Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Penduduk Keluar Tepuk Tangan Iringi Pesakit Dan Pegawai Ke Hospital

Individu mana yang tidak terharu dan bersemangat apabila mendapat sokongan daripada masyarakat lebih-lebih lagi jika disahkan positif COVID-19.

Pesakit COVID-19 antara insan yang sangat memerlukan sokongan pada waktu ini supaya mereka kuat untuk melawan virus tersebut.

Tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang pesakit COVID-19 yang dijemput oleh pegawai kesihatan untuk dirawat di hospital dan menerima tepukan gempita daripada penduduk setempat yang hadir untuk memberikan sokongan.

Berdasarkan tweet oleh @kirekswasta itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia. Kata-kata semangat dan tepuk tangan diberikan oleh para penduduk sebagai tanda sokongan kepada pesakit itu untuk melawan wabak COVID-19 dalam perjalannya menuju ke hospital.

Gambar: @kirekswasta
Gambar: @kirekswasta

Menurut USS Feed pula, tanda sokongan tersebut bukan sahaja diberikan kepada pesakit malahan turut diberikan kepada para pegawai kesihatan yang mengiringi pesakit tersebut.

Gambar: USS Feed

Sumber: kirekswasta, USS Feed