenal itu kepada pelancong Jumaat ini. Namun, setelah dibuka difahamkan hanya segelintir sahaja hotel dan restoran dibenarkan beroperasi di situ. Selain itu, langkah penguatkuasaan undang-undang lebih ketat akan dijalankan termasuk […]
Berita
2 Hari Terkunci Dalam Kereta, Kanak-Kanak 3 Tahun Maut
Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di tempat letak kereta kenderaan di Pangsapuri Pluit Seaview setelah dipercayai terkunci dari dalam selama hampir 2 hari. Mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang kereta semasa pemilik kenderaan terbabit mahu meletakkan beg miliknya. Terkejut dengan susuk tubuh anak kecil itu, Afandi, pemilik kenderaan […]
Berita
Saintis Berjaya Klon 200 Jenis Anjing, Dalam Kajian Untuk Klon Manusia
Mungkin perkara ini tidak terfikir oleh jangkauan kita untuk menklon manusia iaitu satu proses salinan asal yang sama seperti hidupan asal. Menurut satu laporan, pada bulan lepas, penyelidik di Jepun sedang giat melakukan ujian pengklonan manusia. Pakar yang terlibat dalam ujian mendedahkan, mereka mencipta sel telur manusia menggunakan darah. Jika perkara itu berjaya pada masa […]
Berita
Obama, Hillary Clinton, Pejabat CNN Terima Bungkusan Bom Menjelang Pilihan Raya AS
Bungkusan misteri dipercayai bom telah dihantar kepada 2 orang ahli politik berpengaruh iaitu, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan bekas calon Presiden, Hillary Clinton serta agensi media terkenal, CNN. FBI berkata pakej yang mencurigakan itu ditemui di kediaman Pasangan Pertama di Westchester County di pinggir bandar New York City, pada pukul 1 pagi […]
Berita
Ditikam 17 Kali, Wanita Sempat Tulis Nama Angkara Siapa Guna Darah Sendiri Sebelum Mati
Satu kes pembunuhan misteri berlaku dan ternyata menggemparkan ramai apabila seorang peniaga berusia 54 tahun ditemui mati di rumahnya di Villasis, Pangasinan, Filipina minggu lepas. Polis difahamkan masih menyiasat jenayah itu tetapi tidak seperti kebanyakan kes, satu laporan baru-baru ini mendedahkan bahawa mangsa itu sendiri telah meninggalkan satu petunjuk bagi pihak berkuasa. Mangsa, seorang wanita, […]
Berita
Mangsa Gempa-Tsunami Palu Dakwa Diganggu Suara Aneh ‘Hantu Pokpok’
Korban gempa dan tsunami Palu mengakui dihantui suara aneh dari dalam hutan berdekatan kem perlindungan mereka setiap hari pada waktu malam. Mereka mempercayai ia adalah suara daripada ‘hantu pokpok’ yang paling ditakuti warga Palu berada di pinggiran kampung berkenaan. Hantu ini dipercayai boleh terbang dan sukakan bayi baru lahir atau orang yang sedang sakit. “Suara […]
Berita
Pelajar Skor A Dalam Peperiksaan Selepas Lawak Ringkasnya Buat Guru Ini Ketawa
Seorang guru di Amerika Syarikat tidak dapat menahan dirinya daripada berkongsi kejadian lucu ketika menanda kertas peperiksaan pelajar Gred Tujuh, berusia 12 tahun yang diajarnya. Evelyn Lizette berkongsi gambar jawapan yang ditulis oleh pelajarnya itu ke laman Twitter pada 15 Oktober lalu. Berdasarkan gambar soalan berkenaan, pelajarnya diminta menjawab satu soalan yang berbunyi ”Tell me […]