Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tular Rakaman 3 Individu Disyaki Perompak Disembur Petrol, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Gambar: Daily Mail

Tindakan pantas seorang lelaki yang sedang mengisi minyak kereta dipercayai berjaya menyelamatkan dirinya daripada dirompak atau diserang sekumpulan lelaki.

Menurut Daily Mail, dalam kejadian dipercayai di Chile itu, seorang pelanggan sedang mengisi minyak kereta di sebuah stesen sebelum dihampiri sebuah van putih.

Menerusi rakaman CCTV, van itu kemudiannya berhenti di sebelah kereta pelanggan itu sebelum tiga lelaki berhud menerpa ke arahnya dipercayai untuk menyerang atau merompak mangsa.

BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

Tanpa membuang masa, pelanggan tersebut menyembur ketiga-tiga mereka dengan petrol, membuatkan kesemuanya bertempiaran lari memasuki van dan beredar pergi.

Tiada maklumat lanjut mengenai kejadian itu dilaporkan. Bagaimanapun, ada warga maya percaya tindakan itu membuatkan pihak berkuasa agar lebih mudah mengesan van tersebut, tulis Daily Mail.

BACA: Tahukah Anda, Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama Enam Bulan? Ini Caranya

Sumber: Daily Mail