Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiap orang mempunyai ciri ideal tersendiri yang ingin dicari dalam pasangan masing-masing. Namun, tak dapat dinafikan, ramai yang berbunga-bunga hati jika pasangannya romantik dan pandai mengambil hati.
Sepertimana yang dilakukan selebriti, Shukri Yahaya terhadap isterinya, Tya Adnan semasa ‘live’ di Instagram baru-baru ini.
Dek kemanisan ditonjolkan, warga maya pun berbunga sekali bila melihat pelakon itu memuji dan mengusik isterinya yang tersipu-sipu malu.
Dalam video berkenaan, Tya sedang membuat tutorial tudung sebelum Shukri meminta untuk menyertai ‘live’ tersebut. Sebaik sahaja muncul di skrin, aktor itu terus memuji wanita berkenaan, membuatkan si isteri malu sehingga merah muka.
Walaupun sudah kira-kira enam tahun berkahwin dan mempunyai dua anak, gelagat pasangan ini bagaikan masih baru bercinta. Detik manis itu membuatkan para peminat turut tersenyum sehingga ke telinga.




