Berita›Hiburan

(Video) Ibarat Berjalan Sambil Berfikir, Ini Rupanya Cara Tenggiling Berjalan Ramai Tak Tahu
Tenggiling atau nama saintifiknya Manis Javanica ini tergolong dalam kelas mamalia. Bertulang belakang, berdarah panas dan melahirkan anak serta mempunyai bulu pada badan. Untuk pengetahuan anda terdapat 8 spesis tenggiling di dunia iaitu empat spesis di Arika dan empat lagi spesis di Asia. Lebih menarik tentang fakta haiwan ini, iai mempunyai lidah lebih panjang daripada badannya sendiri. […]

Patutlah Penyanyi Buka ‘Earphone’ Ketika Persembahan, Ini Alasannya
Jika diperhatikan, para penyanyi lazimnya akan memakai peralatan di telinga seakan earphone atau nama sebenarnya in-ear monitor (IEM). Tujuan di sebalik pemakaiannya telah dikongsikan dalam salah satu artikel Siakap Keli sebelum ini. Antara sebab utamanya adalah untuk membolehkan penyanyi fokus kepada suara mereka dengan menyingkirkan bunyi-bunyi bising ketika konsert berlangsung. Pun begitu, ada masanya para penyanyi […]

(Video)”Ni Memang Original Suara Aku,” Lelaki Ni Ada Suara Macam Saiful Apek, Sampai Raih 1.6 Juta Tontonan
Pernah dengar pepatah pelanduk dua serupa? Ini adalah peribahasa yang menggambarkan dua individu yang mempunyai wajah yang sama, seperti kembar seiras. Ada orang yang dilahirkan mempunyai wajah seiras individu terkenal, ada pula mereka yang dilahirkan dengan suara yang serupa seperti seorang lelaki yang menjadi tular di TikTok baru-baru ini. Pemuda dengan nama pengguna @namasayabell ini […]
Penyanyi Terkenal, Datuk Nash ‘Lefthanded’ Cedera Kemalangan
SEREMBAN, 20 April (Bernama) — Penyanyi terkenal tanah air Datuk Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62 mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.00 petang semasa bekas vokalis kumpulan Lefthanded bersama pemandunya […]
Sudah Tamat Penggambaran, Netizen Teruja Nantikan Filem Biopik Buya Hamka
Bukan sahaja dikenali sebagai lagenda sasterawan, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka merupakan tokoh agama, sejarawan dan ahli politik yang terkenal di Indonesia. Kisah hidupnya sentiasa menjadi perhatian dan rujukan bagi pencinta karya-karya sasteranya. Banyak juga buku mengenai Allahyarham telah diterbitkan. Terbaru, filem biopik mengenainya dilaporkan telah disiapkan.Menurut Kompas.com, filem […]

(Video) Lelaki Ini Cuma Tunjuk Cara Kupas Kulit Pisang, Dapat Lebih 142 Juta Tontonan
Bermacam video ‘lifehack’ boleh kita tonton di media sosial sekarang ini. Ada yang betul-betul memudahkan, ada pula sebaliknya. Baru-baru ini, seorang lelaki dengan nama Khaby.lame telah meraih ratusan juta tontonan hanya selepas menunjukkan tutorial mengupas kulit pisang di TikTok. Baru empat hari dimuatnaik, video itu telah mendapat lebih 142 juta tontonan dengan 25 juta tanda […]

Pelakon Watak Narcissa Malfoy Dalam Harry Potter Dilapor Meninggal Dunia
Pelakon watak Narcissa Malfoy dalam filem bersiri Harry Potter, Helen McCrory dilapor meninggal dunia akibat kanser di usianya yang ke 52 tahun. Menurut Insider, pemergian McCrory diumumkan oleh suaminya, Damian Lewis, Jumaat lalu. Dalam kirimannya di Twitter, Lewis menyampaikan berita duka tersebut kepada umum. pic.twitter.com/gSx8ib9PY9 — Damian Lewis (@lewis_damian) April 16, 2021 Menurut Lewis, isterinya […]
(Video) “Dah Macam Vandalisme,” Mak Acah-Acah Nak Buat ‘Sky Look’ Dalam Bilik Anak, Ini Hasilnya
Tular di media sosial, sebuah video pendek yang ‘berjaya’ membuatkan ramai warganet terhibur apabila meraih hampir 500 ratus ribu tontonan dalam tempoh 24 jam dimuatnaik di TikTok. Video yang dikongsikan oleh seorang gadis di akaun TikTok cutcame itu menunjukkan hasil lukisan spray ibunya di syiling bertemakan ‘gravity sky look’. Namun, ‘bakat seni’ seorang ibu yang […]
(Video) Seakan Mencari Sesuatu, Gelagat Pelik Kucing Masuk Padang Ketika Pemain Berhenti Rehat Untuk Berbuka Puasa
Entah dari mana datangnya, seekor kucing di Turki menarik perhatian orang ramai apabila muncul di kawasan padang bola ketika permainan sedang berlangsung. Dalam video dikongsikan CBS News, kucing tersebut dikatakan memasuki padang itu ketika para pemain sedang berhenti berehat untuk berbuka puasa. Ia kemudiannya berlari dan berhenti seketika dalam keadaan mencurigakan dengan posisi separa mencangkung […]

“Hampir Kena Sakit Jantung,” Lelaki ‘Cuak’, Nampak Wajah ‘Misteri’ Dari Dalam Mesin Basuh
Seorang lelaki mengaku nyaris terkena ‘serangan jantung’ selepas ternampak muka seseorang ‘merenung’ ke arahnya dari dalam mesin basuh, tulis Mirror.co.uk. Pun begitu, Alex Boardman, 47, kemudiannya menyedari bahawa wajah itu ialah cetakan pada bantal kusyen anjing peliharaannya yang telah dibasuh. Menurut portal itu, Alex telah memberi anjingnya barbeku ayam untuk dimakan, namun haiwan tersebut telah […]

(Video) Tak Perlu Surat Nak Rentas Negeri, Rumah Wanita Ini Unik, Dapur Di KL Ruang Tamu Di Selangor
Sebelum ini pernah tular tentang sebuah rumah yang dibina di atas sempadan dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia. Kali ini, bukan negara tetapi rumah ini dibina di sempadan antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Unik kan, perkongsian menarik ini dikongsikan oleh anak pemilik rumah menerusi laman TikToknya, Hakak Stylo atau nama sebenarnya Sharina […]

(Video) Baru Nak Buat Video Tapi Nampak ‘Gangguan’, Monyet Ni ’Take Over’ Kamera Terus Dapat Lebih 20 Juta Tontonan
Monyet merupakan antara haiwan yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Bermacam peristiwa lucu melibatkan monyet pernah berlaku gara-gara sifat ingin tahunya, malah mungkin ada antara kita sendiri yang mempunyai pengalaman lucu ketika bertemu empat mata dengan haiwan ini. Kejadian monyet menggunakan telefon pintar dengan kamera yang terpasang juga pernah berlaku sebelum ini. Terbaru, tular […]
“Nape Kene Panggil Umi, Umi?” Wanita ‘Tergamam’, Anak Tanya Kenapa Tak Panggil Nama Je
Antara fasa yang paling dinantikan ibu bapa ialah apabila anak-anak pandai mengucapkan perkataan pertama mereka. Ada bayi yang perkataan pertamanya ‘mama’, ada juga ‘baba’. Semakin bertambah usia, anak kecil yang dahulunya hanya tahu beberapa perkataan kini makin pintar berbicara. Adakalanya, ayat atau soalan mereka boleh membuatkan kita pecah tawa. Misalnya, kisah yang dikongsikan Puan Siti […]

(Video) “Guard Dah Pesan Jangan Naik Tingkat 14,” Ini Yang Jadi Pada Lelaki Ini Di Tingkat 14, Nak Hantar Makanan
Tidak dinafikan, bukan kita sahaja penghuni dunia ini. Ada juga makluk lain yang ‘menemani’ di sekeliling, hanya kita sahaja yang tidak menyedarinya. Baru-baru ini tular satu video daripada seorang lelaki yang merakam situasi di sekitar perumahan yang terletak berhampiran Highland Tower. Menurut pemilik akaun Tiktok Ameer Ammar seorang penghantar makanan mendakwa bahawa pengawal keselamatan di […]

(Video) Tular Wajahnya Dengan Kata Puitis, Rupanya Ada Kisah Sedih Disebalik Wajah ‘Pasrah’ Budak Ini
Jika anda pengguna setia media sosial, mungkin anda pernah melihat anak yang bernama Fahri Skroepp atau nama sebenarnya Muhammad Fahri Ramdani ini. Gambar kanak-kanak berusia 12 tahun ini seringkali tular dengan kata-kata puitis yang menghiburkan hati. Di sebalik wajah yang boleh membuatkan orang ramai mengukir senyuman ini, rupanya ada kisah sedih di sebalik jalan hidupnya. […]
Selepas Lebih 11 Tahun, Manga ‘Attack On Titan’ Tiba Ke Penghujungnya
Hari ini menjadi detik paling ‘suram’ buat peminat Attack on Titan (Shingeki no Kyojin) apabila siri manga itu sudah sampai ke penghujungnya. Syarikat penerbitan Kodansha dilaporkan telah menerbitkan bab terakhir yang mengakhiri perjalanan watak utama, Eren Yeager setelah lebih dari 11 tahun, lapor GMA News. Today’s the momentous release of the FINAL Attack on Titan […]

(Video) Macam Aksi Filem, Rakaman ‘Slow Mo’ Budak ‘Dihambat’ Peluru Bertalu-Talu Bikin Gempak
Ayah sering menjadi teman sepermainan yang baik untuk anak-anak. Ada sahaja idea-idea kreatif untuk mengisi masa bersama. Bila dah beraksi, kecoh satu rumah dengan jeritan girang si anak dan sergahan si ayah, menceriakan lagi suasana. Ada masa si anak main sukan ‘berkuda’ dengan ayah menjadi tunggangan, ada masanya pula mereka ‘bertempur’ sesama sendiri bagaikan di […]
(Video) Kaki Tuan Cedera Berbalut, Kucing Ini ‘Cari Pasal’ Ejek Jalan Berjengket Macam Tuannya
Comel dan nakal. Mungkin ini adalah antara faktor ramai antara kita yang terjatuh cinta dengan makhluk tuhan bernama kucing ini. Ada sahaja gelagat mereka yang boleh menghiburkan hari-hari kita sama ada secara sengaja atau tanpa sengaja. Seperti aksi seekor kucing meniru tingkah laku tuannya jalan berjengket ini yang mendapat lebih 4.5 juta tontonan di TikTok. […]
(Video) Dah Macam Godzilla, Biawak Besar Ceroboh Kedai 7Eleven Sampai Panjat Rak
Gempar apabila seekor biawak “tersesat” menyelinap masuk di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand. Haiwan yang berukuran lebih kurang 1.8 hingga 2 meter itu menyebabkan para pekerja dan pelanggan ketakutan. Menerusi video yang dikongsikan itu, haiwan tersebut dilihat sedang memanjat ke arah siling kedai tersebut untuk menyelamatkan diri. Habis selerak barang di dalam kedai kerana […]
Dipercayai Jatuh Dalam Tasik Setahun Lalu, iPhone Ini Ditemui Kembali & Masih Berfungsi
Seorang pengguna Facebook menceritakan detik pertemuannya dengan iPhone 11 miliknya yang sudah lebih setahun “menghilang”. Lelaki bernama Chen Yj kehilangan telefon pintarnya pada Mac tahun lalu ketika sibuk mendayung. Pemilik iPhone menceritakan detik luar biasa itu bagaimana telefon tersebut dapat “bertahan” selama lebih setahun “tinggal” di dasar tasik. Chen menyatakan dia kehilangan telefonnya pada 11 […]