Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Vietjet Lancar Jualan Mega 11.11 Dengan Tambang Eco Serendah RM268 Serta Diskaun 25% Bagi Tambang Deluxe

Tambang Deluxe

KUALA LUMPUR, 11 November 2026 – Anda sedang rancang percutian ke Vietnam atau ingin terokai pelbagai destinasi menarik di Asia dan Eropah? Vietjet menawarkan lebih banyak peluang kepada pelancong untuk menikmati perjalanan pada harga berpatutan menerusi promosi jualan mega selama tiga hari sempena 11.11, dengan tiket Eco ditawarkan pada harga serendah RM268 serta diskaun sehingga 25% bagi tambang Deluxe di seluruh rangkaian penerbangannya.

Iklan

Bermula sekarang hingga 12 November 2026, pelancong Malaysia boleh menempah tiket Eco pada harga serendah RM268 sehala (termasuk cukai dan caj berkaitan) menerusi laman web www.vietjetair.com atau aplikasi Vietjet Air. Promosi ini meliputi penerbangan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang bagi tempoh perjalanan dari 1 Disember 2026 hingga 31 Mei 2027 (tertakluk pada tarikh pengecualian).

Bagi pelancong Malaysia yang inginkan keselesaan dan fleksibiliti tambahan, Vietjet turut menawarkan diskaun sehingga 25% bagi tambang Deluxe. Pelancong hanya perlu memasukkan kod promosi VJDOM11 ketika menempah penerbangan domestik di Vietnam bagi tempoh perjalanan dari 1 Mac hingga 31 Disember 2027 (tertakluk pada tarikh pengecualian), atau kod promosi VJINT11 bagi penerbangan antarabangsa untuk perjalanan dari 1 April hingga 31 Disember 2027 (tertakluk pada tarikh pengecualian), menerusi laman web atau aplikasi mudah alih Vietjet.

Seiring dengan perluasan rangkaian penerbangan antarabangsa Vietjet, pelancong Malaysia berpeluang memanfaatkan tawaran ini untuk meneroka bandar-bandar menarik, pantai yang indah serta kekayaan warisan budaya Vietnam. Syarikat penerbangan itu baru-baru ini melancarkan perkhidmatan penerbangan jarak jauh Hanoi–Prague melalui Almaty, sekali gus membuka lebih banyak peluang perjalanan ke destinasi di luar rantau Asia Pasifik. Antara laluan baharu yang bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun ini dan awal 2027 termasuk Hanoi–Colombo serta Hanoi/Ho Chi Minh City–Maldives.

Daripada menyusuri jalan-jalan bersejarah di Hanoi dan menikmati suasana meriah di bandar Ho Chi Minh, hinggalah menikmati keindahan pantai serta kepelbagaian hidangan tempatan di Da Nang, Vietjet memudahkan pelancong Malaysia merancang percutian seterusnya ke Vietnam. Dengan kemudahan penerbangan sambungan menerusi rangkaiannya yang semakin berkembang, pelancong Malaysia juga boleh menggabungkan percutian ke Vietnam dengan lawatan ke pelbagai destinasi menarik di Asia, Australia dan Eropah.

Pengalaman perjalanan bersama Vietjet turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan layanan mesra sepanjang penerbangan. Penumpang boleh menikmati hidangan panas yang disediakan segar, termasuk sajian popular Vietnam seperti pho, banh mi dan kopi susu ais, selain pelbagai pilihan hidangan antarabangsa. Layanan mesra kru kabin yang berdedikasi, bersama persembahan kebudayaan dan kesenian yang unik pada ketinggian 10,000 meter, turut membawa keunikan budaya serta layanan mesra masyarakat Vietnam kepada setiap penumpang.

Jangan lepaskan peluang keemasan selama tiga hari ini untuk menempah percutian anda yang seterusnya dan bersedia meneroka Vietnam serta pelbagai destinasi menarik di seluruh dunia bersama Vietjet.