Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wuhan Dilapor Haramkan Hidupan Liar Dijadikan Sebagai Makanan Dalam Tempoh 5 Tahun

Gambar: Daily Mail

Bandar Wuhan telah memutuskan untuk mengharamkan pengambilan daging haiwan liar untuk dijadikan makanan selama lima tahun berkuatkuasa pada 13 Mei, menurut notis yang dikeluarkan kerajaan Wuhan, lapor Daily Mail.

Pada Januari, pakar di China telah menyatakan bahawa virus itu mungkin menjangkiti manusia daripada haiwan liar yang dijual di pasar basah yang terletak di bandar yang mempunyai 11 juta penduduk tersebut.

Pasar Borong Makanan Laut Huanan merupakan pasar yang dipercayai tempat tercetusnya penularan wabak global ini dan difahamkan telah ditutup pada 1 Januari setelah WHO mengisytiharkan wabak ini sebagai krisis kesihatan.

Menurut Daily Mail, selain makanan laut, pasar tersebut turut menawarkan daging haiwan eksotik antaranya ialah musang, buaya, anak serigala, salamander, ular, tikus, burung merak, landak, koala dan pelbagai lagi.

Di China sahaja, virus tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 4,634 nyawa dan menjangkiti 82,965 orang, menurut Majlis Kesihatan China.

Secara global, sekurang-kurangnya 324,000 orang telah dilaporkan maut dan hampir 5 juta orang telah dijangkiti.

Daerah Hubei pada Mac lalu telah meluluskan usul pengharaman daging haiwan liar sebagai makanan sepenuhnya, termasuk yang diternak mahupun yang dibela oleh seseorang.

Pada Februari, keajaan pusat China telah menyekat kesemua perdagangan dan pengambilan daging haiwan liar menggunakan undang-undang yang sementara, tetapi tidak menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan adakah haiwan yang diternak di ladang turut termaktub sekali di dalam undang-undang itu.

Secara keseluruhan, pemerdagangan daging haiwan liar bernilai sekitar 520bilion Yuan, menurut laporan kerajaan dari tahun 2017.

Sumber: Daily Mail