Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Zon Hijau Terus Meningkat Kepada 88 Daerah, Hanya 12 Daerah Kes Aktif Zon Merah

Kementerian Kesihatan Malaysia, menerusi laman Facebook Portal MyHealth mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid-19 mengikut negeri dan daerah serta daerah-daerah yang ditanda zon merah, zon kuning dan zon hijau.

Daerah-daerah yang ditanda sebagai zon hijau telah mencapai angka 88 daerah. Meningkat berbanding semalam. Manakala untuk zon kuning berkurangan berbanding semalam dan zon merah kekal kepada 12 daerah sahaja.

Setakat semalam, bilangan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,945 kes dan daripada jumlah itu hanya 1,758 kes sahaja yang masih aktif. Dukacita dimaklumkan bahawa Malaysia telah mencatat 100 kematian akibat Covid-19 setakat semalam (29 April 2020).

Sumber: KKM – Portal MyHealth