Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vietjet Raih Dua Anugerah Terbaik Di 2026 Flyers’ Choice Awards

RAIH

Vietjet Raih Dua Anugerah Terbaik Di 2026 Flyers’ Choice Awards

Vietjet telah meraih tempat teratas dalam kedua-dua kategori, iaitu Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Pilihan dan Pakaian Seragam Kru Kabin Terbaik, menerusi undian daripada pelancong di seluruh dunia dalam 2026 Flyers’ Choice Awards yang dianjurkan oleh AirlineRatings.

Kemenangan berganda ini mencerminkan daya tarikan Vietjet yang semakin berkembang sebagai sebuah syarikat penerbangan moden, dengan anugerah tersebut mengiktiraf aspek-aspek utama penawaran Vietjet, termasuk rangkaian destinasi, armada dan struktur tambang, serta penampilan kru kabinnya.

Sharon Petersen, Ketua Pegawai Eksekutif AirlineRatings berkata,

"Kemenangan dalam dua kategori ini menandakan satu titik penting bagi Vietjet yangsemakin kukuh di pentas global, dengan pakaian seragam kru kabinnya memainkan peranan penting dalam pengiktirafan tersebut. Unik, ceria dan mudah dikenali, pakaian seragam ini meninggalkan kesan yang berkekalan walaupun selepas penerbangan tamat. Kemenangan Flyers’ Choice bagi kategori Pakaian Seragam Kru Kabin Terbaik mengukuhkan lagi pengiktirafan ini."

Direka oleh pereka dari Eropah, pakaian seragam kru kabin Vietjet menampilkan warna merah ikoniknya dengan elemen yang ceria dan kontemporari, diinspirasikan daripada pakaian seragam kadet belia.

Perincian seperti tali leher kupu-kupu, topi garrison dan corak kotak-kotak memberikan pakaian seragam ini penampilan yang tersendiri, sekali gus mencerminkan imej Vietjet yang muda, mesra dan berkeyakinan.

Vietjet terus mempertingkatkan pengalaman dalam penerbangan dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman, termasuk sembilan pilihan hidangan panas dan minuman Vikkafe, selain perkhidmatan membeli-belah bebas cukai, hadiah serta barangan keperluan perjalanan.

Para penumpang turut boleh menikmati muzik yang diinspirasikan setiap destinasi penerbangan, persembahan kebudayaan dan kesenian terpilih, serta perkhidmatan kru kabin yang penuh perhatian.

Vietjet mengekalkan penarafan keselamatan tujuh bintang tertinggi daripada AirlineRatings dan telah diiktiraf sebagai antara syarikat penerbangan paling selamat di dunia selama beberapa tahun berturut-turut.

Vietjet turut menerima pengiktirafan antarabangsa daripada organisasi seperti CAPA, Skytrax dan World Travel Awards atas aspek keselamatan, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.

2026 Flyers’ Choice Awards, yang menerima kira-kira 40,000 undian daripada pelancong di seluruh dunia, mengetengahkan syarikat-syarikat penerbangan yang telah meraih sokongan kukuh daripada para penumpang.

Bagi Vietjet, kemenangan dalam kedua-dua kategori ini menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha memperkukuh kehadiran antarabangsa serta daya tarikannya dalam kalangan pelancong.

Seiring dengan perkembangan kehadiran antarabangsanya, Vietjet menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelancong Malaysia untuk mengunjungi Vietnam bagi tujuan percutian, perniagaan dan riadah.

Dari Kuala Lumpur, perkhidmatan penerbangan terus ke Ho Chi Minh City dan Hanoi menyediakan akses mudah ke dua bandar utama, dengan sambungan seterusnya ke rangkaian Vietjet yang semakin berkembang merentasi Asia Pasifik dan Eropah.

Intipati
  • Vietjet menang kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Pilihan dan Pakaian Seragam Kru Kabin Terbaik.
  • Anugerah AirlineRatings itu menerima kira-kira 40,000 undian daripada pelancong di seluruh dunia.
  • Vietjet menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City dan Hanoi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan