Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ibu mana tak sayang anak oi.. Walaupun anak dah besar panjang, ada sesetengah ibu tetap memanjakan anak-anak mereka bagai melayan si kecil. Macam si itam ni.. Biarpun dua ekor anak dah sama saiz dengannya, si ibu tetap redha menyusukan anak bertuahnya itu.

Apa yang menarik perhatian ialah bebelan dan leteran wanita dipercayai pemilik kucing berkenaan. Habis satu keluarga kucing kena tahan telinga dengar bebelannya.
“Tudia aih minum susu.. Hat besaq gajah minum susu dari hat kecik. Jenuh kecik, habihla susu mak hampa. Hoi sudahh..” katanya.
Video itu telah mendapat lebih 40 ribu tanda suka setakat ini. Rata-rata warga maya terhibur dengan reaksi kucing selain leteran pemilik berkenaan. Tak kurang juga, ada yang memuji rupa paras si ibu yang dianggap unik.








