Berita›Luar Negara

Kecewa Bapa Gagal Tunai Janji Bina Tandas, Kanak-Kanak Buat Laporan Polis
Seorang kanak-kanak di Chennai, India membuat laporan polis selepas bapanya gagal menunaikan janji untuk membina sebuah tandas di rumah mereka. ”Dia berjanji untuk membina sebuah tandas untuk saya dua tahun lalu, namun tiada apa-apa sehingga sekarang. Saya semakin membesar dan berasa malu untuk membuang air di kawasan terbuka. ”Jadi saya membuat laporan polis ini supaya […]

Nestle Malaysia Sahkan Produk KitKat Keluaran Jepun Tak Selamat Untuk Orang Islam
Menerusi salah satu status yang dimuat naik Facebook Halal Japan, mereka mengumumkan bahawa sesetengah produk yang dikeluarkan oleh Nestle KitKat Japan adalah tidak sesuai bagi pengguna yang beragama Islam. Hal ini adalah kerana, produk makanan coklat itu ada yang dihasilkan menggunakan bahan berasaskan lembu dan khinzir. Perkara ini telah disahkan pada 7 Disember 2018 […]

Padah Minta Rasuah 1 Dolar, Pemandu Forklift Kena Denda 100 Ribu Dolar
Mahkamah Singapura baru-baru ini telah mengenakan hukuman denda dan penjara terhadap dua pekerja asing kelahiran China atas kesalahan meminta rasuah sebanyak S$1 (RM 3.05), dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Biro Anti-Rasuh negara republik itu. Kenyataan berkenaan sekaligus memperkukuh imej Singapura sebagai hub kewangan dunia dengan imej bersih. Chen Ziliang, 47, dan Zhao Yucun, 43, […]

(Video)Ahli Teori Konspirasi ‘Ramal’ Zaman Ais Landa Bumi Sekali Lagi Krismas Ini
Menjelang musim sejuk, seorang ahli teori konspirasi meramalkan satu lagi zaman ais bakal melanda Bumi, lebih tepat menjelang Krismas ini. Zaman ais akan berlaku apabila Bumi dan atmosfera mengalami penurunan suhu yang mendadak dengan kali terakhir kejdian berkenaan berlaku dianggarkan jutaan tahun lepas. Ramalan berkenaan dibuat melalui perkongsian satu video di Youtube baru-baru ini. Melalui […]

Lagi Kejadian Gempa Bumi Kuat, Kali Ini Landa Kawasan Berdekatan Antartika Pula
Gempa bumi berkekuatan 7.1 magnitud dilaporkan melanda kawasan sekitar Antartika semalam, menurut laporan Jabatan Tinjauan Aktiviti Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Gempa berkenaan yang pada awalnya diukur pada kekuatan 7.5 magnitud berlaku pada kedalaman 164.7 kilometer sebelum ukuran diturunkan kepada 7.1 magnitude. Antara kawasan berdekatan yang terjejas adalah Tierra del Fuego, Argentina serta Chile. Gempa yang sama […]

Pengasas Tegaskan Zumba Bukan Tarian Untuk Kurus, Cuma Untuk Berseronok
Pelbagai cara dilakukan oleh manusia untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal, termasuklah menyertai kelas tarian Zumba, yang pernah menjadi trending termasuklah di Malaysia pada satu ketika. Begitu pun, melalui penjelasan yang dibuat oleh pengasas tarian ini, Beto Perez, dia mendedahkan tarian zumba bukan direka untuk menurunkan berat badan pengamalnya, sebaliknya hanya sekadar satu senaman yang […]

Pernah Bunuh Musuh Dari Jarak 4000 Kaki, Sniper Digeruni Musuh Ini Bertukar Menjadi Ratu Cantik Kegilaan Ramai Lelaki
Siapa sangka, daripada seorang pembunuh hendap berhati sejuk yang ditakuti musuh, gadis ini yang juga anak yatim piatu bertukar menjadi seorang ratu cantik di tempatnya. Olga Shishkina, 21, berasal daripada Ukraine terlibat dalam peperangan mewakili kumpulan pemberontak pro-Putin ketika konflik berdarah di Donetsk. Bagaimanapun katanya, dia terlebih dahulu perlu membuktikan kesetiannya melalui medan perang kerana […]

‘Dipulau’ Guru Kelas, Tak Bagi Duduki Ujian, Bekas Pelajar Kanser Diasingkan Takut Penyakit Berjangkit
Seorang pelajar yang disahkan menghidap penyakit kanser telah ‘dipulaukan’ guru kelasnya sendiri kerana dipercayai akan membawa penyakit. Pelajar tersebut telah didiagnosis kanser limfoma, dikenali sebagai kanser darah yang berpunca daripada pertumbuhan sel-sel abnormal. Walau bagaimanapun, dia telah disahkan bebas daripada virus kanser selepas menjalani rawatan kimoterapi. Selepas secara rasmi diberitahu bahawa dia sudah bebas […]

(Video)”Mesin Pembunuh” Untuk Perang Cetus Kembimbangan, Mungkin Bertindak Di Luar Batas
Memperkenalkan robot mesin pembunuh di medan perang mungkin memberikan kesan buruk kepada sejarah manusia, menurut pemerhari dunia pertahanan. Kegusaran ini muncul selepas beberapa buah negara maju ketika ini sedang berlumba-lumba mahu menjadi negara pertama yang berjaya menghasilkan senjata berbahaya dengan operasi penuh itu secepat mungkin. Sebelum ini, satu inisiatif global yang cuba menghalang negara-negara ini […]

Wanita Ini Mahu Stafnya Utamakan Keluarga Daripada Kerja, Rela Tutup Syarikat Daripada Lihat Pekerjanya Bersedih
Seorang wanita yang juga seorang ahli perniagaan yang berjaya ini mungkin menjadi majikan dambaan semua pekerja di seluruh dunia. Charity Delmo, seorang wanita berbangsa Filipina merupakan pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Vista Consultancy telah berkongsi satu kemas kini yang amat menyentuh hati di laman facebook miliknya. Melalui kemas kini tersebut, Delmo meminta semua pekerja […]

BMW Group Iktiraf Pelajar Tempatan Jadi Pakar Teknologi Automotif, Ikat Kontrak 10 Tahun Kerja Di German
Seorang pelajar universiti tempatan membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya yang berjaya mendapat kontrak selama 10 tahun bersama jenama besar, BMW Group selepas berjaya ideanya diterima dalam membentangkan projek teknologi di Austria pada November lalu. Franklin Lingga Ak Abun, Anak Dayak berasal dari Kapit merupakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Kejuruteraan […]

”Terima Cabaran”, Ronaldo Pelawa Messi Berhijrah Seria A Itali
Penyerang Juventus dan juga selebriti sukan ternama dunia, Cristiano Ronaldo secara terbuka mencabar Lionel Messi untuk berhijrah ke liga Itali, Seria A. Ronaldo sebelum ini melakukan kejutan apabila bersetuju untuk berpindah ke Itali setelah sekian lama berbakti untuk Real Madrid di La Liga dengan yuran perpindahan RM 521.43 juta. Mereka berdua sebelum ini sudah sekian […]

(Video) “Mungkin Dia Sepatutnya Disembelih Tapi Sempat Lari,” Mi Terkeluar Bila Dijamah, Anjing Jalanan Dizalimi Hingga Leher Berlubang
Sebak jika dilihat rakaman video seekor anjing yang mungkin kelaparan ingin menjamah makanan dihadapannya namun apa yang menyedihkan, makanan yang ditelan keluar balik melalui lubang besar di lehernya. Seorang pengguna Facebook, John Paolo Santiago Navea, yang merakam detik itu terkejut sebaik sahaja melihat perkara tersebut dengan mi yang diberikan olehnya. “Semasa saya melihat ia makan, […]

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,” Lelaki Bunuh Dan Perkosa Gadis Angkara Sakit Hati
Gara-gara tidak dapat menerima cintanya ditolak, seorang lelaki dari Sungkai Selatan, Indonesia, tergamak memperkosa dan membunuh rakan wanitanya. Tertuduh, Wagiran, mengambil tindakan sedemikian kerana merasa sakit hati dengan mangsa yang tidak mahu menerima cintanya malah turut mengejeknya sebagai hitam dan hodoh. Difahamkan, mangsa telah dilaporkan hilang pada Isnin, 1 Oktober lalu. Sehari sebelum itu, dia […]

Tergamaknya Hati Ibu Ini, Tinggal Bayi Di Luar Dalam Cuaca ‘Paras Beku’ Tanpa Seurat Benang Supaya Mati Kesejukan
Tergamak hati ibu ini apabila meninggalkan bayinya yang berusia tiga bulan tanpa seurat benang di luar balkoni dalam suhu cuaca yang sangat sejuk hanya kerana bayi itu membuatkannya geram. Elizaveta Klimova, berasal dari Rusia dan berusia lingkungan 20-an itu tidak menghiraukan tangisan bayi itu malah turut merakam dan menghantar gambar mangsa kepada bekas suaminya, Aleksandr Potryasov, […]

(Video) Sebak, Demi Ke Sekolah, Anak ‘Istimewa’ Ini Cekal Redah Hutan, Merangkak 3KM Setiap Hari
Kecekalan kanak-kanak ini untuk menuntut ilmu wajar diberi pujian. Jika anda mahu mengalah dengan kehidupan yang susah, mungkin secebis kisah ini mampu dijadikan inspirasi dan ikhtibar untuk jangan sesekali berputus asa. Mukhlis Abdul Kholik, 8, dilahirkan dalam keadaan kurang upaya (OKU) iaitu mengalami cacat fizikal pada kaki hingga perlu bergantung kepada kedua tangannya untuk bergerak dari […]

Penemuan Mengejutkan, Binaan Purba Ditemui Dalam Dasar Laut?
Seorang ahli konspirasi yang membuat pencarian atas talian menerusi Google Earth dalam kawasan Costa Rica terkejut apabila mendapati objek besar seakan binaan purba berada dalam dasar laut. Individu yang hanya dikenali sebagai MrMBB333 itu menemui struktur binaan tersebut yang terletak kira-kira 6,300 kaki di bawah paras laut. Membincangkan mengenai penemuannya itu, dia berkata, ”Saya pasti […]

Lelaki Batuk Sangat Teruk Sehingga Cebisan Paru-Paru Terkeluar Melalui Mulut
Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang mengalami batuk teruk sehingga cebisan paru-parunya terkeluar dilaporkan telah meninggal dunia, lapor The Sun. Mangsa yang berusia 36 tahun itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti California kerana turut mengalami masalah kegagalan fungsi jantung. Menurut laporan Jurnal Perubatan New England, mangsa sebelum ini sudahpun mempunyai sejarah peribatan yang tidak […]

(Video) ”Macam Kiamat Semua Berterbangan, Kami Pasrah Jika Mati” Puting Beliung Landa Bogor, Ragut Nyawa Musnahkan Ratusan Rumah
Bogor berduka. Puting beliung yang mengganas di bandar berkenaan di Jawa Barat pada Khamis petang telah meragut satu nyawa, menyebabkan puluhan pokok tumbang dan ratusan kediaman rosak. Kejadian yang berlaku pada pukul 3 petang waktu tempatan itu meragut nyawa seorang wanita, Enny Retno, 45, selepas pokok yang tumbang menghempap keretanya ketika dia sedang memandu. Jurucakap […]

(Video)Cara Lelaki Ini Didik Anaknya Kaki Buli Dipuji Netizen Dan Ditonton Lebih 19 Juta Kali
Seorang bapa di Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak perempuannya yang terlibat dalan jenayah buli. Kirsten yang baru berusia 10 tahun diberi hukuman berjalan kaki ke sekolah sejauh 8 kilometer oleh Matt Cox, setelah dia tidak dibenarkan menaiki bas sekolah oleh pemandu untuk tempoh tiga hari atas kesalahan membuli kali kedua. Video yang […]