Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)’Settle’ Sekali Jalan, Tular Rakaman Pemandu Sumbat ‘Satu Rumah’ Atas Trak Pikap Untuk Berpindah

Gambar: Daily Mail

Mungkin kerana ingin berjimat dari menyewa lori yang lebih besar, seorang individu di Mexico City sanggup bersusah payah mengikat barangannya pada trak pikap ketika berpindah rumah.

Menerusi rakaman dikongsikan Daily Mail, jelas kelihatan barangan perabot seperti almari, rak dan kusyen diikat menggunakan tali pada kenderaan tersebut.

Malah, saiz muatan juga dilihat lebih besar daripada saiz keseluruhan kenderaan berkenaan.

Rata-rata warga maya terhibur dengan tindakan individu tersebut, tak kurang juga ada yang meninggalkan komen sarkastik pada kiriman berkenaan.

Satu rumah dia angkut

Tak nampak pula sinkinya

Bagaimanapun, tindakan sedemikian merupakan kesalahan di Malaysia di mana pemandu yang berbuat demikian boleh dikenakan denda jika barangan dibawa jatuh ke jalan raya.

Sumber: Daily Mail