Berita›Bisnes

Shell Nak Cari Peniaga SME, Bagi Peluang Besarkan Bisnes
Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat pengusaha industri kecil dan sederhana (SME) kerana produk keluaran syarikat anda mungkin terpilih untuk dipromosi dan dipasarkan dalam rangkaian stesen minyak salah satu syarikat terkenal di Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, peluang sekali seumur hidup ini dibawakan oleh Shell Malaysia melalui kempen Realisasi Impianmu Bersama Shell sempena bulan […]
Gara-Gara ‘Dicabar’ Keluarga Sendiri, Wanita Ini ‘Balas Dendam’ Jual Dimsum Peroleh Jutaan Ringgit
Ada kenal mana-mana individu yang struggle nak besarkan anak-anak, kena pula diberhentikan kerja, lepas tu ada masalah kewangan dan masalah yang melibatkan keluarga? Lagi-lagi waktu awal PKP, bisnes drop, sales turun sehingga menyebabkan terpaksa menanggung kerugian, nak bayar sewa, gaji pekerja dan macam-macam lagi. Lebih menyedihkan apabila ada keluarga sendiri yang tak menyokong kita berniaga. […]

McDonald’s Tukar Nama ‘Mekdi’ Pada 16 Cawangan Restoran Terpilih Sempena Ulang Tahun Ke-38
KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2020 – Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa ‘Malaysianya’ dengan memaparkan papan tanda Mekdi di restoran-restoran terpilih di seluruh negara. Ini juga bersempena ulang tahun ke-38 syarikat itu sejak pembukaan restoran McDonald’s pertama di Bukit Bintang. Papan tanda Mekdi – yang merupakan panggilan tempatan untuk […]
Amaran Tegas, Jangan Guna Nama Dan Logo SSM Tanpa Kebenaran
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana entiti pinjaman wang atau memberi kredit kepada golongan usahawan. Dalam kenyataan hari ini, SSM memberi amaran bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menggunakan nama serta logo SSM tanpa kebenaran. Menurut kenyataan itu, SSM telah menerima laporan berkaitan […]

Jangan ‘Try’ Sorang-Sorang, Ajak ‘Geng’ Pergi Marrybrown Cuba S.O.S BBQ Manis & ‘Smokey’ Yang Baru
Korang mesti gembira kan, kalau SK cakap Marrybrown keluar perisa baharu yang sememangnya kena dengan ‘tekak’ masyarakat di Malaysia. Ya, untuk memenuhi citarasa rakyat di Malaysia mereka telah mencipta satu hidangan resipi baharu iaitu rasa manis bergabung dengan rasa ‘smokey’. Terbaiklah baru kena dengan Sensasi Ohsem Smokey! S.O.S gabungan rasa manis dan ‘smokey’. Tawaran terbaharu […]
(Video) “Kerana Ada Nafkah Perlu Dipenuhi”, Perjuangan Ayah Jual Barang Meja Ke Meja Bikin Sebak
Berniaga barang secara direct selling nampak macam menyeronokkan, namun hakikatnya ramai yang tidak tahu ia adalah kaedah yang sangat mencabar. Hendak berhadapan dengan orang ramai yang kita tidak kenal, mempromosi barang satu persatu dan terangkan supaya mereka jelas, tidak semua mampu buat sebegitu. Itu belum kira lagi jualan ditolak mentah-mentah, malah ada yang kurang bernasib […]
Selalu Post Iklan Di Facebook Tapi Asyik Kena ‘Reject’? Lelaki Ini Dedah Kesilapan Yang Paling Kerap Anda Lakukan
Sebagai peniaga atas talian (online seller), salah satu medium paling mudah digunakan adalah Facebook. Masakan tidak, Facebooklah satu-satunya media sosial yang boleh dikatakan paling ramai digunakan oleh warga maya, merangkumi pelbagai lapisan umur. Dalam berniaga di Facebook, pelbagai cara yang boleh diamalkan untuk memastikan jualan kita itu laris dan ‘laku keras’. Namun, pernahkah sebelum ini […]
Kerajaan Beri Jaminan Turunkan Lagi Harga Siling Penutup Muka, Jadi Bawah RM1
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Kerajaan memberi jaminan harga siling pelitup muka tiga lapis akan diturunkan lagi bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata kementerian kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk menetap harga siling berkenaan berdasarkan permintaan semasa. “Kami jangka harga siling pelitup […]
Turki Umum Temui Telaga Gas Asli Di Laut Hitam, Terbesar Dalam Sejarah Negaranya
ANKARA, 22 Ogos – Kerajaan Turki menemukan sebuah telaga gas asli terbesar di Laut Hitam, umum presidennya, Recep Tayyip Erdogan. “Jumlah gas yang ditemui oleh kapal gerudi galian negara, Fatih itu adalah sebanyak 320 bilion meter padu,” katanya kepada pemberita di Dolmabahce Palace, Istanbul semalam. Dalam pada itu, Turki mensasarkan akan menyediakan sumber gas asli […]
Proton Masuk Pasaran Kenya Dengan Saga
KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Proton Holdings Bhd telah memasuki pasaran Kenya dengan kumpulan kereta pertama yang terdiri daripada 30 unit Proton Saga. Kereta itu dihantar sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dibina semula oleh Simba Corp, sebuah konglomerat yang mempunyai pengalaman pemasangan serta jualan dalam industri automotif. “Proton akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik, kami ingin dikenali sebagai pembuat kenderaan […]
Kebanyakan ‘Owner’ Buat Tak Tahu 5 Perkara Penting Ni Masa Ambil Insurans Motor
Ada ke owner kenderaan yang pandai guna je tapi tak pernah ambil tahu langsung pasal insurans? Insurans ni penting sangat, harap jangan ambil mudah. Insurans motor atau insurans kenderaan dibeli biasanya untuk kereta, trak, motorsikal dan kenderaan lain atas jalan. Insurans ni kira macam perlindungan kewangan sekiranya berlaku kecelakaan seperti kebakaran, kemalangan atau kecurian. Bukan […]
“Pokai, Tapi Dengar Ada Offer Terus Beli”, Pernah Terjadi? Ini Teknik “Neuromarketing” Ramai Tak Tahu
Bagi yang terlibat dalam bidang keusahawanan, antara perkara terpenting adalah aspek pemasaran yang sebenarnya menentukan sedikit sebanyak untung rugi perniagaan yang dijalankan. Bagaimanapun, pemasaran mempunyai pelbagai teknik dan setiap satunya memerlukan pemahaman yang tersendiri. Menyentuh tentang pemasaran, mungkin ramai yang sudah tahu bahawa ia adalah asas dalam perniagaan. Teknik, bahan, rangkaian (networking), sasaran, modal dan […]
Ini Cara “Online Seller” Kena Buat Untuk Dapatkan “Free Shipping” Bagi Pembeli Di Shopee
Hari ini medium membeli-belah paling diminati ramai bukan lagi ke bersusah-susah ke pasaraya, tetapi beli-belah secara online. Sebut sahaja ‘online shopping’, terus terbayang dalam kepala kita beberapa ‘gedung’ atas talian terbesar di Malaysia yang menjadi pilihan seperti Shopee, Lazada dan lain-lain. Setiap kali pembelian dibuat, kita mesti akan turut dikenakan caj penghantaran atau ‘Shipping Cost’ […]
19 Premis Makanan Diarah Tutup, 9 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Perokok Dalam Ops Bersepadu Premis Makanan Di Kuala Langat & Hulu Selangor
SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) — Sebanyak 19 premis menjual makanan diarah tutup dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di sekitar Kuala Langat dan Hulu Selangor semalam. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 11 buah premis diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta […]
Impak COVID-19 : Ekonomi Malaysia Menguncup 17.1 Peratus Pada Suku Kedua
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Ekonomi Malaysia menguncup 17.1 peratus dalam suku kedua 2020, penyusutan dua angka bagi suku yang terburuk sejak 1998 berikutan pelaksanaan perintah kawalan tidak dijangkakan bagi membendung penularan COVID-19 dan menyaksikan ekonomi hampir tidak bergerak. Pada suku keempat 1998, Malaysia mencatatkan penyusutan dua angka sebanyak 11.2 peratus dan pada suku kedua 2019, Keluaran Dalam […]

Bayar RM1 Dan Main Game Boleh Dapat Siri OPPO Reno4, Jom Tengok Telco Mana Offer Pelan Best Dan Macam Mana Nak Menang
Kemunculan siri OPPO Reno; OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro ini sekali lagi menggegarkan industri teknologi. Berbeza dengan siri yang lain, siri OPPO Reno4 menawarakan teknologi menarik yang mencabar kreativiti si pengguna. Siri ini ‘dilabel’ peranti kelas pertengahan kerana ia dihadirkan dengan reka bentuk premium serta spesifikasi yang menyerlahkan ciri-ciri fotografi dan juga videografi. Siri […]
“Video Game” Ciptaan Anak Malaysia, Turut Selit Irama Dikir Barat Bakal Cipta Nama Di Peringkat Dunia
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Syarikat pencipta permainan video tempatan, Metronomik bakal melancarkan permainan video sulungnya di peringkat antarabangsa berjudul ‘No Straight Roads’ pada 25 Ogos ini. Ketua Pegawai Eksekutif Metronomik, Wan Hazmer Wan Abd Halim berkata permainan video ciptaan anak tempatan itu berkonsepkan muzik dan menampilkan pelbagai ciri Malaysia termasuk penggunaan seni dikir […]
Pasang Niat Nak Beli Rumah? Ini ‘Flow’ Dari Mula Sampai Dapat Kunci Anak Muda Kena Tahu
Pembelian rumah memerlukan pelbagai prosedur dan melibatkan proses yang panjang. Oleh itu, ia mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum kunci rumah sampai di tangan anda. Bagi anda yang ingin membeli rumah buat kali pertama, mungkin kadangkala keliru apakah prosedur yang sepatutnya dilakukan. Perlu jumpa pegawai bank atau pemilik rumah dahulu? Bayar deposit atau mohon pinjaman […]
Cara Kira Zakat Emas & Kadar Uruf Setiap Negeri Yang Kita Kena Tahu
Sebut sahaja tentang emas, pasti semua akan terbayang akan nilai harganya yang mencecah ratusan hingga ribuan ringgit. Tambahan pula, emas dimiliki bukan sekadar untuk perhiasan semata-mata, malah ia juga merupakan antara aset pelaburan jangka panjang terbaik. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa emas juga tergolong dalam harta yang perlu dizakatkan (bagi orang Islam). Demikian […]
Coway Memperkenalkan Penulen Air Kecil Untuk Kediaman Kosmopolitan
Buat anda yang menginginkan penulen air yang kecil dan kompak, Coway Kecil adalah jawapannya. Coway Malaysia telah memperkenalkan Coway Kecil untuk pasaran tempatan yang dilengkapi teknologi penapisan langsung mulai akhir Julai lalu. Dengan reka bentuk minimalis, ia mempunyai tiga elemen keunikan digelar 7-1-0 iaitu; Selebar hanya 7 inci – ia nya padat, kecil dan berkuasa! […]