BeritaBisnes

Berita
Tujuh UTC Akan Kembali Beroperasi Sehingga 10 Malam Mulai 22 Januari Ini
Perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja bermula dari 1 Januari 2019 lalu, membuatkan orang ramai membidas keputusan tersebut yang dianggap tidak lagi memudahkan urusan di luar waktu pejabat. Pengurangan itu juga dijelaskan kerana kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah […]
Berita
Minyak Turun Lagi Bermula Tengah Malam Ini
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam ini hingga 18 Jan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (12-18 Jan) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). “Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk […]
Berita
Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong
Pihak berkuasa imigrasi Indonesia di Palembang, Indonesia telah menahan pakar perubatan alternatif terkenal di Malaysia, Dato’ Chris Leong dan rombongannya seramai 20 orang didakwa kerana telah melanggar peraturan visa pelancong mereka dengan menjalankan rawatan secara tidak sah kepada penduduk tempatan tanpa izin. Media Indonesia yang melaporkan insiden itu memberitahu bahawa beliau menjalankan aktiviti itu semasa […]
Berita
Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang
Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama. Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang […]
Berita
Hebat, Hanya Jual Teh Tarik, Pasangan Ini Tersenarai Antara Orang Terkaya Forbes
Siapa sangka dengan hanya menjalankan perniagaan kecil mampu memenuhi impian zaman kanak-kanak mereka iaitu mengembara seluruh dunia. Vijayan dan isterinya yang kini masing-masing berusia 70 tahun telah mengembar ke 23 negara di dunia daripada hasil pendapatan mereka yang hanya menjual teh tarik di perkampungan kecil, Kochi, India. Turut disenaraikan dalam ‘Senarai Usahawan Terkaya Forbes’, Vijayan […]
Berita
Hampir 12 Peratus Kenaikan Gaji Untuk 20,000 Pekerja Bank
Seramai 20,000 kakitangan bank yang terdiri daripada kategori perkeranian dan bukan perkeranian daripada 20 bank akan menerima pelarasan gaji antara 10 hingga 12 peratus, kata Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA). Presiden MCBA, Nora Abd Manaf berkata, pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2018 dan kakitangannya akan menerima pelarasan gaji mereka menjelang akhir bulan ini. […]
Berita
Pengusaha Premis Makanan Tak Perlu Risau Larangan Merokok Jejas Perniagaan
Pengusaha dan pemilik premis makanan tidak perlu bimbang terhadap ​​​​​​pewartaan larangan merokok sejak 1 Jan lepas, yang dikatakan menjejaskan perniagaan mereka. Seorang pengusaha restoran Farook Hassan Mohamed Hussain berkata industri makanan dan minuman di Malaysia sentiasa meningkat dengan pesat setiap tahun dan larangan itu dilihat tidak memberi impak besar dalam perniagaannya. “Peniaga tidak perlu risau dengan kekurangan (larangan merokok) itu kerana saya sudah 18 tahun menceburi bidang ini sejak 2001 dan mendapati trend peningkatan dalam bisnes ini iaitu sebanyak lima hingga […]
Berita
100 Pengikut Bertuah Menang RM50,000 Hanya Dengan ‘Retweet’ Status Jutawan Jepun Ini
Yusaku Maezawa merupakan seorang pengasas platfrom membeli-belah dalam talian kedua terbesar di dunia iaitu Zozo Inc. Namanya menjadi bualan baru-baru ini apabila beliau mengumumkan untuk memberi duit sebanyak lebih RM 50,000 seorang kepada 100 pengikut Twitter yang bertuah. Jumlah duit yang ingin diberikan melebihi RM 5 juta ringgit sebagai simbol penghargaan kepada semua pelanggan yang […]
Berita
Dianggap ‘Vintage’, Penyedut Minuman Yakult Dijual Sehingga Cecah RM3,000
Yakult Singapura telah menghentikan penghasilan penyedut minuman bagi 2 jenis produk mereka iaitu Yakult dan Yakult Ace Light bulan lepas. Ia merupakan inisiatif mereka untuk lebih mesra alam, sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam menjadikan negara itu lebih ‘hijau’. Kebanyakan warga Singapura menyambut baik perubahan itu kerana bagi mereka lebih mudah untuk hanya minum terus daripada […]
Berita
Maszlee Tinjau Peluang Buka Cawangan Universiti Di Indonesia
JAKARTA, 10 Jan (Bernama) — Kementerian Pendidikan Malaysia meninjau peluang untuk membuka cawangan universiti awamnya di Indonesia, negara yang berpenduduk lebih 260 juta itu. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata program lawatan kerja pertamanya ke Indonesia sejak menerajui kementerian itu, juga adalah bagi meningkatkan lagi kerjasama pendidikan sedia ada antara kedua-dua negara. “(Dalam lawatan kerja ini) […]
Berita
Tarif Air Pulau Pinang Naik 20 Peratus Tahun Ini
GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) — Kadar tarif air di Pulau Pinang akan naik kira-kira 20 peratus tahun ini selaras dengan usaha kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengadakan beberapa rundingan dengan Kementerian […]
Berita
‘Tuala Wanita Ajaib’ Dakwa Boleh Rawat Sakit Dalaman Wanita, Doktor, Netizen Kritik Keberkesanan Produk
Media sosial dikejutkan dengan ciptaan baru lagi ‘canggih’ berasaskan tuala wanita yang didakwa boleh menguatkan otot pelvis wanita serta mampu merawat lemah kawalan kencing. Hal ini membuatkan orang ramai mula mempersoalkan kelebihan produk tersebut yang dipercayai ‘ajaib’ kerana berupaya merawat penyakit dalaman wanita. Terpanggil dengan isu ini, ramai doktor terkenal membuat ‘gerakan’ kesedaran kepada orang […]
Berita
Mimpi Ngeri, Pengantin Terpaksa Beli Nasi Kosong Dan Mee Goreng, Katerer Penipu Buat Kek Guna Polisterin
Sepasang pasangan pengantin Filipina bertindak menahan pihak katering majlis perkahwinannya ekoran persediaan serta mendapat tahu apabila kek yang dipotong dibuat berasaskan polistrin. Shine Tamayo, 26 dan pasangannya Jhon Chen, 40 telah membayar lebih RM11,000 kepada perunding perkahwinannya yang berjanji untuk menyediakan makanan dan dekorasi sekitar majlis perkahwinan mereka di Bandar Pasig, Phillipines. Walau bagaimanapun, setibanya […]
Berita
Minyak Turun 27 Sen Bermula Tengah Malam Ini
Sebelum ini kerajaan dalam satu kenyataan media memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global. Menurut kenyataan itu, pelaksanaan itu didatangkan dengan penetapan harga siling iaitu RM2.20 bagi petrol RON95 dan RM 2.18 bagi diesel. Ini bermakna jika harga minyak dunia melambung tinggi, pengguna akan menikmati […]
Berita
Jepun Mula Kutip Cukai Tinggalkan Negara Isnin Ini, Pelancong Asing Turut Terlibat
Jepun akan memulakan kutipan cukai meninggalkan negara bernilai 1000 Yen (RM 38) bermula Isnin depan bagi setiap individu yang mahu meninggalkan negara Matahari Terbit itu sama ada menggunakan pesawat ataupun kapal laut. Cukai baru itu dilapor turut akan dikenakan kepada semua individu yang mahu meninggalkan negara tersebut tanpa mengambil kira kewarganegaraan asal mereka. Menurut laporan […]
Berita
Kempen Larangan Merokok Di Tempat Makan Bukan ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’
Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa kempen larangan merokok di tempat makan bukanlah bersifat “hangat-hangat tahi ayam” atau bermusim sebagaimana digusarkan oleh netizen di media sosial. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan yang telah dilaksanakan sejak 1 Januari itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam menjadikan rakyat di Malaysia sebagai masyarakat maju menjelang 2020. “Agak terlalu […]
Berita
Larangan Merokok Tak Wajar Kenakan Denda Kepada Peniaga
Tindakan mengenakan denda kepada peniaga kecil sekiranya terdapat pelanggan yang menghisap rokok di premis mereka adalah tidak wajar dan sememangnya membebankan, kata Presiden Dewan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir. Beliau berpendapat meskipun kerajaan turut mengenakan hukuman kepada perokok, namun perkara itu tidak bermakna ia akan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan memandangkan peniaga juga tidak mampu untuk mengawal […]
Berita
Kadar Tol Untuk 21 Lebuhraya Dibekukan Mulai 2019
Kerajaan membekukan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya seluruh negara bagi semua kelas kenderaan bermula tahun 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata pembekuan komprehensif itu adalah berdasarkan kepada rasa tanggungjawab kerajaan Pakatan Harapan untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul rakyat Malaysia. “Jemaah Menteri pada 12 Dis telah bersetuju untuk membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara […]
Berita
“Senyap-Senyap Tibai,” Najib Dakwa Penjelasan KFC Contoh SST Tidak Telus
Semalam, syarikat QSR Brands (M) Holdings Berhad telah mengumumkan peningkatkan jualan bagi set menu di rangkaian makanan segera mereka, Kentucky Fried Chicken (KFC). Kenaikkan harga menu tersebut dibuat susulan perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam satu catatan Facebook miliknya menjelaskan isu ini daripada sudut perspektifnya yang mendakwa SST tidak […]
Berita
Ini Adalah Ikan Koi Hidup Termahal Di Dunia, Nilainya Boleh Beli 4 Buah Supercar Mewah
Diberi nama S Legend, ikan koi yang mempunyai warna merah dan putih diternak di Jepun ini diangkat menjadi ikan yang masih hidup termahal di dunia yang pernah dijual. Ikan koi tersebut berjaya dibeli oleh seorang wanita pada harga 203 juta Yen (RM 7.5 juta), lebih RM 5.43 juta daripada rekod sebelumnya. Mempunyai panjang 101 cm, […]