BeritaBisnes

Berita
“Tak Sangka Video Pun Boleh Buat Jadi Ringtone,” Ini Antara Keunikan Nova 4 Yang Ramai Tak Tahu
Model Nova 4 telah sedia diperkenalkan Disember 2018 yang lalu, dan hari ini, pasaran tempatan pula akan menerima kedatangan peranti Huawei itu secara rasmi. Apa yang menariknya peranti terbaru ini, Huawei Nova 4 dilengkapi dengan skrin paparan 6.4 inci Punch FullView yang merupakan peranti pertama seumpamanya dijual di Malaysia! Wow. Trend terbaru ini dijangka akan mengambil-alih pasaran tahun […]
Berita
Pelaksanaan Gaji Minimum Ikut Sektor Bukan Sekarang
Pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran. Beliau berkata mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, kajian semula mengenai gaji minimum harus dilakukan setiap dua tahun. “Banyak orang tidak faham tentang hal gaji, ia ditentukan oleh satu jawatankuasa (Jawatankuasa Teknikal […]
Berita
Tindakan Tegas Jual Hidupan Liar Dalam Talian
Kerajaan Sabah memandang serius aktiviti penjualan hidupan liar termasuk daging haiwan itu secara haram menggunakan platform media sosial dan laman sesawang. Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Assaffal P Alian berkata bagi menangani perkara itu, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah perlu agresif dan mengenakan tindakan tegas serta penalti sewajarnya terhadap individu didapati bersalah terbabit dalam kegiatan tersebut. […]
Berita
Syarikat Ini Benarkan Stafnya Ambil Cuti Sekiranya Tiada Mood Untuk Masuk Kerja
Sebuah syarikat di China mempunyai cara yang unik untuk menjaga kebajikkan pekerjanya apabila membenarkan mereka untuk mengambil cuti sekiranya tiada mood untuk masuk bekerja. Tidak perlu memberi alasan terlalu panjang, cukup sekadar memaklumkan pada majikan bahawa mereka tidak bersemangat untuk menjalankan tugas. Malah, syarikat taman tema ini, China Dinosaurs Park turut memperuntukkan sehari cuti bergaji setiap […]
Berita
Pembinaan Klinik Di Semenyih Tetap Diteruskan – Menteri Kesihatan
Rancangan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih akan diteruskan seperti yang pernah dicadangkan biar pun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata ia perlu direalisasi bagi memastikan penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik. “Apa yang disebut oleh calon kami sebelum ini adalah sesuatu yang mustahak memandangkan Klinik Kesihatan di pekan Semenyih dan Beranang sudah uzur dan sesak. […]
Berita
Pasar Payang Bakal Diroboh, 51 Tahun Penuh Kenangan
KUALA TERENGGANU, 3 Mac (Bernama) — Sebut sahaja Pasar Besar Kedai Payang atau Pasar Payang, pasti mereka yang pernah berkunjung ke Terengganu, akan terbayang suasana penuh sesak pengunjung dan kepadatan pelbagai barangan jualan produk popular di negeri itu, termasuk kain batik, sutera dan songket. Namun, wajah Pasar Payang seperti itu yang selama ini menjadi ikon […]
Berita
Kerajaan Berunding Mahu Ambil Alih Lebuh Raya – Dr. Mahathir
Kerajaan memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Tetowong SMART, kata beliau. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Dr […]
Berita
Alat Jimat Tenaga Tidak Berkesan Kurangkan Bil Elektrik
PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) — Alat jimat tenaga (ESD) yang terdapat di pasaran, tidak berkesan mengurangkan bil elektrik pengguna seperti yang diiklankan, kata Suruhanjaya Tenaga. Dalam satu kenyataan hari ini Suruhanjaya Tenaga berkata kajian terhadap ESD mendapati bacaan meter pengguna tidak menunjukkan perbezaan ketara, selain tiada mana-mana badan bertauliah membuktikan alat tersebut memberi kesan penjimatan […]
Berita
Harga Petrol RON 95 Dan 97 Naik, Diesel Kekal
Harga minyak petrol bagi RON 95 dan RON 97 naik 10 sen bagi tempoh 23 Februari hingga 1 Mac depan, manakala harga Diesel kekal. Harga baru bagi RON 95 adalah RM 2.08 seliter manakala RON 97 adalah RM 2.38 seliter. Bagi harga minyak diesel pula kekal pada RM 2.18 seliter. Kenaikkan minyak pada minggu ini […]
Berita
Kementerian Kewangan Umum Pendaftaran BSH 2019 Kini Dipermudahkan
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan kaedah kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah dipermudahkan. Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa lebih daripada 900,000 permohonan telah diterima sejak kemaskini BSH 2019 boleh dibuat bermula 1 Februari lepas yang akan berakhir pada 15 Mac ini. Melalui kenyataan tersebut, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa: 1. Borang […]
Berita
Diskaun 20 Peratus Bagi Tambang KTM Komuter Mulai 1 April
PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) — Mulai 1 April, penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter warga Malaysia akan menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus, umum Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini. Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas […]
Berita
Ibu Mengamuk Anak ‘Kantoi’ Guna Robot Siapkan Kerja Sekolah
Kisah seorang pelajar muda yang menggunakan “robot tulisan tangan” yang dipanggil untuk menyelesaikan kerja rumah sepanjang cuti Tahun Baru Cina dalam masa yang singkat menjadi berita utama di China minggu lalu dan menjadi perdebatan hangat di kalangan orang ramai. Berita melaporkan kes pelajar sekolah menengah dari Harbin menghabiskan 800 yuan (RM500) pada sebuah robot menyalin yang membolehkannya […]
Berita
Movie Animation Park Studios Masuk Percuma Mulai 1 Mac
Movie Animation Park Studios (MAPS) akan memperkenalkan sistem berkupon bagi semua tarikan di taman tema itu selain dibenarkan masuk secara percuma untuk semua pengunjung mulai 1 Mac ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau berkata menerusi model perniagaan baharu yang diperkenalkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), ia merupakan usaha menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar […]
Berita
Moratorium Perlombongan Buksit Di Pahang Tidak Akan Dilanjutkan
KUANTAN, 18 Feb (Bernama) — Tempoh moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini. Berikutan dengan pengumuman itu, semua aktiviti melombong dan pengeksportan bahan mineral berkenaan boleh diteruskan semula, namun kali ini dengan […]
Berita
Kebanyakan Al-Quran Jual Dalam Talian Tiada Kelulusan – KDN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau modus operandi tiga pihak yang menjual Al-Quran secara dalam talian di negara ini, tanpa mendapat kelulusan kementerian. Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Mohd Nawardi Saad berkata sebahagian besar naskah Al-Quran yang dijual secara dalam talian, datang dari negara-negara jiran, yang didapati tidak memenuhi syarat dari segi standard percetakan di Malaysia. […]
Berita
(Video)Unik, Warga Emas Ini berjaya Hasilkan QR Code Moden Dengan Anyaman Buluh
Seiring dengan perkembangan teknologi, cara berbelanja dalam dunia moden juga turut berubah. Jika dahulu perlu membawa wang tunai untuk membayar barang yang dibeli, kini ia menjadi lebih mudah dengan adanya cara yang lebih mudah seperti QR Code. QR Code ataupun Quick Response Code yang bermula di Jepun pada tahun 1994, kini menjadi trend dan boleh […]
Berita
Laluan Sepanjang Jalan TAR Ditutup Serta-Merta Mulai 15 Mac, Bazar Ramadan Akan Dibenarkan Beroperasi Kembali
Laluan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur dari Kompleks Membeli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas bermula 15 Mac depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad. Penutupan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu dari Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu dibuat bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan perniagaan tersebut, […]
Berita
Peniaga Boleh Kena Denda Kalau Ikan Tak Kekal Dalam Suhu Sejuk Beku Dan Ais Cair
Ada beberapa cara untuk kita pastikan ikan yang dijual di pasar segar atau tak. Kalau ikut cara orang tua kita, tekniknya bermula dengan melihat mata ikan. Putih mata ikan, maksudnya ikan tersebut adalah ikan yang segar. Memilik produk basah mahupun sebarang makanan yang selamat adalah sangat penting bagi mengelakkan keracunan makanan mahupun penyakit lain yang […]
Berita
Wanita Dapat Durian Runtuh, Tak Sangka Beli Cincin Dekat Pasar Karat Berharga RM52 Rupanya Bernilai RM3.9 Juta Sebentuk
Siapa sangka cincin yang dibeli di pasar karat dengan harga RM52 sebentuk pada 33 tahun lalu, kini menunjukkan nilainya yang sebenar. Debra Goddard memiliki cincin berharga itu daripada ibunya yang selama ini menyimpannya sebagai kenangan. View this post on Instagram This Superb Fancy light pink diamond will tonight go up for auction in […]
Berita
MR. DIY Tarik Balik Pelekat ‘Tapak Kaki’ Didakwa Ada Kalimah Suci
Sebelum ini, isu pelekat kereta berdasarkan helaian ayat suci Al-Quran tular di media sosial dan mendatangkan kemarahan orang ramai. Rata-rata netizen berpendapat, kedai serbaneka tersebut tidak sensitif dengan produk yang dijual. Walau bagaimanapun, terbaru kedai tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebook mereka memberitahu produk yang didakwa akan ditarik balik dan dihentikan pengeluarannya. “Kami telah […]