Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menjadi medium terpenting pada masa kini, media sosial tidak lekang dari ‘dikunjungi’ oleh setiap lapisan umur termasuk anak-anak muda yang masih bersekolah.
Pastinya, tidak salah untuk mereka menggunakan media sosial namun mereka memerlukan panduan yang sebetulnya agar tidak menimbulkan pelbagai perkara yang tidak enak.
Berbicara berkaitan isu ini juga, Caprice tampil dengan video terbaru yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram.
Beliau menasihatkan anak-anak muda yang masih bersekolah agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai kandungan di media sosial dan tidak terjerumus dalam percintaan.
Caprice hadir dengan video itu bagi memberi reaksi kepada satu video yang tular mengenai remaja di bawah umur yang didakwa bercinta sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan warganet.
Caprice juga turut menyatakan bahawa anak muda di zaman sekarang banyak terpengaruh daripada sosial media. Tambahnya lagi, zaman sekarang dan zaman dirinya semasa kecil amatlah berbeza terutamanya berkaitan media sosial.
Sumber: Capriceofficial