Berita›Luar Negara

Diterkam Ketika Sedang Menyusu, Bayi 12 Hari Maut Dilarikan Monyet
Seorang bayi terkorban apabila dibawa lari seekor monyet daripada dakapan ibunya di India. Neha, ketika itu sedang menyusukan anaknya Arush, 12 hari sebelum binatang itu menerkam dan mengambil bayi tersebut lari di dalam rumah mereka. Binatang itu kemudian meninggalkan bayi tersebut di atas bumbung rumah jiran mereka dan merasakan semuanya sudah terlambat. “Pintu utama terbuka […]

”Kebaya Putihku Yang Kau Pilih Untuk Hari Nikah Kita,” Sebak, Tunang Mangsa Nahas Lion Air Tunaikan Permintaan Terakhir Bakal Suami
Rezeki, jodoh dan ajal menjadi rahsia Allah. Sebaik mana kita berusaha dan merancang, jika sudah ditetapkan bahawa insan yang dicintai bukan jodoh kita di dunia ini, siapalah kita untuk melawan takdir. Walau ditangisi dengan air mata darah sekalipun, dia tak akan kembali lagi. 13 tahun menyemai cinta sejak di bangku sekolah lagi bukan satu tempoh […]

Diumpan Coklat, Budak 3 Tahun Mati Dirogol Dengan Kejam, Kepala Dihentak Batu-Bata
Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat digambarkan mengenai perbuatan seorang lelaki yang tergamak merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan memukulnya sehingga mati menggunakan sebiji batu-bata. Difahamkan, sebelum kejadian mangsa sedang bermain bersama rakan-rakannya seperti biasa di Gurugam, pinggir New Delhi di India pada Ahad. Dia kemudian didatangi seorang lelaki yang mengumpan mangsa […]

(Video) Baru Nikah 2 Bulan Dah Naik Tangan, Isteri Nekad Minta Cerai, Suami Sujud, Merayu Di Pejabat Agama
Seorang suami bersujud dan merayu di kaki isterinya di Pejabat Agama Sulawesi, Indonesia meminta si isteri membatalkan penceraian yang telah difailkan. Dalam video berdurasi 5 minit itu, kedengaran lelaki tersebut meraung-meraung merayu ditempat isterinya duduk. Walau bagaimanapun, tindakannya itu ditenangkan si isteri sementara suami masih menangis tidak berhenti. Mungkin mula muak dengan ‘perangai’ lelaki itu, […]

Alami Derita Setiap Hari Selama 5 Tahun, Gadis Ini Muntah 100 Kali Sehari
Seorang wanita yang mengalami penyakit yang jarang berlaku pernah muntah sebanyak 100 kali sehari, sebelum menjalani pembedahan untuk merawat penyakitnya itu. Rebecca Griffiths dari Maidenhead, Berkshire di England mengalami kes sindrom kitaran muntah yang teruk. Wanita berusia 31 tahun itu mula muntah secara tidak terkawal sejak lima tahun lalu. Kehidupannya berubah sepenuhnya, di mana dia […]

‘Seperti Hari Kiamat,’ 110 Ribu Ekar Tanah California Dijilat Api, 44 Orang Terkorban
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California Amerika Syarikat meningkat kepada 44 orang, menjadikannya malapetaka paling dahsyat dalam sejarah negeri itu, lapor Xinhua. Sebanyak 13 mayat ditemui pada Isnin di California Utara, kebanyakan mayat rentung dan sukar untuk dikenal pasti, kata Syerif Daerah Butte Kory Honea. Timbalan Ketua Cal Fire, Scott McLean berkata tiupan angin […]

Bukan Lagi Simbol Harapan, Amnesty International Tarik Balik Anugerah Berprestij Dari Suu Kyi
Amnesty International telah menarik balik anugerah hak asasi manusia berprestij dari Aung San Suu Kyi, berikutan kegagalan beliau bersuara terhadap keganasan yang berlaku kepada Islam Rohingya. Ia adalah yang terbaru dalam satu siri penghargaan yang akan ditarik balik dari Aung San Suu Kyi, termasuk Anugerah Elie Weisel Museum Holocaust Amerika Syarikat dan Anugerah Freedom of the City yang dibatalkan oleh Edinburgh, […]

(Video) Ngeri, Ular Sawa Sembunyi Dalam Lubang Tandas, Gigit Kemaluan Lelaki
Ngeri, apabila seekor ular sawa yang berada di dalam lubang tandas menggigit kemaluan seorang lelaki yang tidak menyedari kehadiran haiwan itu ketika mahu membuang air. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah yang dijadikan pejabat di Bangkok, Thailand pada pagi jumaat lalu. Mangsa, Terdsak Kaewpangpan, 45, masuk ke dalam tandas pejabatnya pada pagi tersebut namun ketika […]

Ibu ‘Berfoya’, Habiskan Gaji Untuk Teman Lelaki, Bayi 2 Tahun Mati Dikurung Dalam Tandas Dipenuhi Najis
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dibiarkan kelaparan dan dikurung dalam bilik air di apartment milik ibunya yang disewa. Apa yang lebih menyedihkan, bayi berkenaan ditemui mati dengan dipenuhi najis dipercayai selama 2 hari. Ibunya, Lin, 20 tahun telah ditahan kerana mengabaikan anaknya sendiri sementara dia didakwa ‘berfoya-foya’ bersama teman lelaki. Gaji yang diperoleh hampir […]

Alibaba Catat Sejarah Baru, Raih RM128 Bilion Dalam Jualan Sehari 11.11
Alibaba Group (Alibaba) mencatatkan rekod baharu untuk acara Satu Hari, dengan jualan 213.5 bilion renminbi (RM128 bilion) dalam masa 24 jam acara beli belah itu pada Ahad. Nilai barangan kasar (Gross merchandise value) (GMV), angka yang menunjukkan jualan di seluruh platform beli belah gergasi e-dagang China itu, melepasi jualan 168.2 bilion renminbi (US$25.3 bilion) tahuh lepas, yang dicatatkan pada hari berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Zhang, berkata ini menunjukkan pertumbuhan 27 peratus berbanding 2017. “Pembabitan keseluruhan ekosistem Alibaba membolehkan jenama kami dan rakan perniagaan berhubung dengan pelanggan seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Untuk masa hadapan, […]

Tergamak Sembelih Isteri Yang Sudah Dikahwini 40 Tahun Kerana Tolak Lakukan Hubungan Kelamin
Rumah tangga yang dibina selama 40 tahun bagi satu pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan berakhir dengan kejadian yang menyayat hati. Warga emas tersebut berumur 80 tahun, bertindak membunuh isterinya yang berumur 60 tahun dengan cara menyembelih kepala wanita itu menggunakan parang. Namun, alasan di atas perbuatan tersebut tidak masuk […]

(Video) Cedera Ketika Pertandingan, Pelari Wanita Ini Merangkak Supaya Pasukannya Boleh Teruskan Larian
“Dedikasi, semangat berpasukan, kuat… Sangat banyak perkataan yang boleh diberikan kepada wanita ini” – itu antara komen-komen positif yang diberikan oleh pengguna internet setelah menonton satu video acara larian yang berlangsung Jepun. Laporan Metro.co.uk berkata, remaja Jepun yang bernama Rei Iida itu terpaksa merangkak sejauh 200 meter di dalam satu acara larian berganti-ganti sejauh 41.8 […]

”Kami Mohon Maaf,” Basarnas Hentikan Pencarian Mangsa Nahas Lion Air
Memasuki hari ke 13 terhempasnya pesawat Lion Air JT610 di perairan Tanjung Karawang, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dilaporkan telah menghentikan operasi mencari mayat mangsa yang terkorban. “Operasi pencarian secara berpusat ditutup hari ini. Namun Pejabat Mencari dan Menyelamat di Jakarta dan Bandung akan berada dalam keadaan siap sedia 24 jam,” kata Ketua Basarnas, […]

Tergamaknya Anak, Cekik Ibu Hingga Mati, Rogol Dan Simpan Mayatnya Sebelum Terbongkar
Tergamaknya seorang anak melakukan perkara yang keji begini terhadap ibu kandungnya sendiri. Bukan sahaja membunuh, tetapi dia turut merogol mayat ibunya itu gara-gara terpedaya dengan skim cepat kaya yang diperkenalkan oleh seorang bomoh. Remaja berkenaan, Samuel Akpobome, 18, berkata, bomoh tersebut menjanjikannya kekayaan jika dia membunuh dan menidurinya ibu dalam kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan […]

Keluarga Terkejut, Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula Saat Mahu Dikebumikan
Satu ‘keajaiban’ berlaku, apabila seorang warga emas berusia 95 tahun mengejutkan seluruh keluarganya selepas dia ‘bangun semula’ pada hari pengebumiannya dengan berkata dia hanya tidur sebentar. Lelaki yang dikenali sebagai Budh Ram itu disahkan meninggal dunia oleh doktor pada Sabtu selepas pengsan di rumahnya di Rajasthan, India. Seorang sami telah dipanggil untuk upacara pengebumian dan […]

(Video) Lagi Kemalangan Pesawat Boeing, Hadapi Masalah Hidraulik Kira-Kira 10 Minit Selepas Berlepas
Sebuah pesawat Boeing 757 terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Guyana tidak lama selepas berlepas menuju ke Kanada menyebabkan sekurang-kurangnya 6 orang tercedera. Pesawat milik Air Jamaica itu dilaporkan menghadapi masalah hidraulik kira-kira 10 minit selepas berlepas hingga menyebabkan juruterbang terpaksa mengambil keputusan untuk berpatah balik dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi. Bagaimanapun, […]

Remaja Mabuk Air Rebusan Tuala Wanita, Pungut ‘Buangan’ Dari Tempat Sampah
Fenomena ketagihan rebusan pembalut wanita kembali menggegarkan daerah di Jawa Tengah, Indonesia. Sebelum ini kegiatan itu terkenal di Bogor, Bekasi, Depok dan beberapa kawasan di Jakarta. Meski pun belum mengetahui kandungan kimia yang terdapat didalam air rebusan tersebut, Penganalisa Kimia, Yessi berpendapat bahawa produk tersebut boleh menyebabkan radang pada mata. Bahan-bahan tersebut menurut Yessi mengandungi […]

Tak Capai ‘Target’ Jualan, Pekerja Dipaksa Makan Lipas, Minum Air Tandas, Disebat Majikan
Tiga orang pengurus di sebuah syarikat pembaikan rumah di Zunyi, China baru-baru ini ditangkap kerana menjalankan hukuman melampau terhadap pekerjanya termasuk memaksa untuk makan lipas kerana tidak mencapai sasaran jualan sepatutnya. Penahanan ketiga-tiga pengurus itu diambil selepas pekerja syarikat tersebut ‘mendedahkan’ aktiviti majikan mereka di laman media sosial. Rakaman video yang tular itu menunjukkan seorang […]

(Video)Canggih, Polis Dubai Mula Jalani Latihan Kendali Motosikal ‘Terbang’ Masa Depan
Polis Dubai ketika ini memulakan inisiatif untuk melatih para anggotanya mengendalikan motosikal terbang bagi melawan keganasan daripada udara. Badan penguatkuasa berkenaan percaya bahawa hoverbike jenis S3 2019 yang dibina firma berpangkalan di California, Amerika Syarikat itu dapat membantu mencegah jenayah-jenayah di kawasan sukar diakses. Dalam satu klip video yang dikongsikan di media sosial, seorang pegawai […]

(Video) Senjata Rahsia Rusia? Loceng Terbang Sebesar Bangunan Dirakam Di Ruang Udara Sweden
Klip video yang diambil dari Gothenburg, Sweden ini menunjukkan objek berbentuk loceng dipercayai sebesar bangunan melalui jalan raya pada 6 November lalu. Seorang pemandu merakam objek ‘loceng terbang’ itu terapung di langit dan seperti bergerak menuju ke suatu tempat. Objek tersebut dapat dilihat orang awam yang melalui jalan berkenaan dan rata-rata mereka mendakwa bahawa ia […]