BeritaBisnes

Berita
Yayasan Jack Ma Dan Yayasan Alibaba Mengumumkan Sumbangan Kepada Empat Buah Negara Asia Tenggara
HANGZHOU, China, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) — Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba hari ini mengumumkan sumbangan berupa bekalan perubatan kepada empat buah negara Asia Tenggara. Kedua-dua yayasan itu telah dapat berhubungan dengan kerajaan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dan mencadangkan sumbangan bekalan perubatan. Matlamat yayasan-yayasan itu adalah untuk membantu dalam memerangi virus COVID-19 di negara-negara […]
Kesihatan
Waktu Operasi Cawangan Maybank Dipendekkan Bermula Esok
Malayan Banking Berhad (Maybank) mengumumkan perubahan waktu perkhidmatan di cawangan mereka di seluruh negara berikutan krisis COVID-19. “Waktu operasi cawangan kami akan berubah kepada 9.30 pagi hingga 3 petang bermula 2o Mac hingga 31 Mac 2020 untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada pelanggan dan pekerja kami. “Kami menggalakkan penggunaan Maybank2u untuk urusan perbankan anda. Sebarang kesulitan […]
Gaya hidup
5 Sebab Kenapa Pembelian Panik Hanya Merugikan Anda
Panik tidak membantu menyelesaikan masalah. Dalam situasi genting ini, kita perlu tenang dan mematuhi perintah kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung penularan wabak COVID-19. Pembelian panik hanya membahayakan diri sendiri apabila orang ramai berduyun-duyun memenuhi pasar raya. Boleh jadi dalam keramaian itu, ada antara pelanggan lain yang merupakan pesakit COVID-19 tanpa kita sedari. Malah, pesakit […]
Bisnes
Pakatan Harapan Cadang Kerajaan Hadkan Pembelian Barang Keperluan Asas
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar kerajaan menimbang langkah mengehadkan pembelian barang keperluan asas di pasar raya bagi menjamin kuantiti adalah mencukupi untuk semua yang memerlukan. Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH hari ini, langkah itu boleh dikuatkuasakan dengan pasar raya mengenakan had pembelian seperti kempen jualan murah bagi sesuatu produk. […]
Gaya hidup
Larangan Pergerakan: Peniaga, Penjaja Makanan Tambah Nilai Perkhidmatan
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Tidak boleh berniaga seperti biasa. Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini, bagaimanapun secara tidak langsung telah mencetuskan idea kepada kalangan peniaga, terutamanya peniaga makanan, untuk menambah nilai perkhidmatan mereka. Langkah itu yang julung kali diambil oleh kerajaan untuk menangani penularan COVID-19 telah sedikit sebanyak menjejaskan rutin harian mereka, tetapi […]
Berita
‘Hikmah Covid-19’, Tiga Hari Berkurung Dalam Bilik Demi Nak Kaya Dan Berjaya
“Setiap hari adalah peluang untuk buat lebih baik dan jadi insan yang bermanfaat kepada lebih ramai orang”. Ini adalah antara nilai yang dipegang oleh Team RichWorks bersama Pengasasnya – Dr Azizan Osman. Setelah melihat keadaan penularan wabak COVID-19 semakin serius di seluruh dunia dan juga di Malaysia, kami menyahut gesaan kerajaan untuk membatalkan sebarang perhimpunan […]
Berita
(Video)Dua Jam Satu Malam ‘Kaut’ RM16,000, Lelaki Kongsi Teknik Agresif Tambah ‘Income’
Bagi mencapai sesuatu kejayaan, pelbagai usaha dan langkah bijak perlu dilakukan bagi memastikan ‘berita gembira’ memihak kepada diri sendiri. Melihat kepada dunia pada hari ini, pelbagai kejayaan sudah diraih tidak kiralah dari sudut individu mahupun berkumpulan. Pun begitu, jangan dilupa bahawa setiap kejayaan yang diperolehi pastinya turut didatangkan dengan pelbagai masalah dan kerugian. Pelbagai cara […]
Gaya hidup
COVID-19: GSC Cinemas Umum Tutup Operasi Semua Pawagam Hingga 31 Mac
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, syarikat hiburan, GSC Cinemas mengumumkan penutupan semua premis mereka bermula 18 Mac ini. “Berikutan pengumuman Perdana Menteri pada 10 malam 16 Mac 2020, kami akan menutup semua pawagam kami buat sementara waktu dan membatalkan semua acara dan tayangan dari 18 Mac […]
Berita
Gadis Tak Sangka Rezeki Terpijak, Raih RM4000 Seminggu Lepas Dengar Nasihat Ibu ‘Berkerusi Roda’
Sememangnya kejayaan seseorang itu pastinya terdapat dorongan sama ada daripada diri sendiri ataupun orang lain seperti keluarga terdekat dan rakan-rakan. Kejayaan yang diraih sudah pasti dapat mengembirakan diri sendiri dan orang-orang terdekat serta bangga dengan sesuatu pencapaian yang baik. Nasihat yang diberikan oleh ibu bapa juga sangat penting bagi seseorang anak dalam usahanya. Seperti seorang […]
Luar Negara
COVID-19: Hampir 2 Juta Tempat Duduk Syarikat Penerbangan Akan Terjejas – Pakar
LONDON & SINGAPURA, 13 Mac (Bernama) — OAG, pembekal bagi data perjalanan dan wawasan yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan analisis terkini mereka mengenai impak global terhadap koronavirus pada pasaran perjalanan udara. Larangan perjalanan Eropah ke Amerika Syarikat akan membawa implikasi yang meluas bagi industri penerbangan global. Larangan itu akan menjejaskan 10.9% daripada semua penerbangan […]
Berita
Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan Selepas Zakat 3.05 Peratus
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.05 peratus bagi tahun kewangan 2019. Menurut kenyataan TH, ia melibatkan bayaran berjumlah RM2.1 bilion iaitu RM1.2 billion lebih tinggi berbanding RM913 juta pada tahun kewangan sebelumnya. Malah, prestasi kewangan yang semakin baik itu berasaskan strategi pelaburan […]
Kesihatan
Tak Perlu Panik, Pembersihan Kilang Automotif Prosedur Biasa- Pengarah Kesihatan Melaka
MELAKA, 12 Mac (Bernama) — Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengingatkan orang ramai supaya tidak panik susulan gambar tular yang menunjukkan kerja pembersihan dilakukan di sebuah syarikat automotif di Alor Gajah dekat sini. Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ismail Ali berkata gambar tular melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam itu sebenarnya hanyalah prosedur operasi standard (SOP) biasa. “Merujuk […]
Kesihatan
Covid-19: Catat Hampir 200 Kematian Dalam Tempoh Sehari, Itali Arah Semua Kedai & Restoran Ditutup
Itali, 12 Mac – Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan penutupan kebanyakan premis buat sementara waktu termasuk restoran, salun dan bar. Walaubagaimanapun menurut portal Buzz Feed News, premis yang menyediakan perkhidmatan penting seperti barangan runcit, farmasi dan bank akan terus beroperasi. Langkah ini diambil sejajar dengan pengumuman Kesatuan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengisytiharkan COVID-19 sebagai […]
Gaya hidup
(Video) Pengalaman Unik Baru, Pelancong Kini Boleh Naik Perahu Kolek Berhias Di Kampung Nelayan Pulau Gajah
Para pelancong kini boleh menikmati pengalaman unik menaiki kolek berhias menyusuri sungai. Kolek atau sampan di Kampung Nelayan Pulau Gajah ini disobek (dilakar) dengan lukisan bermotifkan corak kerawang flora dan fauna. Menurut Nik Ruzulaili bin Nik Yusuf, Ketua Jaringan Perikanan tempatan, pelancong boleh menaiki kolek dan menikmati keindahan sepanjang sungai hingga ke Cerana. “Pelawat boleh […]
Luar Negara
Harga Minyak Kembali Meningkat 4% Lepas Alami Penurunan Mendadak
Harga minyak naik lebih daripada $1 pada hari ini selepas perang harga oleh pengeluar utama Arab Saudi dan Rusia mencetuskan kejatuhan harga terbesar sejak Perang Teluk 1991 namun pelabur melihat sedikit peluang pemulihan harga pemotongan disebabkan oleh koronavirus. Arab Saudi dan Rusia kedua-duanya berkata mereka akan meningkatkan pengeluaran pada hujung minggu selepas pakatan tiga tahun […]
Luar Negara
Arab Saudi Lancarkan ‘Perang’ Harga Agresif, Harga Minyak Merosot Sebanyak 30%
Harga minyak merosot sebanyak 30 peratus dalam beberapa saat dari pembukaan pasaran pada petang Ahad selepas Arab Saudi melancarkan perang harga agresif pada hujung minggu yang memperlihatkan minyak mentah ke tahap terendah dalam tempoh empat tahun. Penjualan itu menyusul selepas kejatuhan perikatan minyak Arab Saudi pada hari Jumaat dan memperlihatkan Rusia enggan membuat pemotongan yang […]
Kesihatan
Organisasi Dikesan Kes Positif Covid-19 Tak Perlu Tutup Pejabat, Memadai Lakukan Disinfeksi- KP Kesihatan
Kuala Lumpur, 5 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihak organisasi tidak perlu menutup pejabat berikutan penularan wabak COVID-19. Organisasi yang mempunyai kes positif di tempat kerja tidak perlu ditutup, sebaliknya hanya dinyah jangkit, kata beliau seperti dipetik Bernama. Namun demikian, cadangan itu tidak dipersetujui sebahagian warga maya yang mendakwa […]
Luar Negara
Amazon, Mercari ‘Buang’ Produk Topeng Dan Tisu Dengan Harga Tinggi Dalam Web
Amazon dan Mercari, peruncit dalam talian Jepun, mengeluarkan produk yang terlalu mahal seperti kertas tisu dan topeng pembedahan dari platform mereka untuk menghentikan vendor yang mendapat keuntungan daripada ketakutan pengguna terhadap koronavirus. “Kami kecewa bahawa ‘pelakon buruk’ sedang cuba untuk meningkatkan harga barangan keperluan asas semasa krisis kesihatan global dan sejajar dengan dasar kami yang […]
Berita
Ringgit Dibuka Tinggi Hari Ini, Naik Kepada RM4.18 Berbanding Dolar AS
KUALA LUMPUR, 4 Mac — Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini. Pada 9.02 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1800/1850 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2085 ketika ditutup semalam. Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata pengurangan kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa dijangka […]
Berita
Bursa Saham Malaysia Dibuka Lebih Tinggi Hari Ini, Naik 14.24 Mata
Indeks Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini pada 1,481.18 mata berbanding 1,466.94 mata semalam. Pada 9.06 pagi tadi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memaparkan kenaikan sebanyak 14.24 mata atau 0.97 peratus. Ketika krisis politik baru-baru ini, Indeks Bursa Malaysia mencatatkan penurunan tertinggi sejak 2011. Bursa Malaysia reversed yesterday's losses to […]